Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS (FORMAL)

MAJLIS MAKAN MALAM PUSAT TURATH KELESTARIAN ISLAMI


TARIKH : 14 MEI 2018

MASA PERKARA TINDAKAN


7.45 PM KETIBAAN PARA HADIRIN
8.00 PM KETIBAAN TETAMU VIP DAN PENSYARAH

Mengumumkan ketibaan para tetamu jemputan bersama


pensyarah. Para hadirin diminta berdiri.

Para hadirin dipersilakan duduk.

8.15 PM UCAPAN ALUAN

Kita buka majlis kita dengan ummul kitab, al-Fatihah.

Bismillahirrahmanirrahim,
(SALUTASI)
Assalamu’alaikum WBT dan salah sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas limpahan kasih
sayang-Nya dapat kita berkumpul untuk menjayakan
majlis ini.

Alhamdulillah, selamat datang kami ucapkan kepada


para hadirin ke majlis Turath Islami Majestic Dinner.

8.17 PM BACAAN DOA & AYAT SUCI AL-QURAN

Bagi memohon agar majlis kita pada malam ini diberkati,


majlis dengan ini menjemput saudara _______________
___________ untuk mengetuai bacaan doa.

Amin ya Rabbal ‘alamin. Terima kasih diucapkan kepada


saudara __________________________ atas kesudian
beliau memimpin bacaan doa itu tadi.
Seterusnya, bagi menyerikan lagi majlis kita, majlis
dengan ini menjemput saudara/saudari ____________
______________ untuk memperdengarkan bacaan ayat
ayat suci al-Quran.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


saudara/saudari ________________________ atas
kemerduan bacaan ayat suci al-Quran sebentar tadi.

8.30 PM UCAPAN

Bagi meneruskan majlis, majlis kini menjemput saudara


__________________________ selaku Ketua Pengarah
Program majlis makan malam ini. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara ____________


__________ atas ucapan beliau itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput pula _____________


______________ selaku penasihat program untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ___________________


________ atas ucapan beliau sebentar tadi.

Majlis dengan ini menjemput ____________________


_______ selaku Ketua Pusat Kelestarian Turath Islami
untuk menyampaikan sedikit ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ______


_______________ atas ucapan beliau itu tadi.
Dengan ini, majlis menjemput pula _________________
__________ untuk menyampaikan amanat dan
seterusnya merasmikan majlis kita pada malam ini. Majlis
dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


______________________ atas kesudian beliau
menyampaikan amanat serta merasmikan majlis kita.

9.10 PM JAMUAN

Selesai gimik perasmian, tibalah kita ke agenda jamuan.


Majlis kini menjemput saudara _________________
___________ untuk mengetuai bacaan doa makan. Majlis
mempersilakan.

Amin amin ya Rabbal’alamin. Terima kasih diucapkan


kepada saudara _________________ atas kesudian
mengetuai bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian dipersilakan menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai