Anda di halaman 1dari 4

Autobiografi:

Aku Sebuah Televisyen

Kerangka Karangan

-Dilahirkan di sebuah kilang Panasonic di Shah Alam.


-Dihantar ke sebuah kedai elektrik di Kuala Lipis.
-Dipamerkan di dalam almari kaca.
-Dibeli oleh seorang lelaki.
-Diletakkan di ruang tamu rumahnya.
-Aku digunakan dengan lasak setiap hari.
-Rosak akibat petir.
-Dibuang
Contoh Karangan

Aku Sebuah Televisyen

Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen


Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk
leper dan kebanyakan bahagian badan ku
diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk
membolehkan manusia menonton berita, cerita
dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka sering
menggunakan aku untuk berhibur. Oleh itu, ramai
manusia ingin memiliki aku untuk berhibur semasa
mereka di rumah, di warung-warung dan
sebagainya.

Setelah aku dan rakan-rakan selesai


dipasang dan diuji, kami diletakkan di dalam
sebuah kotak yang selesa untuk dihantar ke
kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku
dihantar ke sebuah kedai di Bandar Kuala Lipis,
Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam
almari kaca di kedai tersebut.
Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu,
mereka pasti akan melihat-lihat aku. Ramai yang
bertanya tentang harga ku dan memuji-muji akan
kecantikan dan kecanggihan aku. Walau
bagaimanapun, mereka tidak membeli ku kerana
harga ku agak mahal.

Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh


seorang lelaki muda. Dia sangat meminati ku lalu
cuba tawar-menawar dengan tuan kedai untuk
membeli ku. Akhirnya dia bersetuju membeli ku
dengan harga RM3600.00.

Selepas itu, aku dibawa balik ke rumahnya


di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang
tamu rumahnya. Aku lihat isteri dan anak-
anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak
dari hari itu, aku sering digunakan oleh mereka
tanpa mengira waktu.
Walaupun aku berasa sangat penat, namun
aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku
menghiburkan mereka. Kadang-kadang aku terus
dipasang walaupun pada waktu hujan dan kilat
sambar-menyambar. Aku berasa sedih kerana
mereka tidak memperdulikan akan keselamatan
diri ku.

Pada suatu malam, aku terpadam secara


tiba-tiba akibat disambar petir semasa mereka
asyik menonton ku. Aku telah dibawa ke kedai
untuk dibaiki namun tidak berjaya kerana perutku
telah hangus terbakar. Akhirnya aku dibuang ke
tempat perlupusan sampah. Aku berasa amat
sedih tetapi aku tetap berasa bangga kerana
dapat juga aku membuat bakti menghibur
keluarga tuan ku semasa hidup ku.

Anda mungkin juga menyukai