Anda di halaman 1dari 24

Pengenalan

Kajian kami adalah berkaitan dengan Dasar Pembangunan Ekonomi Negara yang
telah dibentuk berasaskan komitmen kerajaan untuk memastikan manfaat pertumbuhan
ekonomi dikongsi secara saksama oleh semua rakyat Malaysia. Objektif kajian yang
kami adalah untuk memahami perkembangan ekonomi negara serta mengetahui
sumbangan Dasar Ekonomi Baru(DEB) kepada Malaysia. Pembangunan ekonomi
adalah berpandukan strategi pengagihan menerusi pertumbuhan dan objektif
serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan tanpa
mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi ekonomi. Pelaksanaan strategi penagihan walaubagaimanapun
akan memberi penekanan kepada usaha meningkatkan keupayaan dan menambahbaik
daya saing. Fokus strategi pengagihan akan diorentasi semula kearah mencapai
pendapatan dalam jangka masa panjang dengan mengurangkan ketara jurang
ketidaksamaan pendapatan. Kesimpulannya , melalui pelaksanaan pelbagai langkah
untuk meningkatkan daya saing, budaya berprestij tinggi akan digalakkan bagi semua
rakyat Malaysia untuk membangunankan ekonomi negara di tahap global.
PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN DASAR EKONOMI
BARU (DEB)
Dari segi pembasmian kemiskinan, daripada 49.3% pada 1970 kepada 1.7% pada 2012. Ini

merupakan satu pencapaian amat tinggi dan antara yang terbaik di dunia. Dari segi lain-lain

penglibatan Bumiputera dalam ekonomi juga meningkat. Kalau dulu hanya 2.4% dan kini

meningkat kepada 23.5% serta banyak lagi peningkatan yang dicatatkan. DEB merupakan

program 20 tahun sosio-ekonomi yang dilancarkan pada 1971 oleh perdana menteri kedua, Tun

Abdul Razak Hussein bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa dan seterusnya

untuk menghapuskan pengenalan aktiviti ekonomi berdasarkan kaum. DEB menetapkan

sasaran pegangan kaum Bumiputera menjelang 1990 perlu mencapai 30% namun hanya

20.4% daripada keseluruhan jumlah ekuiti korporat yang berjaya dicapai dalam tempoh itu. Dari

segi pendapatan isi rumah juga meningkat daripada RM264 sebulan kepada RM5,000 sebulan

Meskipun menyifatkan DEB sebagai satu dasar yang berjaya dicapai kerajaan, namun usaha

membangunkan ekonomi rakyat tidak terhenti di situ.


PERKEMBANGAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
(DPN)

Pertumbuhan ekonomi dicapai dalam persekitaran inflasi yang rendah, harga yang stabil dan

guna tenaga yang penuh. Pendapatan per kapita telah meningkat pada kadar purata 7.8

peratus setahun atau sekali ganda daripada RM6,298 (1990) kepada RM 13,359 (2000). Jika

dilihat dari petikan di atas, DPN telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan kerana

walaupun ekonomi negara terjejas teruk pada tahun 1998 akibat krisis kewangan yang melanda

Asia, kadar pengangguran tidak terjejas teruk. Dasar dan strategi DPN telah menyumbang ke

arah pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang mampu

menghasilkan kemajuan ekonomi dan sosial yang pesat. Ketidakberkesanan DPN dapat dilihat

apabila kaum bumiputera menjadi terlalu manja dengan sokongan yang terlalu banyak dari

kerajaan. Keadaan ini menyebabkan kaum bumiputera tidak mampu untuk berdikari kerana

terlalu mengharapkan bantuan dari kerajaan sahaja. Meskipun berlakunya peningkatan taraf

hidup, ekonomi Malaysia masih dipelopori oleh kaum bukan bumiputera dan kaum bumiputera

hanya menjadi tenaga penggerak sahaja. Hasil daripada DPN telah melahirkan ramai tokoh

ekonomi terkemuka tetapi tokoh ekonomi bumiputera ini tidak mampu bertahan lama.
CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN LAGI
KEMAJUAN DASAR EKONOMI NEGARA

Meluaskan kerjasama ekonomi serantau


Malaysia perlu bijak dalam menjalin hubungan kerjasama dalam bidang ekonomi dengan

negara asing yang berpotensi menyumbangkan kemajuan ekonomi Malaysia. Hal ini bagi

memastikan pengeluaran yang berasaskan pembuatan bukan sahaja mampu di pasarkan di

dalam negara tetapi juga mampu dieksport ke luar negara. Pasaran yang luas meningkatkan

eksport Malaysia ke luar negara dan hal ini akan meningkatkan aliran wang masuk wang ke

negara ini. Contohnya, pasaran utama bagi eksport barangan pembuatan Malaysia adalah

daripada Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Meningkatkan teknologi kemahiran dan tenaga buruh


Perubahan yang sedang berlaku dalam sektor pembuatan ke arah industri yang mempunyai

nilai ditambah tinggi dan berintensif pengetahuan telah meningkatkan permintaan terhadap

guna tenaga yang berkemahiran tinggi yang mempunyai latihan vokasional dan teknikal. Dalam

hal ini, pelbagai institusi latihan, vokasional dan pendidikan perlu dilaksanakan bagi

meningkatkan lagi keupayaan tenaga buruh dalam sesuatu bidang. menyediakan kursus

peningkatan kemahiran teknikal di peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.

Menggalakkan pelaburan
Pelaburan asing merupakan salah satu sumber utama bagi pembangunan negara. Kemasukan

pemodal-pemodal asing menyebabkan pendapatan negara meningkat, mewujudkan peluang

pekerjaan kepada penduduk dan meningkatkan kemajuan dalam aktiviti ekonomi. Hal ini

demikian kerana melalui pelaburan asing, kemasukan tenaga profesional dengan kepakaran
yang tinggi mampu dicapai dan seterusnya menjadikan sumber manusia lebih berdaya saing

dalam pengeluaran.

Di samping itu, kemasukan teknologi baharu pula akan dapat mempelbagaikan

kegiatan ekonomi negara. Oleh itu, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai langkah bagi

menggalakkan pelaburan asing di negara ini. Hal ini demikian kerana pelaburan negara mampu

mendapat sumber modal yang mampu menggerakkan pelbagai sektor di Malaysia. Antaranya

ialah mengadakan skim galakan kepada para pemodal. Skim galakan merupakan daya tarikan

yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing.

Dalam usaha ini, kerajaan perlu memberi beberapa kelebihan kepada pemodal yang

bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh tertentu. Dalam usaha membolehkan

pemodal asing melabur di sini, kerajaan juga harus melonggar peraturan pelaburan dengan

membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu

projek atau perniagaan. Di samping itu, kerajaan Malaysia juga perlu menyediakan kawasan

perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang sempurna. Penyediaan tapak perindustrian dan

kemudahan infrastruktur ini bertujuan untuk menarik minat pemodal-pemodal asing untuk

memajukan perusahaan baru di sini. Dengan adanya prasarana yang lengkap, sudah tentu ini

akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan mereka. Hal ini demikian

kerana hal tersebut mampu menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan.

Kerajaan juga hendaklah memajukan bidang teknologi dan kemahiran tenaga pekerja

bagi menarik ramai pelabur asing. Selaras dengan matlamat ini, kerajaan telah melaksanakan

rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan kecekapan guna tenaga

tempatan. Tambahan pula, kerajaan melalui pelbagai agensi telah mempergiat program

penyelidikan dan pembangunan memperkenalkan teknik untuk pengeluaran moden dan lain-

lain. Pelabur asing yang hendak menanam modal di sesebuah negara akan memasti pelaburan

mereka adalah terjamin. Oleh itu, kestabilan politik merupakan faktor utama untuk

menggalakkan dalam pembangunan ekonomi. Sekiranya keadaan politik tidak stabil dan

berlaku krisis perkauman, ini sudah tentu akan menjejaskan keyakinan para pelabur dan

mendorong mereka beralih ke negara lain. Oleh itu, Malaysia perlulah berusaha menyediakan

suasana yang kondusif dan menjamin keselamatan pelaburan asing di negara ini.
Memajukan infrastruktur ( jalan raya, bekalan air dan elektrik)
Kemudahan infrastruktur yang baik akan memudahkan proses pembuatan dilaksanakan. Oleh

yang demikian kerajaan perlu menyediakan jaringan pengangkutan yang strategik bagi

memudahkan penghantaran input ke tempat-tempat proses pembuatan dijalankan. Selain itu

bekalan air paip yang berterusan dan bekalan elektrik yang baik akan menjana pengeluaran

dalam sektor pembuatan.

Dasar-dasar baru
Pada masa kini Kerajaan telah menggubalkan dasar baru yang boleh membantu pencapaian

matlamat peningkatan daya pengeluaran.Diantara dasar-dasar yang penting ialah:

(a) Dasar Memandang ke Timur-usaha untuk mengubah sikap pekerja dan majikan ke arah

pencapaian yang baik serta kepentingan golongan yang mana akan meningkatkan daya

pengeluaran di dalam masyarakat Malaysia.

(b) Dasar Perindustrian Barat- menggalakkan serta menggunakan kemajuan teknologi yang sesuai

dan mengandungi cara-cara yang baik dan moden yang cekap dan berkesan.

(c) Dasar Pengswastaan – mengswastakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan

oleh pihak awam bagi menggalakkan persaingan dan menambahkan daya pengeluaran agensi

berkenaan.

(d) Dasar Sogoshosha – untuk mendapatkan `synergy` dalam aktiviti perdagangan luar.

KESIMPULAN
Untuk mencapai matlamat peningkatan daya pengeluaran, ia bukanlah melibatkan proses yang

senang dan mengambil masa yang singkat. Pencapaianya memerlukan daya usaha yang gigih

dan menyeluruh bukan sahaja dari segi menggubalkan dasar tertentu tetapi juga mendapatkan

kerjasama keseluruhan masyarakat dalam negeri. Oleh itu, peningkatan daya pengeluaran
hendaklah dianggap sebagai satu pendekatan atau falsafah dalam pengurusan dan nilai kerja

yang sewajarnya berlaku secara berterusan.

SUMBANGAN DASAR EKONOMI BARU


a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah

memberi manfaat kepada lebih tujuh juta rakyat bumiputera negara ini dalam bentuk pemilikan

saham-saham amanah serta ekuiti syarikat gergasi. Kata beliau, ia sebenarnya memberi

peluang kepada individu-individu bumiputera yang berkemampuan untuk memiliki saham

dengan harapan mereka akan berjaya dalam perniagaan dan menguasai sesebuah syarikat.
b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional yang dilancarkan pada tahun 1991. Dasar Pembangunan

Nasional atau DPN merupakan satu kesinambungan daripada DEB. Objektif utama DPN ialah

untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian moden dan

telah menghasilkan kemajuan ekonomi dan sosial yang pesat. Melalui kewujudan DPN, taraf

hidup rakyat menjadi tinggi dan kadar pengangguran semakin menurun. DPN telah

menyebabkan ekonomi Malaysia semakin mapan dengan pertumbuhan yang positif dari tahun

ke tahun. Keadaan ini menunjukkan keberkesanan DEB walaupun berlaku kemelesetan

ekonomi pada tahun 1997. Jika dilihat kemelesetan ekonomi yang melanda rantau Asia

Tenggara yang menyebabkan negara-negara rantau ini berhutang dengan IMF, Malaysia

dengan gahnya mengharungi masalah ini tanpa bergantung dengan bantuan negara-negara

maju.
c) Dasar Percukaian dan Subsidi
Dasar Percukaian dan Subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja dapat

memantapkan lagi ekonomi Malaysia tetapi juga dapat menjaga kebajikan rakyatnya. Dasar ini

dapat dilihat melalui peningkatan dan penurunan. Peningkatan cukai-cukai dikenakan ke atas

barangan import seperti kereta kerana untuk menggalakkan rakyat menggunakan barangan

tempatan. Apabila cukai yang tinggi dikenakan ke atas barangan import akan menyebabkan

barangan tersebut bertambah mahal. Namun begitu dalam masa yang sama, kerajaan

menurunkan cukai barangan tempatan. Melalui cara ini, permintaan terhadap barangan

tempatan akan meningkat. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku persaingan sihat antara

barangan import dan barangan tempatan ini menyebabkan berlakunya peningkatan kualiti.

d) Pelan Induk Perindustrian


Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah menampakkan hasil yang memberangsangkan

terutamanya pada tahun 1970an. Pelan ini merupakan salah satu kesinambungan DEB. Ia

bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Untuk

mencapainya, kepelbagaian dalam bidang perindustrian perlu dilakukan. Selain itu PIP itu

merupakan satu tindakan yang dibuat bagi menghadapi kemelesetan ekonomi yang melanda

Malaysia pada 1985 dan 1986. Perlaksanaan PIP telah membantu memulihkan ekonomi

Malaysia dari kemelesetan ekonomi negara ketika itu.

Kesimpulannya, dasar-dasar ekonomi yang diamalkan oleh negara Malaysia banyak membantu

menstabilkan ekonomi negara. Malahan juga, dasar ini memainkan peranan penting dalam

mencapai cita-cita negara menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Kesan-kesan pertumbuhan ekonomi di Malaysia

Dasar Ekonomi Baru


A) Dasar Penswastaan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan pentadbiran

kerajaan dengan menyerahkan beberapa sektor tertentu untuk diurus sendiri oleh pihak swasta.

B) Ia juga bertujuan menggalakkan pertandingan dan meningkatkan kecekapan serta daya

pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara, mengecilkan saiz sektor awam

dan membuka peluang seluas mungkin untuk mencapai matlamat DEB.

C) Melalui cara ini, daya pengeluaran juga meningkat kerana pada kebiasaannya sektor swasta

mampu meningkatkan tahap kecekapan berbanding dengan sektor-sektor kerajaan atau awam.

D) Melalui dasar ini, kita dapat lihat usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk.

Hal ini kerana penglibatan kerajaan dalam sektor awam tidak dapat meningkatkan harapan

orang ramai terhadap mutu perkhidmatan awam serta keberkesanannya turut berkurangan.

E) Dasar Penswastaan memberikan nafas baru kepada kerajaan dalam menangkis serangan

kemelesetan ekonomi dan beban hutang negara yang kian bertambah, tetapi para pemerhati

dan penganalisa ekonomi yang kritis berpendapat bahawa ia akan mengakibatkan kesan yang

buruk terhadap para pekerja di sektor awam serta rakyat negara ini .
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

A)DLN telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan kerana walaupun ekonomi negara

terjejas teruk pada tahun 1998 akibat krisis kewangan yang melanda Asia, kadar pengangguran

tidak terjejas teruk.

B) Dasar dan strategi DPN telah menyumbang ke arah pengukuhan kedudukan Malaysia

sebagai sebuah negara perindustrian yang mampu menghasilkan kemajuan ekonomi dan sosial

yang pesat.
C)Kesan DPN dapat dilihat apabila kaum bumiputera menjadi terlalu manja dengan sokongan

yang terlalu banyak dari kerajaan. Keadaan ini menyebabkan kaum bumiputera tidak mampu

untuk berdikari kerana terlalu mengharapkan bantuan dari kerajaan sahaja.

D) Meskipun berlakunya peningkatan taraf hidup, ekonomi Malaysia masih dipelopori oleh kaum

bukan bumiputera dan kaum bumiputera hanya menjadi tenaga penggerak sahaja. Hasil

daripada DPN telah melahirkan ramai tokoh ekonomi terkemuka tetapi tokoh ekonomi

bumiputera ini tidak mampu bertahan lama.

Dasar Percukaian dan Subsidi

A)Dasar ini dilakukan untuk memajukan sektor-sektor perindustrian negara. Cukai barangan

tempatan dilonggarkan untuk memberi galakkan kepada barangan tempatan untuk bersaing

dengan barangan luar.

B)Melalui cara ini, sektor perindustrian tempatan dapat bersaing dan sekali gus dapat

pemangkin pembangunan ekonomi negara. Contohnya dapat dilihat pada sektor perkilangan

yang menyumbang kira-kira satu pertiga dari Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia.

C) Sektor ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kekurangan buruh berkemahiran

yang tenat, peningkatan kos buruh, produktiviti yang rendah dan keupayaan-keupayaan dari
segi teknologi asing.

