Anda di halaman 1dari 11

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 •

disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.


Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri
Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti
Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN
978-967-5478-78-9

ANALISA KELEMAHAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB DALAM KALANGAN


PELAJAR UNISZA

Noor Anida binti Awang1, Norhayati binti Che Hat2,


Nurazan binti Mohmad Rouyan3

nooranida@unisza.edu.my
1,2,3
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Abstrak : Kemahiran menulis merupakan antara kemahiran yang perlu dipelajari oleh pelajar untuk
melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah. Kertas kerja ini bertujuan
untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran menulis bahasa
Arab seterusnya dapat difikirkan langkah penyelesaian terhadap masalah ini. Kajian ini dilakukan
terhadap 20 orang pelajar diploma tahun pertama di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI),
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang mengambil kursus al-Kitabah wa al-Ta’bir. Kajian ini
menggunakan penulisan sampel dalam peperiksaan akhir yang bertajuk ‘Bahaya Merokok’ sebagai
dapatan data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kelemahan utama pelajar dalam penulisan
adalah melibatkan imlak dan ejaan, pemilihan partikel, penyesuaian gender, I’rab, penggunaan kata
kerja, penggunaan idhofah, terpengaruh dengan terjemahan bahasa ibunda dan sebagainya. Di
penghujung kertas kerja ini turut dibincangkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah kelemahan
pelajar dalam menguasai penulisan dan beberapa cadangan penambahbaikan teknik pengajaran
pensyarah untuk membantu pelajar menguasai kemahiran menulis bahasa Arab.

Kata Kunci: Kemahiran menulis, kelemahan, bahasa Arab, al-Kitabah wa al-Ta’bir

PENDAHULUAN
Kemahiran menulis merupakan kemahiran terakhir yang perlu dikuasai oleh para pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa asing. Ini kerana kemahiran menulis memerlukan kepada
keupayaan yang lebih mantap dalam menggayakan ayat yang boleh menggambarkan buah fikiran,
perasaan dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran. Ia berada selepas kemahiran mendengar,
bertutur dan membaca (Siti Fatimah, 2013). Menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol
grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya
menjadi ayat. Ayat-ayat yang disusun itu adakalanya panjang dan adakalanya pendek berdasarkan
beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak
(Kamarudin & Siti Hajar, 1997). Ciri-ciri tulisan Arab yang begitu unik sangat memerlukan setiap
ejaan ditulis dengan tepat bukan sahaja pada bentuk huruf malah ketepatan juga perlu pada titik,
simbol, syaddah dan lain-lainnya.
Pelajar perlu menguasai kemahiran melakarkan huruf atau perkataan dengan cara yang betul.
Sekiranya gagal, maklumat atau mesej yang hendak disampaikan tidak tepat, lari dari maksud dan
tidak boleh difahami. Di samping itu, mereka mesti menguasai cara menulis perkataan yang telah
dipersetujui oleh ahli bahasa, jika tidak sudah pasti penulisannya gagal untuk menjelaskan maksud
yang sebenar. Mereka juga mesti mengetahui cara memilih perkataan yang betul dan menyusunnya
menurut sistem yang tertentu supaya pembaca memahami idea yang ingin disampaikan (Hassan
Shahatah, 1993).

1
PERMASALAHAN KAJIAN
Kelemahan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar semakin hari semakin ketara dan
meningkat (Mat Taib, 2006: Che Radiah, 2009) terutama kemahiran menulis. Masalah-masalah
seperti ejaan yang tidak tepat, penggunaan kata kerja yang salah dan hilangnya hubungan antara kata
dalam satu ayat adalah antara rungutan para pensyarah yang memeriksa kertas jawapan untuk soalan-
soalan yang melibatkan kemahiran menulis. Para pensyarah terpaksa berulangkali memeriksa dan
meneliti kertas jawapan yang ditulis oleh pelajar dan ada yang terpaksa membuat kesimpulan sendiri
untuk urusan pemarkahan.

Kemahiran menulis pelajar berada ditahap yang kurang memuaskan walaupun pelajar telah
mempelajari bahasa Arab lebih dari lima tahun sama ada bermula di peringkat sekolah rendah
mahupun di peringkat sekolah menengah. Apabila memasuki pembelajaran di peringkat institut
pengajian tinggi didapati pelajar masih berada ditakuk lama sehinggakan ada sebilangan pelajar yang
menunjukkan tahap penguasaan bahasa Arab yang sangat lemah seolah-olah mereka baru mengenali
bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh pelajar peringkat
diploma malah turut dialami oleh pelajar ijazah sarjana muda. Ini menimbulkan masalah yang agak
serius dalam kalangan pelajar Melayu kerana penulisan menggunakan bahasa Arab bukan sahaja akan
digunakan dalam kursus Bahasa Arab sahaja malah sebahagian besar akan digunapakai dalam kursus-
kursus lain yang menggunakan medium bahasa Arab. Kecekapan pelajar menulis dan mengarang
amat mempengaruhi pencapaiannya dalam kursus-kursus tersebut. Di samping itu pelajar perlu sedar
bahawa pada tahun akhir pengajian peringkat diploma mereka perlu menyiapkan sebuah penulisan
ilmiah dengan menggunakan bahasa Arab. Oleh itu, pelajar perlu menguasai kemahiran menulis untuk
mendapat peluang pendidikan yang lebih tinggi.

Perkara yang membuatkan pelajar sukar menulis bahasa Arab ialah struktur ayatnya yang
mempunyai kesetaraan antara frasa nama dan frasa kerja (Rosni, 2012). Selain itu, kelemahan lain
pelajar dalam penulisan adalah melibatkan ejaan, pemilihan partikel, penyesuaian gender, I’rab,
pengaruh dengan bahasa ibunda dan sebagainya. Kajian ini bukan sekadar menyatakan kesalahan
pelajar sahaja, bahkan disertakan dengan analisa kesalahan pelajar dalam penulisan. Diharapkan agar
kelemahan-kelemahan pelajar yang dikemukakan ini dapat diberi perhatian serius oleh semua pihak
sama ada pelajar mahupun pensyarah agar kesalahan tersebut tidak diulangi pada masa akan datang.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA) melibatkan seramai 20 orang pelajar diploma tahun pertama yang mengambil
kursus al-Kitabah wa al-Ta’bir yang dipilih secara rawak. Bagi mendapatkan data kajian, kajian ini
menggunakan penulisan sampel dalam peperiksaan akhir yang bertajuk ‘Bahaya Merokok’. Pemilihan
ini dibuat kerana karangan yang ditulis oleh pelajar dalam peperiksaan akhir adalah berdasarkan
pengetahuan dan kemahiran mereka tanpa ada sebarang bantuan dari mana-mana pihak sama ada
pensyarah, buku-buku, kamus, rakan-rakan, internet dan sebagainya.

ANALISIS DAPATAN
Di sini dinyatakan beberapa contoh kesalahan beserta analisa pembetulan.

Aspek Pertama: Imla’ atau Ejaan

1. Ayat : ‫نشاهد في التافذيون واالنترنت‬


salah

Ayat : ‫نشاهد في التلفزيون واإلنترنت‬


betul

2
Analisa : ‫ التافذيون‬penukaran huruf alif kepada laam

‫ اإلنترنت‬perlu ditulis hamzah di bawah alif

2. Ayat : ‫في السبوع القديم‬


salah

Ayat : ‫في األسبوع القديم‬


betul

Analisa : ‫ السبوع‬pengguguran huruf hamzah selepas partikel ‫ال‬

3. Ayat : ‫زملتي فاطمة‬


salah

Ayat : ‫زميلتي فاطمة‬


betul

Analisa : ‫ زملتي‬pengguguran huruf ya

4. Ayat : ‫الدين النصحة‬


salah

Ayat : ‫الدين النصيحة‬


betul

Analisa : ‫ النصيحة‬pengguguran huruf ya

5. Ayat : ‫الن كما قال القدماء النظيفة من االيمان‬


salah

Ayat : ‫ النظافة من االيمان‬:‫ألن كما قال الرسول صلى هللا عليه وسلم‬
betul

Analisa : ‫ النظيفة‬penukaran huruf ya kepada alif

6. Ayat : ‫الصحة مهمة في حياة اإلنسان في كل الزمان والماكن‬


salah

3
Ayat : ‫الصحة مهمة في حياة اإلنسان في كل الزمان والمكان‬
betul

Analisa : ‫ الماكن‬huruf alif diletak bukan pada tempatnya

Aspek Kedua: Pemilihan Partikel

1. Ayat : ‫بعد وصلنا‬


salah

Ayat : ‫بعد أن وصلنا‬


betul

Analisa : Partikel nasb perlu dimasukkan apabila


menggunakan kata kerja selepas zarf

2. Ayat : ‫يهتم الوالدين الدنيا من اآلخرة‬


salah

Ayat : ‫يهتم الوالدان بالدنيا من اآلخرة‬


betul

Analisa : ‫ يهتم‬kata kerja yang memerlukan partikel Jarr


selepasnya iaitu ‫ب‬

3. Ayat : ‫يجب على الوالدين أن يهتموا إلى أبنائهم‬


salah

Ayat : ‫يجب على الوالدين أن يهتما بأبنائهم‬


betul

Analisa : ‫ يهتم‬kata kerja yang memerlukan partikel Jarr


selepasnya iaitu ‫ب‬

Aspek Ketiga: Penyesuaian Gender Maskulin Dan Feminin

1. Ayat : ‫األسرة مهم في الحياة‬


salah

Ayat : ‫األسرة مهمة في الحياة‬


betul

Analisa : ‫ مهم‬subjek feminin memerlukan kepada predikat


feminin

4
2. Ayat : ‫البيئة مهم جدا في حياتنا‬
salah

Ayat : ‫البيئة مهمة جدا في حياتنا‬


betul

Analisa : ‫ مهم‬subjek feminin memerlukan kepada predikat


feminin

3. Ayat : ‫أسباب األول هذه المشكلة‬


salah

Ayat : ‫السبب األول لهذه المشكلة‬


betul

Analisa : Sifat mausuf memerlukan keserasian antara gender,


bilangan dan kata nama am atau khas

Aspek Keempat: I’rab ( Pengubah Fleksi)

1. Ayat : ‫الوالدين نظر األبناء زمألهو‬


salah

Ayat : ‫الوالدان ينظران إلى أبنائهما كزمالئهما‬


betul

Analisa : ‫ الوالدان‬subjek berbentuk nominatif

2. Ayat : ‫الجسم سأكون ضعف بسببه‬


salah

Ayat : ‫الجسم سيكون ضعيفا بسببه‬


betul

Analisa : ‫ ضعيفا‬predikat kepada kana wa akhawatuha


berbentuk akusatif

Aspek Kelima: Penggunaan Kata Kerja

1. Ayat : ‫األبناء لم يحترم الوالدينهم‬


salah

Ayat : ‫األبناء لم يحترموا والدَيهم‬


betul

Analisa : Subjek merupakan perkataan jamak maskulin, oleh


itu predikat kata kerja yang digunakan mestilah
disertai pelaku yang menunjukkan kepada jamak.
Selain itu memandangkan kata kerja ini didahului
oleh partikal jazm, maka perlu digugurkan nuun
diakhirnya.

5
2. Ayat : ‫نحن ترى الوالدين مشغولون بأعملهم‬
salah

Ayat : ‫نحن نرى الوالدين مشغولين بأعمالهم‬


betul

Analisa : Subjek merupakan kata ganti nama jamak, oleh itu


predikat kata kerja yang digunakan mestilah disertai
pelaku yang menunjukkan kepada jamak yang
sesuai dengan subjek.

