Anda di halaman 1dari 24

PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

1.0 PENGENALAN

Bakal guru Pendidikan Jasmani (PJ) selalunya menghadapi masalah


pengurusan kelas (Rink,2002). Mereka perlu mendapat kerjasama dan penglibatan
pelajar dalam pembelajaran selain daripada meyediakan satu persekitaran yang
membantu pembelajaran. Tambahan pula, suatu sistem pengurusan yang baik
bermatlamat untuk membentuk tanggungjawab pelajar terhadap tingkah laku dirinya.

Menurut Anderson (1999) guru PJ yang efektif perlu keputusan yang cermat
(deliberate) dan pertahanan (defensible) tentang pengurusan kelas PJ. Beliau
menyatakan bahawa cabaran untuk mengajar PJ adalah mengetahui bila dan
bagaimana menggunakan apa yang diketahui tentang pengurusan dan instruksi bagi
memaaksimumkan pembelajaran pelajar. Guru PJ harus memahami tingkah laku
pengurusan yang mana berinteraksi dengan kandungan, konteks, dan ciri
pembelajaran.

Gimnasium merupakan satu tempat di mana pelajar memperolehi


pembelajaran positif. Kedua-dua guru dan pelajar seronok berada di situ sama ada
guru yang mengajar ataupun pelajar yang hendak belajar dalam suasana harmonis.

Guru bertanggunggjawab untuk

• `Membekalkan kandungan pembelajaran yang sesuai dan mencabar kepada


pelajar

• Membentuk dan mengekalkan persekitaran yang membantu pembelajaran

• Mengacu tahap tanggungjawab pelajar yang semakin meningkat.

Guru dianggap tidak bertanggungjawab apabila mereka gagal menggunakan


autoriti, ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka untuk memperkembang
kebolehupayaan atau fungsi tadi.

Menurut Rink (2002), pengajaran selalunya dirujuk kepada kedua-dua fungsi


pengurusan dan kandungan dalam pengajaran.

• Pengurusan – mengatur persekitaran pembelajaran supaya mengekal dan


memperkembang tingkah laku, penglibatan pelajar yang sesuai dalam konten.

1
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

• Kandungan – bahagian penting dalam kurikulum, iaitu apa yang perlu


dipelajari.

Kemahiran pengurusan yang baik adalah penting untuk pengajaran yang efektif.
Fungsi pengurusan dan fungsi kandungan dalam pengajaran dikenal pasti bahawa
interaksi antara satu sama lain berlaku dalma konteks di mana ciri sesebuah kelas
adalah unik. Ini boleh digambarkan dengan situasi di mana seseorang guru
mengatur pengalaman pembelajaran yang sesuai tetapi kemungkinan tidak
mendapat kerjasama dan penglibatan pelajar dalam pembelajarannya. Begitu juga
kemungkinan besar seseorang guru itu mempunyai asas kemahiran pengurusan
yang baik tetapi tidak ada sesuatu yang bernilai disampaikan kepada pelajar.

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sistem intstruksi yang mana


sepatutnya berkongsi matlamat kurikulum bersama. Justeru itu, adalah tidak patut
mengharapkan pelajar berusaha dan berdikari pada tahap maju dalam kandungan
bagi sesuatu sistem pengurusan yang menyumbang kepada kepatuhan pelajar.
Patuhan (order) dalam pendidikan merujuk kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti
pada tahap yang tinggi sedangkan tingakah laku yang kurang sesuai atau pengacau
(disruptive behaviour) pada tahap yang rendah.

Pengukuran bagi pengajaran efektif merujuk kepada keupayaan seseorang itu


membentuk penglibatan pelajar dalam kandungan pada tahap yang tinggi. Keadaan
ini seharusnya berlakau bagi pengajaran dan pembelajaran. Untuk mencapainya
pula, guru perlu menggunakan pelbagai strategi pengjaran yang yang diaplikasikan.
Dalam perspektif pengurusan, ini bermakna pelajar hendaklah berkeupayaan
bertindak dengan penuh tanggungjawab tanpa pengawasan guru dan berinteraksi
dengfan orang lain secara positif.

