Anda di halaman 1dari 7

Makmal Sains Sekolah Menengah Di

Malaysia Pada Masa Hadapan


Fatin Hanani Mohd Nadri
2014

Salah satu daripada matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia adalah


menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
Dengan ini, pelajar-pelajar perlu dilengkapkan dengan pengetahuan sains yang
mapan. Perkara ini turut bertepatan dengan cabaran keenam Wawasan 2020 oleh
mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Satu kaedah
untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut adalah
melalui pendekatan makmal. Seperti sedia maklum, makmal telah lama berperanan
sebagai tempat atau suatu peluang untuk para pelajar demi menajamkan konsep
sains yang telah dipelajari semasa di kelas atau kuliah. Justeru, keperluan terhadap
makmal sains moden perlu dititikberatkan sejajar dengan peningkatan dalam
kemajuan teknologi moden.

Namun, persekitaran makmal sains sekolah menengah yang sedia ada masih
tidak mencerminkan keperluan murid moden yang merupakan Generasi Z. Generasi
Z merupakan suatu istilah yang digunakan untuk golongan anak-anak yang
dilahirkan selepas generasi Milenium, iaitu golongan yang dilahirkan bermula pada
pertengahan atau akhir 1990-an atau dari pertengahan 2000-an hingga ke hari ini.
Ramai individu generasi tersebut sangat terdedah dan berpengetahuan tinggi
tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sesungguhnya
persekitaran sebegini boleh menyekat perubahan kurikulum kerana mereka tidak
menawarkan fleksibiliti yang diperlukan untuk mengajar sains kontemporari. Dengan
memperbaharui atau menambahbaik reka bentuk dan ciri-ciri makmal pastinya

1
mampu membantu mencambahkan minat murid terhadap mata-mata pelajaran
Sains dan secara tidak langsung, meningkatkan mutu serta tahap pendidikan.

Satu elemen yang harus ditambah adalah murid-murid perlu masing-masing


diberi meja kerja sendiri yang tetap bersama dengan set radas asas. Mereka perlu
diberi peluang untuk bertanggungjawab memelihara kebersihan meja kerja masing-
masing dan menjaga setiap radas yang dibekalkan. Hal ini mampu melahirkan rasa
bertanggungjawab di kalangan pelajar seiring dengan sikap saintifik dan nilai murni
sains serta seperti yang disarankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia dari aspek sosial, iaitu melahirkan warganegara
Malaysia yang berketrampilan dan bertanggungjawab. Secara tidak langsung,
kemalangan yang melibatkan kerosakan terhadap radas pastinya berkurangan. Di
samping itu, mereka tidak lagi perlu berulang-alik untuk mengumpul dan
memulangkan radas pada setiap sesi dan ini banyak membantu menjimatkan masa
mereka. Murid-murid kebiasaannya membawa beg, sejumlah buku, fail dan
sebagainya yang mengemukakan masalah penyimpanan yang serius. Oleh itu,
ruang penyimpanan peribadi juga harus disediakan bersama bagi menghalang
gangguan ketika murid-murid melakukan kerja amali yang seterusnya boleh
menyebabkan kecederaan.

Dari segi susun atur pula, dicadangkan supaya diwujudkan dua zon praktikal
bagi setiap bilik makmal, zon bagi kerja amali individu dan zon bagi kerja amali
berkumpulan. Rekabentuk makmal sains perlu menekankan penggunaan ruang dan
perabot yang fleksibel bagi memperkayakan pengalaman makmal murid-murid
(Lidsky, 2004). Zon pertama, mempunyai meja-meja kerja dan ruang peribadi pelajar
seperti yang disebut sebelumnya. Setiap meja kerja mereka haruslah mempunyai
jarak yang optimum, selamat dan selesa, antara satu sama lain. Peluang untuk
bekerja secera berkumpulan menyerlahkan cara pelajar berkolaborasi dan saling
membantu. Aktiviti-aktiviti pembelajaran sosial seperti ini penting dalam menguasai
konsep-konsep saintifik dan kemahiran-kemahiran inkuiri, oleh sebab mereka meniru
cara kerja kumpulan saintis dalam penyelidikan (Lazarowitz and Tamir, 1994). Zon
kedua pula adalah zon untuk kerja amali berkumpulan. Zon ini perlulah mempunyai
meja kerja yang lebih besar yang boleh digunakan tidak melebihi lima pelajar. Selain
untuk praktikal berkumpulan, zon ini juga khas untuk kumpulan murid menonton

2
demonstrasi bukan maya oleh guru dan bagi murid-murid untuk mempersembahkan
carian atau pembentangan mereka berkaitan siasatan masing-masing.

