Anda di halaman 1dari 8

KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Fauziah Md.Jaafar
Bidang Pendidikan , Kolej Sastera dan Sains,
Universiti Utara Malaysia

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang kekerapan aktiviti
bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah bagi daerah Kubang Pasu,Kedah. Kajian
ini juga ingin mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara
prasekolah dan KEMAS. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Kajian
ini melibatkan 80 orang sampel yang terdiri 33 dari guru prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia dan 47 orang dari guru tabika Kemas. Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan T-test. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain
berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan. Dari
perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain
di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali
permainan kumpulan. Ini selari dengan dapatan kajian Hamzah Dadu (1994)
menyatakan aktiviti main di prasekolah dijalankan dengan baik kerana faktor
kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu. Namun begitu aktiviti
permainan kumpulan kalau dilihat tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana
permainan lain. Oleh itu aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS minnya lebih
tinggi dari prasekolah.
Kata kunci : aktiviti bermain, pendidikan prasekolah, permainan kumpulan.

PENGENALAN

Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka
belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi
(Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk
memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah satu
aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk
meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala
undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti
yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997).

Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa,
guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan
penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Bagi tujuan ini
Huraian Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberi
penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi
fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan
pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.
Pernyataan Masalah

Dalam kajian Asmah (2001), Play in Brunei Preschool classrooms mendapati bahawa
guru prasekolah di Brunei lebih memfokoskan pengajaran mereka pada konsep
membaca, menulis dan mengira berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu
bapa. Begitu juga dengan kajian Hussin (1996), menunjukkan pengajaran di
prasekolah Malaysia lebih kepada pendekatan formal. Hasil kajian Hamzah Dadu
(1994) juga menunjukkan senario yang sama. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji
sejauhmanakah pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah dijalankan setelah
semakan huraian kurikulum prasekolah ini dibuat.

Objektif Kajian

Pada umumnya objektif bagi kajian ini ialah seperti berikut:

1. Mengkaji jenis dan tahap kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak


prasekolah.
2. Mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara
prasekolah dan KEMAS.

Soalan Kajian

1. Apakah jenis aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah?


2. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara KEMAS dan
Prasekolah?
3. Apakah contoh-contoh permainan yang cenderung dilaksanakan oleh guru
prasekolah?

Menurut Rubin et.al.(1983) dan Frost (1992) permainan mempunyai beberapa faktor
disposisi yang boleh membezakan main dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain. Iaitu
main merupakan suatu yang dimotivasikan secara dalaman,fokus aktiviti main adalah
proses aktiviti itu sendiri dan bukan hasil atau aktiviti tersebut, permainan adalah satu
aktiviti bebas dari peraturan luaran bukanlah satu tugas yang dipaksa, permainan
menentukan penglibatan diri individu secara aktif , permainan selalu melibatkan kesan
perasaan positif seperti gembira dan seronok yang selalu disertai dengan gelak ketawa
dan main juga mempunyai ciri-ciri imaginasi, simulatif, pura-pura atau olak-olak.

Kepentingan aktiviti –aktiviti permainan bagi kanak-kanak prasekolah dapat dilihat


berdasarkan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada
peringkat ini yang lebih menekankan pendekatan Belajar Melalui Bermain kerana ia
boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari berbagai aspek iaitu fizikal,
kognitif, mental, bahasa dan sosio emosi. Bagi tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang
perlu memberi keutamaan kepada semua aspek perkembangan sebagai landasan
bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang lainnya (Huraian Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan, 2003) di samping dalam masa yang sama kanak-kanak akan
menggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar mengikut
pemerhatian mereka terhadap persekitaran ( Liszkowski, Carpenter, Striano &
Tomasello, 2006; Tomasello& Haberl, 2003).

Terdapat beberapa kelompok atau jenis permainan yang sering dijalankan di


prasekolah berdasarkan pengkaji-pengkaji sebelum ini iaitu permainan imaginatif
dikenali juga dengan simbolik atau dramatik. Permainan ini adalah bergantung pada
objek atau material yang disediakan dan objek ini akan digunakan sebagai simbol bagi
objek sebenar(Marjanovic-Umek & Lesnik- Musek,2001; Abu Bakar & Rohaty, 1998)
dan membantu memperkembangkan kreativiti, kecerdasan menunjukkan aksi dan
kemahiran sosial kanak-kanak (Smilansky & Shefatya,1990; Smilansky,1979) di
samping penguasaan bahasanya (Sophie L.Lovinger 1974).

