Anda di halaman 1dari 27

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

PROJEK BAJA KOMPOS

UNTUK
BANK INOVASI SEKTOR AWAM
MAMPU
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

1.1 Sejarah

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah lahir bersama sejarah Melaka,


dari sebuah kampung Melayu sehingga menjadi bandaraya yang
terkenal di seluruh dunia. Berikut merupakan kronologi sejarah
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah:

1824 - Majlis Perbandaran Melaka & Kota Melaka telah


ditubuhkan oleh Syarikat Hindia Timur.

1848 - Di bawah Akta IV Hindia Timur, peruntukan bagi


Negeri Selat (termasuk P. Pinang & Singapura

1856 - Di bawah Akta XXVII Hindia Timur, Pesuruhjaya


Perbandaran diasaskan.

1888 - Kawasan Pentadbiran telah digariskan seluas 4.2


batu persegi.

1950 - Ordinan Perlantikan Pihak Berkuasa Tempatan


dikuatkuasakan dan memperuntukkan pilihanraya
kecil Majlis Perbandaran Melaka.
1976 - Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) telah digubal
bagi memansuhkan Ordinan Perlantikan Pihak
Berkuasa Tempatan di mana Ahli-ahli Majlis
Perbandaran Melaka dilantik oleh Kerajaan Negeri.
1977 - Kawasan pentadbiran Perbandaran Bandara dan
Kota Melaka telah dicantumkan dengan Majlis
Daerah Melaka Tengah dan wujudlah Majlis
Perbandaran Melaka Tengah dengan keluasan 117
batu persegi.
1987 - Majlis Perbandaran Melaka Tengah telah menerima
nama Majlis Perbandaran Melaka.
1989 - Pada 15 April, Kerajaan Persekutuan telah
menaikkan taraf Bandaraya Bersejarah kepada
Melaka dan maka itu Majlis Perbandaran Melaka
kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Melaka
Bandaraya Bersejarah.
2003 - Pada 15 April, Kerajaan Persekutuan telah
meluluskan naik taraf Majlis Perbandaran Melaka
kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
2008 - Pada 7 Julai 2008, Melaka telah diiktiraf sebagai
tapak warisan Dunia oleh UNESCO.

2
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

1.2 Peta Kawasan Tadbir Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

KELUASAN :

277.0 km3

1.3 Alamat Pentadbiran

Ibu Pejabat :
Graha Makmur
No. 1, Jalan Abd. Razak – Hang Tuah Jaya
75450 Melaka
Tel: 06-3333333 Faks:06-2325716

3
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
LAPORAN INOVASI i-LESEN

1.4 Maklumat Pentadbiran


1.4.1 Carta Organisasi

4
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

1.4.2 Visi

Menjadikan Melaka sebagai Bandaraya Warisan, Maju dan Indah.

1.4.3 Misi

Melaka sebagai penggerak utama Pembangunan dan


Perkhidmatan Bandaraya Melaka.

1.4.4 Moto MBMB

Bandaraya Makmur Cabaran Kita

1.4.5 Slogan Q

Cekap dan Mesra Selalu

1.4.6 Objektif Operasi


i. Memupuk semangat cintakan organisasi dan bekerja
sebagai satu pasukan dan mempunyai satu matlamat ke
arah menjadikan organisasi yang kukuh, dinamik dan
cemerlang,
ii. Melaksanakan tugas untuk mendapatkan keredhaan Tuhan,
iii. Memantapkan sistem dan cara bekerja supaya ia menjadi
lebih telus, cepat dan tepat,
iv. Melahirkan pekerja yang berdedikasi, cergas dan rajin.
v. Perkongsian peranan masyarakat serta agensi-agensi lain
dengan lebih berkesan.

