Kajian guna tanah di kawasan tempat tinggal atau sekolah calon telah dipilih sebagai tajuk tugasan tahun ini
dan tugas pelajar agak mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan ia memerlukan kreativiti,
kemahiran dan teknikal daripada calon terutamanya dalam menghasilkan sebuah peta lakar yang menunjukkan
taburan guna tanah dikawasan kajian.
Pelajar adalah dinasihatkan untuk mengikuti arahan dan panduan yang diberikan oleh guru mata pelajaran di
sekolah masing-masing agar dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya dalam mendapatkan pemarkahan
yang cemerlang.
Calon diingatkan memastikan ketulenan hasil tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru
tugasan (hasil kerja) sepenuhya daripada mana-mana pihak, dalam erti kata lain penghasilan tugasan kajian
yang lengkap adalah usaha calon sendiri.
Calon dikehendaki menjalankan kajian tentang guna tanah di Kawasan tempat tinggal atau
sekolah anda. Guna tanah merujuk kepada semua aktiviti manusia yang mengubah dan
menyesuaikan tanah untuk memenuhi keperluan manusia.
Perancangan
Calon perlu menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistic serta mempamerkan
kesungguhan dalam melaksanakan tugasan. Perancangan terdiri daripada;
a) Jadual Kerja
b) Objektif Kajian
c) Penentuan Kaedah Kajian
PROSES AWAL
Bagi proses awal, calon perlu mengumpulkan maklumat yang tepat dengan sebaik mungkin mengikut tugasan
kajian yang telah ditentukan. Maklumat itu dari sumber rujukan primer, sekunder ataupun pihak ketiga (pihak
ketiga – contoh individu yang ditemubual)
PROSES AKHIR
Melaksanakan setiap perkara tugasan kajian peta guna tanah seperti yang dinyatakan (rujuk kepada soalan/
tugasan diatas)
Sila dapatkan maklumat lanjut dengan guru tentang tajuk kajian sebagaimana yang boleh diterima.
Kajian oleh :
Tngkatan :
No. Kad Pengenalan :
Angka Giliran :
SENARAI KANDUNGAN
Senarai kandungan perlu dibuat untuk memudahkan semakan terhadap setiap perkara berkaitan tugasan kajian.
Contoh seperti berikut;
a) Penghargaan
b) Pendahuluan /Pengenalan
c) Objekif Kajian
d) Kawasan Kajian
e) Kaedah Kajian
i. Kaedah Pemerhatian
ii. Kaedah Temubual
iii. Kaedah Rujukan
f) Dapatkan Kajian (Jasil keseluruhan kajian)
g) Rumusan
h) Lampiran
i) Rujukan
PENGHARGAAN
Secara dasarnya, sesebuah tugasan yang telah siap sepenuhnya perlu ada penghargaan tanda terima kasih
kepada individu, pihak yang terlibat dalam membantu memberikan input yan diprlukan terhadap tugasan yang
dijalankan. Contoh penulisan penghargaan adalah seperti berikut.
Saya, aqil mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua, Tuan Haji Abu yang telah
memberi kebenaran kepada saya unuk menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya
tujukan kepada guru geografi saya, En. Ali yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk
ajarsehingga kajian ini dapat diselesaikan dengan jayanya.
Saya amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan peruntukakan
perbelanjaan serta dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada responden yang telah memberikan kerjasama
juga rakan sekelas saya yang telah Bersama-sama menjalankan kajian ini.
Tanpa sokongan semua pihak yang terlibat memungkinkan saya menyiapkan kajian seperti ini
kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran
dan wang ringgit.
PENDAHULUAN / PENGENALAN
Pendahuluan atau pengenalan adalah menyatakan terlebih dahulu tentang kawasan kajian, merangkumi tajuk,
sebab-sebab pemilihan kawasan kajian dan latar belakang ciri fizikan dan budaya yang ada dikawasan kajian
secara ringkas yang merangkumi aspek seperti pembangunan lokasi kajian, sosio-ekonomi, guna tanah dan
lain-lain.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah sesuatu input yang mahu diperolehi mengikut tugasan kajian yang diberikan. Objekif
kajian juga merupakan perkara yang paling penting dalam sesuatu bentuk kajian. Contoh huraian kajian adalah
seperti berikut;
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui
aspek dan perkara-perkara seperti berikut;
i. Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang ciri
fizikal dan budaya yang ada di kawasan kajian.
ii. Membuat/ melukis sebuah peta lakar berasaskan peta topografi dengan lengkap serta
mentafsir peta lakar di kawasan kajian.
iii. Mendapatkan maklumat berdasarkan lorekkan kawasan taburan guna tanah
seterusnya menghuraukan satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian.
iv. Menghuraikan kesan guna tanah yang dipilih terhadap alam sekitar di kawasan-
kawasan berlorek dalam kajian peta.
v. Mencadangkan usaha-usaha dan langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi kesan
guna tanah di kawasan berlorek dalam kajian peta.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian merupakan satu usaha yang dilakukan sama ada secara individua tau berkumpulan bagi
menyelesaikan sesuatu tugasan yang ingin dikaji.
Jumlah kaedah kajian yang perlu disertakan adalah bergantung kepada apakaj kaedah kajian yang telah
digunakan / dijalankan bagi menyiapkan sepenuhnya tugasan / kajian calon. Contohnya seperti berikut;
C. Internet
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, internet adalah satu
gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman
sesawang berautoriti yang telah dilayari iaitu Portal Rasmi …………….., saya turut
dapat memuat-turun bahan berkaitan / tugasan ini untuk dijadikan rujukan tambahan.
Definasi latar belakang kajian adalah dasar atau asas kepada sesuatu perkara. Latar belakang yang baik
harus disusun dengan sejelas mungkin dan bila perlu disertai dengan data atau fakta yang mendukung.
Guna tanah sering digunakan untuk merujuk kepada penggunaan yang berbeza jenis tanah dalam
satu Kawasan pengezonan. Ianya juga merujuk kepada penggunaan melalui aktiviti manusisa ke atas
tanah. Guna tanah melibatkan pengurusan dan pengubahsuaian alam semula jadi atau hutan
belantara kepada produk alam bina seperti padang, padang rumput dan penempatan.
Seksyen 52 (1) Kanun Tanah Negara mengelaskan kategori guna tanah kepada tiga (3) kategori iaitu
pertanian, bangunan dan perindustrian. Namun demikian, pengelasan ini diperincikan lagi oleh
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia. Berdasarkan Manual
Pnyediaan Rancangan Tempatan (Pindaan 2006) dan Klasifikasi Guna Tanah JPBD terdapat tujuh
(7) guna tanah utama. Iaitu guna tanah tepubina, pengankutan, infrastruktur dan utility, pertanian,
penternakan, dan akuakultur, hutan, badan air dan pantai. Ketujuh-tujuh klasifikasi ini menjadi asas
perancangan dan pemantauan di bawah bidang kuasa jabatan.
Keperluan kegunaan guna tanah sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut perkembangan
semasa yang berdasarkan kepada keperluan asas aktiviti manuasia dalam kehidupan. Guna tanah
boleh diklasifikasikan kepada bentuk aktiviti seperti perindustrian, perumahan, bandar, institusi dan
sebagainya.
Oleh itu, secara umumnya, aktiviti guna tanah mengikut fungsinya merupakan satu keputusan dan
rumusan manusia. Untuk menggunakan sumber yang terhad iaitu tanah secara optimum, dimana nilai
sesuatufungsi guna tanah adalah berteraskan kepada nilai sesuatu masyarakat.
Di Malaysia, konsep aktiviti guna tanah diperngaruhi oleh perancangan yang dilakukan disetiap
majlis perbandaran/ daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT).
(Rujukan : https://www.sapsibubapa.org/definisi-guna-tanah-geografi-pt3-maksud/)”
Ciri Fizikal
Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan
semulajadi.
Ciri budaya
Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, perlombongan,
perindustrian, penempatan, pengankutan dan perhubungan.
