Anda di halaman 1dari 5

1.0 Pengaplikasian prinsip-prinsip reka bentuk pengajaran dalam pengajaran web.

Reigeluth (1983), menjelaskan reka bentuk pengajaran adalah lebih berfokuskan kepada
pernyataan kaedah-kaedah pengajaran iaitu sebagai satu disiplin yang memberi
kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-kaedah pengajaran.
Manakala, Gustafson (1991) menyatakan reka bentuk sebagai satu proses yang dibuat
secara sistematik untuk mereka bentuk, membina aktiviti dan bahan, menilai dan
menggunakan seluruh proses pengajaran. Oleh itu, reka bentuk dapat didefinisikan sebagai
proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran,
perisian komputer pengajaran dan bahan multimedia. Secara ringkasnya, reka bentuk
pengajaran ini bermula daripada proses reka bentuk sehingga proses membina bahan
pengajaran yang dapat membantu murid untuk memperoleh dan menerima segala
maklumat berkaitan pembelajaran.

Guru dapat mengaplikasikan penggunaan prinsip reka bentuk sebagai satu medium
pengajaran yang berkesan dengan cara menghasilkan bahan pengajaran yang dapat
menyediakan persekitaran untuk murid membina ilmu pengetahuan sendiri. Guru disarankan
untuk menghasilkan web yang khusus berkaitan subjek yang diajar bagi membolehkan
murid memperoleh maklumat secara langsung. Contohnya adalah blog pendidikan yang
dilengkapi dengan paparan gambar, video, lembaran kerja, kuiz interaktif, nota dan
sebagainya . Segala input yang berkaitan dengan subjek dimuat naik ke dalam web tersebut
bagi memudahkan murid mencari maklumat. Pembinaan web ini dapat menarik minat murid
untuk belajar kerana wujudnya web yang khusus tentang suatu subjek tanpa perlu murid
mengakses pelbagai pautan yang berbeza untuk mendapatkan isi pembelajaran. Disamping
itu, murid dapat mempelajari tajuk pembelajaran dengan sendiri setelah mengakses web
walaupun guru tidak dapat hadir ke kelas semasa waktu pembelajaran. Murid dapat
meneruskan sesi pembelajaran melalui bahan maklumat yang telah dihasilkan dan dimuat
naik oleh guru pada web tersebut. Penghasilan web ini dilihat sebagai satu alternatif bagi
memotivasikan diri murid untuk lebih rajin dan bersemangat mencari maklumat dan belajar.
Hal ini kerana, kebiasaanya guru lebih kerap menggunakan bahan bantu belajar berbentuk
media cetak seperti buku teks, buku latihan dan penulisan nota pada buku tulis.
Penggunaan bahan itu dilihat kurang berkesan pada masa kini. Oleh itu, kecanggihan
teknologi maklumat seperti komputer, internet dan sebagainya telah membantu guru untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan media
telah menukarkan peranan guru daripada pengajar kepada fasilitator pembelajaran kerana
fungsinya yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi pengajaran dan pembelajaran.

1
Selain itu, guru juga perlulah berusaha untuk menghasilkan bahan yang
menekankan pembelajaran yang bermula dari perkara asas sebelum beransur kepada
pembelajaran yang lebih sukar dan lanjutan. kepakaran dalam menggunakan perisian yang
popular seperti Microsoft Office Powerpoint , Adobe Photoshop, Macromedia Flash dan
Movie Maker untuk membina media pengajaran berasaskan multimedia memudahkan guru
untuk menghasilkan pelbagai bahan pengajaran yang menarik. Penghasilan bahan yang
bersesuaian membolehkan murid memahami isi pembelajaran dengan mudah. Murid yang
lemah, perlu diberikan bahan yang ringkas dan mudah difahami contohnya dalam bentuk
gambar dan peta minda. Manakala, penggunaan gambar, graf, gambar rajah, video dan
demonstrasi adalah sesuai untuk pelajar kategori visual. Bahan- bahan yang dihasilkan akan
dimuat naik ke dalam web untuk diakses oleh murid. Contohnya, penggunaan video dalam
pengajaran. Guru menghasilkan video pendidikan yang menerangkan isi pelajaran bermula
dari konsep, maksud, hukum, faedah, akibat dan contoh yang berkaitan. Penekanan kepada
perkara asas adalah penting bagi memudahkan murid menerima dan mempelajari isi
pembelajaran mengikut aras dan tahap keupayaan mereka. Seterusnya, guru juga dapat
menghasilkan bahan yang memberi penekanan kepada penstrukturan, pengorganisasian
dan penyusunan maklumat untuk memudahkan pemprosesan optimal oleh murid. Hal ini
dapat memudahkan murid untuk mengenal pasti perkara yang sepatutnya dipelajari.
Contohnya, penghasilan blog pendidikan yang mempunyai maklumat lengkap tentang isi
pelajaran disusun mengikut subtopik yang berkaitan dan penting sahaja. Penstrukturan,
pengorganisasian dan penyusunan maklumat ini menjadikan maklumat dapat difahami dan
lebih berfokus. Oleh itu, murid dapat mengakses maklumat yang dicari melalui subtopik
yang berstruktur dan memahami isi pelajaran dengan lebih cepat melalui pautan yang
dihasilkan. Bahan pengajaran yag berstruktur adalah lebih mudah diterima oleh murid
berbanding maklumat yang dihasilkan secara umum.

Disamping itu, guru perlu menghasilkan bahan pengajaran yang dapat menilai
pengetahuan sedia ada murid untuk menentukan apa yang perlu diajar dalam bahan.
Contohnya, pembelajaran tajuk cara-cara mengambil wuduk. Murid mengetahui cara untuk
mengambil wuduk dan guru akan mengukuhkan lagi kefahaman murid tentang berwuduk
dengan menghasilkan video cara berwuduk yang betul. Dengan cara ini murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan sedia ada tentang cara mengambil wuduk dan membuat
perbandingan cara wuduk yang selalu dilakukan oleh mereka dengan video cara wuduk
yang ditayangkan. Guru perlu memberi peneguhan terhadap video yang dihasilkan dan
berbincang bersama murid tentang kandungan video. Penghasilan suatu bahan
pembelajaran yang baik adalah bahan yang dapat meningkatkan murid terhadap
pengetahuan lampau dan mengaplikasikan dalam kehidupan hariannya. Selain itu,

2
penghasilan pengajaran dalam bahan yang menyediakan persekitaran yang melahirkan
suasana ingin belajar dapat membantu murid untuk memperoleh pengetahuan dengan
cepat. Persembahan bahan multimedia yang menggabungkan teks, grafik, animasi, video,
bunyi, transisi dan pautan memberi rangsangan positif murid terhadap penyampaian guru
dalam pengajaran. Rujukan terhadap nota pembelajaran yang telah dipelajari juga boleh
diakses oleh murid pada blog yang dihasilkan. Ini memudahkan murid untuk membuat
ulangkaji. Murid dapat mengguna dan meningkatkan deria visual, kinestatik dan linguistik
mereka melalui bahan pembelajaran yang dihasilkan kerana adanya bahan yang berunsur
gambar, bunyi dan tulisan. Oleh itu, pembentukan persekitaran pembelajaran yang
membenarkan dan menggalakkan murid membuat hubungan dengan apa yang dipelajari
dahulu memberi kesan yang lebih baik terhadap ingatan murid dan membolehkan murid
mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari.

Selain itu, guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan
murid dan bahan berbanding kaedah pengajaran berpusatkan guru. Pemilihan kaedah dan
teknik pemusatan yang sesuai adalah penting kepada murid untuk menerima maklumat
melalui pengalaman yang dilalui oleh mereka sendiri. Pemilihan kaedah yang sesuai
membantu murid untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang telah dirancang.
Contohnya, penghasilan bahan pembelajaran oleh murid seperti paparan slaid (power point)
dan sebagainya dapat membina kemahiran berfikir aras tinggi murid seperti pengurusan
projek, membuat kajian, persembahan, pencarian maklumat di web dan refleksi. pencarian
maklumat tentang isi pelajaran di internet juga membolehkan murid melibatkan diri secara
tidak langsung. Perbincangan berkaitan maklumat yang diperoleh mewujudkan interaksi dua
hala diantara murid dan guru dalam sesi pembelajaran. Guru bertindak sebagai pembimbing
dan membantu murid untuk menghasilkan isi pelajaran yang baik. Murid perlu diberi peluang
untuk bersama-sama dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran dan
pengajaran mestilah melibatkan penglibatan yang aktif daripada murid. Oleh itu, kaedah
pengajaran berpusatkan murid dan bahan mendedahkan murid kepada pembelajaran
secara aktif dan praktikal. Ini merupakan alternatif yang dinamik dan inovatif dalam aplikasi
multimedia dalam pengajaran. kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan kebolehan
pelajar bagi merangsang dan menarik minat pelajar bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran mencapai objektifnya.

