Anda di halaman 1dari 12

Teori Gestalt merupakan proses persepsi melalui pengorganisasian di dalam komponen

sensasi untuk sesuatu hubungan, pola, atau persamaan menjadi bersatu. Teori Gestalt
bertentangan dengan teori strukturalisme Wundt. Selain itu, teori gestalt membawa kearah
mengurangkan bahagian sensasi supaya menjadi sebahagian kecil. Dari segi bahasa Jerman
psikologi Gesalt bermaksud bentuk atau konfigurasi yang kuat. Gesalt adalah satu aliran
psikologi yang menunjukan gejala secara keseluruhan, maklumat psikologi Gestalt yang
dinyatakan sebagai gejala. Gejala merupakan maklumat yang dasar dalam psikologi Gesalt. Hal
ini menunjukkan, Psikologi Gesalt berpendapat bahawa gejala yang membawa sesuatu
pengalaman haruslah dilihat secara semulajadi. Terdapat dua unsur dalam gejala ini iaitu objek
dan maksud. Objek dapat diterjemahkan setelah dilihat oleh penglihatan, maka objek tersebut
akan menjadi satu informasi dan seterusnya membawa maksud pada objek tersebut. Selain itu,
pada pandangan Gesalt yang menolak kajian serta huraian jiwa dalam elemen yang lebih kecil
akan menyebabkan maksud jiwa itu akan berubah disebabkan oleh bentuk kesatuannya hilang.
Teori Gesalt telah diasaskan oleh tiga orang tokoh iaitu Kurt Koffka, Max Wertheimer dan
Wolfgang Kohler. Tokoh-tokoh ini telah membuat kesimpulan bahawa seseorang itu menjurus
untuk menyatakan apa yang dilihat olehnya dari persekitaran sebagai kesatuan yang kuat. Dalam
gerakan Jerman, Psikologi Gestalt yang menentang Psikologi Strukturalisme Wundt secara terus.
Hal ini kerana, Gerakan Gestalt lebih stabil dengan tema utama iaitu pandangan Jerman yang
yakin dalam aktiviti mental daripada sistem Wundt. Mengikut Pemikiran Kant di dalam
Psikologi Gestalt, menyatakan teori nativistik yang berorganisasikan aktiviti mental di mana
individu berinteraksi dengan persekitaran melalui cara khusus. Oleh sebab itu, tujuan psikologi
Gesalt membuat penyelidikan organisasi aktiviti mental serta dapat mengetahui perwatakan
interaksi manusia secara persekitaran dengan pasti. Pada tahun 1930, Gerakan Gestalt dapat
menggantikan Model Wundtian di dalam Psikologi Jerman tetapi keberkesanan gerakan ini tidak
bertahan lama disebabkan telah muncul hitlerisme. Hal ini menyebabkan, pemimpin gerakan
Gestalt telah berpindah ke Amerika. Tiga tokoh penting dalam mengembangkan tulisan dalam
Psikologi Gestalt adalah Max Wertheimer, Wolfgang Kohler dan Kurt Koffka. Hal ini telah
menunjukkan, tiga tokoh ini berjaya dalam atmosfer intelektual pada abad ke 20 di Jerman tetapi
berjaya melarikan dari kerajaan Nazi dan berpindah ke Amerika. Semasa di Amerika, mereka
tidak dapat dominasi seperti mereka di Jerman dahulu. Oleh kerana itu, lingkungan psikologi
Gesatlt tidak serasi dengan pembentukan di Amerika.
Hukum-hukum organisasi perseptual Gesalt berdasarkan doktrin isomofisme merupakan
organisasi pola atau pattern organization untuk psikologi Gesalt dalam kerjasama seluruh stimuli
bagi menghasilkan kesan daripada gabungan seluruh sensasi. Menurut Max Wertheimer 1923,
terdapat beberapa pola stimuli yang di organisasikan secara semula jadi . Antara hukum-hukum
Gestalt ialah Hukum keterdekatan (law of promiximity), Hukum kesamaan (law of similarity),
Hukum penutupan (law of closure), Hukum simetri (law of symetry), Hukum kontinuitas (law of
continuity) dan Hukum nasib bersama (law of common fate). Hukum pertama organisasi
perseptual Gestalt adalah Hukum keterdekatan (law of promiximity), dalam pemerhatian kita
dapat melihat satu unit persepsi melalui bentuk objek yang berdekatan antara satu sama lain. Hal
ini menunjukkan hukum kedekatan yang saling berdekatan dalam masa atau tempat ke arah bagi
menunjukkan sesuatu secara keseluruhannya. Contohnya, garis yang ditunjukkan dibawah boleh
dilihat sebagai tiga kumpulan garis masing- masing yang terdiri daripada dua garis, ditambah
dengan satu garis yang berdiri sendiri pada sebelah kanan.

