Anda di halaman 1dari 14

Oleh :

Pn Aisah Bt Ibrahim
Pemulihan Khas
SK Tmn Johor Jaya 2
Dayung sudah di tangan, perahu
sudah di air

Maksud: Segala-gala yang


dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu


didukung

Maksud : Adat yang lama tetap


diamalkan di samping budaya hidup
yang baharu.
. Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu


menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang


dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah;


sesuatu yang tetap utuh
. Bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau


kecewa.

Berat sama dipikul, ringan sama


dijinjing

Maksud : mengalami susah


senang bersama-sama.
Lintah Darat
.
Maksud : Peniaga yang
mengambil keuntungan yang
terlalu tinggi.

Bagai Aur Dengan Tebing

Maksud : Hubungan yang rapat


antara sama sama yang lain
dan saling membantu.
. Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat

Maksud : Kata sepakat yang


dicapai dalam mesyuarat.

Bara yang digenggam biar sampai


jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu


yang sukar hendaklah sabar,
sehingga mencapai kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan
.
batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun


kelebihan di negara orang, tetap
negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari


rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah


sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama
.
tinggi

Maksud : Dua orang atau pihak


yang sama darjat dalam adat.

Kalau takut dilambung ombak,


jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan


dengan penderitaan , lebih baik
jangan melakukan sesuatu yang
susah
Indah khabar daripada rupa
.

Maksud : Perkhabaran tentang


sesuatu perkara yang dilebih-
lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati


kuman sama dicecah

Maksud : Pengagihan yang


sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama
.
dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat


akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan


asalnya atau orang yang pernah
menolongnya setelah mendapat
kesenangan.
.Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih


dahulu untuk mendapatkan
kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang


menggolek, yang pipih tidak datang
melayang

Maksud : Sesuatu benda tidak akan


datang tanpa usaha
. Untung anak lelaki cari-
carikan, untung anak perempuan
nanti-nantikan

Maksud : orang lelaki yang merisik


bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud :
a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. b. Kehidupan yang senang.
.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi
bukit

Maksud : Sabar mengerjakan


sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas


hujan
Maksud : Terlalu banyak pada
sesuatu masa.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong
.pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah
memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di
tangan hilang pula.
Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada
adat.
anak lelaki cari-carikan, untung anak
perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal
isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat
asal. b. Kehidupan yang senang.

Anda mungkin juga menyukai