Manakala permainan bebas menurut Abu Bakar & Rohaty (1998), kanak-kanak
dibenarkan memilih aktiviti tertentu untuk bermain dan ini tidak bermaksud guru hanya
pemerhati dan tanpa merancang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam permainan
atau yang boleh mereka pelajari daripada bahan tersebut. Morrison (2000) pula
menjelaskan bahawa permainan bebas adalah aktiviti bermain secara informal dan
spontan yang boleh wujud dalam situasi di mana-mana sudut dalam kelas. Bagi
permainan kreatif, ia memberi peluang pada kanak-kanak dalam melahirkan perasaan
mereka ketika bermain (Stevens,2003; Johnson,1999). Permainan Fizikal pula
melibatkan motor kasar sama ada di luar atau dalam kelas prasekolah (Johnson, 1999).
Permainan Kumpulan pula merupakan salah satu sub kategori permainan sosial iaitu
permainan kooperative yang mana melibatkan permainan kumpulan (Parten, 1932) dan
terancang (Rubin, 1978). Bagi permainan berstruktur merujuk kepada permainan yang
berperaturan dan terdapat undang-undang cara-cara bermain (Frost, 1992).

Parten (1932) mengkategorikan permainan kepada beberapa kategori iaitu


“Unoccupied”(kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapa dan juga sebarang
permainan), “Solitary” (kanak-kanak bermain seorang diri tanpa melibatkan kanak-
kanak lain), “observer”( kanak-kanak memerhati dan melihat permainan kanak-kanak
lain,fokus diberikan kepada permainan lain), “parallel”( kanak-kanak bermain
bersendirian tetapi dengan cara yang sama dengan kanak-kanak lain atau
menggunakan alat permainan yang serupa) , “associative”( kanak-kanak hanya
berinteraksi di antara satu sama lain, menggunakan alatan yang sama tetapi mereka
tidak berkongsi) dan permainan Koperatif (Melibatkan permainan yang agak komplek,
berkongsi alat,wujudnya interaksi dan terlibat secara aktif).

Hamzah Dadu ( 1994) dalam kajian beliau telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti


permainan kepada enam kumpulan dalam kajian beliau iaitu permainan berkumpulan,
permainan fizikal permainan kreatif, permainan dramatik, permainan berstruktur dan
permainan bebas.

Berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932), kajian


Hamzah Dadu (1994) yang dan aktiviti main yang disenaraikan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah, pengkaji telah
mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaitu
berstruktur,fizikal,kreatif, kumpulan, imaginatif dan bebas.

METODOLOGI

Kajian ini melibatkan 80 orang guru prasekolah iaitu 33 orang guru prasekolah dan 47
orang guru tabika KEMAS di daerah Kubang Pasu. Bagi meninjau kekerapan aktiviti
permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah satu set soal selidik telah digunakan
dan diubahsuai berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten
(1932), Hamzah Dadu (1994) dan juga merujuk kepada aktiviti permainan yang telah
disenaraikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan
aktiviti prasekolah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik
deskriptif (min, peratusan dan frekuensi) dan t-test. Kajian rintis telah dikendalikan di
kalangan 35 orang guru prasekolah di daerah Kulim Bandar Baharu. Nilai alpha yang
diperolehi adalah seperti dalam jadual di bawah.

Jenis Permainan Cronbach’s Alpha ( ) Bilangan Item

Kumpulan 0.711 7

Kreatif 0.774 9

Bebas 0.738 3

Imaginasi 0.779 6

Berstruktur 0.790 3

Fizikal 0.807 11
Jadual 1 : Nilai Alpha bagi kajian rintis

Dapatan Kajian

Soalan Kajian 1: Apakah jenis aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak


Prasekolah?
m in keseluruhan

3
2.5
2
min

1.5
1
0.5
0
struktur fizikal kreat kump imag bebas
jenis perm ainan

Rajah 1 : Min Keseluruhan bagi setiap jenis permainan


Rajah 1 menunjukkan min bagi keseluruhan bagi setiap jenis permainan. Min bagi jenis
permainan kreativiti menunjukkan min paling tinggi iaitu 2.801 berbanding permainan
yang lain. Ini diikuti min bagi jenis permainan fizikal 2.753 , min bagi jenis permainan
kumpulan 2.634 dan seterusnya diikuti jenis permainan imaginasi, struktur dan bebas.

Soalan Kajian 2 : Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara


Kemas dan Prasekolah?
3 .5
3 2 .9
2
2 .7
8 2 .6
3 2 .8
5
7 2 7. 2
.7
2 .5 2 .5 .5
2 .6
2
2 2 .8
1
1 5
.
P ra s k
e o
la h
1
Ke m
a s
0 5
.
0

t u
S k
r tu r F z
i a
k l Ke
r a
t fi u
K mp Im a
g n
i s
a i e
Bab s

**p<0.01

Rajah2: Perbandingan min jenis permainan antara tabika KEMAS dan


prasekolah

Berdasarkan rajah 2, jelas di mana prasekolah bagi setiap permainan minnya tinggi
kecuali permainan kumpulan 2.50 di mana min bagi Kemas lebih tinggi sedikit
berbanding prasekolah. Bagi mengesahkan perbezaan min di antara KEMAS dan
Prasekolah, t-test telah dijalankan dan didapati perbezaan signifikan bagi permainan
berstruktur dan bebas.

Soalan kajian 3 : Apakah contoh-contoh permainan yang cenderung dilaksanakan


oleh guru?

Bagi kategori permainan berstruktur, permainan jigsaw puzzle menunjukkan kekerapan


paling tinggi iaitu 24 (30%) responden, permainan fizikal pula kekerapan paling tinggi
ialah permainan skip,melompat,berlari, membaling dan menyambut pundi kacang dan
menggolek bola melalui kaki/gelung rotan iaitu melibatkan 38 (47.5%) respondan.
Mengecat dengan berus melibatkan 51 (63.8%) responden bagi kategori permainan
kreatif, manakala bagi permainan kumpulan menunjukkan bermain “ Kambing dengan
Harimau” mempunyai kekerapan yang tinggi 48 (60%) responden, bagi sub kategori
permainan imaginasi menunjukkan permainan melakonkan watak dalam cerita yang
didengar melibatkan kekerapan tertinggi iaitu 41 (51.3%) dan main buih sabun
mempunyai kekerapan yang tinggi iaitu 37 (46.3%) responden bagi kategori main
bebas.
PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan
aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang
dijalankan namun mereka menghadapi berbagai kekangan dalam melaksanakannya
iaitu permintaan ibu bapa yang lebih fokus pada sistem 3M ( Hussin,1996;Hamzah
Dadu, 1998; Asmah, 2001).

Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti


bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main
kecuali permainan kumpulan iaitu KEMAS 2.72 dan prasekolah 2.50. Menurut Hamzah
Dadu (1998) perbezaan ini disebabkan faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah
prasekolah itu. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat subkategori
permainan ini ianya tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain.
Oleh itu min aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS lebih tinggi dari
prasekolah.

Dapatan kajian menunjukkan min bagi permainan imaginasi hanya 2.62 (keempat) yang
kurang diberi perhatian dan penekanan oleh guru. Ini bertentangan dengan dapatan
teori kognitif Piaget (1962) tentang main juga menunjukkan bahawa kanak-kanak di
peringkat praoperasi lebih menekankan permainan simbolik melalui proses asimilasi
dan akomodasi dalam skema pemikiran mereka.

Perincian terhadap contoh permainan secara spesifik juga dikaji oleh penyelidik.
Contoh permainan yang popular dilaksanakan oleh guru prasekolah iaitu main
peranan. Menurut Johnson (1999) dan Morrison ( 2000) menyatakan bahawa
permainan sedemikian merupakan antara yang digemari oleh kanak-kanak kerana
mereka dapat melahirkan perasaan dan main peranan seperti orang dewasa ketika
bermain . Di samping, mudah dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dan kanak-kanak
akan merasakan seolah-olah mereka berada di rumah sendiri.

