Anda di halaman 1dari 1

1. Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?

Saya dapat mempelajari bahawa kesihatan adalah suatu keadaan yang


sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani dan bukan
semata-mata ketiadaan penyakit dan cedera sahaja. Setelah saya mencapai tahap
kesihatan menyeluruh maka ia seterusnya akan mencapai kesejahteraan hidup.

Sebelum ini, memang saya mamahami bahawa kesihatan adalah sesuatu


yang amat bernilai yang tidak dapat dibeli dengan nilai wang ringgit. Maka
sepanjang pembelajaran kursus ini, barulah saya sedar bahawa betapa pentingnya
menjaga kesihatan kita. Ia bukan sahaja boleh membantu menyelamatkan
kehidupan dan nyawa kita malah juga dapat mengurangkan risiko kita untuk
terdedah kepada penyakit.

Masalah kesihatan akan semakin timbul dengan usia kita yang semakin
meningkat. Selepas bersalin, susuk badan saya semakin gemuk dan berat badan
juga semakin meningkat. Selepas mempelajari kursus ini, saya memahami bahawa
mengawal berat badan boleh dilakukan dengan memakan makanan yang sihat
dan seimbang. Diet rendah lemak, tinggi serat seperti makan lebih banyak buah-
buahan segar , sayur-sayuran dan bijirin penuh. Makanan yang mengandungi lemak
tepu mestilah dielakkan kerana ia akan meningkatkan tahap kolesterol tidak baik
dalam darah. Walau bagaimanapun, diet yang seimbang masih mengambil lemak
tak tepu untuk meningkatkan tahap kolesterol baik dan membantu mengurangkan
kolesterol. Makanan seperti pyramid makanan adalah diperlukan. Makanan
seimbang juga memerlukan kita mengimbangkan jumlah kalori yang kita ambil
melalui makanan harian kita.

Selain itu, saya juga menyedari bahawa bersenam juga merupakan perkara
yang perlu diutamakan bagi menjamin kesihatan kita. Saya boleh melakukan
senaman setempat seperti yoga atau aerobik untuk mengurangkan berat badan
dan membaik pulih susuk badan saya. Senaman bukan sahaja dapat membakar
kalori lemak yang terdapat dalam badan kita malah juga dapat mengatasi stress
atau tekanan yang kita hadapi.

2. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

Sepanjang kursus ini, saya mendapat pendapat dan maklumat yang bernilai
melalui perbincangan bersama-sama dengan rakan-rakan OUM dan e-tutor, Puan
Nor Aroma. Beliau sangat baik dan prihatin dengan selalu mengingatkan kami
menyelesaikan tugasan forum dan juga memberikan komen dan nasihat yang
berguna kepada kami. Walaupun sering kala kekangan masa, namun masih dapat
menyiapkan tugasan dengan sempurna.

3. Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus


ini?

Kursus ini amat mudah dan berfaedah untuk memperolehi maklumat.


Namun, rakan-rakan kurang aktif dalam live chat. Setiap kali live chat, hanya
terdapat segelintir rakan sahaja yang memberikan respond an online. Saya berharap
rakan-rakan boleh aktif dan berkongsi pendapat bersama-sama melalui live chat.