Selain itu, pihak sekolah juga telah membentuk sistem pengurusan yang jelas
menyatakan bahawa peraturan sekolah, prosedur sekolah, dan kesan terhadap
pelajar yang melanggar peraturan sekolah yang ditetapkan. Guru PJ bukan sahaja
mengekalkan peraturan sekolah secara konsisten tetapi juga hendaklah
menginterpretasikan peraturan dan prosedur bagi sistem pengurusan kelas terhadap
PJ yang unik. Ini disokong oleh Mitchell dan Hewitt (2002) yang menyatakan bahawa
guru PJ perlu mendapat sokongan pihak pentadbir terutamanya menangani pelajar
yang tidak mahu mengikuti kelas PJ (problem og non-participants). Guru PJ perlu
2
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

diundang untuk menggubal peraturan sekolah bersama untuk memberi gambaran


kepada semua pihak tentang apa yang berlaku dalam kelas PJ, dan bukan sekadar
bermain bola melalui satu set peraturan serta konsekuensi yang jelas.

2.0 PEMBENTUKAN RUTIN

Salah satu langkah untuk membentuk pengurusan yang baik bermula dengan
pembentukan rutin dan peraturan kelas yang diajar serta memegang tanggungjawab
pelajar harian. Apabila guru PJ mempunyai rutin terhadap acara yang berulang
seperti kehadiran, menyusun alatan sukan, bersalin baju PJ dan sebagainya, pelajar
akan tahu bentuk tingkah laku yang harus ada dan sesuai pada diri mereka. Conckel
(1999) menyarankan bahawa aktiviti seperti Roll Call boleh mengurangkan masalah
pembaziran masa untuk menunggu (contohnya mengambil kehadiran) sebelum kelas
PJ dimulakan.

Pada masa yang sama, memberi satu kaedah kreatif dan efisien untuk
mengukuhkan kemahiran kognitif pelajar melalui aktiviti yang disedia maklumkan
kepada pelajar sementara menunggu. Seseorang guru PJ seharusnya boleh
menggambarkan apa yang dikehendaki dan dilakukan oleh pelajarnya. Rutin harus
dibentuk bagi kelancaran dan memaksimumkan peluang penglibatan dalam
kandungan. Pelajar harus diajar rutin seperti ini, dilatih dan diperkukuhkan. Rink
(2002) memberi garis panduan atau prinsip asas untuk pembentukan dan
pengekalan rutin seperti mengajar rutin, darjah struktur, dan pengukuhan rutin.

Rutin boleh diajar dengan pelbagai cara. Kebanyakan guru PJ akan


menghabiskan masa awal tahun untuk menerangkan dan mempraktiskan rutin
tertentu. Perkara yang perlu diingati adalah guru PJ seharusnya berkongsi matlamat
bersama dengan pelajarnya supaya sesuatu rutin dan tingkah laku yang sesuai
dipamerkan semasa melaksanakan rutin yang bakal ditetapkan.

Faktor untuk memastikan pembentukan rutin secara signifikan adalah


pengukuhan guru PJ yang konsisten terhadap rutin itu. Ini juga bergantung kepada
kesanggupan guru PJ untuk bertindak apabila rutin yang ditetapkan tidak dipatuhi
oleh pelajar. Guru yang efektif akan memastikan pengukuhan rutin berterusan
sepanjang tahun.
3
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

3.0 PEMBENTUKAN PERATURAN KELAS

Situasi PJ yang unik memerlukan peraturan tambahan bagi menggunakan


masa peruntukan dalam gimnasium dengan pengalaman pembelajaran yang lebih
positif dan selamat (Rink, 2002). Peraturan adalah konsep asas yang bersesuaian
digunakan dalam mana-mana juenis situasi pengajaran dan pembelajaran. Peraturan
akan dipelajari daripada contoh berterusan bagi menentukan respon yang sesuai
dan respon yang tidak sesuai tehadap sesuatu peraturan. Pada amnya, peraturan
haruslah:

1) Dikembangkan bersama kerjasama pelajar.

