Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS TEMU WARIS

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


. ‫ وعلى اله وصحبه أجمعين‬. ‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬

‫اللهم انت العزيز الجليل‬


Pada pagi ini, kami berkumpul menadah tangan kepadaMu, bagi menyatakan kesyukuran
kami atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan, kesihatan dan kebahagiaan juga
kepada anak-anak kami yang akan menghadapi peperiksaan …………………. tidak lama lagi.
Jadikanlah anak-anak kami ini anak yang tekun belajar, gigih berusaha , terang hatinya,
tenang jiwa dan lisannya bagi mengingati serta memahami apa yang telah mereka pelajari.
Mudahkanlah bagi mereka segala yang sukar ketika menghadapi peperiksaan yang sebenar
nanti.

‫يا رافع الدرجات يا قاضي الحاجات‬


Hindarkanlah mereka dari segala kekeliruan, Engkau sinarilah hati mereka dengan pancaran
iman serta hidayahMU . Permudahkanlah bagi mereka agar menerima segala jenis kebaikan
dan tutupkanlah segala jalan kejahatan dan kesesatan yang dapat menghinakan diri mereka.

‫اللهم يا رحمن يا رحيم‬


Jadikanlah kami guru-guru serta ibu bapa yang kasih dan ambil berat terhadap amanah
besar yang Engkau beri ini. Pimpinlah kami, bantulah kami, ampunkanlah segala dosa-dosa
kami, Ingatkanlah kami jika kami terlupa, lalai atau alpa dengan tanggungjawab kami.
Berikanlah kami kekuatan, ilmu, kesabaran, iman yang teguh supaya dapat melahirkan insan
kamil yang mulia juga berbakti untuk agama, bangsa dan Negara.
Kami sebagai ibu bapa dan guru-guru meredai apa yang telah kami berikan dan
keredhaanMU jua yang kami harapkan, mudah-mudahan kejayaan akan sentiasa mengiringi
mereka dunia dan akhirat.

‫اللهم ال سهل اال ما جعلته سهال وانت تجعل الحزن ان شئت سهال‬
‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما وال تجعل اللهم فينا شقيا وال محروما وال مطرودا‬