Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Pertama, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengizinkan saya menyiapkan tugasan ini dalam
tempoh masa yang telah diberikan. Dengan izin dan kurnia-Nya yang telah memberikan
pelbagai bantuan dari pelbagai segi, saya berasa amat bersyukur. Selain itu terima kasih juga
kepada pensyarah saya, iaitu Puan Norisah Bt Mohamed Nor serta Cik Nurazizah Bt Abdul
Rahman yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga
kepada kedua ibu bapa yang senantiasa menjadi pendorong dan memberikan sokongan
moral dalam menyiapkan kerja kursus ini. Kepada para sahabat, teman baik serta rakan-rakan
sejawat yang lain, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kerana telah membantu dan
memberi tunjuk ajar kepada saya.

Tugasan yang telah diberikan kepada saya ialah Kerja Kursus Kursus LASS3013
Pendidikan Lestari Alam Sekitar. Subjek ini diajar kepada siswa pendidik dalam usaha untuk
meningkatkan lagi pengetahuan para guru tentang Pendidikan Alam Sekitar yang boleh turut
disertakan di dalam PdP sebagai Elemen Merentas Kurikulum di sekolah rendah.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua yang membantu,
baik yang terlibat secara langsung, dan juga secara tidak langsung.

1
ISI KANDUNGAN

Penghargaan 1

Isi Kandungan 2

TUGASAN 4

1
Penulisan Reflektif 3

Rujukan 8

2
PENULISAN REFLEKTIF

Amalan gaya hidup lestari ialah satu budaya yang dipupuk bertujuan untuk
mengurangkan penggunaan sumber semulajadi alam sekitar dan sumber peribadi. Pengamal
amalan gaya hidup lestari cuba untuk mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) dengan
menggunakan alternatif baharu dalam aspek pengangkutan, penggunaan tenaga dan semua
aspek kehidupan secara amnya. Terdapat pelbagai kaedah dan cara untuk mengamalkan
gaya hidup lestari dalam kehidupan kita. Salah satu falsafah yang berpotensi untuk
membentuk masyarakat moden ke arah kelestarian masa hadapan adalah melalui
minimalisme. Fokus utama pergerakan minimalisme adalah manfaatnya kepada seseorang
individu. Minimalisme memberikan seseorang penampilan yang kemas dan bersih, menjaga
hubungan baik antara individu, serta memberi kebebasan kepada pengamalnya dari pelbagai
aspek seperti kewangan dan konsumerisme.

Namun, masih ada beberapa manfaat penting yang saya merasakan dapat memberi
impak yang besar terhadap alam sekitar menerusi budaya minimalisme. Dalam penulisan
reflektif ini, saya menfokuskan skop perbincangan amalan gaya hidup lestari melalui budaya
eko-minimalisme dari aspek konsumerisme (kepenggunaan) dan perhubungan, yang dapat
dipraktikkan, serta sangat sesuai dengan gaya hidup moden masyarakat dunia kini.

Antara konsep asas bagi minimalisme adalah mengutamakan keperluan. Dari aspek
amalan gaya hidup lestari, hal ini dapat diaplikasi dengan mengurangkan kadar
konsumerisme (pembelian) barangan, dan sebaliknya hanya membeli keperluan asas
sahaja. Jejak ekologi (ecological footprinting) merupakan kaedah bagaimana para penkaji
mendapatkan statistik tentang penggunaan sumber yang digunakan untuk penghasilan
produk konsumer. Menurut kajian, konsumerisme merupakan antara penyumbang utama
kepada perubahan cuaca dunia, di mana ia mengeluarkan sehingga 60% daripada
pembebasan gas rumah hijau dunia (Karunungan, 2017). Bahan mentah diproses di kilang
bagi menghasilkan pelbagai produk-produk tersebut. Penggunaan bahan yang tidak boleh
dikitar semula meningkatkan defisit sumber alam semulajadi bumi seperti logam, pokok dan
petroleum yang terhad dan sangat berharga. Sekiranya kita membandingkan bilangan semua
barangan yang kita miliki dengan barangan keperluan kita, semestinya wujud perbezaan yang
ketara antara keduanya. Hal ini menunjukkan amalan atau tabiat pembaziran kita yang
membawa kepada penggunaan sumber alam yang berlebihan, seterusnya meningkatkan
perubahan cuaca dunia. Oleh itu, apabila kita, selaku pengguna, mempunyai kesedaran
lestari dan lebih berhati-hati dalam membuat pilihan, kita akan membeli barangan yang betul-
betul penting dan diperlukan sahaja. Seterusnya, mengurangkan kadar konsumerisme dan
membantu melestarikan bumi.

3
Konsep minimalisme turut menekankan konsep ‘sedikit adalah lebih baik’ dan ianya
wajar dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita, terutamanya dari aspek membuat pilihan
pembelian. Amalan gaya hidup lestari yang boleh diketengahkan disini ialah dengan
mengurangkan dan menolak penggunaan produk yang bersifat sekali sahaja
penggunaanya , sebaliknya menggunakan alternatif lain yang lebih mesra alam. Seperti
yang dibincangkan sebelum ini, pemprosesan bahan mentah kepada produk konsumer akan
menggunakan sumber tenaga yang banyak dan turut mengeluarkan bahan buangan yang
berbahaya kepada alam sekitar. Oleh itu, kita sepatutnya meminimakan penghasilan bahan
pencemar terbabit. Daripada membeli botol air minuman plastik berulang kali, lebih baik kita
membeli botol air yang boleh diguna pakai semula. Daripada menggunakan penyepit
makanan pakai buang, lebih baik gunakan penyepit daripada keluli tahan karat atau kayu,
begitu juga dengan hal berkenaan penyedut minuman plastik. Tahukah anda, bahawa
penyedut minuman plastik merupakan sisa buangan yang ke-11 terbanyak yang dibuang ke
dalam laut? Walaupun dilihat remeh, namun, seringkali kita melakukannya tanpa menyedari
betapa besarnya impak penggunaan sebatang penyedut minuman plastik terhadap alam
sekitar. Kebanyakkan daripada proses penggunaan sumber adalah bersifat automatik dan
dikeluarkan daripada konteks sebenar realiti. Ianya lebih mudah untuk kita tidak ambil peduli
tentang betapa banyaknya tenaga yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk asas,
walaupun ia hanyalah sebatang penyedut minuman. Kita tidak pernah terfikir bagaimana
pekerja dan kilang menghasilkan sesuatu produk, cara ia dipasarkan, kaedah
pembungkusannya, dan sebagainya. Oleh itu, dengan mengambilkira tentang apa yang kita
telah gunakan, ia membantu kita untuk mempertimbangkan pemilihan produk dan membuat
pembelian yang lebih bijak. Lebih sedikit kita menggunakan sumber, lebih kurang kerosakan
alam sekitar yang kita lakukan, dan hal ini akan memanfaatkan semua orang. Joshua Becker
(2017) ada menyatakan, di mana kebiasaannya, kita menganggap bahawa untuk
menyelamatkan alam sekitar adalah dengan membuat satu pengorbanan dalam kehidupan,
seperti mengehadkan pembelian. Namun, minimalisme adalah satu-satunya pengorbanan
yang sebenarnya dilakukan. Menurut beliau, kita hidup dalam zaman dimana budaya
konsumeristik menekankan bahawa ‘banyak adalah lebih baik’, walhal realiti adalah disebalik
daripadanya;

“But more is not better. Possessions never fully deliver on their promise of
increased happiness in life — they only distract us from it.”

Dengan ini, apabila kita mengamalkan gaya hidup yang meminimumkan penggunaan sumber
alam sekitar, maka, kita tidak lagi terdorong untuk mengeksploitasikan sumber tersebut,
sekaligus mengehadkan penerokaan sumber bagi tujuan konsumerisme, dan menyelamatkan
alam sekitar.

4
Fast fashion adalah suatu trend fesyen dimana orang ramai membeli pakaian
mengikut trend terkini dan menukarnya setiap kali ia bertukar. Secara statistiknya, lebih 80
billion helai pakaian yang dihasilkan setiap tahun, dan itu adalah kira-kira 400% lebih banyak
berbanding jumlah penghasilan pakaian sejak dua dekad yang lalu (Karunungan, 2017). Fast
fashion menyebabkan orang ramai membeli lebih banyak pakaian, sekaligus meningkatkan
permintaan sumber mentah untuk menghasilkan fabrik dan penggunaan bekalan sumber air.
Akibatnya, banyak sisa tekstil yang dijumpai mencemarkan alam sekitar. Oleh itu, amalan
gaya hidup lestari yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membeli
sedikit sahaja pakaian. Menurut konsep minimalisme, fesyen bermaksud membeli pakaian
yang berkualiti, mudah untuk dipadankan serta mempamerkan stail peribadi penggunanya.
Pakaian tersebut juga mestilah berkualiti dan bersifat tahan lasak supaya ia boleh digunakan
pada suatu tempoh yang lama. Dengan berbuat demikian, penghasilan sisa tekstil dapat
dikurangkan kerana kita tidak perlu membeli pakaian baru untuk menggantikan pakaian yang
telah rosak. Dengan mengambil kira faktor pembelian dan penggunaan sumber harian, kita
sebenarnya membantu mengurangkan impak industrialisasi terhadap bumi.

Selain itu, slow fashion juga adalah satu trend fesyen eko-minimalistik yang membawa
kepada usaha dan amalan melestarikan alam sekitar. Ia menekankan penghasilan dan
penggunaan pakaian yang tidak mengikut trend masa (timeless dan ageless). Hal ini
bermaksud, pakaian tersebut sesuai untuk dipakai untuk jangka masa yang panjang, tak kira
situasi pengguna tersebut berada, sesuai dengan dengan kata pepatah Melayu, tak lekang
dek panas, tak lapuk dek hujan. Tambahan pula, sekiranya kita bandingkan fesyen orang
Melayu dahulu, sebenarnya penggunaan baju kurung tradisional adalah paling sesuai bagi
masyarakat kita. Ianya sejuk untuk dipakai, tidak pernah dianggap lapuk, bahkan sesuai untuk
hampir semua jenis aktiviti, tanpa melanggar mana-mana etika atau tatacara, khususnya
dalam sebuah majlis rasmi. Dari penggunaan kasual di rumah, sehinggalah ke majlis formal,
baju kurung merupakan pilihan yang paling ideal. Dengan ini, terbuktilah bahawa amalan eko-
minimalis ini bukan sahaja membantu meningkatkan kelestarian alam, bahkan turut
berperanan sebagai satu wadah untuk menjenamakan kembali budaya tradisi masyrakat
Malaysia.

Amalan gaya hidup lestari bukan sahaja melibatkan pembangunan dan pengurusan
sumber alam yang mampan, bahkan turut merangkumi kesejahteraan diri seseorang individu
dan kelompok komuniti. Hal ini seiiring dengan hasrat Malamat Pembangunan Lestari (SGD)
yang berfokuskan tentang ‘kesihatan yang baik dan kesejahteraan’. Oleh itu, aktivti
bergotong-royong untuk membersihkan kediaman bersama ahli keluarga juga merupakan
salah satu amalan gaya hidup lestari yang boleh dicontohi. Daripada berbalah tentang siapa
yang patut membersihkan apa-apa perkara, adalah lebih baik sekiranya kerja rumah (house

5
chores) dilakukan bersama-sama. Dengan eko-minimalisme, ruang kosong dan bersih akan
membantu meningkatkan mod diri dan juga ahli keluarga. Apabila barangan di rumah
berkurangan, maka, rumah adalah lebih mudah untuk dibersihkan dan mudah untuk ‘melihat’
kesemua ahli keluarga. Kita akan merasakan bahawa jadual harian kita terasa lebih kosong
dan lebih banyak masa yang boleh digunakan untuk diluangkan bersama keluarga.

