Anda di halaman 1dari 1

7 Tips Menjawab Sains PT3

1. Jawab soalan aras mudah dan sederhana terlebih dahulu. Aras mudah dan
sederhana adalah soalan nombor 1-10.
2.
2. Sentiasa merujuk markah yang diperuntukkan sebagai panduan setiap kali menjawab
soalan. Soalan 1 markah memadai dengan jawapan yang ringkas. Soalan 2 markah
memerlukan jawapan beserta alasan atau penerangan.
Contoh: a) Apakah warna cat yang paling sesuai untuk mengecat dinding rumah?(1m)
Jawapan: hitam (sudah memadai)
(b) Apakah warna cat yang paling sesuai untuk mengecat dinding rumah?(1m)
Jawapan: Putih. Warna putih merupakan pemantul haba yang baik/ dapat mengurangkan
penyerapan haba

3.Soalan padankan/tandakan √ perlu mengikut jumlah markah. Elakkan memadankan/


menandakanlebih dari markah. Sekiranya 2 markah, tandakan dua √ sahaja untuk
mengelakkan kehilangan markah.

4. Kenalpasti kata kunci untuk menjawab soalan perbandingan. Jawapan mesti


mengandungi kata kunci. Gunakan perkataan lebih rendah, tinggi, besar, kecil, cepat atau
lambat. Elakkan guna perkataan lebih sedikit, lebih kurang, lebih bertambah atau lebih
berkurang.
Contoh: Bandingkan masa yang diambil oleh cecair A dengan cecair B untuk mendidih?
Jawapan: Masa yang diambil oleh cecair A untuk mendidih lebih cepat berbanding cecair B

5.Soalan KBAT (soalan 11-14) memerlukan pelajar memahami prinsip-prinsip sains dengan
baik. Pelajar perlu mengaplikasikan prinsip atau konsep sains untuk menjawab dengan baik.
Terdapat juga soalan yang mudah untuk dijawab yang hanya menggunakan logik. Contohnya
soalan tentang kesan-kesan atau langkah-langkah.

6.Elakkan terkeliru dengan beberapa istilah yang digunakan dalam soalan.


Contoh: a) wajarkan- soalan ini meminta pelajar memberikan pendapat bukannya perlu
menjawab wajar atau tidak wajar.
b) Anda boleh menggunakan gambarajah untuk menerangkan…. - Pelajar wajib melukis
gambarajah untuk mengelakkan kehilangan markah.

7. Fokuskan tajuk Tingkatan 2 dan 3. Kebanyakan prinsip dan konsep banyak terdapat
dalam

Anda mungkin juga menyukai