Seterusnya, bagi menaikkan lagi taraf makmal sains masa depan,


penyediaan studio sains atau makmal kering yang dikhaskan untuk kerja teori atau
perbincangan amat digalakkan. Studio tersebut haruslah berdekatan atau
bersebelahan dengan makmal amali yang sebenar bagi memudahkan pelajar untuk
mengaksesnya bila-bila masa ketika sesi amali, tetapi tidak mempunyai sebarang
risiko bahaya seperti di zon praktikal. Ruang interaktif ini pastinya lebih selesa dan
kondusif untuk sesi diskusi seterusnya dapat memupuk minat dan kreativiti pelajar
terhadap subjek Sains. Suasana yang kurang formal berbanding bilik darjah dan
peluang untuk lebih interaksi antara pelajar dan guru serta antara sesama pelajar,
mempunyai potensi untuk menggalakkan interaksi sosial yang positif dan seterusnya
mewujudkan persekitaran belajar yang membina (Lazarowitz, 1991; Lazarowitz,
Baird, Hertz-Lazarowitz & Jenkins, 1985; Tobin, 1990).

Seperti yang dibincangkan, para pelajar kini dan akan datang adalah
golongan Generasi Z, golongan yang cenderung ke arah teknologi. Jadi, komputer,
tablet atau komputer riba menjadi kemestian untuk diwujudkan di makmal sains.
Penyediaan gajet-gajet teknologi di makmal sains adalah selari dengan anjakan
ketujuh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025, untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Teknologi mampu untuk menyokong pembinaan komuniti
yang berpengetahuan dengan menyediakan pelajar dengan alat untuk mencari dan
menyusunatur maklumat, menulis laporan dan berkomunikasi dengan yang lain. Di
samping itu, ia juga boleh menyediakan murid-murid dengan persembahan tentang
fenomena saintifik yang simbolik yang boleh digunakan sebagai prop untuk
menyokong pembelajaran (Roschelle, 1992). Kemudahan tersebut boleh diletakkan
di studio sains. Perkakas teknologi ini sangat bermanfaat kerana para murid dapat
terus mencari sebarang maklumat semasa sesi amali. Murid-murid turut boleh
menonton semula video-video atau bahan-bahan pra-makmal yang telah diberi guru
sebelum sesi berkaitan. Hal ini amat membantu kaedah pengajaran dan
pembelajaran flipped learning, pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan langsung
membawa kepada penyampaian tentang pemahaman konsep sains yang lebih

3
berkesan serta menjadikan subjek Sains itu sendiri lebih menarik dan lebih mudah
dikuasai.

Bagi memaksimumkan lagi kebaikan komputer di makmal sains, komputer


tersebut mestilah dilengkapkan dengan perisian makmal maya atau virtual laboratory
seperti labOnlaptop, SimBio dan sebagainya. Makmal maya mensimulasikan proses
dan persekitaran makmal sebenar, memberi peluang kepada pelajar untuk berlatih
menjalankan siasatan sains secara maya sebagai persediaan untuk menjalankan
sendiri siasatan tersebut kemudiannya. Mereka juga boleh mengulang kembali
eksperimen apabila melakukan kesilapan atau hanya sekadar mendalami
pengalaman eksperimen berkaitan. Tambahan pula, kaedah makmal maya itu
sendiri bersifat interaktif yang menawarkan persekitaran pembelajaran yang jelas
menyeronokkan (Ardac & Akaygun, 2004, Jeschke, Richter, & Zorn, 2010). Dalam
satu kajian rintis, program STEM WestEd telah menguji aktiviti-aktiviti makmal maya
di tiga kelas sekolah menengah California dengan jumlah pelajar seramai 69 orang.
Pemerhatian mendedahkan penglibatan aktif pelajar yang tinggi dan pencapaian
pelajar berjaya meningkat melalui latihan dengan tutor maya (WestEd, 2012).

Oleh yang demikian, capaian Internet yang memuaskan mesti disediakan di


makmal sains sekolah bagi memaksimumkan faedah alatan teknologi. Namun, bagi
kawasan luar bandar di Malaysia, adalah sukar untuk mendapatkan jaringan Internet
yang baik. Alternatifnya, papan pintar atau smartboard harus disediakan bagi
membantu guru untuk mengilustrasikan demonstrasi atau menayang animasi
eksperimen-eksperimen melalui projektor atau Liquid-crystal Display (LCD). Papan
pintar membantu pembelajaran secara visual dan lebih berinteraktif berikutan pelajar
boleh melukis dan memanipulasikan imej atau rajah. Hal yang demikian dapat
mencipta suatu persekitaran belajar yang mengizinkan para pelajar untuk
berinteraksi dengan bahan-bahan sains secara fizikal mahupun intelektual melalui
pengalaman yang hands-on, serta aktiviti yang berorientasikan minds-on dan inkuiri
(Tobin, Capie & Bettencourt, 1988).

