Anda di halaman 1dari 1

Pada 1 bulan Mei 2018 hari Selasa,saya telah meluangkan masa untuk

membantu ibu membuat kerja rumah.Tindakan ini dapat meringankan beban


ibu.Sebagai anggota keluarga,saya telah melaksanakan tanggungjawab ini
untuk mengemas bilik tidur sendiri.Saya juga
memberikan kerjasama kepada anggota keluarga supaya menjaga
keamanan.Sebelum bermula mengemas bilik tidur,saya menyumbang
idea tentang aktiviti yang hendak dijalankan di atas kertas mahjong.Hal ini
demikian boleh dapat mengetahui kerja dengan jelas.Selepas mendapat idea
yang sesuai,saya mula mengemas dengan
segera.Mula-mulanya,saya prihatin terhadap bilik tidur dalam keadaan baik
supaya tidak berlaku kemalangan.Saya rajin untuk mengeluarkan sumua
barang dari bilik tidur dan letak dengan kemas di tepi pintu bilik tidur.Selain
itu,saya juga mengamalkan sikap toleransi untuk mengelakkan
pertelingkahan dan pergaduhan.Selepas itu,saya menyumbang tenaga untuk
menyusun buku-buku yang berselerak di atas lantai ke atas
rak.Seterusnya,saya menyapu sampah dengan
bersungguh-sungguh.Tiba-tiba,suatu barang telah menjatuh ke atas
lantai.Rupanya,saya telah menjatuhkan pasu bunga dan banyak cerpihan
tersebar.Saya cuba mengawal keadaan supaya tidak berlaku
kecederaan.Melalui aktiviti ini,ia dapat memupuk sikap kepimpinan saya.

Selepas menyempunakan kerja ini,saya berasa letih.Kesimpulannya,melalui


aktiviti ini,saya telah insaf bahawa sebagai seorang anak dalam keluarga
saya,saya harus membantu ibu meringankan bebannya.Saya juga
mendapat kesedaran bahawa bukan mudah bagi ibu saya untuk menjaga
kebersihan rumah di samping bekerja.Oleh itu,saya perlu memikul
tanggungjawab saya untuk menolong ibu.Saya telah
memperoleh iktibar bahawa saya akan meluangkan masa setiap hari untuk
membantu ibu.Oleh itu,perubahan sikap saya akan dilakukan mulai hari ini
untuk menjadi seorang yang berjaya.