Anda di halaman 1dari 5

ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT.

ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT.

Inilah asal Rukun 13 yang wajib diketahui dalam melakukan Solat.


Adapun Rukun Solat itu datangnya daripada ALLAH – BAPA dan IBU.

DATANG DARIPADA ALLAH – 5 PERKARA.

1 Niat
2 Nyawa
3 Wujud
4 Nafas
5 Af’al

Yaitu didalam bentuk Merasa – Mencium – Menjamah – Melihat &


Mendengar

DATANG DARIPADA BAPA – 4 PERKARA

1 Tulang
2 Kuku
3 Rambut
4 Rupa

DATANG DARIPADA IBU – 4 PERKARA

1 Darah
2 Daging
3 Otak
4 Lendir

Terhimpun menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13 perkara melakukan SOLAT


setiap hari memulangkan sekalian HAKNYA sebagai ISI AMANAH yang
dipertaruhkan kepada kita.

YANG MATI – YANG HILANG - YANG TINGGAL – YANG PULANG

YANG MATI itu ada 6 perkara yakni – Wujud – Anggota – Hawa – Nafsu –
Gerak & Diam.

YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni Darah – Daging – Tulang & Kulit

YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni Iman & Taat

YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA. Pulang keempunyanya


keasalnya.
HENING – QASAD – TAQRID & TA’YUN

HENING itu apa ?

Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang lain.
Adapun JERNIH itu apakala tertenung lantas 7 petala langit dan 7 petala
bumi.

Maka dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang benderang
itulah CAHAYA PUTIH SIFAT saperti terlebih putih daripada kapas bersifat
saperti SIFAT KITA.

Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH NABI kita
Maka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian diri dengan
keadaan diri kita yang kehambaan bagi RUH NABI saw yang dikatakan
sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD namanya.
Dan cahaya terang benderang hening jernih itulah CAHAYA ZAT ALLAH
adanya. Wallah Hu Alam.

QASAD

Adapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada suara. Yang
ada huruf dan suara BUKAN NIAT tetapi ADOM ( ADAM )

Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada suara itu
ialah ZAT ALLAH. Inilah NIAT yang sebanar-benarnya. Asal Niat dan tempat
niat pada zahirnya ialah kita yang berniat tetapi sebenarnya ialah TUHAN
YANG MUTLAK yang bersifat WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM lagi
ber-Sifat KAMIL MUKAMIL.

TA’RID

Adapun TA’RID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenar-benarnya


Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT ALLAH ertinya NYATA SIFAT ALLAH itu
NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga namanya, UJUD IDHAFI dan
INSAN pun ia juga. Inilah sebenar-benarnya FARDHU itu.

Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli sekalian Ruh
Adam itu.

Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian nyawa


itu tajalli daripada NUR MUHAMMAD saperti kata HADITH QUDSI :-

ANA MINALLAH HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang bermaksud
Daku daripada Allah manakala segala sesuatu atau cahaya alam ini
daripada cahayaku.

ANA MINALLAHU WAL ANBIYA ......( tidak jelas = fakir ) yang bermaksud :-

Aku daripada Allah sekalian anbia’ daripada aku.

ANA MINALLAHU WAL MUKMINI NAA MIN NI

Aku daripada Allah dan segala / semua mukminin daripada aku

Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH dan


ADAM itu BAPA SEKALIAN TUBUH / JASAD.

Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU NYAWA.
Nyawa itu PEMERENTAH BADAN. Jika tidak digerak oleh Nyawa tidak
bergeraklah badan. Wallah hu Alam.

TA’YUN

Adapun TA’YUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima
waktu itu. Adapun yang sebenarnya NYATA AF’AL ALLAH SWT pada Jasad
Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM RUH YANG KASAR. Itulah sebenarnya
TA’YUN yakni sebenar benar NYATA.
TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI )

Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE ZAT


ALLAH SWT.
Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita MEMULANGKAN
SEKALIAN PANCAINDERA yang dikurniakan kepada kita ( kepada Allah =
fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia ( pendengaran Zat
Allah ) tiada penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada
ciukmku hanya ia tiada gerak dan diamku hanya ia.

HAKIKAT ZAT AF’AL – HAKIKAT SOLAT

Adapun ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG


DISEMBAH ITU TUHAN.

Yang menyembah itu FANA’ - yang disembah itu BAQA’. Maka sihamba
PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka KEKALLAH TUHAN semata-mata pada
SUHUD ( pandangan = fakir ) kita.

Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji = DIA
Yang Dipuji pun DIA juga kerana Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui
lidah makhlukNya ( Insan )
Maka hamba itu tetaplah FANA’ sebab ditilik sekalian keadaan dirinya
habis terpulang kepada Allah – Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam’, Basar,
Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT ZAT ALLAH semata-mata.

Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan, tiada
dibelakang tiada dikanan mahupun dikiri.

TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL
WUJUD.

MEMULANGKAN AMANAH.

Hadith Qudsi yang bermaksud :-

1 TUKARKAN CAHAYA DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU

2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATI

Adapun maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang


ditanggungkan kepada kita. Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG
KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung Amanah itu ialah WUJUD KITA
YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT
ALLAH.

Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala kita


mengatakan ALLAH itu tarik nafas kita dari dalam FUAD hingga sampai
kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan makam KAB FUSAIN yaitu
antara dua bulu kening.

Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa hapus wujud
kita yang kasar kepada wujud kita yang batin – hapus wujud yang batin
kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita.

Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan BAHRUL
QADIM hingga nyata Sifat laut semata-mata yaitu Laut Alam Allah. Maka
katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana’ sekalian kelakuan dan diri kita
maka nyatalah BAQA’ keadaan ZAT Tuhan semata-mata. Inilah dikatakan
SUHUD sehingga sampai kepada SALAM.

Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata Hati ialah
pengetahuan Nyawa. Alam Nyawa itulah sebenar-benarnya IMAN.

Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada huruf
tiada suara Wujud Mutlak yakni Wujud Zat Wajibul Wujud.
Dengan ini Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa Kamil Mukamil
dengan ZAT ALLAH.
Dicatat oleh KunciLangit di 4:02 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Anda mungkin juga menyukai