Anda di halaman 1dari 6

SURAT PERJANJIAN BAGI

(PERKONGSIAN PERNIAGAAN)

PERJANJIAN INI diperbuat pada 1 hari ulan April tahun 2018 antara
PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA (seperti ternyata di bawah).

Yang bertanda tangan di bawah ini:

1 Nama : Siti Faridah Binti Aliusman


No. I/C : 930506-12-1088
Alamat : Lot 74 Taman Bahagia Batu 7 Sandakan Sabah
No. Tel : 012-8408680

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK PERTAMA

2 Nama : Rawina Binti Aliusman


No. I/C : 921030-12-6456
Alamat : Lot a201,lorong 3 Taman Airport Sandakan Sabah
No. Tel : 011-31625604

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK KEDUA

3 Nama : Mohd Zain Bin Aliusman


No. I/C : 910217-12-6059
Alamat : Lot 75 Taman Damai Batu 4 Sandakan Sabah
No. Tel : 014-2812149

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK KETIGA

Ketiga-tiga pihak perlu memahami dan dipersetujui terlebih dahulu:


ISI KANDUNGANSURAT PERJANJIAN PERKONGSIAN PERNIAGAAN

FASAL 1
MAKSUD DAN TUJUAN

1. PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA telah bersepakat untuk
menubuhkan perniagaan dalam bentuk perkongsian. Perkongsian ini akan didaftarkan atas
nama syarikat Butik Jahitan Faridah Bersaudara

2. Syarikat Butik Jahitan Faridah Bersaudara akan menjalankan perniagaan berbentuk:

2.1. Menerima tempahan menjahit pelbagai pakaian


2.2. Menerima tempahan jahitan sulam

FASAL 2
BENTUK MODAL PERKONGSIAN

PIHAK PERTAMA , PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA akan mengeluarkan modal permulaan
berbentuk wang tunai dengan nisbah 4:3:3. Modal tersebut akan digunakan untuk perjalanan
perniagaan syarikat.

FASAL 3
KEWAJIPAN PIHAK PERTAMA DAN PIHAK KEDUA

1. PIHAK PERTAMA akan memastikan modal mencukupi agar tidak menimbulkan sebarang
masalah kepada syarikat.

2. Membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan antara PIHAK
PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA

3. PIHAK KEDUA akan membuat audit akaun untuk tempoh-tempoh tertentu.

4. Mengambil berat tentang perkembangan perjalanan syarikat dalam apa-apa kaedah sekali pin.

FASAL 4
KEWAJIPAN PIHAK KETIGA

1. Memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan menguruskan semua perkara-perkara yang


berkaitan.

2. Menguruskan keluar/masuk kewangan dan membuat pembayaran menggunakan cek untuk


jumlah yang melebihi RM500 atau pun yang difikirkan perlu.

3. Mengemas kini akaun keluar/masuk kewangan dan sentiasa memaklumkan kepada PIHAK
PERTAMA dan PIHAK KEDUA berkaitan kedudukan kewangan syarikat. Menyimpan
rekod pengurusan kewangan di tempat yang selamat.

4. Membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan antara PIHAK
PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA

5. Sebagai ganjaran atas usaha mengurus dan mengendalikan perniagaan, PIHAK


KETIGA layak diberikan gaji bulanan RM1500.

FASAL 5
JANGKA WAKTU

1. Perjanjian perkongsian perniagaan ini berlaku pada tanggal di mana surat ini ditandatangani
oleh ketiga-tiga pihak sehingga satu tenpoh yang dipersetujui kelak.

2. Perjanjian ini akan diguna pakai untuk tempoh yang tidak akan dinyatakan atau selagi syarikat
Butik Jahitan Faridah Bersaudara masih beroperasi.

FASAL 6
FAEDAH-FAEDAH YANG DIKENAKAN

1. FAEDAH ATAS MODAL adalah 30% setahun dikira berdasarkan modal permulaan yang
disumbangkan oleh ketiga-tiga pihak.

2. FAEDAH ATAS AMBILAN sebanyak 15% setahun akan dikenakan ke atas amaun barang
dalam ringgit Malaysia yang diambil oleh mana-mana pihak dalam tempoh yang sama.

3. FAEDAH ATAS PINJAMANsebanyak 5% setahun dikenakan ke atas pinjaman yang dibuat


oleh mana-mana pihak.
FASAL 7
PENGAGIHAN KEUNTUNGAN

1. Keuntungan syarikat akan dibahagi antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan
PIHAK KETIGA mengikut nisbah 4:3:3

2. Pembahagian keuntungan akan dikira pada 30 April setiap tahun.

3. Tarikh pengagihan keuntungan mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa berdasarkan
persetujuan antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAKKETIGA. Tidak
terikat pada tarikh yang disebut pada perenggan 2.

FASAL 8
AKAUN BERSAMA

1. PIHAK PERTAMA PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA telah mendaftarkan syarikat
milik bersama atas nama Siti Faridah Binti Aliusman untuk memudahkan pengurusan
kewangan.

2. PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA juga telah membuka akaun di
CIMB atas nama Siti Faridah binti Aliusman . Semua urusan yang berkaitan dengan syarikat
akan dibuat pembayaran melalui cek.

FASAL 9
KEWAJIPAN AHLI WARIS

Perjanjian ini tidak berakhir kerana salah satu pihak meninggal dunia, melainkan akan tetap bersifat
turun-temurun dan harus dipatuhi oleh para ahli waris atau penerima hak bagi pihak masing-masing
sehingga tempoh persetujuan tamat seperti yang terkandung dalam FASAL 5
(dalam perenggan 2).
FASAL 10
PENYELESAIAN PERSELISIHAN

1. Hal-hal yang belum terkandung dalam perjanjian ini akan diuruskan serta diselesaikan secara
kekeluargaan melalui kaedah musyawarah untuk mufakat oleh ketiga-tiga pihak.

2. Apabila terjadi perselisihan dan tidak dapat diselesaikan secara kekeluargaan atau
musyawarah untuk mufakat, ketiga-tiga pihak bersepakat untuk menyelesaikannya secara
hukum dan ketiga-tiga pihak telah sepakat untuk memilih tempat tinggal yang umum dan
tetap di (MAHKAMAH TINGGI NEGERI).

FASAL 11
HARTA PERKONGSIAN

1. Semua aset yang dibeli menggunakan kewangan syarikat merupakan harta perkongsian.

2. Kegunaan aset syarikat perlulah yang berkaitan pengurusan dan untuk kepentingan syarikat.
Jika kegunaan aset syarikat untuk kegunaan yang bersifat peribadi perlulah mendapat
persetujuan ketiga-tiga pihak.

PENUTUP
Surat perjanjian perkongsian peraniagaan ini dibuat rangkap 3 (tiga) dan ditandatangani ketiga-tiga
pihak di Pavillion Hotel pada hari Isnin tanggal Satu bulan Empat tahun 2018 di mana masing-
masing pihak berada dalam keadaan sedar dan waras serta tanpa adanya paksaan atau tekanan
daripada mana-mana pihak yang berkepentingan.

DUTI SETEM Kos duti setem ke atas Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh
PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA.

PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS, pihak-pihak di sini telah menandatangani


perjanjian ini pada tarikh seperti mana di muka surat 1 di atas.
Ditandatangani :

Untuk dan bagi pihak Pengurus :


Di hadapan :
Tandatangan Saksi :
Nama Penuh Saksi : Siti Rabiatul Binti Magguna
Jawatan : Pengurusan Sumber Manusia
No. Kad Pengenalan : 920605-12-1986

Ditandatangi :

Untuk dan bagi pihak Pengurus :


Di hadapan :
Tandatangan Saksi :
Nama Penuh Saksi : Siti Nurul Ain Binti Zamri
Jawatan : Pengurus Sumber Teknologi
No. Kad Pengenalan : 910215-12-8642

Ditandatangani :

Untuk dan bagi pihak Pengurus :


Di hadapan :
Tandatangan Saksi :
Nama Penuh Saksi : Norhalida Binti Sabdani
Jawatan ; Pengurus Operasi
No. Kad Pengenalan : 910708-12-6224