2. MELUKIS DAN MENTAFSIR PETA LAKAR YANG MENUNJUKKAN TABURAN GUNA
TANAH DI KAWASAN KAJIAN
Definasi PETA secara ringkasnya adalah suatu gambaran atau lukisan yang menunjukkan sesuatu
Kawasan di permukaan bumi yang memaparkan maklumat taburan Ciri Geografi iaitu Ciri Fizikal dan
Ciri Budaya sebagaimana dilihat dari udara.
Peta lakar digunakan untuk menunjukkan taburan ciri Geografi sesuatu Kawasan. Ciri-ciri
tersebut perlu dilukis dalam peta dengan menggunakan simbol.
Simbol-simbol ini perlu dilukis bagi mewakili objek atau Kawasan sebenar yang ada
dikawasan kajian.
Symbol uang digunakan itu membolehkan maklumat yang mahu disampaikan menjadi cepat,
tepat dan berkesan.
b) Pandangan Darat Budaya adalah mewakili ciri-ciri Buatan Manusia seperti Bangunan,
Rumah, Masjid, Jalanraa, Jalan Kereta Api, Jambatan, Sekolah, Tanaman yang
ditanam seperti kelapa sawit, padi, getah dan sebgainya. Contoh penggunaan symbol
seperti berikut:
Calon perlu melorekkan Kawasan yang pada pandangan calon berpotensi untuk dimajukan dalam peta
lakar yang telah dibuat. Jumlah Kawasan yang perlu dilorekkan adalah bergantung kepada potensi
Kawasan dalam kajian peta tersebut untuk dimajukan. Seterusnya menghuraikan potensi terhadap
Kawasan tersebut.
Dalam contoh di atas saya memilih untuk melorekkan Kawasan Paya dan Sawah Padi. Seterusnya
perlu meghuraikan potensi untuk memajukan Kawasan berkenaan. Contoh huraian adalah seperti yang
berikut;
Kawasan paya itu jika dimajukan secara terancang dengan menggunakan kaedah moden, ia
mampu memberipulangan hasil yang lumayan kepada pengusahanya.
Ikan ternakan paya kini mempunyai pasaran baik di dalam dan luar negara, malah
adakalanya bekalan ikan tidak dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan.
Kementerian pertanian dan industry asas tani melalui agensi di bawahnya perlu merancang
pelbagai program dalam usaha memajukan sector pertanian di Kawasan berkenaan kerana
hasil pengeluaran padi di Kawasan ini mampu ditingkatkan.
Selain itu, pelbagai insentif dan bantuan perlu disediakan kepada petani dalam usaha
memastikan sector pertanian di kawsan ini selari dengan teknologi semasa supaya hasil padi
yang diperoleh lebih tinggi.
Saya yakin dengan meningkatkan produktiviti petani ia secara tidak langsung akan
meningkatkan hasil pertanian dan memberikan pulangan hasil yang lebih kepada petani
sendiri.
Contoh huraian;
Malaysia adalah negara yang sedang membangun dan maju menjelang tahun 2020. Sektor
perindustrian merupakan penjana utama perkembangan ekonomi negara pada masa kini.
Dengan menjadikan negara yang maju dalam sector perindustrian kepada negara, saya
berpendapat kawasan ini berpotensi untuk dimajukan dengan sektor perindustrian.
Contoh huraian;
Faktor fizikal dan bentuk muka bumi di kawsan ini mempengaruhi kepada aktivit
pelancongan keana terdapat hutan lipur, pantai dan tanah tinggi. Oleh itu, Kawasan ini
boleh dimajukan dengan membina hotel dan resort untuk aktiviti pelancongan.
Soal selidik itu perlu dilakukan oleh calon baig mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada
responden (individu yang disoal/ temu bual) di kawasan kajian berhubung dengan tugasan.
Perkara yang perlu ada dalam borang soal selidik perlulah relevan dengan tajuk tugasan dan
kandungan laporan kajian yang dibuat oleh calon.
Contoh dan cara buat Borang Soal Selidik (Temubual) Tugasan Geograsi PT3;
Rujukan :
• https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2018-kajian-guna-tanah.html
• https://www.mysumber.com/peta-lakar.html
• https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2017-peta-lakar.html
• https://www.mysumber.com/pt3-geo-soal-selidik.html
• https://www.lamanwebinfo.com/kerja-kursus-geografi-pt3.ror