D)Bagi mematuhi peraturan-peraturan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada

tahun ini, Malaysia telah mengurangkan duti-duti import ke atas kereta-kereta keluaran Asean

daripada setinggi 190 peratus kepada 20 peratus, tetapi pada masa yang sama duti-duti eksais

ke atas kereta-kereta telah meningkat dengan mendadak .

E)Dasar percukaian dan subsidi juga menyebabkan limbahan barangan import kerana Malaysia

terikat dengan beberapa peraturan antarabangsa. Contohnya dalam pengeluaran kereta, kereta

tempatan terpaksa bersaing dengan kereta import kereta cukai import kereta dikurangkan dan

menyebabkan harga kereta import menjadi murah.

Pelan Induk Perindustrian


A)Antara instrumen penting pelan induk perindustrian yang dibuat oleh kerajaan ialah adanya

Industri kecil dan sederhana (IKS). IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan dan

perkembangan ekonomi negara.

B)Pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberangsangkan sejak 1980-an telah

meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini

dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.

C) Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan penyokong dalam memenuhi

hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. D)Pertumbuhan

pesat sektor perkilangan memperlihatkan kepentingan dan peranan IKS yang kian ketara.

Penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang

belakang kepada pertumbuhan sektor perkilangan amnya.

KESIMPULAN

Dasar ekonomi baru memberikan keuntungan dan menangkis serangan kemelesetan ekonomi

dan beban hutang negara yang kian bertambah.Dasar pembangunan nasional memberi kesan

negatif dan menyebabkan kaum bumiputera mengalami kemunduran dari segi ekonomi kerana

dikuasai oleh kaum bukan bumiputera. Cukai yang dikenakan terhadap barangan luar sangat

tinggi dan memberi peluang kepada penduduk untuk mengeluarkan barangan tempatan. Pelan
Induk Perindustrian menjadi asas perancangan dan pembangunan sektor perkilangan iaitu

menjadi penjana pertumbuhan ekonomi negara, mengukuhkan industri dan meningkatkan nilai

tambah serta produktiviti.Selain itu, menangani cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua pelan

dan membangunkan sektor perkhidmatan.

Sinopsis
Dasar Pembangunan Ekonomi memainkan peranan penting dalam menjamin kestabilan

ekonomi negara. Melalui dasar ini, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk

meningkatkan ekonomi negara. Antara langkah yang diambil ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB),

Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Percukaian dan Subsidi dan Pelan Induk

Perindustrian (PIP). Rakyaat Malaysia perlu bersatu-padu, adil, maju, berdaya saing selaras

dengan cita-cita Malaysia yang ingin menjadi negara maju menjelang thaun 2020.

Penutup
Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi yang memberangsangkan sejak zaman pemimpin

terulung, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hinggalah ke zaman Dato’ Seri Abdullah

Ahmad Badawi. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk, ekonomi

dapat dijanakan dengan majunya. Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan negara

walaupun mengalami beberapa kali kemelesetan ekonomi menunjukkan kekukuhan ekonomi

negara. Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang

mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Tambahan pula strategi-strategi yang diamalkan

oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu

ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-

negara maju. Oleh itu, jika prestasi ini terus diamalkan nescaya matlamat Malaysia untuk

menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 pasti akan tercapai.

Cadangan kami agar dasar ini dapar dikekalkan dan dipertingkatkan lagi supaya matlamat dan

cita-cita negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tercapai dengan

jayanya. Kami juga berharap negara Malaysia dapat mengatasi segala masalah ekonomi yang

bakal dihadapi dengan bijak dan profesional.


1 Senaraikan Rancangan Pembangunan Lima Tahun]
Butiran Markah
F1 Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) 1
F2 Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) 1
F3 Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) 1
F4 Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) 1
F5 Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) 1
F6 Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) 1
F7 Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) 1]

2 Perkembangan Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi Tahap Pertama]


Butiran Markah
Rancangan Malaya Pertama
F1 Rancangan Malaya Pertama diperkenal sejak sebelum merdeka 1
H1a Bermatlamat membangunkan kawasan luar bandar 1
H1b supaya merapatkan jurang pendapatan penduduk bandar / luar bandar 1
H1c dan mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar 1
H1d dengan mempelbagai aktiviti ekonomi 1
H1e serta mempelbagai sumber pendapatan negara 1
H1f supaya tidak bergantung pada getah / bijih timah 1
F2 Rancangan pembangunan bersepadu sektor ekonomi diperkenal 1
H2a bagi mempergiat pembukaan tanah baru untuk pertanian 1
H2b serta menggalakkan penanaman semula getah oleh pekebun kecil / ladang 1
H2c mempelbagai hasil keluaran pertanian 1
H2d dan memperluas perusahaan perlombongan bijih timah 1
F3 Rancangan Pembangunan Bersepadu sektor sosial 1
H3a memberi perhatian kepada pelbagai perkhidmatan 1
H3b seperti kesihatan / pendidikan / perhubungan 1
F4 Rancangan Pembanguan Bersepadu sektor awam 1
H4a memberi tumpuan kepada infrastruktur 1
H4b seperti balai polis / kem tentera / pejabat pos / mahkamah / rumah kakitangan kerajaan 1
F5 Penubuhan pelbagai agensi seperti Lembaga Pembangunan Industri Desa / RIDA 1
H5a Matlamat utama RIDA membangunkan masyarakat luar bandar 1
H5b dengan memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil 1
H5c membantu pemasaran hasil pertanian 1
H5d serta menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan 1
F6 FELDA ditubuhkan 1956 sebagai badan berkanun 1
H6a untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar 1
H6b dan meningkatkan hasil pertanian negara 1
H6c melalui pembukaan tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian 1
H6d dan petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas 1
H6e Penduduk miskin luar bandar dipindahkan ke petempatan baru 1
H6f untuk menjadi petani moden 1
H6g dengan memberi tumpuan kepada tanaman getah / kelapa sawit 1
F7 Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar 1959 1
H7a Diketuai Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein 1
H7b Berperanan menyelaras / menjayakan program pembangunan luar bandar 1
H7c RIDA / FELDA diletakkan di bawah kementerian ini 1
F8 Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis 1
Rancangan Malaya Kedua 1
F9 Memberi penekanan kepada pembangunan penduduk luar bandar 1
H9a Bertujuan merapatkan jurang perbezaan pendapatan penduduk luar bandar dengan
penduduk bandar 1
H9b bagi mengurangkan kadar kemiskinan 1
H9c dan meningkatkan taraf hidup rakyat 1
F10 Program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan 1
H10a untuk mempelbagai jenis tanaman 1
H10b bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara 1
H10c dan mengurangkan pergantungan negara terhadap getah 1
H10d serta bahan makanan import 1
F11 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan / FAMA 1965 1
H11a Bertujuan membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian 1
H11b dan meningkatkan pendapatan petani 1
F12 Rancangan Malaya Kedua memberi tumpuan penyediaan infrastruktur sosial 1
H12a seperti pelajaran / kesihatan / perumahan 1
H12b serta berusaha menyediakan peluang pekerjaan 1
F13 Bilik Gerakan Negara diwujudkan di Kuala Lumpur 1
H13a Bertujuan menyelaras kegiatan pembangunan pada peringkat negeri / daerah / kampung
1
F14 Buku Merah diperkenalkan 1
Rancangan Malaysia Pertama 1
F15 Melibatkan Sabah / Sarawak 1
H15a dengan memberi fokus kepada integrasi nasional 1
H15b dan kesejahteraan rakyat 1
H15c bersifat bersepadu 1
H15d dan merangkumi semua bidang ekonomi 1
F16 mempelbagai kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian / perindustrian 1
H16a Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat 1
H16b seperti di Tiga Segi Jengka / Johor Tenggara / Pahang Tenggara 1
F17 Penubuhan FELCRA atau Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah 1965 1
H17a untuk membantu FELDA menjalankan pembangunan di luar bandar 1
F18 Penubuhan RIDA digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat / MARA 1966 1
F19 Penubuhan Bank Bumiputera 1
H19a untuk menggalakkan bumiputera menyertai sektor perusahaan / perdagangan 1
F20 Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad / PERNAS1969 1
H20a Bertujuan menggiatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang perusahaan /
perdagangan 1
F21 Penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian / MARDI 1969 1
H21a Bertangungjawab menjalankan penyelidikan 1
H21b dan memperkenal teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah 1
F22 Penubuhan pelbagai agensi perindustrian 1
H22a seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia / MIDA 1967 1
H22b dan Lembaga Penasihat Tarif 1
H22c serta Akta Pelaburan 1969 1
F23 Pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dalam Rancangan Malaysia Pertama
terbantut kerana Peristiwa 13 Mei 1969 1
H23a dan belum dapat membendung masalah perpaduan 1
H23b serta jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara 1
ms. 198 - 201]

3. Usaha kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan Malaysia


Keempat]
Butiran Markah
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
F1 Rancangan pembangunan lima tahun pertama di bawah Dasar Ekonomi Baru / DEB 1
H1a Bermatlamat untuk menyelesaikan masalah ekonomi 1
H1b Dan ekonomi / sosial antara kaum/kawasan / wilayah 1
H1c Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum 1
H1d Menambah pendapatan 1
H1e menyediakan peluang pekerjaan 1
H1f Merapatkan jurang ekonomi 1
H1g Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi 1
H1h Program pembangunan luar bandar diteruskan 1
F2 Penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah 1
H2a Melaksanakan program pembangunan wilayah 1
F3 Penubuhan agensi-agensi lain 1
H3a Membantu golongan petani 1
H3b Menggalakkan perkembangan perusahaan / perdagangan 1
H3c Memajukan bandar 1
F4 Penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara / LPN 1971 1
H4a Berperanan menstabilkan harga padi 1
F5 Penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia / LKIM 1971 1
H5a Berperanan membangunkan/memodenkan industri perikanan 1
H5b Meningkatkan taraf hidup nelayan 1
F6 Penubuhan Perbadanan Pembangunan Bandar / UDA 1971 1
H6a Berperanan membangunkan bandar 1
F7 Penubuhan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah / RISDA1973 1
H7a Berperanan membantu pekebun kecil 1
H7b Menjalankan penyelidikan berkaitan getah 1
H7c dan penanaman semula getah 1
F8 Penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang / LPP 1973 1
H8a Berperanan membantu golongan petani melibatkan dalam kegiatan koperasi 1
F9 Penubuhan Petroleum Nasional Berhad / PETRONAS 1974 1
H9a Berperanan memajukan industri petroleum 1
H9b dan perniagaan berkaitan petroleum 1
F10 Penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri 1
H10a Berperanan menggalakkan perindustrian 1
H10b dan perdagangan 1
H10c dengan menyediakan tapak perindustrian / perumahan/ ruang/ pejabat/ kedai 1
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
F11 Pelbagai program pembangunan ekonomi dirangka 1
H11a Bermatlamat meneruskan usaha membasmi kemiskinan 1
H11b dan menyusun semula masyarakat 1
H11c Program pembangunan pertanian / perindutrian diteruskan 1
H11d untuk meningkatkan produktiviti 1
H11e dan membuka peluang pekerjaan 1
H11f serta meningkatkan taraf hidup rakyat 1
F12 Pembukaan tanah secara besar-besaran 1
H12a di bawah program pembangunan wilayah 1
H12b oleh agensi-agensi seperti KEJORA / KETENGAH / DARA / KESEDAR 1
F13 Kerajaan memberi tumpuan terhadap tanaman eksport 1
H13a seperti getah / kelapa sawit 1
F14 Peranan agensi pembangunan wilayah telah diperluas 1
H14a dalam sektor pembangunan industri 1
H14b dan pembangunan bandar baru 1
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) 1
F15 Meneruskan usaha pembangunan ekonomi 1
H15a dengan menumpukan perkembangan perusahaan berat 1
H15b yang berasaskan pelaburan modal 1
H15c serta penggunaan teknologi tinggi 1
H15d dan keperluan tenaga kerja mahir 1
F16 Penubuhan Perbadanan Industri Berat Negara / HICOM 1980 1
H16a Berperanan mengenal pasti / memulakan / menguruskan projek industri berat 1
H16b dengan cekap seperti sektor swasta 1
F17 Lokasi perusahaan baru dibuka 1
H17a bagi menggiatkan perindustrian 1
H17b dan menggalakkan pelaburan modal asing 1
H17c seperti di Skudai, Johor/Senawang, Negeri Sembilan / Bintulu Sarawak / Menggatal dan
Likas, Sabah 1
F18 Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan 1
H18a seperti di Bayan Lepas, Pulau Pinang/Sungai Way, Selangor 1
F19 Bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian 1
H19a Kajian Dasar Perindustrian Malaysia diperkenal 1
H19b bagi mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindustrian 1
H19c Pelan Induk Perindustrian turut diperkenal 1
H19d bagi menyediakan hala tuju pembangunan industri 1
H19e dan strategi pelaksanaan 1
F20 Penglibatan sektor swasta dalam menjana pembangunan ekonomi negara 1
H20a melalui pengenalan Dasar Penswastaan 1
H20b dan Dasar Pensyarikatan Malaysia 1
H20c bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung kerajaan 1
F21 Kerajaan berusaha mengimbangi pemilikan harta / saham perindustrian 1
H21a antara bumiputera dengan bukan bumiputera 1
H21b melalui penubuhan Permodalan Nasional Berhad/PNB 1
H21c dan Skim Amanah Saham Nasional / ASN 1981 1
F22 Dasar Pertanian Negara 1984 diperkenal 1
H22a bagi memoden / menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu 1
H22b dengan menyediakan insfrastruktur 1
H22c dan perkhidmatan sokongan 1
ms. 201-205

4. Dasar Pembangunan Ekonomi yang diperkenalkan untuk memenuhi


keperluan ekonomi moden yang berteraskan
perindustrian [25 markah]

Butiran Markah
F1 Dasar Pertanian Negara / DPN 1
H1a Dilancarkan pada 12 Januari 1984 1
H1b meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum 1
H1c menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap / berkesan 1
H1d Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil 1
H1e memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport 1
H1f Strategi yang dilaksanakan adalah menggalakkan pembukaan tanah baru 1
H1g Memperkenalkan program pembangunan in-situ 1
H1h memulihkan kawasan berproduktiviti rendah 1
H1i Menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian 1
H1j seperti pemasaran / kredit / subsidi / penyelidikan 1
H1k Penglibatan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian di bawah Kementerian
Pertanian 1
F2 Dasar Pensyarikatan Malaysia 1
H2a Diperkenalkan pada Februari 1983 1
H2b Merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif / berkesan 1
H2c Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat 1
H2d dimiliki secara bersama oleh kerajaan dan sektor swasta 1
H2e Semua kakitangan awam/ swasta memiliki saham 1
H2f pekerja dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat / Malaysia 1
H2g Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dan swasta ditubuhkan 1
H2h Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat swasta 1
H2i untuk menjalin hubungan / berkongsi kepakaran 1
H2j Sektor swasta perlu memahami dasar kerajaan 1
H2k mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi 1
H2l mendapatkan keuntungan yang maksimum 1
H2m Pihak kerajaan memberikan perkhidmatan sokongan 1
H2n memudahkan operasi sektor swasta 1
F3 Dasar Penswastaan 1
H3a Dilancarkan oleh Dato Seri Dr Mahathir Mohamad 1
H3b pada bulan Mac 1983 1
H3c Kerajaan memindahkan perkhidmatan / perusahaan / kepentingan / pelaburan / kuasa
tertentu kepada sektor swasta 1
H3d Mengurangkan beban kewangan kerajaan 1
H3e Meningkatkan produktiviti 1
H3f meningkatkan kualiti perkhidmatan / barangan 1
H3g Mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal oleh sektor swasta
H3h Unit Perancangan Ekonomi ditubuhkan / UPE 1
H3i bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan 1
H3j memberi garis panduan kepada kementerian / jabatan yang ingin menjalankan
penswastaan 1
H3k Penswastaan boleh dilaksanakan secara sepenuhnya 1
H3l Penswastaan boleh dilaksanakan secara sebahagian 1
H3m dapat mengurangkan beban kewangan 1
H3n mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain 1
F4 Dasar Hala Tuju Cara Baru 1
H4a Membangunkan kawasan luar bandar 1
H4b Meningkatkan pendapatan golongan petani / pekerja desa 1
H4c melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan 1
H4d Strategi pertama, mengelompokkan kampung menjadi petempatan yang lebih besar 1
H4e supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik 1
H4f Strategi kedua, meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa 1
H4g melalui program usahawan desa / industri pembuatan barang 1
H4h Strategi ketiga, pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan 1
H4i meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar 1
F5 Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara / DPDPN 1
H5a Mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan 1
H5b Peningkatan hasil pendapatan negara penting 1
H5c untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi 1
H5d memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum 1
H5e mengelakkan sebarang pembaziran 1
H5f memastikan sektor perindustrian dapat bersaing pada peringkat antarabangsa 1
H5g Strateginya, membaiki sistem pengurusan operasi 1
H5h membaiki struktur organisasi 1
H5i penggunaan teknologi terkini 1
H5j penerapan nilai dan etika kerja yang murni 1
F6 Dasar Kependudukan 1
H6a Dilancarkan pada 29 Mac 1984 1
H6b Mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang 2100 1
H6c Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa panjang memberikan kesan positif kepada
bekalan tenaga kerja 1
H6d produktiviti akan meningkat 1
H6e pasaran semakin luas 1
H6f kekuatan politik 1
H6g keselamatan negara terjamin 1
H6h Menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk dengan pembangunan
sosioekonomi negara 1
H6i khususnya kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan 1
H6j Segala program pembangunan negara didasarkan kepada unjuran jumlah penduduk 1
H6k memastikan pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan masalah 1
ms. 206-209