Tidak harus dilupakan, kriteria yang sangat sinonim dengan makmal sains
adalah kriteria dari aspek keselamatan. Penggunaan borang kawalan 2002, Control
of Substances Hazardous to Health (COSHH) oleh United Kingdom Statutory
Instrument harus diimplementasikan di makmal sains sekolah-sekolah menengah di

4
Malaysia. Antara sekolah di United Kingdom yang telah lama mengamalkan kawalan
tersebut adalah Greenside School di Hertfordshire dan Hartshill School di
Warwickshire. Penggunaan bahan kimia dan bahan berbahaya yang lain meletakkan
kesihatan serta keselamatan guru, pelajar dan staf makmal pada risiko. COSHH
adalah alat pengurusan yang sangat berguna kerana ia menggariskan pendekatan
yang mudah secara langkah demi langkah untuk menilai risiko, mengawal
pendedahan kepada bahaya dan menetapkan amalan-amalan kerja yang murni.
Kebaikan jika mengikuti pendekatan COSHH dengan tepat adalah peningkatan
produktiviti akibat keberkesanan kawalan bahan seperti pengurangan penggunaan
bahan mentah. Ia turut mampu mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dalam
mematuhi keperluan kesihatan dan keselamatan serta nilai moral yang murni di
kalangan mereka.

Teras bagi idea-idea yang dinyatakan adalah demi mencipta suatu


persekitaran belajar yang bermanfaat kepada kedua-dua guru dan pelajar. Pada
asasnya, persekitaran yang dilaksanakan mestilah yang mampu menggalakkan
amalan pengajaran yang baik oleh guru dan juga memajukan keberkesanan
pembelajaran murid-murid. Minat pelajar terhadap sains khususnya yang berhubung
dengan kerja uji kaji dan penyelidikan adalah dasar atau objektif yang ingin dicapai.
Kaedahnya, murid perlu berasa seperti diilhamkan atau terinspirasi untuk terlibat
secara aktif dalam semua perspektif sains yakni dari lapangan kerja amali ke
pengumpulan data dan juga ke kerja berpasukan.

5
RUJUKAN

Ardac, D., & Akaygun, S. (2004). Effectiveness of multimedia-based instruction that


emphasizes molecular representations on students’ understanding of chemical
change. Journal of Research in Science Teaching, 41(4), 317–337.

Environment, Health and Safety Committee Note “Health and Safety in the Teaching
of Practical Chemistry in Schools”, Version 2, Royal Society of Chemistry,
(2008).

Health and Safety Executive. (2004/2005).

Jabatan Perdana Menteri. (1991). Wawasan 2020, 1991-2020. Diambil daripada


http://www.epu.gov.my/wawasan-2020-1991-2020 pada 21 Februari 2014.

Jeschke, S., Richter, T., & Zorn, E. (2010). Virtual labs in mathematics and natural
sciences. International Conference on Technology Supported Learning &
Training: Online Educa Berlin.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan,


Matlamat dan Misi (ISBN 983-2340-37-3).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah) (ISBN
978-983-3444-53-3).

Lazarowitz, R., Baird, J. H., Hertz-Lazarowitz, R., & Jenkins, J. (1985). The effect of
modified jigsaw on achievement, classroom social climate and self-esteem in
high school science classes. In R. Slavin, S. Sharan, R. Kagan, R. Hertz-
Lazarowitz, C. Webb, & R. Schmuck (Eds.), Learning to cooperate, cooperating
to learn, 231–253.

Lazarowitz, R. (1991). Learning biology cooperatively: An Israeli junior high school


study. Cooperative Learning, 11, 18–20.

Lazarowitz, R., and Tamir, P. (1994). Research on using laboratory instruction in


science. In D. Gabel (Ed.), Handbook of research on science teaching and
learning, 94-128.

6
Lidsky, A. (2004). How financial and resource issues constrain or enable laboratory
activities. Presentation to the Committee on High School Science Laboratories:
Role and Vision, June 3-4, National Research Council, Washington, DC.

Roschelle, J. (1992). Learning by collaborating: Convergent conceptual change.


Journal of the Learning Sciences, 2(3), 235-276.

Tobin, K., Capie, W., & Bettencourt, E. (1988). Active teaching for higher cognitive
learning in science. International Journal of Science Education, 10, 17–27.

Tobin, K. (1990). Research on laboratory activities: In pursuit of better questions and


answers to improve learning. School Science and Mathematics, 90, 403–418.

WestEd, (2012).

Anda mungkin juga menyukai