5
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

1.4.7 Fungsi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya


Melaka Bersejarah mempunyai peranan penting di dalam memaju
dan membangunkan kawasan pentadbirannya. Di antara peranan
terpenting Majlis ialah seperti berikut :
i. Merancang dan menggalakkan pembangunan di kawasan
bandaraya yang selari dengan undang-undang dan dasar-
dasar pembangunan negeri dan Negara.
ii. Menyedia dan menyelenggara kemudahan-kemudahan
awam seperti jalan raya, parit, pembentungan, lampu-lampu
jalan, pasar, gerai, tandas awam, perhentian bas dan teksi
serta lain-lain.
iii. Memberi perkhidmatan perbandaran dan kesihatan umum
kepada penduduk-penduduk serta perkhidmatan pungutan
dan pelepasan sisa pepejal, pelupusan najis, pembersihan
jalan dan parit serta lain-lain perkhidmatan perbandaran.
iv. Mengawasi kesihatan awam dengan mengawal
pengendalian makanan, mencegah penyakit berjangkit,
memusnahkan serangga makhluk perosak dan sebagainya.
v. Merancang dan menggalakkan pembangunan sektor
perniagaan kecil dan penjajaan dengan cara mengadakan
kemudahan tambahan dan pengeluaran lesen-lesen
perniagaan.
vi. Menyedia dan menyelenggara kompleks-kompleks sukan,
pusat-pusat rekreasi, taman-taman dan lain-lain kemudahan
perbandaran.
vii. Merancang dan menggalakkan aktiviti perdagangan,
perindustrian dan pelancongan bersesuaian dengan strategi
pembangunan negeri.

6
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

1.4.8 Statistik Anggota

Sehingga 31 Disember 2012, Majlis mempunyai seramai 1062


orang anggota yang bertugas di 15 buah jabatan. Berikut adalah
pecahan anggota Majlis mengikut taraf perjawatan dan kumpulan.

TARAF PERJAWATAN
KUMPULAN WUJUD JUMLAH
SEMENTARA/
TETAP KONTRAK
PINJAMAN

Jusa 1 1 1 0 2

Pengurusan &
76 42 0 2 44
Profesional

Sokongan I 624 472 25 0 497

Sokongan II 525 335 122 3 460

Pelantikan MMKN 0 1 50 0 51

Pelantikan KPKT 0 2 6 0 8

JUMLAH 1226 853 204 5 1062

7
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

2.0 PROJEK PEMBUATAN BAJA KOMPOS

2.1 Latar Belakang Jabatan Pelaksana

Dahulunya, jabatan ini bergabung bersama Jabatan Perancang Bandar

Dan Rekreasi. Walaubagaimanapun atas kesedaran terhadap

kepentingan landskap dan kebersihan unit ini dipecahkan kepada satu

jabatan lain iaitu Jabatan Pengindahan Bandar pada tahun 1996.

Jabatan Pengindahan Bandar terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu

Bahagian Landskap dan Bahagian Kawal selia. Sehingga kini jumlah

keseluruhan anggota Jabatan Pengindahan Bandar adalah 213 orang.

Projek baja kompos ini telah dilaksanakan dan dipantau oleh Bahagian

Landskap dibawah tanggungjawab Unit Projek & Penyelenggaraan.

Projek ini dilaksanakan sepenuhnya di Tapak Semaian, MBMB yang

terletak di Jelutong, Ayer Keroh.

8
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

2.2 Fungsi Utama Jabatan Pengindahan Bandar

BIL FUNGSI UTAMA AKTIVITI

1 Program Pengindahan dan a. Melaksanakan projek pengindahan


Pengurusan Nurseri landskap oleh Jabatan
b. Memantau projek pembangunan
pembangunan peruntukan Jabatan
Landskap Negara yang dilaksanakan
oleh kontraktor
Fungsi utama jabatan c. Memproses kelulusan pelan landskap
yang berkaitan dengan dan memberi sokongan CCC/CF
pembuatan baja kompos d. Menguruskan inventori pokok dan
peralatan serta stok baja dan racun
e. Memastikan bekalan anak pokok
mencukupi untuk mencapai sasaran hasil
sewaan pasu dan sumbangan pokok
kepada komuniti

2 Mengurus dan Memantau a. Menyelenggara landskap oleh Jabatan


Kerja-Kerja Penyelenggaraan b. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan
Lanskap landskap yang dilaksanakan oleh
kontraktor
c. Memantau dan menyelenggara alat
permainan kanak-kanak

3 Memantau dan Mengawalselia a. Memantau dan mengawalselia kerja-


kerja-kerja pembersihan dan kerja pembersihan dan pelupusan sisa
pelupusan sisa pepejal pepejal oleh SWM dan kontraktor
b. Mengeluarkan notis semak-samun

9
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

CARTA ORGANISASI JABATAN PENGINDAHAN BANDAR Bahagian dan unit


PENGARAH (personel) yang terlibat
PEGAWAI TADBIR N48
SALEH BIN MOHD DOM dengan pembuatan baja
kompos
BAHAGIAN LANDSKAP BAHAGIAN KAWALSELIA
PEN. PEGAWAI PERTANIAN (K) G32 PEN. PEG. KES. PERSEKITARAN
ISMAIL BIN CHE DIN (K) U32
HJ RAMADHAN B
ABDULLAH

UNIT PENTADBIRAN UNIT PENGURUSAN TAMAN UNIT CANTASAN UNIT PROJEK &
AWAM DAN KAWASAN PENYELENGGARAAN
LAPANG

PEN. PEG PERTANIAN G32 PEN. ARKITEK LANDSKAP PEN. PEG. KES. PERSEKITARAN
(KUP) J29 U29
HJH ZAINAB BTE THAMBY SURYATI BTE SUNUMIAH HJ KAMARULZAMAN B AHMAD
MOHD FAIZAL B RASHID
RAIHANAH BTE ABD HALIM
JURUTEKNIK KANAN J26 MUHD RIFDI B MOHD ROSLAN
HJ YAAKOB B MD NOR

PEN. PEG. TADBIR KANAN N27


NOR HATIKA BINTI MUSA PEM. PERTANIAN G22 (KUP)
ZAINUDDIN B. MD NOH

PEM. TADBIR PEM. PERTANIAN G17 PEM. PERTANIAN G17


ONG SWEE NEO N22 (KUP) PEM. KES. AWAM U17
MUHAMMAD AIMAN NURFAZILAH BTE
NORRAIMI B. MD NOR N17 MOHD FADZL B BABA
B ABDULLAH MOHD NOR
MOHD IKMAL ZAKI B. ABD AZIZ N17 NORDIN B ABD GHANI
HELMIE BIN IBRAHIM N17 RAZALI B MOHD ZAIN
RODZIAH BTE,MD.ALI N17 HJ BUANG B KASIM
ALI NUR HAFIS N17 SHARIZAN B ABD KADIR
NORSABARINA BTE MD NOR N17
PEMBANTU TADBIR N17
ZAKARIA B ABU SAMAH
MOHD KHAIRUL ANNUAR B
SHAMSUDIN

PEMANDU R4 PEMANDU R4 PEMANDU R4


PEM. AM PEJABAT N1 (2) (14) (2)
HALIJAH BT HARIS

MANDOR R3 MANDOR R3
(7) (1)
PEKERJA AWAM R1
10
MUHAMMAD WAFI B. SAIDIN PEKERJA AWAM R1 PEKERJA AWAM R1 PEKERJA AWAM R1
(10) (155) (17)
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

2.3 Latar Belakang Projek Baja Kompos

2.3.1 Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan

Bandaraya Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau, terdapat

sebanyak dua belas (12) tindakan yang telah dilaksanakan oleh

MBMB mulai tahun 2011. Salah satu daripadanya ialah pembuatan

baja kompos yang berlokasi di tapak semaian MBMB di Jelutong,

Ayer Keroh.

2.3.2 Projek ini telah dilaksanakan mulai Ogos 2011 yang pada ketika itu

kaedah yang digunakan ialah menggunakan tinta cacing.

2.4 Kaedah Pelaksanaan

2.4.1 Bagi melaksanakan program ini, MBMB, telah menggunakan sisa

cantasan pokok yang dihancurkan dengan mesin “chipper”. Sisa

cantasan yang hancur diperap dan disiram setiap 2 hari.

2.4.2 Tinja kambing, sayur dan buah-buahan busuk juga dicampur bagi

meningkatkan kualiti baja kompos.

2.4.3 Kompos akan dibalik-balikan setiap 3 hari selama 18 hari dan kerja

penyiraman kompos diberhentikan pada hari ke-19.

2.4.4 Kompos dibiarkan kering dan ditapis pada hari ke 21 atau minggu

ke 3. Baja kompos kemudiannya dimasukkan ke dalam karung

plastik dengan anggaran berat 30 kg setiap karung dan boleh

digunakan.

11
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

Sisa cantasan –
bahan mentah utama untuk dijadikan baja kompos.

Sisa cantasan dihancurkan


menggunakan mesin „chipper‟
yang digunakan untuk
menghancurkan kayu cantasan
pokok.

12
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

Sisa cantasan yang telah hancur di campurkan dengan tinja


kambing serta sayur/buah busuk.