Seterusnya, guru boleh menghasil dan menggunakan bahan yang memberi


pengukuhan positif kepada murid untuk memastikan tingkah laku berulang. Contohnya,
pengajaran dan pembelajaran adab terhadap ibu bapa melalui video. Guru boleh
meletakkan unsur nasihat dan pengajaran di dalam video yang dihasilkan bagi memastikan
murid dapat mengambil iktibar daripada kandungan tayangan yang dilihat. Melalui video

3
tersebut murid dapat mencontohi, meneladani dan mengukuhkan kefahaman terhadap isi
pelajaran yang dipelajari. Bahan juga mestilah menggunakan pengukuhan negatif untuk
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Contohnya, Video tayangan akibat
menderhaka kepada ibu bapa. Murid mendapat pengajaran dan berasa takut untuk bersikap
buruk terhadap ibu bapa mereka. Penghasilan bahan yang dapat memberikan pengukuhan
positif dan mengurangkan tindakan negatif menunjukkan bahan pengajaran dan
pembelajaran dapat menjadi panduan dan maklum balas kepada murid. Bahan
pembelajaran yang terdapat di web seperti paparan slaid dan sebagainya juga dapat
menjadi panduan murid untuk menambahkan pengetahuan selain bahan pembelajaran yang
digunakan oleh guru. Penghasilan blog pendidikan juga dilihat mampu menjadi panduan
kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Arahan boleh diberikan oleh guru
melalui blog sebagai panduan untuk murid melakukan suatu tugasan. Oleh itu, penggunaan
bahan yang sesuai adalah penting kerana ia bukan sekadar untuk menambah pengetahuan
kepada murid tetapi untuk memastikan maklumat yang diterima memberi kesan terhadap
sahsiah dan pembentukan diri mereka.

Guru juga boleh menggunakan dan menghasilkan bahan pembelajaran yang


menekankan penghasilan output. Contohnya, penghasilan kuiz interaktif dan lembaran kerja
oleh guru sebaiknya adalah bahan yang boleh diperhatikan dan diukur pada murid. Guru
boleh menggunakan hyperlink dan beberapa perisian untuk membuat pautan jawapan
kepada soalan yang dihasilkan. Dengan cara ini murid dapat menyemak jawapan yang
diberikan secara terus dan memperbaiki kesalahan yang dilakukan. Guru membina bahan
pengajaran yang dapat menguji kefahaman murid untuk melihat tahap kefahaman murid
terhadap pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung membantu guru untuk mengesan
keupayaan murid dan membantu mereka untuk meningkatkan kefahaman terhadap isi
pelajaran yang kurang dikuasai. Oleh itu, guru perlu menggalakkan strategi penemuan
dalam bahan pengajaran. Guru boleh menghasilkan ujian berbentuk teka dan uji untuk
melihat kecergasan murid terhadap soalan yang dikemukakan dan memastikan murid
mendapat latihan pengukuhan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Mendapati bahawa pentingnya panduan dalam membangunkan media pengajaran
berasaskan multimedia yang mampu memberikan impak yang maksimum dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. membangunkan bahan yang lain sebagai bahan sampingan
untuk membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kebolehan dan
kemahiran guru-guru dalam mengaplikasikan teknologi pada hari ini memang tidak boleh
dinafikan lagi. guru pelatih mempunyai keupayaan dan penguasaan yang tinggi dalam
mengaplikasikan ICT

4
Penggunaan web dalam pengajaran dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan. Guru dapat mempelbagaikan strategi pengajaran
menjadi lebih menarik serta dapat menjadikan pembelajaran lebih realistik. Malahan,
penggunaan bahan berbentuk multimedia dapat merangsang pembelajaran murid untuk
fokus terhadap isi pembelajaran. Penggunaan perisian multimedia dalam pembelajaran dan
pengajaran juga dilihat sebagai satu alternatif untuk mengintegrasikan teknologi dalam
pendidikan. Oleh itu, aplikasi multimedia berpotensi untuk mengoptimumkan keberkesanan
proses pengajaran. Pengaplikasian web dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dihasilkan oleh guru memberikan impak yang positif kepada murid-murid kerana kepakaran
dan kesungguhan guru dalam mempelbagaikan gaya pengajaran berasakan penggunaan
web menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dinamik. Pengajaran yang
sistematik dalam penghasilan bahan pembelajaran berkomputer yang berkesan dan mesra
pengguna dapat mengintegrasikan ilmu teknologi dalam membangunkan media pengajaran
berasaskan multimedia.

Justeru itu, pengaplikasian web dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan


murid untuk mengakses bahan pembelajaran di luar waktu kelas, memberi kemudahan
untuk mereka mengulangkaji kelas yang tertinggal, membolehkan komunikasi dengan
rakan-rakan dan pensyarah, meningkatkan kebolehanmurid untuk melakukan ujian kendiri
pada bila-bila masa, pautan bagi murid mengakses kepada bahan pembelajaran multimedia
bermutu tinggi dan suatu bahan pembelajaran yang berpusatkan murid kerana lebih murid
sendiri bertindak sebagai pengawal kepada bahan pembelajaran. Manakala, kebaikan
aplikasi web kepada guru adalah bagi memudahkan proses kemaskini bahan pengajaran,
memudahkan komunikasi dengan murid atau kumpulan murid, membolehkan penggunaan
sumber rujukan yang lebih luas, mengurangkan beban guru untuk memeriksa kuiz dan ujian
(sekiranya dilakukan secara dalam talian), membantu menangani masalah murid yang terdiri
daripada berbagai latar belakang dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai