Anda di halaman 1dari 7

8 Jenis PETA i-THINK

GAMBARAN PETA i-THINK


1) PETA BULATAN ( CIRCLE MAP )

Peta Bulatan ( Circle Map) digunakan untuk sumbangsaran idea dan


mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan
maklumat mengikut konteks.

Contoh

2) PETA BUIH ( BUBBLE MAP )

Peta Buih (Bubble Map) digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi
mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan
deskriptif atau huraian.

Contoh
3) PETA BUIH BERGANDA ( DOUBLE BUBBLE MAP )

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.

Contoh
4) PETA POKOK ( TREE MAP )
Peta Pokok (Tree Map) digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

Contoh
5) PETA DAKAP ( BRACE MAP )
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian
utama.

Contoh

6) PETA ALIR ( FLOW MAP )


Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

Contoh
7) PETA PELBAGAI ALIR ( MULTI-FLOW MAP )
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab
dan akibat.Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian
sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan
pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

Contoh
8) PETA TITI ( BRIDGE MAP )
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan
proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Contoh

Anda mungkin juga menyukai