Anda di halaman 1dari 24

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK

RESOURCE POOL DAERAH SIBU SARAWAK


2015
Nama Pelajar:

………………………………………………

No. Kad Pengenalan:

………………………………………………

Angka giliran:

………………………………………………

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM PENGGAL 2

BAHASA MELAYU
Kertas 2
910/2

Masa Menjawab

1 Jam 30 Minit (1 ½ jam)

1
“KOLABORATIF GURU KECEMERLANGAN DIPACU”
BORANG MARKAH
BAHAGIAN MARKAH PENUH NO SOALAN MARKAH PELAJAR

A 30% 1 – 30
(Aneka
Pilihan)

31

32

33

34

B 30%
(Struktur) 35

36

37

38

39

JUMLAH 60% JUMLAH

2
Bahagian A [30 markah]

Jawab semua soalan.

1 Yang manakah morfem terikat satuan?

I Nyala
II Juang
III Panah
IV Rumah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Yang manakah apitan ke-...-an jenis kata nama?

I Kebesaran
II Kebaratan
III Kecantikan
IV Kemalangan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3 Yang manakah akronim gabungan bahagian-bahagian kata secara bebas?

A UDA
B INTAN
C UNITEN

3
D PUSPATI

4 Yang manakah ayat yang mempunyai kata penekan?

A Keretanya rosak pagi tadi.


B Kesedihannya tidak dapat digambarkan.
C Kedua-dua orang tuanya berasa bangga dengan pencapaiannya.
D Bahawasanya, kami berjanji akan taat setia kepada raja dan negara.

5 Yang manakah contoh yang betul bagi kata bantu, kata arah, dan kata adverba jati?

Kata bantu Kata arah Kata adverba jati


A mula tepi atas
B esok telah sisi
C baru bucu tadi
D mahu lusa akan

6 Yang manakah kata majmuk kiasan jenis kata adjektif?

I Duit kopi
II Gemuk air
III Berat mulut
IV Pekak badak

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Melukis dapat mendatangkan hasil yang lumayan

Kata melukis dalam ayat di atas berfungsi sebagai

4
A Kata nama
B Kata kerja
C Kata adjektif
D Kata terbitan

8 Yang manakah kata yang tidak mengandungi sisipan?

I Berserabut
II Bergerincing
III Menggeluncur
IV Kecemerlangan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9
Badrul memang meminati gadis yang tinggi-lampai untuk dijadikan isterinya.

Perkataan tinggi-lampai dalam ayat di atas tergolong dalam penggandaan

A penuh
B separa
C berentak bebas
D berentak pengulangan vokal

10 Ayat yang manakah yang tidak mengandungi kata majmuk?

5
A Aminah dibawa ke rumah sakit untuk rawatan.
B Semua pelajar sekolah itu sedang bercuti panjang.
C Berhati-hatilah di jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.
D Persuratkhabaran Melayu berkembang pesat pada tahun 1920-an.

11 Yang manakah kata-kata tunggal?

A Pakaian, seruling, ketua, pelajar


B Berasa, telunjuk, semerbak, kepada
C Gemilang, dukacita, selerak, kelengkeng
D Ziarah, sandiwara, harmonika, sederhana

12 Yang manakah ayat penyata?

A Jemput datang ke majlis perkahwinan kami.


B Hantarkan bungkusan itu sebelum hari Ahad ini.
C Tak usah engkau mengambil tahu akan hal aku lagi.
D Anak angkat yang dipeliharanya sudah pun berumah tangga.

13 Yang manakah kata yang boleh berfungsi sebagai frasa nama dan frasa kerja dalam
ayat?

I Berehat
II Terbuka
III Bercetak
IV Bersenam

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6
14 Yang manakah ayat tunggal?

I Kek lapis itu sedap dan nyaman.


II Yang ini tidak boleh digunakan lagi.
III Murid ini lebih rajin daripada rakan-rakan sedarjahnya.
IV Dia dan kawan-kawannya tidak dibenarkan bermain di situ.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Ayat yang manakah yang mengalami pengguguran?

A Dia memberitahu saya bahawa dia tidak sakit.


B Sementara Ali menunggu ibunya sampai dia menulis surat.
C Dengan berhati-hati dia bertindak kerana dia mahu mengelak daripada dikecam
oleh pihak musuh.
D Sesiapa yang telah menjelaskan yuran dipersilakan masuk, yang belum diminta
menunggu diluar.

16 Yang manakah bukan tergolong dalam ayat songsang?

A Kebahagiaanlah yang saya harapkan.


B Kau bacalah surat yang baru dikirimkannya kepadaku itu.
C Buku yang tersimpan di dalam laci itu amat mahal harganya.
D Sejak beberapa bulan yang lalu, kerana terlalu kecewa ia memencilkan diri.

17 Jikalau pihak pekerja tidak mahu bekerjasama, semua rancangan akan tergendala.

Bahagian yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah

7
A klausa bebas
B klausa utama
C klausa terikat
D frasa keterangan

18 Ayat dasar terdiri daripada ayat

I aktif
II pasif
III seruan
IV penyata

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19 Yang manakah ayat yang telah mengalami proses pendepanan kata kerja dengan
objek?

I Menangkap ikan nelayan itu di laut dalam.


II Akan bertolak jemaah haji ke tanah suci esok.
III Menonton televisyen pelajar-pelajar itu di bilik rehat.
IV Gagal pelajar itu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

20 Yang manakah ayat majmuk pancangan komplemen?

I Terlalu sukar untuk beliau memenangi pilihan raya kecil itu.

8
II Semua pelajar menyayangi pengetua yang baru bertukar ke sekolah mereka.
III Kami dapat bekerja dengan lebih selesa sejak berpindah ke bangunan baru ini.
IV Cikgu Mustakim menyatakan bahawa beliau akan bertukar ke sekolah lain mulai
awal bulan hadapan.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21 Yang manakah ayat-ayat yang frasa keterangannya boleh digugurkan?

I Lelaki itu berjoging setiap hari.


II Pesakit itu menjerit sekuat-kuat hati.
III Pendatang tanpa izin itu bermastautin di ibu kota.
IV Pembangunan di bandar raya Kuala Lumpur bertambah pesat.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

22

Subjek Kata kerja Pelengkap Keterangan

Yang manakah ayat yang mematuhi analisis di atas?

A Ahmad bermain bola di padang.


B Bermain bola di padang Ahmad.

9
C Ahmad di padang bermain bola.
D Di padang Ahmad bermain bola.

23 Yang manakah ayat yang mengalami proses pendepanan predikat?

I Ayam itu sudah mati agaknya.


II Ahmad sungguh bernasib baik.
III Tidak berguna lagi penyesalannya.
IV Kepada ibunya hadiah itu diserahkan.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

24 Yang manakah ayat yang tidak boleh dipasifkan?

I Memancing ikan menjadi kegemaran mereka sejak kecil.


II Warna merah menjadi lambang keberanian dan kegagahan.
III Tuhan membuka pintu syurga kepada orang yang bertaubat.
IV Dermawan itu membiayai semua aktiviti kebajikan persatuan itu.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

25 Yang manakah ayat yang menunjukkan pola ayat dasar yang terdiri daripada “Kata
Nama + Kata Kerja”?

I Ah Seng tidak gemuk.


II Semalam hujan turun.
III Mereka bertolak pagi Rabu.

10
IV Yang datang itu sahabat lama ayah.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

26
Dia berjuang demi masa depan anak bangsa.

Frasa yang berhuruf condong dalam ayat di atas berfungsi sebagai

A frasa keterangan
B frasa eksosentrik
C frasa komplemen
D frasa endosentrik

27
Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Unsur yang menjadi pengisi frasa nama dalam ayat di atas terdiri daripada

A inti + inti
B inti + penerang nama jenis
C inti + penerang nama milik
D inti + penerang nama penyambut.