2) Dinyatakan dengan positif.

3) Eksplisit kepada pelajar.

4) Diperkukuhkan dengan konsisten dan adil.

5) Bilangan kecil.

3.1 KERJASAMA PELAJAR

Sebahagian besar dalam pengurusan guru adalah usaha mendapat


kerjasama bagi mematuhi rutin dan peraturan yang ditetapkan, bertingkah laku yang
sesuai, dan penglibatan kandungan pada tahap yang tinggi. Beberapa startegi untuk
mendapat dan mengekalkan kerjasama pelajar dicadangkan oleh Rink (2002), iaitu:

1) Merancang perkembangan pengalaman terhadap matlamat persekitaran


pembelajaran.

2) Pendekatan positif selalunya lebih efektif berbanding dengan pendekatan


negatif.

3) Guru tidak harus menganggap bahawa tingkah laku yang kurang sesuai
sebagai ugutan kepada respon pelajar.

4) Mengetahui apa yang diharapkan.

5) Menentukan matlamat utama terhadap tingkah laku pelajar.

6) Berkongsi harapan dengan pelajar awal.


4
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

7) Pengurusan adalah satu proses yang berterusan.

Guru harus memahami dan membantu pelajar yang mempunyai masalah


tertentu, sekurang-kurangnya hormat dan bertimbang rasa. Pada masa yang sama,
guru masih boleh mengharapkan tingkah laku pelajar yang cemerlang pada tahap
yang tinggi dengan tegas. Lagipun, ciri asas pengurusan adalah kehendak
(expectations) guru haruslah jelas diberitahu atau disampaikan kepada pelajar
sebelum pelajar melakukan tingkah laku yang tidak dikehendaki (misbehaved).

Selain itu, konsistensi merupakan aspek kritikal dalam pengurusan yang baik.
Guru tidak akan konsisten dalam perancangannya selagi dia belum mengenal pasti
bentuk tingkah laku yang hendak dipamerkan oleh pelajar pada peringkat awal lagi.
Tambahan pula, pelajar belum bersedia untuk idea guru yang mencabar. Maka, guru
hendaklah merancang matlamat jangka panjang.

Pelajar boleh dibantu untuk menilai tingkah laku yang sesuai dan
internalisasikan kehendak dengan syarat mereka ditengkan sebab tingkah laku
tertentu sahaja dianggap sesuai sedangkan tingkah laku tertentu yang lain tidak.
Malahan mereka terlibat dalam membuat keputusan untuk membentuk tingkah laku
bagi kehendak awam. Umpamanya:

1) Kalau semua orang bercakap pada masa yang sama, tiada sesiapa pun
yang mendengar siapa yang bercakap.

2) Mengapa mahu risau tercedera akibat terkena bola jikalau kita semua
melakukan balingan bola pada masa yang sama dan sebagainya.

Menurut Rink (2002) lagi, kehendak bagi penglibatan yang sesuai dalam
pengalaman pembelajaran juga perlu dibentukkan. Mengajar peraturan bagi
penyertaan sosial dan kehendak penglibatan dalam pengalaman pembelajaran boleh
mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai dalam kandungan pelajaran.

Seperti yang disebut diatas, pengurusan merupakan satu proses berterusan.


Sebaik sahaja guru membentuk persekitaran pembelajaran bercirikan kawalan, guru
perlu mengekalkannya. Walaupun secara minimum, guru perlu membantu pelajar
mencapai tahap kawalan diri yang lebih tinggi tahapnya.
5
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

OBJEKTIF
1. Memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang cara melakukan aktiviti
permainan kanak-kanak serta cara-cara mengaplikasikan dalam kurikulum PJK
sekolah.
2. Membantu para guru pelatih membezakan model dan kategori permainan
kanak-kanak.
3. Menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan bagi aktiviti permainan kanak-
kanak untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kurikulum
PJK sekolah.
4. Membolehkan pelajar menghayati dan mengamalkan nilai murni semasa
menjalankan aktiviti permainan sesama murid.
5. Memupuk etika kerjasama sesama pelajar bagi menghasilkan suasana
konduksif.
6. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta
membentuk sahsiah dan disiplin diri individu.
7. Membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan
keselamatan semasa menyertai palbagai kegiatan fizikal.

MATLAMAT

Matlamat utama mempelajari permainan kanak-kanak ini ialah :-


1. Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih.
2.Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap individu
mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada
masyarakat.
3. Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh
melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif.
4. Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan
Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak.
5. Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan
dalam diri.
6. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam

6
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

permainan.
7. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor.
8. Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri.
9. Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupan

4.0 PENGENALAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU)

Pendekatan TGFU yang diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982)


menfokuskan perbezaan terhadap pengajaran permainan daripada cara tradisional
yang menekankan kepada technical – know-how kepada pendekatan pengajaran
secara taktikal yang bercirikan kepada persoalan APA dan KENAPA.

Model Bunker dan Thorpe (1982) ini boleh diaplikasikan kepada empat
kategori permainan iaitu sasaran,jaring,dan dinding, memadang dan menyerang.
Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi masalah
taktikal yang perlu diselesaikan dan menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal
merentas permainan.

Tujuan TGFU ialah meningkatkan kefahaman murid dalam pendidikan jasmani


supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan
terutamanya permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal tertentu. Melalui
kaedah TGFU dapat menambahkan ilmu kefahaman mengenai cara untuk

7
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

menguasai sesuatu permainan contohnya bola baling. Pada mulanya guru akan
menggunakan bahan yang lain untuk menggantikan alat permainan. Setelah mereka
menguasai kemahiran dengan sepenuhnya mereka akan diberi alat permainan yang
digunakan dalam pertandingan yang sebenar.

Selain itu, TGFU dapat melatih pelajar supaya menjadi lebih berkemahiran
dalam setiap permainan sukan. Pelajar dapat dilatih dengan teknik yang betul
melalui konsep TGFU. Teknik dan peraturan sesuatu permainan sukan akan
didedahkan kepada pelajar secara amali dan teori supaya mencapai tahap
kefahaman yang maksima.

Model TGFU yang akan digunakan oleh para guru bagi mencapai tujuan
mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani.

(1)Permainan

(6)Persembahan /
(2)Apresiasi
prestasi
Permainan

Pelajar

(3)Kesedaran (5)Melaksanakan
Taktikal (4)Membuat keputusan yang Kemahiran
bersesuaian

Apa yang perlu dilakukan ?

Kenapa ia dilakukan ?

Permainan

8
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

Murid perlu diberikan pendedahan awal mengenai cara dan teknik dalam
sesuatu permainan supaya mereka memahami konsep tersebut dan mempunyai
gambaran awal sebelum permainan itu mula dimainkan. Mereka dimulakan dengan
permainan bersaiz kecil.

Apresiasi Permainan

Murid-murid perlu memahami peraturan dan konsep permainan walaupun


permainan itu adalah mudah dimainkan. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan
sebarang kekeliruan dan kecederaan berlaku semasa permainan dijalankan. Selain
itu, appreseisi permainan dapat meningkatkan peluang dalam sasaran dan
mendapat markah yang maksima.

Kesedaran taktikal

Peraturan mesti dikuasai sepenuhnya bagi menangani masalah taktikal


sesuatu permainan. Contohnya permainan bola baling ,antara masalah taktikalnya
ialah bagaimana melontar bola dengan cara yang betul agar kumpulan pemain yang
menyerang tidak berjaya mendapat bola daripada kumpulan bertahan. Masalah
taktikal perlu diperbaiki jika berlaku semasa permainan. Pembetulan perlu dilakukan
segera agar pelajar mampu mempelajari cara bermain dalam masa yang cepat.

Membuat keputusan yang bersesuaian

Dalam proses membuat keputusan, minda mereka akan mengeluarkan


persoalan iaitu apa yang perlu saya lakukan dan bagaimana ia dilakukan dengan
sempurna. Setelah memahami segala masalah taktikal dan pelajar mampu membuat
keputusan yang sesuai untuk mencapai sasarannya. Murid-murid digalak membuat
keputusan sendiri dalam sesuatu permainan agar dapat memperkembangkan
potensi dan bakat mereka.

Melaksanakan Kemahiran

Setelah murid-murid menguasai segala teori dan kemahiran. Mereka akan


melaksanakan kemahiran dengan berterusan. Contohnya bola baling , murid-murid
akan berlatih secara berkadar untuk sasaran gol. Mereka telah didedahkan dengan
kemahiran membaling dan cara gol. Oleh itu, latihan kemahiran perlu dilaksanakan
oleh para murid.
9
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

Persembahan /Prestasi

Prestasi murid-murid akan dipantau oleh guru dan dinilai serta dikritik
mengikut kriteria agar dapat memantapkan kemahiran mereka dalam sesuatu
permainan. Daripada persembahan mereka , guru dapat mengklasifikasikan tahap
murid mereka. Antara cemerlang , baik, sederhana dan memuaskan. Dari
persembahan mereka , guru dapat mengetahui kelemahan murid-murid dan cara
membaiki murid-muridnya.

Dalam teaching games for understanding , guru dapat memberi tunjuk ajar
kepada pelajar agar mereka dapat membentuk permainan sendiri dengan mengambil
contoh permainan sukan yang pernah dimainkan oleh mereka. Dengan adanya
rekaan permainan baru , murid dapat mengetahui pentingnya peraturan dalam
sesuatu permainan dan tujuan mereka main permainan tersebut. Selain itu, mereka
dapat melibatkan diri dalam proses pembelajaran sesuatu permainan dan saling
bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan mereka. Secara tidak langsung semangat
kerjasama antara satu sama lain dapat dipupuk dan mereka berupaya
membentangkan perkembangan permainan mereka seterusnya dapat mengajar
rakan-rakan dan para guru dengan adanya kemahiran yang telah dipelajari

Modifikasi permainan dapat meningkatkan kemahiran dan teknik para murid


dalam sesuatu permainan sukan terutamanya kepada pelajar yang tidak mempunyai
pengalaman.

1. Penggunaan peralatan yang sesuai untuk murid-murid tahap satu.- objek


ringan, lembut dan kecil.

2. Mengurangkan keupayaan sasaran bagi sesuatu permainan- kurangkan


ketinggian net/jaring.

3. Pembelajaran yang selamat dan tapak permainan yang kondusif dengan


permainan sukan-menggunakan pakaian keselamatan seperti topi keledar,
sarung tangan.

4. Memberikan peluang yang maksima dalam elemen teknikal-kurangkan


bilangan pemain.

10
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

5. Meningkatkan tahap perkembangan melalui penyelesaian masalah taktikal-


kurangkan “body contact” dan pemeriksaan peralatan agar memanjangkan
masa untuk membuat keputusan yang sesuai.

6. Meningkatkan peluang kerjasama dalam satu kumpulan-memberi masa yang


secukupnya ketika masa rehat kepada pemain untuk berbincang
penyelesaian taktikal.

7. Memberi peluang kepada pelatih dalam kemenangan dan mencapai


jaringan/goal-memberi peluang untuk skor.

8. Memberi semangat kepada pelatih- mengecilkan ruang permainan.

9. Memantapkan permainan-kurangkan pemain dalam permainan sasaran dan


permainan memadang.

10. Kurangkan dominasi pemain yang berkeupayaan-semua pelatih berpeluang


bermain dalam satu permainan.

11. Kurangkan dominasi permainan dalam aspek tertentu –kawalan dalam jenis
atau bilangan “serves”.

12. Memastikan pelatih memahami keseluruhan permainan- memberi peluang


kepada semua pelatih untuk mencuba setiap peranan atau rol dalam satu
permainan.

11
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani


Permainan : Tom VS Jerry (adaptasi bola jaring)
Kategori : Serangan
Tarikh : 20/9/2010
Masa : 8.00-8.40 pagi
Tempat : Padang/Gimnasium/Gelanggang bola jaring
Tahun : Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6)
Bilangan Murid : 22 orang
Alatan : Skitel,gelung rotan, raga/tiang gol & bola jaring

Objektif :
Di akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

12
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

Psikomotor :
- Melakukan serangan melalui beberapa hantaran seperti hantaran atas
kepala/lob, hantaran aras bahu, hantaran aras dada serta hantaran sisi.
-
Kognitif:
- Menyatakan kemahiran yang ada dalam permainan bola jaring.

Afektif :
- Menunjukkan komitmen dalam melakukan kemahiran yang dilaksanakan.
- Menunjukkan semangat bekerjasama dalam pasukan.
- Memupuk sikap berdisiplin dalam kalangan murid.

13
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

14
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

15
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

16
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

17
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

18
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

7.0 ASPEK KESELAMATAN

• Sebelum para pelajar diminta untuk memainkan sebarang permainan, terlebih


dahulu kita haruslah memastikan aspek keselamatan dititikberatkan sama ada
sebelum,semasa dan selepas permainan supaya selamat untuk dijalankan.

 Sebelum permainan dijalankan: -

 Para pelajar mestilah memakai pakaian yang sesuai.

 Pastikan kawasan itu selamat untuk menjalankan sebarang


aktiviti

 Periksa peralatan terlebih dahulu sebelum dibawa ke padang.

 Semasa permainan: -

 Kawalan kelas mestilah dititikberatkan bagi memastikan semua


pelajar berada di padang ketika aktiviti dijalankan

 Melakukan aktiviti memanaskan badan (warming up) bagi


meregangkan otot-otot.

 Pastikan ketika aktiviti hendak dijalankan, cuaca mestilah


berkeadaan baik.

 Guru-guru diingatkan supaya mengajar murid-murid tentang


kemahiran asas terlebih dahulu sebelum beralih kepada
permainan sebenar.

 Selepas permainan: -

19
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

 Murid –murid hendaklah melakukan aktiviti menyejukkan badan


(cooling down) selepas melakukan sebarang aktiviti bagi
memastikan tidak berlakunya sebarang kecederaan.

 Pastikan peralatan yang digunakan disimpan semula dengan


rapi di stor sukan

 Kira kembali bilangan pelajar sama ada mencukupi atau tidak.


Ini bertujuan untuk memastikan sebarang kecemasan yang
berlaku dapat dikenal pasti.

8.0 RUMUSAN

Pendidikan jasmani adalah satu bidang yang selalunya diabaikan oleh pihak
sekolah, terutamanya kepada murid darjah enam. Pihak sekolah tidak seharusnya
mengukur pencapaian murid dalam bidang akademik sahaja. Sememangnya
pendidikan jasmani juga adalah penting dan dapat memperkembangkan kemahiran
motor murid-murid. Bukan itu sahaja, pendidikan jasmani juga dapat membina
keyakinan diri murid-murid. Jika murid-murid berjaya membaling bola tepat ke
sasaran atau menjaringkan gol dan sebagainya, maka ia akan dapat menambahkan
keyakinan diri mereka. Selain itu, pendidikan jasmani juga dapat meningkatkan
kecergasan dan pembangunan mental dari segi kognitif dan afektif.

Dalam tempoh melaksanakan kerja kursus ini, kami dapat mempelajari


tentang apa itu permainan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, kami juga dapat menimba
pengalaman dengan pelaksanaan demonstrasi permainan kanak-kanak tersebut.
Kerja kursus ini juga telah memberi peluang kepada kami untuk meningkatkan
kemahiran kami dalam mencuba beberapa permainan yang melibatkan keempat-
empat kategori dalam “Teaching Games For Understanding” (TGFU). Tidak dapat
dinafikan lagi bahawa dengan mencuba beberapa permainan baru ini,
sememangnya dapat menambahkan keyakinan diri kita.

