Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SERI PANCHING
26010 KUANTAN, PAHANG

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
TAHUN 2018

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PANCHING

TARIKH:
13.04.2018-14.04.2018 (JUMAAT-SABTU)

MASA :
2.45 PETANG (JUMAAT) HINGGA 3.30 TENGAH HARI
(SABTU)

1.0 PENDAHULUAN
Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid SMK Seri Panching. Program
seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar
kebolehan murid di samping dapat menambahkan pengetahuan murid dan
mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali
sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan
pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung
dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan murid mempunyai
potensi diri yang perlu dikenalpasti dan mampu menjalani kehidupan bersosial yang
lebih baik. Maka program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam
memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.

2.0 RASIONAL
Rasional Perkhemahan Bersepadu ini adalah untuk mendukung hasrat dan aspirasi
kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai modal insan yang
berketerampilan serta mempunyai jati diri serta berkemahiran. Bagi merealisasikan hasrat
tersebut, satu perkhemahan Bersepadu perlu dijalankan supaya dapat memberikan
pengetahuan dalam pemimpin sesebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan.
Golongan murid merupakan aset terpenting yang bakal menerajui negara pada masa
hadapan..

3.0 MATLAMAT
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha
berterusan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek
serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri
sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

4.0 OBJEKTIF
Diharapkan agar program ini dapat :
1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
2. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian
secara teratur dan berdisiplin
3. Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan
mencabar.

5.0 MODUS OPERANDI


5.1 Tarikh Pelaksanaan
13 April 2018-14 April 2018 (Jumaat-Sabtu)
5.2 Tempat
Sek Sukan Gambang
5.3 Kumpulan Sasaran
Nama Bilangan
Badan Beruniform 80 pelajar
Jumlah 80 pelajar

5.4 Tentatif Program (Lampiran)

6.0 SUMBER KEWANGAN

6.1 LPBT
6.2.1 RM37.50 x 80 = RM3000
7.0 PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN DARIPADA LPBT

Jumlah
Bil. Perkara
RM
1 Makanan 1440.00
RM 18 X 80 peserta
2 Sewaan tapak 480.00

3 Pengangkutan 800.00

4 Sewaan khemah 200.00

5 PA sistem 30.00

6 Banner 50.00

JUMLAH 3000.00

8.0 JAWATANKUASA KERJA


Pengerusi : Pn. Hajah Maizinah binti Mohd Taib
N. Pengerusi 1 : Pn.Hajah Norzilah bt Hj Hussain
N. Pengerusi 2 : En. Badruddin bin Shukor
N. Pengerusi 3 : En. Mohd Dzulkhairy bin Abdul Rahman
Penyelaras : En Mohd Faisal bin Ab Salam
Setiausaha : Pn. Nazliyana binti Mashudi
Bendahari : Guru penyelaras setiap unit

Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Bidang Tugas

Kem komandan  En. Mohd Norul Azuan bin  Mengawal pergerakan pelajar
Abdullah sepanjang program
 Pn Roslina binti Abdul Jalil  Memastikan pelajar mengikut
semua aktiviti dan mematuhi
peraturan serta masa
 Membuat taklimat ringkas
berkaitan peraturan dan larangan
semasa tiba di kem
 En Mohd Faisal bin Ab Salam  Memastikan semua persiapan
Urusetia  En. Mohd Norul Azuan bin berkaitan kursus telah diuruskan
Abdullah (tempat , penceramah, fasilitator)
 En Zainal bin Abdullah  Membuat segala semakan berkaitan
 Pn. Roslina binti Abdul Jalil dengan urusan surat menyurat dan
 Pn. Nazliyana bt Mashudi jemputan
 Cik Tuan Hafida bt Tn. Ismail  Merujuk & berbicang dengan pihak
 Cik Noor Adnin bt Zakaria pentadbiran dalam perkara
 Pn Nor Afida bt Ahmad berkaitan
 Memaklumkan pada pelajar
sebarang aktiviti/ perubahan aktiviti
sepanjang program.
 Memastikan tiada sebarang masalah
yang timbul semasa program
berjalan.
 Pn Norazilah bt Ahmad  Mendapatkan senarai nama pelajar
Pendaftaran  Pn Shafini bt Yacob yang akan mengikuti program dari
 Pn Noor Faaizi binti Ismail urusetia
 Pn Punitha a/p Chandra Segaran  Mendaftar pelajar semasa lapor diri
 Pn Wan Faridah bt Wan Hassan  Memeriksa barang-barang yang
 Pn Hashlina bt Hashim dibawa oleh pelajar supaya tidak
 Pn Sharifah NurulHuda binti membawa barang-barang larangan
Sayed Mohsin
 Pn Nik Aida Mastura binti Nik
Abd Majid
 Pn Nor Fadilah bt Abdullah
 Memastikan keselamatan peserta
Pengangkutan  Pn Nur Aniza bt Che Mohamed pergi dan balik
Zin  Mengawal dan menyelia serta
 Pn Nariati bt Suhaimi menguruskan pelajar semasa
 Pn Selamah bt Omar menaiki bas
 Pn Norliza bt Zakaria

Brosur  Pn. Nur Hani bt Mohd Hatta  Menyediakan brosur dan


 Pn Noraiha bt Musa mengedarkannya kepada pentadbir
dan guru-guru
 Mengadakan peraturan
Kawalan malam  Urusetia bertugas keselamatan, disiplin dan
dan  En Ahmad Najmi b Mohamed kecemasan
keselamatan  En Mohd Suhkeri b Abd Mubin  Mengawal pergerakan pelajar
 En Razman b Suradi sepanjang program dijalankan
 Memastikan pelajar berada dalam
keadaan selamat
 Memastikan pelajar tidak
berkeliaran apabila diarahkan untuk
tidur
 Mengejutkan pelajar untuk
persiapan diri dan solat subuh
 Urusetia bertugas  Membawa peti kecemasan dan
Kecemasan/  En Wahiri bin Mohemad memastikan peralatan kecemasan
Kawalan  Pn Noor Syahira bt Azmirul Hazan sentiasa tersedia dan lengkap
aktiviti murid  Pn Rubiah bt Md Hanifah  Memastikan petugas sentiasa
bersedia sepanjang program
 Bekerjasama dengan jawatankuasa
keselamatan untuk kendalikan
sebarang kes kecemasan
 Mengacarakan majlis perasmian
Perasmian  Pn. Einawati bt Ab Halim penutup (pelajar)
Penutup  En. N Saidi bin Mustaffa  Memastikan perjalanan majlis
teratur dan lancar.
 Persiapan tempat majlis
berlangsung
 Penyampaian sijil kepada peserta
fotografi  En. Ahmad Munif bin Baharudin  Merakamkan gambar perjalanan
program
Hadiah / sijil  Pn Norazlina bt Md Razali  Menyediakan hadiah/hamper untuk
 Cik Nurul Syamira bt Md Teni peserta
 Menyediakan sijil untuk perserta
dan guru

Makan/ Minum  Pn Nik Nuraihan bt Che Samsudin  Menyediakan Roti dan air mineral
 Pn Hamsiah bt Jorani kepada peserta perkhemahan
 Pn Zazana bt Abd Aziz
Disiplin pelajar  Semua guru  Memastikan semua pelajar
mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan

9.0 PENILAIAN

Melalui program ini diharapkan murid –murid dapat menonjolkan potensi diri dan bakat
kepimpinan serta menarik minat murid-murid menyertai aktiviti berpersatuan di sekolah.
Disediakan oleh Disahkan oleh

----------------------------- ---------------------------
(Nazliyana binti Mashudi) (Hjh Maizinah bt Mohd Taib)
Setiausaha Kokurikulum Pengetua
SMK Seri Panching SMK Seri Panching

Anda mungkin juga menyukai