CONTOH HUKUM GARIS UNTUK HUKUM KETERDEKATAN(law of promiximity)


Selain itu, hukum kedua ialah Hukum kesamaan (law of similarity). Mengikut pemerhatian,
objek yang mempunyai persamaan (similarity) dianjurkan antara satu sama lain dalam satu
persepsi. Hal ini demikian, persamaan antara satu sama lain membawa kita kearah persepsikan
sebagai sekumpulan atau keseluruhan. Contohnya, dalam deretan bentuk di bawah akan dilihat
kearah deretan-deretan mendatar dengan bentuk O manakala bentuk X bergantian bukan dilihat
sebagai deretan tegak.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

CONTOH HUKUM BENTUK HUKUM KESAMAAN(law of similarity)


Seterusnya, hukum ketiga adalah Hukum penutupan (law of closure). Di dalam hukum
penutupan, ianya menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai kecenderungan untuk
melengkapi atau memenuhi pengalaman yang tidak lengkap supaya menjadi lebih bermakna. Hal
ini menunjukkan kecenderungan yang tertutup agar dapat membentuk keseluruhan secara
sendiri. Contohnya, gambar garis yang ditunjukkan di bawah akan diperlihatkan sebagai dua
bentuk segi empat dan garisan yang berdiri sendiri di bahagian kiri, tetape tidak dapat
diperlihatkan sebagai dua garis berpasangan setelah wujudnya garis melintang yang hampir
bersambung di antara garis tegak yang berdekatan.

CONTOH GARIS HUKUM KETERTUTUPAN(law of closure)

Hukum keempat pula ialah hukum kontinuitas (law of continuity) yang bermaksud perkara yang
membawa kesinambungan yang bagus ke arah dalam membentuk kesatuan atau gesalt. Sebagai
contohnya, gambar di bawah menunujukkan seseorang akan cenderung mentafsirkan gambar
sebagai dua garis lurus yang bersilang tetapi bukan sebagai dua garis sudut yang saling
membelakangi.

CONTOH GARIS HUKUM KONTINUITAS(law of continuity)


Seterusnya hukum kelima ialah hukum kesinambungan yang baik (law of good continuation).
Pada pandangan seseorang, sesuatu objek yang disusun di dalam satu garis lurus atau lengkung
dan licin bersama-sama dianggap sebagai satu unit. Malahan fenomena ini berlaku disebabkan
perubahan kecil atau gangguan lurus serta lancar yang berjalan pada garisan melengkung.
Contohnya, gambar di bawah menunjukan satu garisan lengkung berterusan.

CONTOH GARIS HUKUM KESINAMBUNGAN YANG BAIK (law of good continuation)


Selain itu, hukum keenam ialah hukum nasib bersama (law of common fate) . Undang-undang
Gesalt didapati dalam statik angka dua dimensifateonal. Selain itu juga terdapat undang-undang
lain berasaskan objek bergerak. Contohnya, seseorang melihat tiga titik pada baris pertama dan
tiga titik lain pada baris kedua tetapi gambaran menunjukkan pergerakan sebenar iaitu baris
pertama bergerak dari bawah manakala baris kedua pula bergerak dari atas dan pada masa yang
sama serta berterusan.

dalam gambar bergerak sebenar, baris pertama bergerak ke bawah manakala baris kedua
bergerak ke atas pada masa yang sama dan berterusan. Dengan berbuat demikian, mereka akan
dilihat dalam garis lurus. titik-titik yang bergerak ke atas dilihat sebagai barisan atas manakala
titik-titik yang bergerak ke bawah dilihat sebagai barisan yang lebih rendah. Hal ini, akan
membuatkan seseorang itu melihat dalam garisan lurus manakala titik-titik yang bergerak dari
bawah dilihat sebagai barisan lebih rendah.