20
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

Pada mulanya kami telah melaksanakan pengelolaan permainan kanak-


kanak atau TGFU yang kurang memuaskan tetapi setelah kerap kali kami
mengulangi pengelolaan permainan yang telah kami rancang, kami menjadi lebih
yakin dan berani untuk mengelolakan permainan tersebut dengan lebih baik. Oleh
itu, kami sebagai bakal-bakal guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai
pengetahuan yang luas dan mahir dalam bidang ini supaya dapat mengajar murid-
murid ilmu tentang permainan kanak-kanak atau TGFU yang betul.

9.0 RUJUKAN

Bunker, D.J. & Thorpe, R.D. (1982). A model for the teaching of games in secondary
schools.
Bulletin of Physical Education. 18(1), 5-8.

Burrows, L. (1986). A teacher’s reactions. In R.D. Thorpe, D.J. Bunker & L. Almond
(eds.),
Rethinking Games Teaching. Loughborough, UK: Loughborough University.
45-52.

Freeman, W. (1997). Physical Education and Sport in a Changing Society (5th ed.).
London: Allyn and Bacon.

Rod Thorpe, D.B.(1986).Rethinking Games Teaching.Loughborough:


Department of Physical Education and Sports Science, University of
Technology

21
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

(MUHAMMAD ZULHISHAM)

Setelah membuat undian, kumpulan kami mendapat tajuk kategori


menyerang. Pada mulanya, kami agak buntu dalam mencipta sebuah permainan
yang menggunapakai konsep menyerang. Akhirnya, saya dan tiga orang ahli
kumpulan saya yang lain sepakat untuk membuat modifikasi permainan bola jaring
untuk permainan kami dan terhasillah sebuah permainan yang diberi nama sebagai
Tom vs Jerry.

Dengan menggunapakai konsep permainan bola jaring, tidak sukar untuk kami
melakukan pembaharuan dari segi syarat-syarat bermain dan penggunaan alatan.
Setelah membuat pembentangan Power Point, permainan kami diterima oleh
pensyarah PA kami iaitu Pn. Saraswathy kerana menepati kriteria kategori
menyerang.

Melalui permainan Tom vs Jerry ini, murid-murid akan didedahkan dengan


sukan bola jaring tanpa mereka ketahui pada awal permainan. Kemahiran-kemahiran
yang terkandung dalam permainan ini banyak melibatkan pergerakan tangan dan
kaki di samping kemahiran menyerang.

Konsep TGFU yang digunakan membantu para murid dalam memahami


konsep permainan bola jaring, mempunyai apresiasi permainan, mempunyai
kesedaran taktikal, membuat keputusan dalam jangka masa yang pendek serta
melaksanakan kemahiran yang dipelajari.

22
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

Kesimpulannya, permainan Tom vs Jerry ini banyak membantu murid-murid


dalam menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di samping memberi keseronokan
bermain yang maksima. Kemahiran yang dipelajari kemudiannya dapat diaplikasikan
dalam sukan bola jaring yang sebenar. Semangat kerjasama dalam bermain juga
dapat diterap dalam diri murid-murid sama ada dalam menyusun strategi menentang
pihak lawan dan membuat keputusan yang sewajarnya ketika bermain.

(MOHD SYAMIM WAQIYUDDIN)

Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan


sekumpulan saya yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Tugasan kali ini banyak membantu saya dalam mengenalpasti kaedah-kaedah


dan cara-cara yang sesuai bila berhadapan dengan murid-murid di
sekolahnanti.selain itu,ia juga memberikan input-input penting dalam kehidupan
seharian kita.

Secara keseluruhannya, pergerakan asas terdiri daripada tiga komponen


utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Pergerakan
lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Pergerakan lokomotor melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari
satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada
keseimbangan pergerakan badan. Manipulatif alatan menekankan kepada cara
untuk menggayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap
untuk membentuk sesuatu gerakan.

23
PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

24