Anda di halaman 1dari 7

Afiq : Gunakan artikel ini sebagai panduan… bila menulis tukar kepada bentuk

yang lebih ilmiah

Artikel 1: Pengangguran Siswazah

Pengangguran di kalangan siswazah di negara kita semakin meningkat, mengapa


dan wajarkah ianya terjadi kepada pelajar-palajar lepasan universiti? Apakah
masalah sebenar yang menyebabkan pelajar lepasan universiti itu menganggur?
Faktor-faktor Pengangguran
Masih ramai graduan yang menganggur walaupun mereka sudah beberapa tahun
menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Kebanyakan mereka
bukan tidak mendapat pekerjaan atau tidak menerima sebarang tawaran tetapi
mungkin tugas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka. Kebanyakan
graduan ini masih mencari pekerjaan yang dirasakan tidak bersesuaian dengan
status mereka sebagai bekas penuntut universiti.
Menurut Mohd Suhaidi B. Sautar, 25, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa
Utama, antara faktor yang menyebabkan pengangguran di kalangan siswazah
ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan atau sesuatu
pekerjaan yang ditawarkan itu tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang
mereka semasa belajar di universiti. Mereka lebih suka tinggal di rumah tanpa
melakukan apa-apa pekerjaan daripada bekerja bukan dalam bidang mereka.
Mereka lebih sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau jawatan
lain yang dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik bekerja
daripada menganggur. Pemikiran “lebih baik menganggur selagi tidak jumpa
kerja sesuai” perlu dibuang dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja
merugikan mereka, malah merugikan sector yang memerlukan tenaga kerja.
Sebenarnya, peluang pekerjaan yang ditawarkan masih banyak tetapi mereka
tidak tahu mengambil peluang ini. Di samping itu, terdapat beberapa agensi
usahawan yang menawarkan peluang keusahawan bagi mereka yang berminat
memilih keusahawan sebagai kerjaya pilihan. Selain itu, mereka juga boleh
memperolehi pekerjaan dengan pelbagai cara. Contohnya mereka menceburi
bidang pertanian dan mengusahakan kawasan terbiar sehingga memperolehi
hasil dan menjadikan petani yang berjaya. Oleh demikian, bukan kerja kosong
tidak ada tetapi sikap yang terlalu memilih kerja di kalangan graduan
menyebabkan pekerjaan itu tidak dapat diisi.
Menurut Arnida Abu Bakar, 31, pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama
berkata, “salah satu masalah penting menyebabkan berlakunya pengangguran
siswazah ialah kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia
pekerjaan.” Majikan akan lebih berhati-hati menggunakan kriteria ini untuk
memilih graduan-graduan yang diperlukan. Graduan yang mempunyai kelulusan
yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur
dalam tempoh yang lebih lama. Keperluan pengambilan dan penambahan tenaga
buruh pula akan dihitung dengan lebih teliti dari segi keberkesanan kos dan
produktiviti. Perlumbaan untuk mendapatkan pekerjaan dijangka akan lebih
bersifat persaingan dan ini akan memberi faedah yang besar kepada majikan
untuk memilih kualiti tenaga yang terbaik yang menguntungkan firma-firma
perniagaan mereka.
Pengangguran di kalangan siswazah akan terus berlaku sekiranya mereka tidak
berusaha mencari alternatif baru membina kerjaya persendirian atau
menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang keusahawanan yang
boleh membantu menggerakan ekonomi di samping dapat berperanan memberi
peluang pekerjaan kepada golongan lain. Ruang bagi golongan mahasiswa
menceburi pelbagai bidang pekerjaan persendirian, perniagaan dan
keusahawanan begitu luas. Bidang-bidang yang boleh diceburi ini bagaimanapun
memerlukan inisiatif dan kegigihan.
Menurut Hafsah Mohamed, 23, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa
Utama, pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat setiap tahun
adalah di antara isu-isu yang saban hari kali diperkatakan. Antara faktor yang
menyumbangkan terhadap kewujudan dilemma ini adalah kerana mereka tidak
dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta kebanjiran
siswazah-siswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta yang
begitu banyak sehiggakan nisbah jumpa penganggur dan kerja kosong tidak
sama rata. Selain itu juga, taraf pendidikan/ piawaian peperiksaan dan kelulusan
siswazah-siswazah yang agak rendah, membuatkan mereka jarang di beri
peluang pekerjaan.
Kesemua faktor-faktor ini berhubungkait antara satu sama lain. Kebanyakan
pelajar berjaya mendapat ijazah masa kini walaupun purata pencapaian tidaklah
di tahap yang memuaskan. Dengan pencapaian tahap rendah, iaitu kemungkinan
CGPA 2.4 ke bawah, agak sukar bagi mereka mendapatkan peluang pekerjaan
segera. Majikan-majikan akan memilih siswazah-siswazah yang cemerlang dan
mepunyai kemahiran serta pengalaman bekerja. Pada masa yang sama,
kebolehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris memainkan peranan yang
paling penting di dalam setiap temuduga. Kebanyakan siswazah yang kurang
fasih berbahasa Inggeris akan merasakan kesukaran mendapat tawaran kerja.
Namun begitu, ada juga segelintir siswazah yang mempunyai pencapaian yang
cemerlang tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan, ini kerana mereka tidak
mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja serta tiada keyakinan pada diri
semasa temudaga diadakan.
Menurut Mohd Faiz Zharif B. Shamat, 24, seorang pelajar lepasan Kolej Universiti
Islam Selangor di dalam pengkursusan Diploma Pengajian Islam (Usuluddin),
pernah menganggur selama enam bulan di rumah tanpa melakukan apa-apa
pekerjaan dan tinggal bersama keluarga kerana sikapnya yang malas bekerja dan
ingin rehat di rumah serta tidak bersedia untuk bekerja. Di dalam tempoh
pengangguran itu dia hanya mengharapkan sumber pendapatan daripada
ibubapanya. Selain itu juga, “saya adalah seoarang yang cerewet memilih
pekerjaan, dan mahukan gaji yang tinggi dan memilih penempatan yang sesuai
bagi diri saya tanpa berfikir dengan kelulusan saya semasa belajar di kolej
dahulu,” ujarnya.
Menurutnya lagi selepas enam bulan menganggur, dia mula merasakan bosan
tinggal di rumah dan tidak mengetahui dunia luar, lalu membuat keputusan
mencari kerja dan bertekad untuk bekerja tidak kira apapun pekerjaan asalkan
sumber pendapatan itu halal serta boleh menyara kehidupanya. Selepas itu dia
mendapat kerja di satu tempat isi minyak Petronas di Batang Kali sebagai
atenden pam dan bekerja sepenuh masa di situ.
Menurut Amzan B. Satiman, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor
berkata, “faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah dari segi
perindustrian. Kebanyakan siswazah tidak tahu membawa diri dalam dunia
reality, mereka hanya mementingkan akademik semata-mata. Pembelajaran
tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja tetapi ianya merangkumi aktiviti
luar. Aktivi-aktiviti ini yang memberikan kita banyak pengalaman, dan mengajar
kita bagaimana cara untuk berhadapan dengan khalayak ramai,
berorganisasi,menyelesaikan masalah serta melakukan tugas denan baik.”
Pihak swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding dengan
akademik, ini kerana kos untuk mengadakan latihan etensif kepada pekerja baru
akan membelanjakan wang banyak dan memberi sedikit kerugian kepada
sesebuah syarikat pada masa itu. Selain itu juga, siswazah harus bijak dan aktif
dalam berkomunikasi serta cemerlang dalam pelajaran dan korikulum.
Pengangguran siswazah boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada diri
pelajar itu sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Contohnya apabila
seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan atau tidak mempunyai wang untuk
keperluan harian, kemungkinan dia akan memilih jalan yang mudah untuk
mendapatkan hasil yang lumayan dengan melakukan perkerjaan yang menyalahi