Kerja-kerja penyiraman dibuat 2 hari sekali bagi mengaktifkan


mikrob menguraikan sisa cantasan menjadi kompos

13
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

Kompos yang telah matang – minggu ketiga, akan


dijemur untuk mengeringkan kompos

Baja kompos ditapis halus bagi mengasingkan sisa


pepejal seperti batu, plastik dan lain-lain lagi

14
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

Baja kompos sedia dimasukkan ke dalam karung


plastik dangan anggaran 30kg setiap bag

15
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

3.0 SEBELUM DAN SELEPAS PROJEK BAJA KOMPOS DILAKSANAKAN

3.1 Baja kompos yang telah dihasilkan digunakan di semua kawasan


landskap yang diselenggara oleh MBMB. Kesan daripada penggunaan
baja kompos ini, didapati :

3.1.2 Bunga menjadi lebih besar dan berwarna cerah


3.1.3 Pengeluaran lebih aktif iaitu 12,000 – 15,000 batang
3.1.4 Berbunga dengan lebih lebat.
3.1.5 Tiada masalah untuk penempatan sisa-sisa cantasan
3.1.6 Kurang kesan bahan kimia pada pokok

SEBELUM SELEPAS

16
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

17
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

3.2 Perbandingan antara baja kimia dan baja kompos

BAJA
PERKARA BAJA KIMIA CATATAN
KOMPOS

Tanah menjadi hidup


Mesra Alam kerana terdapat
organisma dalam tanah

Baja kimia mempunyai


Mesra
bahan kimia yang
Kesihatan
memudaratkan kesihatan

Baja kimia memberi


Kecepatan
kesan cepat pada
keberkesanan
tumbuhan dan tanah
kepada
menjadi asidik dalam
tumbuhan
jangka masa panjang

Baja kompos membuka


Struktur tanah rongga tanah dan serapan
air lebih cepat

Penggunaan kompos
secara terus
Ketahanan
menyebabkan pokok akan
penyakit
kuat dan sistem akar
pokok lebih stabil

Baja kompos membuat


Kelembapan
tanah lembap dan pokok
tanah
segar

18
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

3.3 Perbandingan kos antara baja kimia dan baja kompos

PERKARA BAJA KIMIA BAJA KOMPOS CATATAN

RM70.00 –
Harga RM120.00 per Percuma
50 kg
Penggunaan baja
Kuantiti 15 – 20 kampit 60 – 80 kampit per kompos tinggi kerana
penggunaan per bulan bulan kandungan nutrien
adalah rendah
Perlu digunakan
Baja kimia akan
sehingga habis
terurai apabila
Jangka hayat bagi setiap Tiada had
terdedah kepada
kampit yang
udara
dibuka
Penggunaan baja
Harga kompos secara
Kos jangka Tiada peningkatan
meningkat pada berterusan akan
panjang kos
setiap tahun meningkatkan kualiti
tanaman
Mesra alam dan
Impak Kualiti persekitaran
Mencemar alam meningkatkan
persekitaran terpelihara
kualiti tanah dan air

19
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

4.0 KESAN PELAKSANAAN BAJA KOMPOS KEPADA MAJLIS

4.1 Penjimatan masa


Anggota tidak perlu mengambil masa untuk mendapatkan bekalan baja
kerana baja sentiasa diproses di tapak semaian sendiri.

4.2 Penjimatan kos

Menjimatkan kos sebanyak 100% kerana sebelum ini MBMB terpaksa


belanja sebanyak RM70.00 hingga RM120.00 per 50 kg pada setiap
bulan. Tetapi dengan melaksanakan pembuatan baja kompos, MBMB
tidak perlu mengeluarkan belanja bagi setiap baja yang dibekalkan di
tapak semaian.

Kadar pengurangan kos pembelian baja kimia

Tahun RM/ TAHUN


2009 45,320
2010 31,000
2011 64,000
2012 7,908

RM
70,000
64,000
60,000
50,000
45,320
40,000
30,000 31,000

20,000
10,000 7,908
0
2009 2010 2011 2012

20
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS

4.3 Meningkatkan produktiviti

Penggunaan baja kompos ini telah meransang pertumbuhan bunga


annual dengan lebih menarik. Kandungan NPK yang seimbang, telah
menggalakkan pengeluaran bunga dan daun yang banyak. Baja ini juga
mudah digunakan kerana tiada kandungan bahan kimia dan anggota
tidak memerlukan Alat Perlindungan Diri (PPE) dalam mengendalikan
baja kompos.

21
LAMPIRAN
PROJEK BAJA KOMPOS
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
LAMPIRAN PROJEK BAJA KOMPOS

26
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
LAMPIRAN PROJEK BAJA KOMPOS

27
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
LAMPIRAN PROJEK BAJA KOMPOS

28
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
LAMPIRAN PROJEK BAJA KOMPOS

29
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
LAMPIRAN PROJEK BAJA KOMPOS

30

Anda mungkin juga menyukai