Kita jadikan Tuhan kawan setia Bersama-sama mencari Tuhan tidak akan timbul pergaduhan Bahkan akan terjadi satu haluan sesama insan Akhirnya setelah bersama mendapat Tuhan Akan terjadi berkasih sayang sesama manusia Bersama mencari Tuhan tidak ada pertarungan Tidak seperti manusia memburu dunia dan nikmatnya
Sentiasa sahaja bertarung, bersaing dan bermusuhan
Hasad dengki, tekan-menekan, jatuh-menjatuhkan Ia tidak akan terjadi pada manusia yang bersama-sama memburu Tuhan Memburu dunia tidak semua dapat Ada yang dapat ada yang tidak Memburu Tuhan sama-sama dapat, tidak ada yang kecewa Memburu dunia banyak yang kecewa Hatta yang dapat dunia dan nikmatnya juga kecewa Mendapat dunia menjemukan Mendapat Tuhan tidak menjemukan Dapat dunia tidak membahagiakan Dapat Tuhan dapat segala-galanya Dapat dunia hanya sebahagian Mendapat Tuhan mendapat Zat yang kekal abadi Mendapat dunia mendapat sesuatu yang binasa Sama ada kita meninggalkan dia Atau dia meninggalkan kita Mendapat dunia ia sentiasa menipu kita Mendapat Tuhan ertinya kita mendapat kawan setia