Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN AKTIVITI UNIT PC

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

LAPORAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASI PUISI BAHASA CINA 2014

1.0 TARIKH
14 /3 /2014 (Jumaat)

2.0 MASA
10.00a.m-2.00p.m

3.0 TEMPAT
MINI TEATER IPG Kampus Kent Tuaran

4.0 LATAR BELAKANG


Puisi merupakan sejenis karya yang boleh menunjukkan pemikiran dan
perasaan penulis. Ia juga dapat memaparkan budaya sosial pada sesuatu
tempoh masa. Keistimewaan puisi adalah sesuai untuk dibaca dan juga
dideklamasikan. Selaras dengan kursus pada semester 5 BCN 3110 - Puisi,
unit Bahasa Cina Kampus Kent Tuaran akan menganjurkan Pertandingan
Mendeklamasi Puisi. Pertandingan ini adalah untuk meyediakan peluang
kepada para guru pelatih untuk mendeklamasi sajak serta mencungkil bakat
dan daya kreativiti guru pelatih.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Memahami dengan lebih mendalam tentang keistimewaan puisi.

5.2 Mengaplikasikan teknik mendeklamasi puisi.

5.3 Menerapkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam puisi.

5.4 Memenuhi tuntutan kehendak teknik mendeklamasi puisi.

6.0 SASARAN
6.1 PISMP Bahasa Cina Ambilan Januari 2012 (Wajib)
6.2 Terbuka kepada guru pelatih yang berminat
LAPORAN AKTIVITI UNIT PC
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

7.0 PENSYARAH PENASIHAT


7.1 EN. TIONG HONG KEONG
7.2 PN. CHIN SATT FUNG

8.0 PELAKSANA AKTIVITI


Pada 14 March 2014, unit PISMP-Bahasa Cina Ambilan Januari 2012 telah
mengadakan Pertandingan Mendeklamasi Puisi yang bertempat di Bilik Mini
Teater. Pertandingan Mendeklamasi Puisi diadakan pada peringkat Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran. Pertandingan ini dibahagi kepada dua
kategori, iaitu kategori kumpulan PISMP Bahasa Cina dan kategori kumpulan
Bukan Major Bahasa Cina. Pertandingan ini diadakan untuk mengingatkan
kaum Cina mewarisi dan memperkembangan warisan budaya mendeklamasi
puisi. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada rakan-
rakan yang lain turut menghayati Kesenian dan Kesusasteraan Bahasa Cina.
Aktiviti Pertandingan Mendeklamasi Puisi ini merupakan tahun pertama
dianjurkan di IPG kampus Kent. Kami juga berharap agar pertandingan ini
dapat diteruskan pada setiap tahun agar penghayatan mendeklamasi puisi
turut berkembang dalam kalangan pelajar-pelajar yang meminati
Kesusateraan Cina ini.

Gambar kesemua peserta bersama Ketua Jabatan Bahasa.


LAPORAN AKTIVITI UNIT PC
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

Peserta-Peserta mendeklamasi puisi.

Pemenang-pemenang dan sagu hati bagi kategori kumpulan PISMP Bahasa Cina.
LAPORAN AKTIVITI UNIT PC
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

Pemenang-pemenang dan sagu hati kategori kumpulan Bukan Major Bahasa Cina.

Sesi mendeklamasi puisi bersama-sama.


LAPORAN AKTIVITI UNIT PC
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

9.0 PENILAIAN AKTIVTI

9.1 Kekuatan

 Membentuk kerjasama antara ahli jawatankuasa. Semasa mengendalikan


pertandingan tersebut, mereka harus berinteraksi untuk menyempurnakan
pertandingan tersebut.
 Merapatkan hubungan antara guru-guru pelatih antara unit yang berlainan
semasa pertandingan dijalankan.
 Mendedahkan warisan budaya Cina iaitu mendeklamasi puisi dari segi
menzahirkan perasaan dalam pelbagai aspek yang tertentu semasa
mendeklamasi puisi.
 Kertas kerja disiap awal.
 Perhiasan dan persiapan untuk kawasan pertandingan disusun dengan
kemas.
 AJK PA sistem mengambil alatan PA dengan lebih awal.
 Persediaan hadiah-hadiah pemenang dan cenderahati yang awal dan
sistematik.
 Power point dan background slide yang cukup memuaskan dan menarik hati
penonton.
 Pertandingan dimulakan dan dijalankan tepat pada masa seperti yang
dirancang.
 Unit Bahasa Cina amat bekerjasama untuk mengemaskan dan
membersihkan kawasan.

9.2 Kelemahan

 PA Sistem- microphone dan amplifier yang kurang berkualiti.


 Publisiti-Terdapat peserta menyerahkan borang dengan lewat. Kad jemputan
dihantar dengan awal tetapi tentatif masa asyik bertukar menyebabkan
kesulitan AJK publisiti membuat pengumuman yang sistematik.
 Setiausaha – Agihan tugas yang tidak berapa memuaskan hati.
 Kekurangan AJK protokol menyebabkan sambutan VIP tidak berapa lancar.
LAPORAN AKTIVITI UNIT PC
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

 Tentatif program-tentatif program yang disediakan asyik bertukar masa


disebabkan pertukaran tempahan tempat dan kertas publisiti perlu print
semula sebanyak beberapa kali.
 Unit PISMP-Sejarah memberi alasan tidak tahu ada aktiviti pertandingan ini,
tetapi PISMP-PC telah mengenalpasti maklum balas bahawa mereka tidak
akan menyertai pertandiangan ini telah menyebabkan salah faham.
 AJK tempat- Pertukaran tempat sebanyak dua kali telah mengakibatkan
kesulitan pihak pengajur membuat perancangan yang rapi. (atas sebab
keperluan unit praktikum bercanggah masa dan juga aktiviti para pensyarah
secara tiba-tiba atas arahan pengarah.)
 AJK dokumentasi- Diharapkan aktiviti pertandingan mendeklamasi ini tidak
berlangsung pada masa di antara pukul 11 pagi hingga 2 petang( masa rehat
kakitangan IPG Kent)
 AJK multimedia- Terdapat peserta memberikan background slide dan
informasi pusi pada hari pertandingan menyebabkan sedikit kesukaran
mengatur informasi persembahan. Adalah digalakan memberi informasi
dengan lebih awal tiga hari sebelum hari pertandingan.

10.0 KESIMPULAN
Pelaksanaan pertandingan mendeklamasi puisi ini merupakan satu aktiviti
yang amat bermakna kepada siswah pendidik, terutamanya kepada bakal
guru Bahasa Cina. Dengan adanya pertandingan ini, diharapkan para siswa
pendidik dapat mengembangkan kemahiran mendeklamasi puisi ini dan
menjadi lebih meminati kesusasteraan Cina ini.