Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUA BAHARU

SK SUNGAI TUA BAHARU,


68100 BATU CAVES, SELANGOR

KERTAS KERJA

KEM ZIDNA ILMA II


NUR PERMATA TAHUN 5

2017
ANJURAN
PENGURUSAN TAHUN 5 DAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK SUNGAI TUA BAHARU

“BERDISIPLIN MENJANA KECEMERLANGAN”


PENDAHULUAN
Matlamat sebenar Kem Motivasi Nur Bestari Tahun 5 ini adalah semata-mata untuk
mencetuskan kesedaran di kalangan murid dan guru tentang peranan dan tanggungjawab
masing-masing sebagai satu unit penting dalam mencapai kecemerlangan UPSR 2018. Di
samping meniupkan semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta bertekad untuk lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun sekaligus UPSR dengan menguasai
kemahiran yang tinggi dalam subjek UPSR.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini, adalah diharapkan agar:
 Mencari dan mengenal potensi untuk membina keyakinan diri murid.
 Menanamkan sikap mementingkan kaedah pembelajaran yang berkesan.
 Memberikan murid persediaan fizikal dan mental ke arah kecemerlangan potensi.
 Memberi pendedahan tentang ransangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-
murid.

RASIONAL
 Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan
bermotivasi dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun.
 Membimbing dan menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka sebagai murid
dalam menimba ilmu pengetahuan.
 Memberi pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan
murid-murid

SASARAN
Semua murid Tahun 5 / 2017 iaitu seramai 297 orang murid.

PELAKSANAAN PROGRAM
HARI : Sabtu
TARIKH : 12 Ogos 2017
MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang
TEMPAT : Kem Harmony Excellence Resort Janda Baik

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Raja Ashariah binti Raja Jaaffar


Naib Pengerusi : En Aznam b Mohamed
En Azmin b Abdullah
Pn Rosnani binti Buyong
Pn Hajah Jamilah binti Saad

Pengarah Program : Pn Juliah binti Abu Hasan


Setiausaha : Pn Ruzaimah binti Darso
Bendahari : Pn Munirah binti Hassan

Pendaftaran : Pn Nik Noraliza binti Yusof

Pengacara Majlis : Cik Norliza binti Dasuki


Ketua Fasilitator : Pn Suharti binti Mat Yusop

Peralatan : En Norhailmy bin Mohd Nor

Makanan & Minuman : Pn Nurhayati binti Hasim

Ketua Disiplin : Pn Jayalakshmi a/p Kalimuthu


Cik Nor Aziah binti Ghani

Kebajikan : Pn Ruzaimah binti Darso

Keselamatan : En Azhar bin Shafik

P.A Sistem : Pn Rina Haryanty binti Mohamed Jamil

Sijil Dokumentasi/ : Pn Suhaizani binti Shuhaimi


Pelaporan
Fasilitator : Pelajar UIAM, Gombak

Pengangkutan : En. Najib Asri bin Nordin

JADUAL PROGRAM KEM MOTIVASI NUR BESTARI TAHUN 5 2017

MASA AKTIVITI TINDAKAN


7.30 pagi – 8.00 pagi Pendaftaran murid Urusetia Pendaftaran
8.00 pagi – 8.30 pagi Taklimat Kem Urusetia Penyelaras Program
8.30 pagi – 9.30 pagi Pembahagian Kumpulan / Set Ketua Fasilitator (Mahasiswa
Induksi Program UIA)
Semua Guru Thn 5
9.30pagi – 10.00 pagi REHAT Urusetia Makanan
Sarapan pagi
10.00 pagi – 12.30tengah hari Ceramah Motivasi Mahasiswa UIA
“Wake Up And Make Your
Dreams Come True”
12.30 tgh hari – 2.00 petang REHAT Urusetia Makanan
SOLAT
MAKAN TENGAH HARI
2.00 petang – 4.00 ptg LDK Mahasiswa UIA
4.00 petang – 5.00 petang Majlis Penutupan Kem
Motivasi Nur Bestari
Majlis Menandatangani Aku
Janji calon UPSR 2018
dihadapan para guru.
5.00 petang Bertolak pulang ke SKSTB dan Semua guru pengiring
dijangka tiba pada jam 6.00
petang.

KEWANGAN

Pendapatan

Kutipan yuran daripada murid


RM 70 x 297 orang RM 20 790.00

PCG Kaunseling RM 550.00


Sumbangan pihak luar RM 2 790.00

Jumlah RM 24 310.00

Perbelanjaan

Makanan & Minuman RM 20 x 297 orang RM 5940.00

Peralatan LDK & Sijil RM 15 x 297 orang RM 4455.00

T – Shirt RM 15 x 297 orang RM 4455.00

Tambang bas RM 20 x 297 orang RM 5940.00

Penceramah dan Fasilitator RM 2970.00

Sewa dewan RM 350.00

Runcit RM 200.00

Jumlah RM 24 310.00

PENUTUP

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang yang
tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan
yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada
semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan
melalui tenaga., idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini
akan berlaku perubahan dalam diri murid untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan
dalam peperiksaan.

Disediakan oleh:

……………………………
Puan Juliah bt Abu Hasan
Penyelaras Tahun 5
SK Sungai Tua Baharu
Disemak oleh:

………………………....……..
Tuan Hj Aznam bin Mohamed
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sungai Tua Baharu

Diluluskan oleh:

…………………………………
Puan Raja Ashariah bt Raja Jaaffar
Guru Besar
SK Sungai Tua Baharu

*Nota: Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

Anda mungkin juga menyukai