3. Ayat : ‫الجسم سأكون ضعف بسببه‬


salah

Ayat : ‫الجسم سيكون ضعيفا بسببه‬


betul

Analisa : Subjek merupakan perkataan tunggal, oleh itu


predikat kata kerja yang digunakan mestilah disertai
pelaku yang menunjukkan kepada tunggal yang
sesuai dengan subjek.

4. Ayat : !‫ال تدخين‬


salah

Ayat : !‫ال تد ِّخن‬


betul

Analisa : ‫ ال‬merupakan partikel nahy (larangan) perlu


dihubungkan dengan kata kerja dalam keadaan
jusif.

5. Ayat : ‫هيا دعاء وذكر هللا ألن الدعاء كما الدواء للمشكلة‬
salah

Ayat : ‫هيا ندعو إلى هللا ألن الدعاء دواء لكل مشكلة‬
betul

Analisa : ‫ دعاء‬dalam konteks ini kata nama tidak boleh


diganti dengan kata kerja bagi menunjukkan
perbuatan.

6
Aspek Keenam: Penggunaan Idhofah

1. Ayat : ‫لم يحافظ على الصحة الجسم‬


salah

Ayat : ‫لم يحافظ على صحة الجسم‬


betul

Analisa : ‫ صحة‬perkataan mudhof tidak memerlukan kepada


partikel ‫ال‬

2. Ayat : ‫يجب علينا بر الوالدان‬


salah

Ayat : ‫يجب علينا بر الوالدين‬


betul

Analisa : ‫ الوالدين‬mudhof ilaih berbentuk genetif

3. Ayat : ‫التدخين ظاهرة سيئة على صحة الجسم اإلنسان‬


salah

Ayat : ‫التدخين ظاهرة سيئة على صحة جسم اإلنسان‬


betul

Analisa : ‫ جسم‬mudhof ilaih yang berfungsi sebagai mudhof


dalam masa yang sama perlu digugurkan partikel
‫ال‬.

Aspek Ketujuh: Terpengaruh Dengan Terjemahan Bahasa Ibunda

1. Ayat : ‫في هذا العصر أكثر من الوالدين مشغول دائما بأدائهم‬


salah

Ayat : ‫في هذا العصر معظم اآلباء مشغولون بأداء واجباتهم‬


betul

Analisa : Terjemahan secara langsung dari bahasa ibunda


tidak memberi makna yang tepat dalam bahasa
Arab.

2. Ayat : ‫ثم نذهب إلى سبب ثالثا‬


salah

Ayat : ‫ثم ننتقل إلى السبب الثالث‬

7
betul

Analisa : Kesukaran memilih perkataan yang menepati ayat


disebabkan keterbatasan maklumat pelajar tentang
makna dan penggunaan yang tepat dalam ayat.

3. Ayat : ‫إذا لو األب تدخين فابناء تدحين ايضا‬


salah

Ayat : ‫إذا كان األب يدخن فأبناءه سيدخنون كذلك‬


betul

Analisa : Terjemahan secara langsung tanpa mengambil kira


ketepatan dari segi tatabahasa, perkataan yang
sesuai dan struktur ayat.

4. Ayat : ‫لعل يتركهم التدخين‬


salah

Ayat : ‫لعلهم يتركون التدخين‬


betul

Analisa : ‫ لعل‬perlu kepada kata nama yang menjadi isim


baginya, manakala khabarnya mestilah sama
dengan isim dari segi bilangan.

5. Ayat : ‫ألن الصغار يحب األحادث‬


salah

Ayat : ‫ألن الصغار يحبون في تجربة كل ما هو جديد عليهم‬


betul

Analisa : Terjemahan secara langsung tanpa mengambil kira


ketepatan dari segi tatabahasa, perkataan yang
sesuai dan struktur ayat.

PERBINCANGAN DAPATAN
Hasil daripada analisis kesalahan pelajar, pengkaji dapat mengenal pasti beberapa faktor yang
menyebabkan kelemahan pelajar dalam penulisan Arab. Berdasarkan faktor tersebut, pengkaji
menggariskan beberapa cadangan yang dirasakan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bagi
mengatasi kelemahan pelajar dalam kemahiran menulis bahasa Arab.

Faktor-faktor kelemahan pelajar dalam kemahiran menulis

8
Punca atau faktor yang menyebabkan berlaku fenomena kelemahan pelajar dalam penulisan bahasa
Arab secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua, iaitu faktor pelajar itu sendiri dan faktor
pensyarah. Menurut Ghazali Yusri, (2006) faktor kelemahan pelajar menguasai tulisan Arab boleh
dilihat dari dua dimensi iaitu pertama, faktor teknikal tulisan itu sendiri dan kedua faktor sikap dan
motivasi pelajar. Faktor pertama boleh diatasi dengan mengemukakan latihan-latihan yang
bersesuaian dengan kesukaran yang dihadapi namun faktor kedua memerlukan pendekatan yang lebih
menyeluruh kerana ia menyentuh perkara asas dalam pembelajaran iaitu sikap dan motivasi.

Faktor utama kelemahan pelajar dalam penulisan Arab adalah disebabkan kecuaian pelajar
sendiri. Ini dapat dilihat dari kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan
antaranya ejaan, pemilihan partikel Jarr, perbezaan gender, I’rab dan juga penggunaan kata kerja.
Pengkaji mendapati dalam sebuah karangan, pelajar menulis satu perkataan dengan ejaan yang salah
dan ada ditulis dengan ejaan yang betul bagi perkataan tersebut. Ini bermakna bukanlah pelajar tidak
tahu ejaan sebenar perkataan tersebut. Pemilihan partikel juga merupakan sesuatu yang penting dalam
penulisan bahasa Arab mahupun pertuturan. Partikel yang dimaksudkan di sini apabila bersama kata
kerja. Terdapat sesetengah kata kerja hanya akan menunjukkan makna yang sebenar apabila
diletakkan partikel padanya. Sebagai contoh partikel Jarr. Menurut Che Radiah (2010), setiap partikel
Jarr mewakili maknanya yang tersendiri dan kadangkala mempunyai banyak makna. Oleh itu mana-
mana pelajar yang cenderung menterjemahkan unsur-unsur bahasa ibunda ke dalam bahasa Arab
didapati sukar untuk menggunakan partikel yang tepat dalam bahasa Arab. Bahasa Arab merupakan
bahasa yang cukup unik untuk difahami sehinggakan perbezaan gender turut diberi penekanan yang
serius. Penggunaan perkataan berdasarkan gender maskulin dan feminin akan menjelaskan lagi
maksud yang ingin disampaikan oleh penulis. Kaedah asas berkaitan dengan gender adalah sekiranya
perkataan berakhir dengan ta marbutoh maka perkataan tersebut adalah feminin.

Oleh itu, di dalam membina ayat pelajar perlu memberi perhatian perkara ini agar ayat yang
ditulis tidak menjadi janggal dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca. Sepanjang
penelitian pengkaji terhadap skrip responden, penggunaan I’rab turut menjadi kelemahan pelajar di
dalam tulisan mereka. Terdapat sebilangan besar pelajar yang kurang mengetahui penggunaan I’rab
yang betul dalam ayat. Ini kerana salah satu faktornya I’rab tidak terdapat dalam bahasa ibunda. I’rab
dalam bahasa Arab terbahagi kepada empat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hisham (1997)
iaitu al-Raf’ (nominatif), al-Nasb (akusatif), al-Jarr (genetif) dan al-Jazm (jusif). Kesalahan memilih
perkataan mengikut I’rabnya akan mencacatkan makna perkataan khasnya dan ayat secara
keseluruhannya. Penggunaan kata kerja dalam bahasa Arab berkait rapat dengan masa atau kala (Wan
Moharani & Muhammad Marwan, 2008). Selain daripada itu, apabila kata kerja ini diletakkan
bersama kata ganti nama ia akan menunjukkan perubahan berdasarkan kalanya. Perkara ini yang perlu
diberi perhatian yang serius oleh pelajar dalam sesuatu penulisan.

Disamping itu, pengaruh bahasa ibunda juga antara punca kelemahan pelajar dalam
kemahiran menulis. Ini kerana terdapat beberapa elemen dalam bahasa Arab tidak terdapat dalam
bahasa Melayu seperti I’rab, ayat kerjaan dan sebagainya. Oleh itu, keterbatasan maklumat antara
kedua-dua bahasa tersebut turut menjadi punca kelemahan pelajar melakukan kesilapan di dalam
penulisan mereka. Secara umumnya, bermula dari sepotong ayat yang pendek sehinggalah
menghasilkan sebuah penulisan yang bermutu, unsur keserasian bahasa perlu dititikberatkan. Ia
merangkumi aspek gender, bilangan, kata nama am atau khas dan I’rab. Ini kerana tiadanya penjagaan
bahasa dari sudut ini mengakibatkan sesuatu ayat menjadi salah dan maklumat tidak akan sampai
kepada pembaca sebagaimana yang dikehendaki.

Faktor seterusnya adalah kaedah yang digunakan oleh pensyarah dalam proses pengajaran
kemahiran menulis. Pengajaran pensyarah kurang memberi pendedahan tentang kemahiran, teknik
dan strategi menulis dalam kelas menyebabkan pelajar kurang bersedia untuk menulis. Pernyataan
kelemahan pengajaran guru dinyatakan oleh Roselan Baki (2003) iaitu kebanyakan guru pada
umumnya masih kurang jelas tentang kandungan ilmu penulisan dan mereka menerapkan pengalaman

9
yang dialami ketika mempelajari penulisan di sekolah dahulu sebagai asas mengajar penulisan kepada
pelajar. Pengkaji juga mendapati bahawa punca sesuatu kesilapan yang berlaku tidak terhad kepada
satu atau dua faktor sahaja, tetapi boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain. Kekurangan masa untuk
pelaksanaan aktiviti dan pensyarah tidak berkesempatan memberi bimbingan yang wajar juga antara
faktor yang menyumbang kelemahan pelajar dalam penulisan Arab.

Cadangan mengatasi masalah kelemahan pelajar dalam penulisan Arab

Dalam memperkatakan langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan yang melibatkan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab, pengkaji berpendapat dua pihak menjadi fokus utama
yang memainkan peranan ke arah penyelesaian masalah tersebut iaitu pensyarah dan pelajar. Hasil
daripada pemerhatian pengkaji, beberapa cadangan yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah bagi
membantu mengatasi masalah kelemahan pelajar, antaranya memperbanyakkan latih tubi. Ini
bertujuan untuk membentuk satu tabiat bahasa dalam diri pelajar, kerana kadang-kadang pelajar
bukan tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan, tetapi mereka lalai kerana belum terbentuk tabiat
bahasa yang sebati dalam diri mereka (Mat Taib, 2006). Sokongan guru (scaffold) secara
berperingkat, memberi respon terhadap kesalahan pelajar juga antara cadangan yang sewajarnya
dilaksanakan oleh pensyarah. Pensyarah seharusnya perlu membimbing pelajar untuk menulis dan
membetulkan kesalahan supaya pelajar dapat belajar daripada kesalahan tersebut dan tidak
mengulanginya. Pembetulan dan teguran yang dibuat sewajarnya dijadikan sebagai satu bentuk
perangsang yang menggerakkan pelajar untuk terus melahirkan buah fikirannya dengan cara
memberikan perhatian kepada unsur-unsur positif dalam topik yang ditulisnya (Khalid, 2003).
Pensyarah sewajarnya menunjuk jalan penyelesaian dan elakkan memberi jawapan secara langsung.
Pensyarah uga dicadangkan menerangkan kepada pelajar tentang punca berlaku sesuatu kesilapan
dalam penulisan, bagaimana ia berlaku serta cara mengelakkannya daripada berlaku.

Proses menulis adalah proses berterusan yang tidak tertakluk kepada pengajaran di dalam
kelas sahaja tetapi berlangsung sepanjang hidup. Pelajar tidak sepatutnya mengharapkan pembelajaran
di dalam kelas sahaja. Kemahiran menulis dapat dipraktikkan dengan membuat latihan menulis yang
banyak. Latih tubi amat penting dalam proses pembelajaran bahasa untuk tujuan kefahaman dan
pembentukan kebiasaan berbahasa. Pelajar digalakkan membaca teks atau karya-karya bahasa Arab
yang pelbagai dan melatih diri menganalisis penulisan tersebut dari segi gaya dan penggunaan
perkataan, di samping mencatat dan menghafal frasa-frasa menarik yang boleh digunakan dalam
penulisan. Selain itu, pelajar perlu mempunyai sikap yang positif dan bermotivasi tinggi dalam
mempelajari bahasa Arab serta melipatgandakan inisiatif sendiri bagi mengatasi kelemahan mereka
dalam menguasai kemahiran menulis. Pelajar perlu memberi perhatian kepada pembetulan, teguran
dan panduan yang diberikan oleh pensyarah agar sebarang kesilapan yang dilakukan tidak berulang.

PENUTUP
Kajian ini bukanlah bertujuan untuk mencari kesilapan pelajar dan memperbetulkannya semata-mata,
malah memberi ruang dan peluang kepada pensyarah-pensyarah bahasa Arab memikirkan teknik-
teknik atau kaedah-kaedah yang lebih terkini dan praktikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis bahasa Arab. Analisa kesilapan yang dilakukan ke atas penulisan pelajar sedikit
sebanyak akan membawa perubahan dalam cara mengajar bahasa Arab khususnya yang berkaitan
dengan penguasaan pelajar dalam aspek leksikal.

RUJUKAN

Che Radiah Mezah. 2009. Kesilapan Leksikal dalam Pembelajaran Bahasa Arab. (Cetakan Pertama).
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

10
Che Radiah Mezah. 2010. Pengajaran Bahasa Arab Himpunan Pedoman buat Guru dan Bakal Guru.
(Cetakan Pertama). Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ghazali Yusri Bin Abd Rahman & Ahmad Bin Salleh. 2006. Kemahiran Menulis Tulisan Arab Di
Kalangan Pelajar-Pelajar UiTM: Kelemahan Dan Cara Mengatasinya. Laporan Penyelidikan
Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Hassan Shahatah. 1993. Ta'lim al-Lughah al-'Arabiyyah bayn al-Nazariyyah wa al-Tatbiq.


Kaherah: Dar al-Misrilyah al-Lubnaniryah.

Ibn Hisham, Jamal al-Din ibn Yusuf. 1997. Sharh Qatr al—Nada wa ball al-Sada. Beirut: Dar
al-Ma’rifah.

Kamarudin Haji Husin & Siti Hajar Haji Abdul Aziz. 1997. Keterampilan Bahasa. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Khalid Ahmad Bani Omar. 2003. An-Nur Kaedah Pengajaran Bahasa Arab. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Khazri Osman & Ku Siti Esah Ku Ibrahim. 2012. Analisa Kesalahan Pelajar Dalam Penulisan
Bahasa Arab: Kajian Kursus Maharat Al-Kitabah. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Arab 2012. (PKEBAR’12) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. 130-138.

Mat Taib Pa. 2006. Dasar-dasar Umum Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia. Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. disunt: Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Roselan Baki. 2003. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Rosni bin Samah. 2012. Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah
Agama. GEMA Online™ Journal of Language Studies . 12(2), 555-569.

Siti Fatimah Saad. 2013. Kaedah Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab di Peringkat Sekolah
Rendah. Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR
2013. Penang, Malaysia. 176-185.

Wan Moharani dan Muhammad Marwan. (2008). Kajian Bandingan Ayat Namaan Bahasa
Arab-Bahasa Melayu. (Cetakan Pertama). Negeri Sembilan: Penerbit Universiti Sains
Islam Malaysia.

11