Anda di halaman 1dari 2

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan

mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekelilin


g dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang
membawa kepada maksud apa-
apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-
sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang
meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk
masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada penc
emaran alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pence
maran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk
menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-
wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan
persekitaran dan mungkinmereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila
mencampakan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan.
Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang
bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi de
ngan sampah sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi
pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada ke
biasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik
tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan
kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan
asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran
udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab
dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka
cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila
pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan,
mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul
terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan
keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan
dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi ya
ng akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan
menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera
berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan.Akibat daripada projek-
projek pembangunan itu,ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu
hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah
merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan.
Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan
kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi.Hal
ini kerana setiap kenderaan
akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika
peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka taha
pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah
penggunaan
bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri unt
ukbergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramairamai menggunakan ken
deraan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem per
nafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kap
al terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang
berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya
pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan kenderaan ber
motor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi
salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kera
jaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalank
an oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi
dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkata
n taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengur
angkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat y
ang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat yang kuran
g kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menila
i aspek-
aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin m
embimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil
langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah pencem
aran
alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi
memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran ya
ng semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fa
una untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari pencemar
an alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai