Anda di halaman 1dari 3

Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit?

 Hubungan kekeluargaan yang semakin renggang

Keburukan penggunaan telefon bimbit juga dilihat menerusi hubungan


kekeluargaan yang semakin renggang. Jika diperhatikan dengan jelas, kebanyakan
masyarakat kita seolah-olah tidak mempedulikan perihal keluarga masing-masing.
Mereka seakan-akan tidak mahu mewujudkan komunikasi yang harmoni bersama-
sama keluarga. Contoh yang dapat dilihat apabila sebuah keluarga yang keluar
makan bersama-sama, mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-masing
sehinggakan komunikasi antara keluarga amat terbatas. Keadaan ini tidak
seharusnya terjadi kerana keluarga tergolong dalam kalangan orang terpenting
dalam kehidupan kita. Perbualan yang terlampau kurang akan menjadikan
hubungan kekeluargaan menjadi sangat renggang dan menjauhkan jarak hubungan
masing-masing. Situasi atau masalah ini akan menular kepada anak-anak sekiranya
ibu bapa tidak tahu memainkan peranan masing-masing. Anak-anak
berkemungkinan besar akan menjadi sangat tersisih dan menjadikan mereka
individu yang pasif dewasa kelak. Hal ini tidak seharusnya berlaku kepada
masyarakat kita kerana bimbang masa depan anak-anak bakal terjejas. Penggunaan
telefon bimbit tidak salah tetapi haruslah bijak menggunakannya dan tidak terlalu
lalai dengan kemajuan dunia sehingga melupakan perkara terpenting dalam hidup.

Gejala buli berleluasa dalam kalangan remaja masa kini. Bincangkan


langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

Buli adalah perkara yang bukannya asing lagi dalam masyarakat kita pada hari ini.
Dewasa ini, kes buli semakin menjadi-jadi dan membimbangkan masyarakat.
Laporan mengenai gejala buli yang dilaporkan dalam media cetak dan elektronik
menunjukkan gejala buli yang berlaku sekarang semakin ekstrem sehingga ada
yang membawa maut. Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah
dengan tujuan atau maksud menunjukkan kekuatan masing-masing.Gejala buli di
sekolah juga semakin membimbangkan masyarakat terutamanya ibu bapa. Oleh itu,
langkah-langkah yang sesuai perlu dilakukan untuk mengatasi masalah buli di
sekolah.

Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah
pengaruh daripada rakan sebaya yang negatif. Gejala ini dikatakan berpunca
daripada rakan sebaya kerana pada zaman ini, remaja lebih mengutamakan rakan
sebaya dalam kehidupan mereka. Kebiasaannya kumpulan pelajar ini mempunyai
satu kumpulan yang ditubuhkan sendiri bagi menjaga kepentingan ahli kumpulan
masing-masing. Mereka bergerak dalam satu kumpulan dan melakukan apa yang
dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka. Sebagai contoh, kes
Muhammad Afiq Qusyairi bin Baharudin seorang pelajar tingkatan satu di sebuah
sekolah agama di Padang Tengku,Kuala Lipis Pahang cedera selepas dibelasah oleh
sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut. Pelajar berkenaan mengalami
kecederaan yang parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yang
dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang
membelasah Mohamad Afiq terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk
berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak.

Pengaruh media massa merupakan antara punca berlakunya kes-kes buli. Media
massa terutamanya media elektronik menyiarkan rancangan televisyen yang
mengandungi aksi pergaduhan dan pembunuhan yang ganas. Lambakan filem aksi
seperti Gengster,Castello dan KL Menjerit akan mendedahkan pelajar kepada aksi-
aksi tersebut secara terbuka tanpa bimbingan orang dewasa.Pelajar yang teruja
dengan aksi tersebut akan meniru kembali aksi yang telah ditonton ke alam realiti.
Mereka mudah terpengaruh dan akan mengaplikasikan aksi tersebut kepada orang
yang lebih lemah daripada mereka tanpa menyedari bahawa perbuatan tersebut
akan mengundang bahaya.Ada sesetengah pelajar juga menjadikan pelakon
sebagai ‘role model’dan merasakan diri mereka hebat dan berlagak seperti pelakon
tersebut.Oleh hal yang demikian.jelaslah di sini bahawa media massa merupakan
salah satu punca kepada peningkatan kes buli.

Gejala buli ini akan mendatangkan kesan buruk kepada mangsa dari segi luaran dan
dalaman. Kesan luaran yang dilihat pada mangsa buli ialah kecederaan yang
dialami pada fizikal mereka dan besar kemungkinan kecederaan yang parah akan
membawa kepada kematian. Kesan dalaman pula ialah kesan psikologi ke atas
mangsa buli seperti trauma,hilang keyakinan dan hilang fokus terhadap pelajaran.
Ada sesetengah mangsa yang mengalami tekanan akan menanam azam untuk
membalas dendam kepada orang lain. Hal ini dilakukan bertujuan untuk
mengembalikan harga diri mereka kembali. Manakala pelajar yang membuli pula
akan dikenakan tindakan seperti digantung persekolahan.
Peningkatan gejala buli tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak apatah lagi
jika membabitkan kematian. Semua pihak harus berganding bahu menggembleng
tenaga dalam usaha memastikan gejala buli tidak lagi berleluasa dalam kalangan
masyarakat. Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah buli. Hal ini
demikian ibu bapa merupakan pembentuk sahsiah pelajar sejak mereka kecil lagi
bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”Ibu bapa boleh
menerapkan pendidikan agama kerana ajaran agama boleh melahirkan manusia
yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti yang mulia.Di samping itu,ibu bapa
perlu memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak bergaul
dengan rakan yang tidak bermoral.Sebagai contoh ibu bapa perlu berbincang
dengan anak-anak tentang aktiviti yang dilakukan anak-anak di luar waktu sekolah
bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang tidak bermoral.

Para pelajar juga haruslah peka dan bijak dalam memilih rakan sebaya supaya
mereka tidak tersilap memilih rakan. Hal ini kerana seseorang individu tersebut
sedikit sebanyak akan terikut-ikut perangai rakan sebaya mereka. Jika baik perangai
rakan-rakan mereka,maka baik juga sikap mereka nanti.Penglibatan aktif kumpulan
pelajar dalam persatuan seperti Persatuan Pencegahan Jenayah akan menjadikan
pelajar tersebut terhindar daripada gejala sosial yang tidak berfaedah.

Selain itu, filem dan rancangan televisyan yang memaparkan aksi yang ganas juga
harus ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem terlebih dahulu.Hal ini kerana pelajar
mudah terikut-ikut akan adegan yang ditunjukkan seperti di dalam filem tersebut
juga.Pemilihan bahan tontonan yang bersesuaian juga digalakkan bagi membina
sahsiah seterusnya memupuk kecerdasan minda pelajar.Misalnya,ibu bapa boleh
memilih rancangan televisyen yang bersesuaian dengan pelajar semasa membuat
pemilihan rancangan dari rangkaian televisyen terbesar seperti Astro.

Kesimpulannhya,gejala buli ini haruslah ditangani dengan segera sebelum menjadi


nanah dalam masyarakat.Jika masalah ini semakin berleluasa maka sukar bagi
negara kita untuk maju kerana remaja merupakan aset terpenting negara dan akan
menerajui negara pada masa depan bak kata peribahasa Melayu “pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang nagara.”.Oleh itu semua pihak harus berganding bahu bagi
mengekang masalah sosial ini.Semoga berkat usaha gigih semua pihak kita dapat
melahirkan generasi pelapis yang mampu memacu negara ke puncak
kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai