Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

KEMPEN BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI

RASIONAL
Budi bahasa dan nilai murni amat penting dalam menjaga keharmonian hidup
bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai
murni dapat melahirkan satu bangsa Malaysia yang budiman. Tambahan pula negara
kita mempunyai pelbagai etnik dan mereka mengamalkan adat serta budaya bangsa
masing-masing. Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan
santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam
kata-kata akhlak mulia. Tegasnya setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran
dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan
masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan
dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana
senyum, sopan dan sebagainya.
Nilai dapat diertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat
untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap sesuatu
perkara, darjat, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau
kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai. Kedua-dua konsep itu terangkum
dalam satu prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesulisaan. Prinsip ini
jelas menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing
dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Tingkah laku sopan juga
mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan dalam
kehidupan bermasyarakat. Namun demikian, sejak akhir-akhir ini didapati bahawa
terdapat masyarakat kita yang mengamalkan nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar,
tidak mengendahkan tatasusila dan tidak beradab seperti cara bertanya, cara melayani
pelanggan di kaunter, dan sebagainya. Oleh itu, kami merasakan perlu diadakan
kempen ini di peringkat sekolah agar generasi muda hari dapat mengenalkan nilai dan
amalan yang diamalkan sejak zaman berzaman. Kempen ini akan difokuskan kepada
amalan senyuman yang melibatkan semua warga SMK. Mambau

MATLAMAT

Melahirkan generasi muda yang yang bersopan santun, berakhlak dan bersahsiah mulia
yang ditunjangi oleh sistem pendidikan negara.
OBJEKTIF

1. Dapat mewujudkan suasana yang ceria sepanjang masa khususnya ketika di


sekolah.
2. Dapat memotivasi murid untuk sentiasa hadir ke sekolah kerana sekolah
merupakan sesuatu yang menyeronokkan.
3. Dapat mengeratkan hubungan silaturahmi antara kaum yang ada di sekolah.
4. Dapat mengikis perasaan prajudis antara kaum yang ada di sekolah kerana
sentiasa senyum.
5. Dapat ‘memasarkan’ SMK. Mambau kepada ibu bapa atau penjaga supaya
memilih SMK. Mambau untuk persekolahan anak-anak mereka.
6. Dapat membersihkan imej SMK. Mambau yang sebelum ini dilabelkan negatif
oleh masyarakat setempat.
7. Dapat menghilangkan atau menyerap tekanan kerja dan dapat menghasilkan
output yang maksimum.

TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN

Program ini akan berlangsung selama tiga bulan bermula April hingga Jun 2012

SASARAN DAN KATEGORI

Program ini terbuka kepada semua murid SMK. Mambau, tetapi dari segi kekemasan
pakaian seragam dibahagikan kepada dua iaitu murid biasa dan pengawas.

MODUS OPERANDI

1. Kempen senyum ini akan dihebahkan kepada semua murid dan warga sekolah di
dataran perhimpunan.
2. Pemilihan murid untuk dirakamkan juga melihat aspek pemakaian seragam
sekolah yang lengkap dan sempurna
3. Pakaian seragam lengkap ini dikategorikan murid biasa dan pengawas.
4. Wajah-wajah senyuman akan dirakam secara rahsia tanpa diketahui oleh yang
empunya diri.
5. Pemerhatian dan rakaman akan dilakukan selama tiga bulan iaitu April, Mei dan
Jun 2012
6. Rakaman dilakukan oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh guru media.
7. Jawatankuasa khas akan bermusyawarah untuk membuat keputusan untuk
memilih wajah senyuman contoh.
8. Senyuman contoh akan dirakamkan mengikut bangsa iaitu melayu (laki-laki dan
perempuan), India (laki-laki dan perempuan), dan Cina (laki-laki dan
perempuan)
9. Akhirnya wajah-wajah senyuman dan senyuman contoh akan dimenifestasikan
dalam bentuk bennar yang bersaiz besar dan dipaparkan di tempat yang
strategik di sekolah untuk menjadi tatapan umum kepada warga SMK. Mambau.
10. Wajah-wajah senyuman ini juga akan dimuatnaikkan ke laman web SMK.
Mambau.

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1. 3 unit benna bersaiz 2’ x 6’ (RM 50 x 3) senyuman contoh 150.00
6 unit benna bersaiz 2 x 6’ (RM 50 x 6) pakaian contoh 300.00
6 unit benna bersaiz 2 x 6’ (RM 50 x 6) pakaian contoh 300.00
pengawas
2. 1 unit benna bersaiz besar 1000.00
3. 3 unit kamera mudah alih CCTV (RM 200 x 3) 600.00
4. 6 hamper kepada senyuman contoh (RM 50 x6) 300.00
2,650.00

KESIMPULAN

Diharapkan program ini mampu memenuhi obejektif yang disasarkan dan sekaligus
menaikkan imej SMK. Mambau setandingan dengan sekolah-sekolah elit di daerah
Seremban.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(TENGKU ADNAN RAJA DAUD) (ABDUL HALIM B. MD. YUNUS)


Penolong Kanan HEM Pengetua
SMK Mambau. SMK Mambau.

Anda mungkin juga menyukai