CONTOH GARIS HUKUM NASIB BERSAMA(law of common fate)


B) Teori gestalt menekankan dua proses pengumpulan perseptual yang melibatkan dalam
sensasi dan persepsi. Perseptual atas ke bawah dan perseptual bawah ke atas merupakan strategi
pemprosesan maklumat dan pesanan pengetahuan, yang digunakan dalam pelbagai bidang
termasuklah perisian, humanistik dan teori-teori saintifik (lihat systemics), dan pengurusan dan
organisasi. Oleh sebab itu, perseptual ini dapat dilihat sebagai gaya pemikiran, pengajaran, atau
kepimpinan. Perseptual bawah ke atas merujuk daripada pemprosesan maklumat deria. Manakala
perseptual atas ke bawah pula, merujuk kepada cara dibina daripada kepingan kecil maklumat
deria.

Proses Dari atas ke bawah (top-bottom processing). Proses maklumat persepsi bermula
daripada proses kognitif pada tahap otak yang lebih tinggi. Proses ini akan terjadi apabila kita
merasakan apa yang sedang berlaku dan menjalankan rangka kerja tersebut pada maklumat
daripada dunia luar. Dalam perseptual proses atas ke bawah merupakan pengalaman lalu dan
konsep pengetahuan bagi mengenali keseluruhan persepsi agar dapat dipermudahkan untuk
mengenalpasti unsur secara keseluruhan. Proses kognitif bermaksud pengetahuan. Contohnya
individu "mendengar" lagu kesukaanya di fikirannya sekarang ketika individu "mendengar" lagu
tersebut di telinga dan dalam fikiran individu, individu tersebut sedang mengalami pengalaman
persepsi.Perseptual atas ke bawah ialah reka bentuk cara demi cara serta digunakan dalam
pelbagai kes untuk sinonim bagi penghuraiaan. Ianya juga merupakan dasar daripada satu sistem
bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu sub-sistem kepelbagaian dalam fesyen kejuruteraan
terbalik. Perseptual atas ke bawah ini juga, akan menggambarkan keseluruhan sistem yang
dikesimpulankan dengan menunjukkan secara tidak terperinci dalam subsistem pada peringkat
pertama. Kemudiaanya, setiap subsistem akan ditapis dahulu secara terperinci kerana terdapat
peringkat subsistem tambahan hinggalah dikurangkan kepada asas unsurnya secara spesifikasi.
Contohnya, model perseptual atas ke bawah ditunjukkan dengan bantuan ‘kotak hitam’ yang
akan dijadikan lebih senang bagi disimpulkan. Bagaimana pun, kotak hitam juga sering gagal
bagi menerangkan mekanisme asas yang cukup untuk kewujudan dalam mengesahkan model.
Selain itu, perseptual atas ke bawah juga merupakan perdekatan awal dalam memberi gambaran
lebih besar. Manusia mempunyai sistem kognitif disusun dalam satu bentuk hierarki teratas dan
persepsi ini lebih kompleks berdasarkan pemerhatian di bahagian atas. Berdasarkan pemerhatian
persepsi ini ianya dikenali sebagai pemprosesan atas ke bawah. Pemprosesan atas ke bawah
menunjukan keupayaan individu supaya mengambil apa yang kita tahu sebelum rangsangan
ditonjolkan kepada kita, serta memahami sesuatu yang menyebabkan orang ramai supaya dapat
melihat perkara dalam perspektif yang berbeza.

Nama-nama "atas ke bawah" dan "bawah ke atas" merujuk kepada tahap sistem persepsi
yang beroperasi di persepsi. Fikirkan organ deria (mata, telinga, dan lain-lain) sebagai bahagian
bawah (tahap rendah) sistem persepsi dan persatuan korteks otak sebagai peringkat tertinggi.
Oleh itu, pemprosesan atas ke bawah merujuk kepada pemprosesan berasaskan kepada apa yang
sudah ada dalam fikiran atau (tahap tertinggi) otak. pemprosesan bawah ke atas merujuk kepada
pemprosesan berdasarkan apa yang ada dalam pelbagai rangsangan yang sampai ke organ erti.
Sudah tentu, kedua biasanya beroperasi. Ia bukan satu memuat-atau perkara.

Mungkin contoh yang terbaik daripada atas ke bawah pemprosesan membaca teks. Kita
sering membaca yang betul atas kesilapan tipografi dalam teks. Oleh kerana teks sebelumnya
memberikan kita banyak maklumat konteks, kita tahu apa kata-kata yang boleh dijangkakan dan
secara automatik dan tidak sedar membetulkan surat yang salah (s) dalam rangsangan. Jika anda
diberi sesuatu untuk membaca, di mana setiap perkataan kelima digantikan dengan kosong, anda
boleh mengisi sebahagian besar kata-kata dipadam (pembaca yang baik melakukan ini jauh lebih
baik daripada pembaca miskin).

Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai jangkaan tentang apa perkataan akan muncul,
dan jangkaan ini lebih-tunggangan rangsangan sebenar kepada mata apabila kita terlepas ralat
tipografi. Jadi pembaca bukti yang baik perlu bekerja keras untuk mengelakkan jangkaan dari
mencegah bawah ke atas pemprosesan: perceiving huruf sebenarnya pada halaman (bukannya
surat yang diharapkan). Mereka berbuat demikian dengan mengelakkan membaca makna.

Penjelasan filem itu memberi ilusi bilik diputarbelitkan adalah penjelasan atas ke bawah.
Ia menyatakan bahawa kita menganggap bilik segi empat tepat berdasarkan pengalaman kami
yang luas. [Untuk sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dijelaskan, pengalaman kami yang luas
dengan orang yang tinggal saiz yang sama tidak beroperasi di sini.]
Bahagian bawah sehingga alternatif, yang dalam pertimbangan saya sesuai dengan fakta-
fakta yang lebih baik dalam kes ini, menyatakan bahawa bilik itu direka untuk memberikan
maklumat rangsangan palsu tentang bentuk dari bilik. Maklumat yang rangsangan kepada kita
bahawa pelbagai tempat di bilik sama-sama jauh, sedangkan sudut sebelah kiri adalah dua kali
sejauh sudut yang betul. Ini bermakna bahawa seseorang di sudut jauh membuat imej di mata
penonton yang kira-kira 1/2 sebesar imej seseorang di sudut berhampiran membuat.

Kerana kita melihat saiz dengan menggabungkan saiz imej dengan jarak, kita melihat
orang yang berjalan dari sudut kiri ke sudut yang betul untuk berkembang, kerana imej beliau
tumbuh kerana dia sebenarnya datang hampir kepada kita, tetapi isyarat kedalaman palsu
memberitahu kami secara palsu bahawa dia kekal jarak yang sama jauhnya. Oleh kerana saiz
imej tumbuh, tetapi jarak yang dilihat dari kami kekal Constance, wanita itu dilihat berkembang
dalam saiz (apabila dia sebenarnya datang lebih dekat).

Untuk kembali ke latihan tersebut, klik pada butang Kembali pada sudut kiri atas
tetingkap pelayar.

Top-Down Pemprosesan

Top-Down Pemprosesan juga dikenali sebagai pemprosesan "sebahagian besar" dan


menyatakan bahawa kita membentuk persepsi (atau menumpukan perhatian kami) dengan
memulakan dengan konsep yang lebih besar atau idea (ia juga boleh menjadi konsep atau idea
objek) dan kemudian kita bekerja ke bawah untuk perincian konsep itu atau idea. Jika anda jenis
orang yang belajar idea-idea baru dan konsep (atau bentuk jejak) dengan memulakan pertama
dengan aspek peringkat tinggi dan kemudian bekerja cara anda ke butiran halus, maka anda
pemproses atas ke bawah.

Ini adalah bertentangan dengan Bottom-Up Processing.

pemprosesan bawah ke atas

pemprosesan maklumat di mana komponen individu atau bit data digabungkan


sehingga persepsi lengkap terbentuk

B.Proses Sensasi dan Persepsi

- Proses dari bawah ke atas (bottom-tom processing)

Pemprosesan yang dimulakan oleh reseptor deria yang mencatat maklumat dari persekitaran dan
menghantarnya ke otak untuk di analisis dan ditafsirkan. dicetuskan oleh kemasukan rangsangan.

contoh: pengalaman saat pertama kali mendengar lagu kesukaan anda. Anda akan menggunakan
deria anda untuk mendengar secara teliti untuk "merasakan-nya"

-Proses Dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas.

Kedua-dua proses ini terjadi ketika kita merasa dan memersepsikan jika berdiri sendiri telinga
kita hanya dapat memeberikan maklumat yang datang mengenai suara dari persekitaran. Hanya
apabila kita mentafsirkan apa yang didengar oleh telinga (bawah ke atas) dan apa yang
ditafsirkan oleh otak (atas ke bawah) barulah kita benar-benar memahami secara penuh
bagaimana kita memersepsikan suara di dunia kita.
contoh:

Ketika mengerjakan puzzle. Apabila kita mengerjakan puzzle tanpa melihat kotak bungkusan,
kita akan merasa kesulitan kerana harus menyusun potongan tersebut tanpa mengetahui bentuk
asalnya. Anda perlu menyusun mengikut bentuk dan warna dari tiap potongan untuk menetukan
sama ada potongan-potongan tersebut sesuai (proses bawah ke atas). Akan tetapi jika mengetahui
gambar akhir dari teka-teki tersebut, anda boleh memilih bahagian mana yang akan anda lakukan
terlebih dahulu. hal ini akna membuat hal ini menjadi lebih mudah kerana telah memiliki
potongan dan gambaran umum tentang hasil akhirnya. Proses pemilihan yang anda lakukan
adalah berdasarkan pada pengalaman sebelumnya (proses dari atas ke bawah)

"Sensasi dan Persepsi tidak dapat dipisahkan, kerana secara automatik otak meresepsi
maklumat dari organ deria"

C. Mengukur Indera

Seberapa pekakah deria kita? setiap orang mempunyai kepekaan yang berbeza dalam menerima
sebuah stimulus sehingga menjejaskan kekuatan sensasi yang dihasilkan. untuk mengukur tahap
kepekaan seseorang perlu dilakukan serangkain ujian isyarat bermacam-macam kepentingannya,
dan menanyakan isyarat mana yang mereka pengesanan.

Ambang batas mutlak

Jumlah tenaga rangsangan minimum yang boleh dikesan oleh seseorang. Jika tenaga berada
dibawah ambang batas mutlak, kita tidak akan dapat mengesan keberadaaanya. (Glasberg and
Moore, 2006).

contoh: Seseorang mendengar bunyi detak jarum jam, jika orang tersebut menjauh maka makin
lama suaranya semakin hilang. jika orang tersebut mendekat perlahan ke arah jam, maka ada titik
di mana ia mendengar lagi suara detik jam tersebut.
contoh eksperimen pengesanan ambang batas mutlak:

-dog whistle

-penglihatan sinar ultraviolet

Ahli Psikologi Gestalt berminat memahami bagaimana kita mengintegrasi pecahan dan cebisan
rangsangan sensori kpd keseluruhan yg bermakna - Wertheimer mendapati banyak peraturan yg
digunakan yg dipanggil undang-undang organisasi persepsi • Contoh: Persepsi objek dan
latarbelakang - Apabila objek dan latarbelakang mengelirukan, persepsi menjadi tidak stabil (
pasu Rubin)

c) Organisasi persepsi merupakan salah satu teori kaunseling yang diperkenalkan oleh gesalt.
Organisasi persepsi adalah

Andaian yang oleh Kohler, awalnya, bahawa pengorganisasian spontan terhadap suatu pola
adalah suatu fungsi natural dari stimulus itu sendiri. Namun demikian, teori ini mengalami
kontroversi yang masih terus berlanjut. Kajian terhadap pengenalan pola yang telah dilakukan
oleh para ahli psikologi kognitif telah memperluaskan bidang penyelidikan para ahli psikologi
Gestalt awal. Sesetengah ahli psikologi kognitif moden menumpukan pada struktur - struktur dan
proses - proses dalaman yang berkaitan dengan pengenalan pola yang rumit, alih - alih
menekankan pada ciri-ciri dari rangsangan sederhana.