Anda di halaman 1dari 1

Prof. Dr.

Faris
Dekan
Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai
Johor 14 JULAI 2012

Tuan,
Memohon Kebenaran Bagi Pelajar Untuk Menggunakan Makmal Bioproses 2

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Prof. Madya Dr. Aminuddin Ruskam, ingin memohon kebenaran bagi
pelajar di bawah seliaan saya, Khairina ‘Izzati bt Amir Hussain (MI113007), untuk menggunakan Makmal
Kultur Tisu Haiwan, Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan (FBB).

2. Saudari Khairina ‘Izzati merupakan pelajar Sarjana Falsafah (Sains Halal) di bawah Centre of Fiqh, Science
and Technology, Fakulti Tamadun Islam (FTI). Projek Sarjana beliau berkait dengan rawatan sel kanser
menggunakan Habbatus Sauda’ (Nigella sativa) dan memerlukan penggunaan Makmal Kultur Tisu Haiwan
untuk menjalankan eksperimen. Maklumat lanjut mengenai permohonan adalah seperti berikut:

Tajuk Projek : The Effects of Habbatus Sauda’ (Nigella sativa) on Cancer Cell Lines:
A Scientific and Islamic Approach
Penyelia : Prof. Madya Dr. Aminuddin Ruskam, FTI
Penyelia Bersama : Dr. Salehhuddin Hamdan, FBB
Tempoh Penggunaan : 16 Julai 2012 – 16 Julai 2013 (1 Tahun)
Alatan Yang Diguna : Rotary evaporator, CO2 incubator, biohazard safety cabinet, fume cupboard,
shaker incubator, microplate reader,

3. Untuk pengetahuan pihak Tuan, Saudari Khairina ‘Izzati juga merupakan bekas pelajar Sarjana Muda Sains
(Biologi Industri) di FBB dan mempunyai pengalaman menggunakan Makmal Kultur Tisu Haiwan semasa
menjalankan Projek Sarjana Muda.

4. Saya berharap agar permohonan saya ini dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan oleh oleh pihak Tuan.
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Tuan amatlah dihargai.

Sekian,

Terima kasih.

Yang benar,

....................................
PROF. MADYA DR. AMINUDDIN RUSKAM
Centre of Fiqh, Science and Technology
Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia

Anda mungkin juga menyukai