Anda di halaman 1dari 3

Umum

Strategi pengajaran guru perlu diubah supaya pelajar lebih mudah faham apa yang
disampaikan.
Terdapat pelajar merungut tidak puas hati dengan penyampaian guru.
Tidak mengajar dengan berkesan.
Tidak membahagikan pelajar ke dalam kumpulan masing-masing dengan baik

Tumpuan kepada objektif pembelajaran

Objektif (i) (ii) dan (iii) tercapai.


Objektif (iv) dan (vi) tercapai tetapi objektif (v) tidak tercapai kerana penumpuan
yang lebih kepada objektif (iv) dan (vi)
Objektif pengajaran tidak tercapai
Objektif kedua tidak tercapai kerana tidak cukup masa
Objektif pembelajaran yang ke-4, ke-5 dan ke-6 tidak tercapai kerana para pelajar
mengalami kesukaran untuk memahami prosedur eksperimen

Tumpuan kepada teknik pengajaran

Pelajar berjaya mengaplikasikan rumus dan menjawab soalan contoh semasa.


Pelajar yang tidak suka bertanya apabilatidak faham. Mengambil masa untuk
menerangkan kembali konsep. .
Menyuruh pelajar menyelesaikan pengiraan di white board pelajar bersemangat untuk
mengambil bahagian dalam pembelajaran. Kaedah ini mungkin bagus untuk diteruskan
pada kelas yang akan datang.
Cara penyelesaian pengiraan perlu ditunjukkan satu persatu supaya pelajar mudah
untuk memahami apa yang dikehendaki
Latihan pengukuhan bagi meningkatkan kefahaman pelajar.
Perlu menyemak satu persatu kerja rumah pelajar berkaitan dengan persamaan dan
formula.
Terdapat beberapa orang pelajar yang tidak memahami topik variasi dan keturunan
terutama pada bahagian kromosom seks dan mutasi. Guru perlumerendahkan aras
pembelajaran supaya semua pelajar boleh mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran.
Pengajaran guru agak cepat dan kurang sesuai untuk pelajar kelas tersebut.
Kurang memberi perhatian kepada keadaan kelas. Guru perlu lebih pandai menarik
perhatian pelajar supaya lebih meminati biologi.

Berkaitan penggunaan alat dan teknologi


Pelajar amat lemah dalam penggunaan kalkulator saintifik. - memberi penekanan dalam
penggunaan kalkulator saintifik dengan betul.
Penggunaan komputer dan pemancar LCD. Pelajar tertarik. Kaedah ini elok diteruskan
untuk sesipengajaran akan datang.

Pengurusan kelas - umum


Kelas berjalan dengan lancar.
Pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
Tidak dapat mengawal kelas dengan baik.
Keadaan kelas sukar dikawal.
Guru gagal mengawal kelas dengan baik.
Kawalan kelas tidak memuaskan.
Keadaan kelas tidak terkawal.
Guru masih lagi tidak dapat mengawal kelas dengan baik. Pengajaran terpaksa
dilaksanakan tanpa menghiraukan keadaan kelas
Berkaitan pengurusan kelas - khusus
Tidak dapat mengawal kelakuan pelajar terutamanya pelajar lelaki.
Keadaan kelas agak tidak terkawal kerana terdapat beberapa orang pelajar yang
membuat aktiviti lain ketika sesi pengajaran. Sebahagian pelajar tidak menghormati
guru - bertindak dengan memberi amaran kepada pelajar.
Pelajar tidak memberikan kerjasama dengan baik. Keadaan kelas sangat bising.Tidak
dapat mengawal kelas dengan baik kerana terlalu banyak pelajar yangmengemukakan
soalan.

Berkaitan pengurusan makmal

Proses pembelajaran di makmal tidak berlaku dengan efektif , makmal kurang


selamat untuk digunakan � perlu lebih bersedia untuk sesi makmal akan datang.
Terdapat beberapa bahan eksperimen yang tidak dapat disediakan kerana pembantu
makmal tiada.

Mengenai bahan bantu mengajar


Dengan menggunakan BBM seperti kereta mainan, guli dan plastisin, pelajar menjadi
lebih berminat untuk mempelajari tajuk kesan daya. - menyediakan BBM yang menarik
dan berkait dengan setiap kegiatan
Penggunaan roket air membantu memudahkan pelajar memahami kegunaanprinsip
keabadian momentum. Pelajar memberikan fokus terhadap pembinaanroket tersebut..
Pelajar tidak dapat membezakan antara organisme unisel dan organisma multisel �
perlu menyediakan BBM yang sesuai bagi memudahkan kefahaman.

Berkaitan pengurusan masa.


Hanya dapat menghabiskan objektif pertama disebabkan masa pengajaran tertangguh
dengan perhimpunan.
Menunggu pelajar selama 10 minit jadi perancangan pengajaran tidakdapat dilakukan.
Tidak sempat menghabiskan kelas dalam masa yang dirancang kerana pelajar mengambil
masa yang panjang untuk membuat eksperimen, aktiviti perbincangan dalam kelas tidak
sempat dijalankan kerana kesuntukan masa.
Eksperimen yang dijalankan tidak dapat disempurnakan dengan baik - terpaksa
membawanya ke masa eksperimen akan datang.

Catatan sikap pelajar secara umum

Pelajar tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar, mengantuk dan bercakap
sesama sendiri � pelajar diberi amaran.
Pelajar pasif dan tidak mahu menjawab soalan yang diutarakan � pelajar perlu diarah
untuk menyediakan soalan sebelum masuk ke kelas.

Catatan sikap pelajar secara khusus

Pelajar didapati tidak suka menyiasat dan berfikir tentang sesuatu masalah yang
diberikan - berusaha memberikan latihan pengukuhan dari semasa - bagi
menggalakkan pelajar menyiasat dan berfikir dengan kritis
Pelajar hanya bergantung kepada nota dan penerangan yang diberikan. Mereka tidak
ada usaha mencari sendiri maklumat tambahan. Bagi menggalakkan pelajar berdaya
inkuiri.
Pelajar tidak menghiraukan apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas, pelajar
berbual sesama sendiri dan membuat aktiviti lain.
Guru memberi amaran kepada pelajar yang tidak menghormati guru. Pelajar gemar
membuat bising semasa menjalankan eksperimen

Berkaitan sikap dan profesionalisme guru


Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba - tidak dapat
menumpukan satu persatu pelajar untuk menjawab soalan - ada isi yang saya
tertinggal.
Saya kurang persediaan mengenai tajuk yang di ajar.Pengajaran tidak tersusun.
Pelajar kelihatan mengantuk dan bosan, - terlalu tegas - tak suka bermesra dengan
pelajar.
Terlau tegas - sebahagian pelajar tidak mahu menjawab soalan kerana takut
dimarahiguru sekiranya jawapan salah � sepatutnya pelajar diberi peluang menjawab
soalan walaupun salah.

Berkaitan eksperimen
Pengendalian eksperimen kali ini tidak berjalan dengan lancar. Pembahagian kumpulan
pelajar juga kurang sesuai kerana ada pelajar yang tidak bekerjasama semasa
melakukan eksperimen. Arahan tentang keselamatan semasa amali perlu diperbaiki
lagi.
kebanyakan pelajar tidak dapat mencatat setiap bacaanbagi halaju troli sebelum dan
selepas perlanggaran dengan tepat tidak menjalankan eksperimen dengan bersungguh-
sungguh - kerana eksperimen yang dijalankan pada waktu tengah hari.
Majoriti pelajar masih belum mahiruntuk membuat hipotesis bagi eksperimen -
memberi tip-tip yangmembolehkan pelajar membuat hipotesis dengan betul.
Kebanyakan pelajar masih belum dapat membentuk jadual bagi mencatatkan data yang
diperolehi - membimbing pelajar menyelesaikan masalah tersebut.
Majoriti pelajar hanya menunggu kesimpulan eksperimen daripada guru - tidak cuba
meramalkan kesimpulan sendiri setelah melaksanakan eksperimen � membimbing hingga
mencapai kesimpulan yang sebenarnya.
Pelajar tidak dapat melakarkan sel tumbuhan dengan baik � hanya bergantung kepada
gambarajah dalam buku teks � membimbing membuat lukisan sel secara mudah.

Anda mungkin juga menyukai