28 Kata majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses

11
A menggandingkan imbuhan pada kata dasar
B menggandakan kata dasar secara penuh dan separa
C merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membawa makna tertentu
D merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membawa makna yang sama

29
Tuan Pegawai Daerah menjelaskan bahawa projek pengairan akan dilaksanakan di
kawasan sawah terbiar itu.

Ayat di atas menunjukkan berlakunya proses

A Peluasan frasa predikat


B Peluasan dengan kata hubung
C Peluasan frasa nama sebagai subjek
D Peluasan melalui proses komplementasi

30 Ayat yang manakah mengandungi frasa kerja dengan dua objek?

A Mereka menaiki kereta api ke selatan.


B Jambatan kayu merintangi sungai itu.
C Kapal-kapal itu menyusuri pesisir pantai.
D Nenek itu membelikan cucunya baju kebaya.

12
Bahagian B (30 markah)

31 (a) Berikan satu perbezaan antara kata kerja aktif transitif dengan kata kerja aktif
tak transitif.

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[1]

(b) Bina satu contoh ayat menggunakan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
yang pelengkapnya terdiri daripada kata adjektif atau frasa adjektif.

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[1]

(c) Bina satu contoh ayat yang mengandungi dua objek.

…………………………………………………………………………………………

13
…………………………………………………………………………………………
[1]

32 Berikan satu contoh perkataan bagi setiap perkara yang dinyatakan di bawah.

Golongan kata Penggandaan berentak


Pengulangan vokal Pengulangan konsonan

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

[3]

33 Nyatakan jenis frasa keterangan bagi ayat-ayat di bawah.

(a) Cikgu Suriani cuti bersalin dalam masa tiga bulan

…………………………………………………………………………………………
[1]

(b) Setiap orang perlu berfikir mengenai masa depan mereka.

…………………………………………………………………………………………
[1]

14
(c) Manusia perlu taat akan Tuhan.

…………………………………………………………………………………………
[1]

34
Sebelum keluar mendapatkan ibunya yang sedang menunggu di tepi jalan itu, dia
pergi ke bank untuk mengeluarkan wang.

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan

(a) Klausa bebas

…………………………………………………………………………………………
[1]

(b) Klausa tak bebas

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[2]

35 Berikan satu contoh ayat.

(a) Pendepanan predikat sebahagian frasa kerja

15
…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[1]

(b) Pendepanan predikat sebahagian frasa adjektif

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[1]

36
Kami akan ke hospital apabila Aminah dan Alina tiba dari sekolah.

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan;

(a) Dua klausa keterangan

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[2]

(b) Klausa gabungan

…………………………………………………………………………………………

16
[1]

37
Ayat 1 Maimun mengirimi adiknya duit.

Ayat 2 Maimum mengirimkan duit untuk adiknya.

Nyatakan jenis peluasan ayat bagi ayat di atas.

…………………………………………………………………………………………………
[1]
38 Berikan satu contoh frasa nama bagi setiap inti + penerang di bawah

(a) Inti + penerang nama kegunaan

…………………………………………………………………………………………
[1]

(b) Inti + penerang nama perkara

…………………………………………………………………………………………
[1]

(c) Inti + penerang nama penyambut

17
…………………………………………………………………………………………
[1]

39 Baca petikan yang berikut dan kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di
dalamnya. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat
pembetulan.
[9]

Penumpang kapal terbang pada masa depan berpeluang menikmati


pemandangan alam semulajadi dari udara selepas syarikat pembuat kapal terbang,
Airbus memfailkan paten tingkap dan interaktif skrin bagi menjadikan perkara itu
sebagai kenyataan. Penumpang akan mempunyai ruang yang mencukupi untuk
merenggangkan badan sambil menikmati pemandangan luar dengan kerusi yang
membolehkan mereka berbaring. Selain itu, dinding pesawat akan berubah
berdasarkan keadaan cahaya dengan paparan permainan dan hiburan dalam pesawat
yang dikuasakan oleh haba dari badan penumpang.

Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan

18
3

KERTAS SOALAN TAMAT

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A

19
1 A 6 D 11 D 16 C 21 A 26 A

2 B 7 A 12 D 17 C 22 A 27 A

3 D 8 D 13 B 18 B 23 D 28 C

4 D 9 C 14 C 19 B 24 A 29 D

5 C 10 B 15 D 20 B 25 C 30 D

BAHAGIAN B

31 (a) Kata kerja aktif transitif merupakan kata kerja yang memerlukan objek atau
penyambut manakala kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan objek atau
penyambut selepasnya.
[1]
(Rujuk TBA : Halaman 100 – 104) – Jawapan lain tidak diterima

(b) Lelaki itu bertubuh sasa sekali.


[1]
(Rujuk TBA : Halaman 271-272) – Jawapan lain diterima

(c) Ibu membelikan adik jam tangan.


OT OS
[1]
(Rujuk TBA : Halaman 275 – 276) – Jawapan lain diterima

32
Golongan kata Penggandaan berentak
Pengulangan vokal Pengulangan konsonan

Kata Nama kuih-muih hukum-hakam

Kata Kerja cerai-berai bolak-balik

20
Kata Adjektif hiruk-pikuk Kontang-kanting

[3]
(Rujuk TBA : Halaman 94, 147, 167) – Jawapan lain diterima

33 (a) Keterangan waktu [1]

(b) Keterangan hal [1]

(c) Keterangan emotif [1]

34 (a) Dia pergi ke bank. [1]

(b) i. Sebelum keluar mendapatkan ibunya yang sedang menunggu di tepi jalan
itu [1]

ii. untuk mengeluarkan wang [1]

35 (a) Bermain di padang kanak-kanak itu. [1]

Rujuk TBA : Halaman 336 – Jawapan lain diterima

(b) Cantik Maryam sejak dulu. [1]

Rujuk TBA : Halaman 337 – Jawapan lain diterima

21
36 (a) i. apabila Aminah tiba dari sekolah [1]
ii. apabila Alina tiba dari sekolah [1]

Rujuk TBA : Halaman 377 – Jawapan lain tidak diterima

(b) Klausa gabungan

Aminah dan Alina tiba ... [1]

Rujuk TBA : Halaman 377 – Jawapan lain tidak diterima

37 Peluasan frasa nama sebagai objek [1]

Rujuk TBA : Halaman 408 – Jawapan lain tidak diterima

38 (a) Serbuk pencuci [1]

Rujuk TBA : Halaman 254 – Jawapan lain diterima

(b) Sijil perkahwinan [1]

Rujuk TBA : Halaman 256 – Jawapan lain diterima

(c) Penyambut tetamu [1]

Rujuk TBA : Halaman 254 – Jawapan lain diterima

39
Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan

22
1 berpeluang Kata hubungan pancangan berpeluang untuk
menikmati komplemen “untuk” perlu digunakan menikmati
dalam ayat majmuk pancangan
komplemen.

2 interaktif skrin Kesalahan Hukum D-M. Unsur yang skrin interaktif


diterangkan, iaitu “skrin” harus
mendahului unsur yang menerangkan
“interaktif”

3 dari badan Kata sendi nama “dari” hanya daripada badan


penumpang digunakan untuk menyatakan tempat penumpang
dan masa. Kata sendi nama
“daripada” lebih sesuai digunakan
untuk menyatakan punca atau sumber
(berkaitan dengan manusia)

Soalan 39 : Pelajar hanya boleh memberikan 3 jawapan sahaja. Jawapan ke-4 dan seterusnya tidak
disemak.

23
JIKA ADA KESILAPAN
MAAF DIPOHONKAN

SESUNGGUHNYA,
YANG TERBAIK ITU
DATANG DARIPADA TUHAN
SEGALA YANG KURANG ITU
DATANG DARIPADA
MANUSIA
INSAN CIPTAAN-NYA

24