Bagi kajian akan datang diharapkan dapat memberi fokus pada faktor-faktor yang
mempengaruhi aktiviti main. Dapatan ini penting bagi melihat faktor-faktor yang
menghalang guru menjalankan aktiviti main di prasekolah.Dalam kajian ini penyelidik
menggunakan kaedah soal selidik sahaja. Kajian lanjutan dicadangkan supaya
menggunakan kaedah lain untuk mengumpul data. Misalnya, kajian kualitatif, penyelidik
menggunakan kaedah pemerhatian,uji kaji atau temu bual untuk mendapatkan
maklumat yang lebih lengkap dan jitu daripada responden. Bagi kajian akan datang,
dicadangkan juga penyelidik melihat perbezaan aktiviti bermain ini adakah dipengaruhi
oleh perbezaan jantina lelaki dan perempuan, lokasi yang berbeza seperti prasekolah
luarbandar dan di bandar apa jenis permainan yang menjadi kecenderungan mereka
serta perbezaan status tadika sama ada prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran,
swasta dan juga di bawah badan berkanun.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan kekerapan aktiviti main di


kalangan kanak-kanak prasekolah adalah sederhana. Permainan kreatif, fizikal,
kumpulan dan imaginasi adalah menjadi kecenderungan guru dan kerap dijalankan di
prasekolah berbanding permainan jenis berstruktur dan bebas. Diharapkan dapatan
kajian ini dapat membantu pihak tertentu melihat kekangan yang mempengaruhi
pelaksanaan aktiviti main ini dan kesedaran tentang kepentingannya pada
perkembangan kanak-kanak.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin & Rohaty Mohd Majzub (1989). Pendidikan


prasekolah.Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Asmah Morni (2001). Play in Brunei preschool classrooms: In journal of Applied


Research in Education, 2002, Vol.2,No.4,203-213.

Frost, J.L. (1992). Play and Playscapes. New York : Delmar.

Hamzah Dadu (1994). Pola-pola permainan dan pengurusan aktiviti permainan di


pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah. Tesis Sarjana Pendidikan
(tidak diterbitkan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hussain Ahmad (1996). Dasar, status perlaksanaan dan masa depan pendidikan
prasekolah di Malaysia. Seminar Kebangsan Pendidikan Prasekolah.
Pulau Pinang: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.

Jalongo,M.R., & Isenberg, J. P.(1997) Creative expression and play in early


childhood.(2nd Ed.) New Jersey: Merill.

Johnson, J. E. & Ershler, J. (1999). Developmental trends in preschool play as a


funtion of classroom program and child gender. Child Development, 52 ,
995-1004.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Draf kurikulum prasekolah. Kuala


Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian kurikulum prasekolah


kebangsaan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulam.

Liszkowski,U., Carpenter,M., Striano,T.,& Tomasello,M. (2006). 12- and 18-


month olds point to provide information for others. Journal of Cognition and
development, 7(2), 173-187.

Ljubica Marjanovic umek & Petra Lesnik Musek (2001). Symbolic play:
opprtunities for cognitive and language development in preschool settings.
Developmental Psychology, vol 21, No 1,58-63.

Morrison, G.S. (2000). Early childhood education today. New Jersey: Prentice
Hall, Inc.

Parten, M.B. (1932). Social participation among preschool. Children Journal of


Abnormal Psychology,27,234-269

Piaget, J.(1962). Play, dreams and imitation in childhood. New York : Nortan

Rubin, K.H. & Watson, K. S.(1978). Free play behaviors in preschool and
kinderarten children. Society for research in Child Development ,49, 534-
536.

Smilansky, S. (1979). The effects of sociadramatic play on disadvantaged


preschool children. New York: Wiley.

Smilansky, S., & Shefatya, L. (1990). Facilitating play. Psychological &


Educational .

Sophie, L. L. (1974). Social dramatic play and language development in


preschool disadvantaged children. In Psychology in School,vol 11, No. 7,
313 – 320.

Spodek, B (1985).Teaching in early years, (3rd Ed). New Jersey: Prentice Hall.

Stevens, S. (2003). Creative experiences in free play. Music Educators


Journal,Vol.89, 44.

Tomasello,M., & Haberl, K. (2003). Understanding attention: 12- and 18- month-
olds know what’s new for other persons. Developmental Psychology,
39, 906-912.