5 Kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang hasil pelaksanaan perancangan


pembangunan ekonomi. [1
0 markah]
Butiran Markah
F1 Peluang pekerjaan meningkat 1
F2 Peluang perniagaan / keusahawanan 1
F3 Gaji pekerja meningkat 1
F4 Taraf hidup rakyat meningkat 1
F5 Jurang ekonomi antara penduduk bandar dengan luar bandar berkurangan 1
F6 Jurang ekonomi antara kaum mengecil 1
F7 Taraf pendidikan semakin meningkat 1
F8 Kuasa beli rakyat semakin meningkat 1
F9 Pendapatan per kapita rakyat meningkat 1
F10 Rakyat hidup makmur / sejahtera 1
F11 Rakyat hidup harmoni / selesa 1
F12 Keadilan dalam sektor ekonomi 1
F13 Menggalakkan Industri Kecil dan Sederhana / IKS 1
F14 Perkembangan industri hab halal 1
F15 Peningkatan kemudahan infrastruktur 1
F16 Peningkatan taraf kesihatan 1
F17 Peningkatan teknologi komunikasi / perhubungan 1
F18 Mengurangkan kadar kemiskinan 1
F19 Meningkatkan kadar tabungan 1
F20 Meningkatkan pemilikan harta tanah / saham 1
M Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 10 x 1m] [10 m]

6 Manfaat pembangunan ekonomi kepada rakyat


Butiran Markah
F1 Pembinaan Lebuh raya Utara Selatan / PLUS / Lebuh raya Pantai Timur / LPT 1
F2 dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem perhubungan 1
F3 Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur / KLIA 1
F4 menjadi pintu masuk utama pelabur / pelancong asing 1
F5 Kawasan perindustrian baru 1
F6 Seperti di Batu Tiga, Shah Alam / Nilai 1
F7 Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat 1
F8 Kadar pengganguran rendah 1
F9 dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di negara ini 1
F10 Kadar kemiskinan tegar dapat dikurangkan 1
F11 Pembinaan hospital / klinik / pusat kesihatan desa 1
F12 untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk 1
F13 Malaysia menjadi destinasi pelancongan kesihatan 1
F14 Pembinaan universiti awam / swasta / institusi pendidikan 1
F15 Mengatasi masalah buta huruf 1
F16 dan meningkatkan tahap intelektual 1
F17 Menjadikan Malaysia sebagi hab pendidikan 1
F18 dan destinasi pelancongan pendidikan 1
F19 Pembukaan Tanah Rancangan FELDA 1
F20 Mewujudkan kawasan pertanian yang luas / ladang 1
F21 dapat meningkatkan taraf hidup petani 1
F22 Malaysia menjadi pengeluar kelapa sawit / getah terbesar di dunia 1
F23 dan pengeluar komoditi pertanian yang terkemuka 1
F24 Malaysia menjadi destinasi pelancongan ekonomi 1
F25 Pembinaan Putrajaya 1
F26 sebagai pusat pentadbiran negara 1
F27 menjadi mercu tanda negara 1
M Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 10 x 1m] [10 m]

7 Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk bersaing dalam ekonomi global. [10 markah]
Butiran Markah
F1 Kebergantungan kepada pelaburan asing 1
F2 Perjanjian ekonomi berat sebelah 1
F3 Persaingan dengan barangan import 1
F4 Kadar mata wang yang tidak stabil 1
F5 Aktiviti spekulasi mata wang 1
F6 Kesedaran terhadap R & D masih rendah 1
F7 Kenaikan kos bahan api 1
F8 Kualiti barangan tempatan masih rendah 1
F9 Penguasaan sains / teknologi masih rendah 1
F10 Liputan talian / akses internet tidak menyeluruh 1
F11 Kekurangan tenaga kerja mahir 1
F12 Kebergantungan kepada tenaga kerja mahir luar 1
F13 Kebergantungan kepada teknologi luar 1
F14 Sumber tenaga nuklear tidak dimanfaatkan 1
F15 Penguasaan ilmu / kemahiran masih rendah 1
F17 Modal insan tidak berdaya saing 1
F18 Daya inovasi / kreativiti / reka cipta yang rendah 1
F19 Kurangnya promosi / kempen produk tempatan di peringkat global 1
F20 Harta intelek tidak dipatenkan 1
F21 Penguasaan bahasa antarabangsa yang rendah 1
F22 Jati diri / patriotisme yang rendah 1
M Mana-mana jawapan munasabah
8 Nilai-nilai murni yang boleh dipelajari daripada usaha kerajaan membangunkan
ekonomi negara. [5
markah]
Butiran Markah
F1 Meningkatkan perpaduan kaum 1
F2 Mementingkan keadilan 1
F3 Mengamalkan sikap amanah / jujur 1
F4 Ketelusan / integriti dalam menjalankan tugas 1
F5 Bertanggungjawab 1
F6 Membuat keputusan yang bijak 1
F7 Mengutamakan kepentingan rakyat 1
F8 Berani mengambil risiko 1
F9 Gigih berusaha memajukan ekonomi 1
F10 Sanggup berkorban untuk negara 1
F11 Cekap dalam membuat keputusan 1
F12 Bertimbang rasa 1
F13 Bertoleransi 1
F14 Berjimat cermat 1
F15 Mengelakkkan pembaziran 1

3. Sekiranya anda seorang menteri pelajaran, cadangkan


langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk memupuk
perpaduan
 F1 mempunyai pegangan agama/Tuhan
 F2 mematuhi/ mengamalkan kepercayaan agama
 F3 menghormati kebebasan beragama/ bebas mengamalkan agama masing-masing
 F4 setia kepada raja
 F5 bangga terhadap institusi Negara
 F6 mematuhi undang-undang
 F7 mengamalkan Rukun Negara
 F8 menghormati lambang Negara seperti lagu Negaraku Jalur Gemilang
 F9 merealisasikan wawasan 2020
 F10 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
 F11 Hari Perayaan disambut oleh semua kaum
 F12 mengadakan Rumah Terbuka
 F13 sukatan Pelajaran yang sama
 F14 peperiksaan yang sama
 F15 menerima kebudayaan kebangsaan
 F16 bertolak ansur/ sikap keterbukaan
 F17 saling menghormati
 F18 bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan
 F19 hak asasi dijamin
 F20 semangat kesukarelawan
 F21 kegiatan kokurikulum
 F22 sukan
 F23 meningkatkan penguasaan ilmu dan memajukan system pendidikan
 F24 meningkatkan Research and Development(R&D)
 F25 mengukuhkan jati diri dengan menyertai PLKN
 F26 menggalakkan inovasi.
 F27 pemberian biasiswa pendidikan atau PTPTN
 F28 meneroka bidang dan pengetahuan baharu
 F29 menjadikan minda rakyat kelas pertama
 F30 menjadi pusat kecemerlangan ilmu dan pendidikan.
 F31 melakukan pertukaran teknologi dan Ilmu./ kepakaran
 F32 memperkasakan sekolah kebangsaan
 F33 meningkatkan kualiti pendidikan Negara
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-
21 bagi menjamin perpaduan negara
i) Cabaran Perpaduan abad ke 21
 F1 petempatan berasaskan kaum
 F2 jurang ekonomi yang luas di antara kaum
 F3 jurang pendapatan
 F4 perbezaan budaya, bahasa dan agama.
 F5 parti politik berasaskan perkauman
 F6 sistem vernakular di sekolah rendah masih wujud
 F7 sukatan pelajaran berbeza di sekolah swasta
 ( Mana-mana jawapan yang munasabah)
ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.
 Cara-cara mengatasi cabaran
 F1 memperkasakan Bahasa melayu
 F2 menambahkan bilangan sekolah wawasan
 F3 mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara.
 F4 mengamalkan dasar kebudayaan kebangsaan
 F5 menjayakan Model Ekonomi Baru
 F6 merealisasikan konsep 1Malaysia
 F7 mengamalkan konsep Hidup Berjiran Membawa Berkat
 F8 menghidupkan semula aktiviti rukun tetangga
 F9 membina budaya ilmu untuk menyekat limpahan maklumat luar
 F10 pembangunan rohaniah
 F11 menambah bilangan sekolah Bestari
 F12 mendedahkan pelajar tentang perkembangan semasa
 F13 berpandangan jauh
 F14 kreatif dan inovatif
Cabaran memupuk perpaduan :

Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah kewujudan sistem


pendidikan berbeza. Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan
lagi jurang perpaduan kaum. Contohnya, wujudnya sekolah tamil dan sekolah cina yang
mengasingkan pelajar India dan Cina.
Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman juga akan
menyukarkan perpaduan kaum. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik
merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum dinegara ini.
Contohnya Barisan Nasional majoriti diikuti oleh bangsa Melayu/ Bumiputera manakala
MCA diwakili oleh bangsa Cina dan MIC oleh bangsa India .
Laman sosial juga antara cabaran lain untuk mengekalkan perpaduan kaum.
Penyebaran fitnah dan menyentuh sensitivi perkauman kaum kian berleluasa dilaman
sosial. Oleh itu, jika tidak dibendung akan menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei
1969 kembali berulang.
Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum . Perbezaan sektor
ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu .
Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung,
masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar
manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet .
Selain itu, sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga antara
cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum. Sikap individu sedemikian hanya
menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat
majmuk. Contohnya, individu yang berbangsa Melayu tidak bergaul dengan bangsa
Cina dan India kerana merasakan tidak bersefahaman atau sehaluan.

Anda mungkin juga menyukai