Selain itu, budaya eko-minimalisme menekankan amalan gaya hidup yang sihat dan
kesejahteraan individu melalui perkaitannya dalam meningkatkan kemahiran dan kesedaran
interpersonal. Apabila kita belajar untuk menerima hakikat tentang diri kita sendiri dan merasa
selesa dengannya, maka, kita akan mudah merasa keseronokkan dalam kehidupan. Eko-
minimalisme membuka peluang kepada kita untuk meluangkan lebih banyak masa untuk
melakukan aktiviti yang menyihatkan seperti melakukan hobi, bersiar-siar, dan sebagainya
serta membantu mengurangkan masalah-masalah mental seperti kemurungan dan stres.
Dengan peningkatan tahap kesihatan mental dan fizikal ini, barulah semua ahli masyarakat
mampu menumpukan perhatian penuh dalam usaha melestarikan bumi bersama-sama ahli
komuniti yang lain.

Minimalisme kini menjadi suatu trend besar di AS, tetapi, ia juga bergerak sebagai
suatu gerakan global yang kian berkembang pesat. Scandinavian minimalism adalah lebih
terkenal di negara-negara Barat lain seperti negara-negara Eropah manakala Japanese
minimalism juga merupakan salah satu contoh lain yang terkenal dari Asia. Walaupun mereka
kelihatan hampir sama, gerakan dari Jepun tersebut lebih bersifat spiritual (melibatkan tradisi
Buddha dan Zen), manakala gerakan Scandinavia adalah untuk memperoleh satu reka bentuk
yang paling bersih. Menurut Wan Marhafidz Shah, mengawal dan membentuk jati diri
masyarakat untuk menyayangi alam sekitar adalah perkara paling sukar untuk dilakukan. Jadi,
pelaksanaan amalan minimalisme ini berperanan sebagai satu wadah bagi memulakan
usaha-usaha untuk melestarikan bumi, khususnya di negara kita. Tidak kira mana-mana pun
konsep yang dipegang, apabila minimalisme diamalkan, kita akan memperoleh satu
kefahaman yang lebih mendalam tentang kesan dan akibat daripada pilihan yang kita ambil.

Membuat keputusan berdasarkan pendekatan eko-minimalis membantu memupuk


kesedaran alam sekitar dan kesedaran diri sendiri untuk mengambil keputusan yang lebih
mesra alam dalam kehidupan kita. Antaranya dengan menggunakan pengangkutan awam ke
tempat kerja, membawa beg hijau ketika membeli belah, dan lain-lain. Secara mudahnya,
apabila kita membeli dan menggunakan lebih banyak barang, ia bermakna kita sedang
meningkatkan jejak ekologi diri kita sendiri. Eko-minimalisme menyarankan agar kita
mengurangkan pembelian barangan pengguna, berlawanan dengan budaya konsumerisme
yang diamalkan kini. Walaupun ia bukanlah matlamat utama, namun, konsep minimalisme itu

6
sendiri membantu mengurangkan kesan industrialisasi dan urbanisasi terhadap alam sekitar,
dan saya percaya bahawa amalan eko-minimalisme ini juga merupakan satu idea yang patut
ditekankan dalam perbincangan berkaitan amalan gaya hidup lestari terbaik.

7
RUJUKAN

Becker, J. (2017). 12 reasons I like owning less. Dicapai daripada:


http://www.becomingminimalist.com/

Becker, J. (2017). Benefits of minimalism. Dicapai daripada:


http://www.becomingminimalist.com/benefits-of-minimalism/

Dybdahl, R. & Lien, L. (2017). Mental health is an integral part of the sustainable development
goals. Dicapai daripada: http://www.oatext.com/mental-health-is-an-integral-part-of-
the-sustainable-development-goals.php#Article

Hugh. (2018). The Environmental Impact of Plastic Straws – Facts, Statistics, and Infographic.
Dicapai daripada: https://get-green-now.com/environmental-impact-plastic-straws/

Karunungan, R. J. (2017). Minimalism trend: Will it save the planet? Dicapai daripada:
http://climatetracker.org/minimalism-trend-will-it-save-the-planet/

McDonald, C. (2015). How many Earths do we need? Dicapai daripada:


https://www.bbc.com/news/magazine-33133712

Millburn, J. F., & Nicodemus, R. (t.t.) What is Minimalism? Dicapai daripada:


https://www.theminimalists.com/minimalism/

Taylor, M. (2016). Why Being a Minimalist Might Be Bad for the Environment–and How to Do
Minimalism Right. Dicapai daripada: https://www.amerisleep.com/blog/be-a-greener-
minimalist/