undang-undang, contohnya merompak. Pekerjaan seperti ini akan
mendatangkan risiko kepada dirinya sendiri serta kepada orang lain. Semua ini
terjadi kerana seseorang itu berfikiran sempit, terdesak atau tertekan dengan
tiadanya pekerjaan.
Cara-cara Mengatasi Pengangguran
Menurut Hamid, 41, Pesyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), berkata
“masalah pengangguran siswazah boleh diatasi dengan pelbagai cara. Antaranya
ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan serta perlu
berfikir secara profesional dan janganlah bersikap negatif terhadap sesuatu
pekerjaan, kerana ianya akan merugikan diri sendiri. Di samping itu, mereka
perlu pilih kerjaya yang betul dan mempunyai sikap tanggungjawab kepada diri,
keluarga, masyarakat dan negara.”
Selain itu , kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memainkan
peranan penting dalam melaksanakan program sekolah atau universiti kerjaya
dengan jelas. Mereka perlu mengadakan kursus khas atau perancangan tegas
kepada graduan daripada menyediakan pekerja untuk sektor awam atau swasta
kepada sektor keusahawanan, pertanian, perlombongan dan lain-lain lagi.
Kerajaan juga perlu mewujudkan pusat maklumat siswazah di semua IPTA dan
IPTS dengan aktif membuat aktiviti-aktiviti penyelidikan mengesan siswazah
secara berkala dan melaksanakan program penempatan guru siswazah sehingga
50% pada tahun 2010 di semua sekolah rendah. Ini untuk memastikan model
insane dan model budaya dapat digunakan denga cara yang lebih wajar oleh
guru-ghuru yang terlatih.
Menurut Amzan, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), berkata, “
kursus yang ditawarkan oleh IPTA atau IPTS hendaklah berasaskan analisis
keperluan tenaga kerja dalam semua jenis sektor di negara ini bukan hanya
bersandarkan kepada keupayaan ademik di sesebuah IPTA atau IPTS.”
Di samping itu, golongan yang masih belajar di sekolah atau IPT perlu memilih
bidang paengajian yang boleh disesuaikan dengan penawaran kerja di pasaran.
Kerja yang ditawarkan di pasaran melebihi jumlah golongan penganggur, tetapi
pemikiran mereka harus diubah. Pemikiran “lebih baik menganggur selagi tidak
jumpa kerja sesuai” harus dibuang jauh-jauh dari minda setiap graduan kerana ia
bukan sahaja merugikan mereka, malah ia merugikan sektor yang memerlukan
tenaga kerja
Graduan perlu memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris untuk memberi diri
kelebihan mendapat pekerjaan. Oleh itu, kerajaan haruslah menaikan taraf
pendidikan dan juga terus mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di
kalangan siswazah agar masalah ini tidak akan menghantui fikiran semua rakyat
Malaysia di masa akan datang. Selain itu, graduan juga perlu bijak berkomunikasi
dan mempunyai keyakinan diri sermasa berhadapan dengan orang lain, jangan
takut dan teragak-agak menjawab apabila berinteraksi dengan orang berpangkat
atasan.
Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan masing-
masing, jangan terlalu memikirkan profesional. Graduan perlu bermula dari
bawah untuk dapatkan pengalaman, bukanya terus dari atas. Justeru , graduan
tidak seharusnya terlalu bersikap memilih , kerana ini bukan saja untuk
kebaikan negara,malah ia juga untuk kebaikan diri graduan itu sendiri dan sikap
seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan ke atas diri mereka sendiri.
Bayangkan berapa banyak pengalaman bekerja dan pendapatan yang mereka
rugi jika hanya duduk di rumah disebabkan sikap memilih kerja. Selain itu,
mereka harus mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja.. Oleh itu, mereka
haruslah berfikiran terbuka dan bijak dalam menagani masalah ini agar tidak
menyesal di kemudian hari. Bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-
renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian,” dan satu
lagi pepatah yang mengatakan, “di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan nak
seribu daya tak nak seribu dalih.”

Artikel 2 :

7 PENDEKATAN BERKESAN TINGKAT KEBOLEHPASARAN GRADUAN


Oleh Jami'ah Shukri
jamia@bharian.com.my
KIRA-kira 150,000 graduan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan
menamatkan pengajian setiap tahun iaitu meliputi 80,000 lepasan institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) dan baki 70,000 orang dari institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS).

Mengikut Sistem Kajian Pengesanan Graduan yang dicatatkan tahun lalu,


daripada 88,220 keseluruhan graduan IPTA tamat pengajian, seramai
44,525 atau 50.5 peratus mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat
pengajian, tidak dapat pekerjaan seramai 19,198 atau 21.7 peratus dan
selebihnya lain (melanjutkan pelajaran atau mengikuti latihan
kemahiran).

Kajian sama bagi graduan IPTS pula seramai 13,053 atau 62.8 peratus yang
mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian dan tidak mendapat
pekerjaan 4,910 orang atau 19.7 peratus.

Bagaimanapun, jumlah bagi IPTS itu tidak menggambarkan data


keseluruhan graduan yang mendapat pekerjaan atau menganggur kerana
tidak semua IPTS di seluruh negara mendaftar dalam Sistem Kajian
Pengesanan Graduan ini.
Jika dibuat perbandingan, mengikut Sistem Kajian Pengesanan yang
dijalankan, pada 2006, indeks pengangguran graduan ialah pada tahap
30.7 peratus; 26.5 peratus (2007) dan menurun kepada 24.1 peratus tahun
lalu.

Pasaran pekerjaan yang paling tinggi diperoleh graduan ialah di kalangan


mereka yang mengambil bidang Sastera dan Sains Sosial, diikuti Teknikal
seperti kejuruteraan, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
dan Pendidikan.

Berdasarkan jumlah yang begitu besar graduan yang menamatkan


pengajian setiap tahun, sudah pasti isu kebolehpasaran untuk mendapat
pekerjaan menjadi perkara utama dan perlu diberi perhatian.

Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu memastikan masalah


kebolehpasaran di kalangan siswazah dapat di atasi dan sekali gus mereka
dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Pemasalahan kebolehpasaran graduan membabitkan tiga faktor yang


sering digariskan oleh pihak majikan atau industri, iaitu dari segi imej dan
ketrampilan diri, boleh berkomunikasi dengan baik dan penguasaan dalam
bahasa Inggeris.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata


pembangunan dunia globalisasi menuntut supaya universiti mengeluarkan
pelajar yang benar-benar berkualiti mempunyai kemahiran, kepakaran
dan menguasai ilmu kerana ia adalah kunci kepada persaingan untuk
mendapatkan pekerjaan pada zaman yang semakin mencabar ini.

Katanya, KPT bukan saja memainkan peranan berkaitan pengurusan


universiti dan IPT lain, malah skop dan tugas melangkaui sempadan.

"KPT melalui Pelan Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara


(PSTPN) menggariskan aspek kebolehpasaran graduan sebagai agenda
kritikal yang perlu dicapai," katanya.

Mohamed Khaled berkata, kementerian menggariskan tujuh pendekatan


efektif dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan iaitu, latihan secara
formal; latihan secara tidak formal; program keusahawanan, perkongsian
pintar bersama industri, latihan praktikal di peringkat antarabangsa,
menyemai nilai positif dan program mobiliti pelajar.

Pihak industri dan majikan, katanya, akan melihat semua kriteria itu
untuk memastikan graduan mampu bersaing dalam pasaran yang semakin
mencabar.

Penambahbaikan bagi menyerapkan kriteria itu perlu dilakukan secara


berterusan untuk memastikan universiti mampu menjadi ejen pengeluar
graduan yang hebat, lengkap, seimbang, berilmu, berkeperibadian kukuh
dan berketerampilan dalam pelbagai bidang.

"Kami mahu melihat sama ada universiti mampu untuk melahirkan


graduan berkualiti, berilmu dan berketerampilan mengikut kehendak
industri dan keperluan majikan.

"Bagi mencapai sasaran itu, kajian kurikulum dalam pembelajaran perlu


ditambah baik mengikut kehendak pasaran pekerjaan. Kurikulum perlu
menerapkan program seperti latihan keusahawanan, mobiliti pelajar dan
finishing school. Sebelum ini, kurikulum itu ada diamalkan tetapi tidak
menjurus kepada penekanan berkenaan.

"Malah, aspek program keusahawanan dan finishing school adalah bidang


baru dan ia perlu diperluas serta ditingkatkan. Kita juga mahu
menerapkan nilai keusahawanan kepada pelajar supaya tidak terlalu
terikat dengan kerja makan gaji," katanya.

Apa yang penting, kata beliau, pihaknya mahu setiap universiti saling
berkongsi amalan terbaik dan mengambil contoh terulung untuk
dilaksanakan di universiti masing-masing.

Program finishing school di Universiti Putra Malaysia (UPM) dianggap yang


paling baik dalam membantu melahirkan graduan yang seimbang,
manakala Universiti Malaya pula ada Pusat Usahawan Siswazah untuk
melahirkan persekitaran kondusif sebagai usahawan.

Finishing school' diwujudkan bertujuan memupuk nilai insaniah dan


kerohanian, menyediakan skil keusahawanan dan daya kepemimpinan.
Kajian keberkesanan terhadap program itu juga perlu dilakukan dan
dijadikan panduan serta ikutan universiti lain untuk mengamalkan
program terbaik untuk pembangunan kendiri graduan.

"Oleh itu, seminar berkaitan kebolehpasaran diadakan baru-baru ini untuk


menentukan perkara utama bagi mengukur sejauh mana semua program
yang dihasilkan itu mampu melahirkan modal insaniah berketrampilan,"
katanya.

Beliau menegaskan, kebolehpasaran graduan wujud disebabkan kekangan


dalam aspek kekurangan ketrampilan diri dan imej; berkomunikasi
dengan baik serta penguasaan bahasa Inggeris, selain faktor ekonomi,
lambakan graduan di pasaran dan graduan kurang daya adaptasi kepada
pasaran kerja yang berubah.

Dalam konteks ini, pindaan Akta Universiti dan Kolej (AUKU), ada relevan
bagi menggalakkan pelajar terbabit dalam kegiatan kokurikulum untuk
meningkatkan kemahiran dan pembangunan insaniah.
"Contohnya, jika pelajar yang ambil kursus kejuruteraan atau kedoktoran,
sekiranya tidak menyertai sebarang persatuan, mereka tidak akan
bercampur, bergaul dengan orang lain, tidak tahu apa program
pengisiannya dan apakah kaedah terbaik untuk menjayakan sesuatu yang
dirancang.

"Oleh itu, sekarang kita galakkan mereka terbabit dalam aktiviti persatuan
untuk mendedahkan setiap perkara yang dianjurkan. Elemen ini akan
membantu mereka menjadi insan berkualiti dan mampu menghadapi
cabaran lebih besar," katanya.

Negara lain, kata Mohamed Khaled, juga turut melaksanakan pendekatan


sama mengikut keperluan semasa dan ia turut bergantung kepada
pertumbuhan ekonomi.

"Jika di negara luar, juga ada isu pelajar perempuan melebihi lelaki serta
soal pengangguran, tetapi aspek kebolehpasaran graduan dijadikan
keutamaan supaya jurang tidak terus melebar," katanya.

Oleh itu, kementerian terbabit turut melancarkan program mobiliti


membabitkan pelbagai aktiviti pelajar di universiti di luar negara bagi
mendedahkan pelajar dengan dunia luar.

Pada masa sama, program mobiliti pelajar dari luar negara ke Malaysia
juga dilaksanakan dengan menyediakan 28 pakej mobiliti untuk tempoh
jangka pendek, sekali gus dijadikan asas untuk mempromosi Malaysia di
mata dunia.

Sistem kajian pengesanan itu akan dilakukan semula selepas dua tahun
untuk mengesan berapa ramai lagi graduan yang mendapat pekerjaan dan
yang masih menganggur.
Sumber :http : //www.bharian.com/

Artikel 3 :

Anda mungkin juga menyukai