Anda di halaman 1dari 19

Bahagian A

Anda diminta menjelaskan peranan masjid di Malaysia dengan memberi pengkhususan


kepada muazzin (bilal). Apakah bentuk tarannum yang telah digunakan ketika azan
dikumandangkan. Anda boleh memilih mana-mana Masjid di Malaysia yang sesuai untuk
tugasan ini samada masjid negeri, daerah serta masjid yang berdekatan dengan kawasan
anda.

Bincangkan jenis bentuk tarannum yang telah digunakan oleh muazzin (bilal) ketika
mengumandangkan seruan azan di masjid pilihan anda. Justeru azan yang telah
dikumandangkan hendaklah dirakam menggunakan cakera padat atau kaset supaya ia
dapat dinilai dengan lebih sistematik.

1.0 PENGERTIAN DAN PERANAN MASJID

Masjid dari segi bahasa adalah tempat sujud. Manakala dari segi syarak pula tempat yang
mendirikan solat lima waktu secara berjamaah oleh kaum muslimin.

Di antara dalilnya adalah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari
Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

َ ‫خمسا ل َم يعط َه ش‬ ُ
َ َ ‫س شي َْرة‬
‫ش شهْرٍ َو‬ ِ ‫م‬ َ ‫ب‬
ِ ْ ‫ت ب ِششالّرع‬ ِ ُ ‫ح شد ٌ قَب ْل ِششي ن‬
ُ ‫ص شْر‬ َ ‫نأ‬ّ ُ ُْ ْ ً ْ َ ‫ت‬
ُ ْ ‫أع ْط ِي‬
َ ُ ‫جعِل َت ِلي ا ْل َرض مسجدا و ط َهورا فَأ َيما رجل م‬
ُ‫ص شل َة‬
ّ ‫ه ال‬ُ ‫مت ِششي أد َْرك َت ْش‬ّ ‫نأ‬ْ ِ ٍ ُ َ َ ّ ًْ ُ َ ً ِ ْ َ ُ ْ ْ ُ
َ ُ ‫فَل ْي‬
ّ ‫ص‬
‫ل‬

“Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku
dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan
perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan suci, siapa pun dari umatku yang
menjumpai waktu shalat maka shalatlah….”

1
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
Secara umum, apabila kita menyebut perkataan masjid, maka terbayanglah di
fikiran kita bahawa ianya adalah tempat umat Islam bersembahyang berjemaah dan
berjumaat, diadakan kelas-kelas fardhu ain, ceramah dan syarahan agama terutama ketika
sempena perayaan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Ma’al hijrah dan
sebagainya. Terbayang juga di fikiran kita bahawa kebanyakan masjid seluruh negara ini
merupakan bangunan indah tersergam, alat-alat dan kelengkapan pada umumnya
mencukupi dan sempurna, ia dihampar permaidani yang indah, dihiasi ukiran ayat-ayat
al-Quran dan hadith Rasulullah (s.a.w.) di dalamnya, namun bangunan yang tersergam
indah ini serta kemudahan yang wujud itu seolah-olah tidak sempurnadan berfungsi.

Berlainan dengan fungsi dan peranannya pada zaman kegemilangan Islam, masjid
merupakan sebuah institusi di mana setiap aktiviti umat Islam, baik yang berbentuk
kemasyarakatan, pendidikan, iqtisad, siasah, riadah dan sebagainya dijalankan. Dengan
kata lain, masjid pada zaman tersebut berfungsi sebagai pemangkin kepada aktiviti-
aktiviti harian masyarakat .

Ternyatalah masjid di negara ini indah tetapi kurang dimanfaatkan. Ia tidak


diimarahkan dengan sewajarnya. Ia lebih merupakan lambang kemegahan yang
membayangkan status kedudukan agama Islam dari segi tempat, bangunan dan
kelengkapan bukan dari segi pengisian dan penghayatan sedangkan kedua-dua aspek ini
menjadi matlamat utama pembinaannya. Kejayaan sesebuah masjid bergantung kepada
sejauh mana peranan dan fungsinya dijalankan. Demikianlah perbandingan fungsi dan
peranan masjid yang wujud pada zaman Rasulullah (s.a.w) dengan masjid yang wujud
pada masa ini. Perbezaan yang terdapat antara kedua-duanya memerlukan kita berfikir
dan bertindak untuk mengimarahkan semula masjid-masjid berdasarkan tuntutan Islam
serta bertepatan pula dengan peranan dan fungsi masjid yang sebenar.

Sesungguhnya usaha-usaha untuk menambat hati para remaja bagi menjinakkan


mereka ke arah budaya masjid, memerlukan kerahan serta pengembelingan tenaga
daripada semua pihak. Sikap mereka-reka pelbagai tohmahan ke atas remaja wajar dikikis

2
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
daripada kita. Sikap dan tutur kata yang berhemah dan lemah lembut dapat mendekat diri
untuk ke masjid.

Kita lihat setelah baginda Rasulullah (s.a.w.) tiba di Madinah, baginda telah
mengambil beberapa langkah yang berkesan untuk mewujudkan perpaduan yang kukuh
di kalangan penduduk Islam di Madinah. Antara langkah-langkah segera yang diambil
oleh Rasulullah (s.a.w.) ialah mendirikan masjid (yang terkenal dengan nama “Masjid
Nabawi”) dan bermula dari sinilah terpancarnya cahaya Islam, pancaran ilmu,
keharmonian ihsan dan ketinggian akhlak umat Islam di seluruh pelosok dunia. Di
samping itu baginda telah menjadikan masjid sebagai pusat ibadat, pusat pemerintahan
dan pentadbiran negara, nadi gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, tempat
menuntut hak dan keadilan, markas tentera dan pertahanan, pusat kebajikan, gedung ilmu
serta pusat hubungan dengan Allah dan manusia sesama manusia.
Kita boleh menyatakan bahawa fungsi masjid ketika itu amat besar dan ketara sekali. Ia
melambangkan paduan dalam urusan dunia dan akhirat. Kesempurnaan Islam sebagai ad-
Din telah berjaya digambarkan oleh Rasulullah (s.a.w.) melalui peranan dan fungsi
masjid.
Begitu juga peranan Muazin tidak kurang hebatnya untuk menjadikan masjid
sebagai tempat beribadah juga aktiviti yang menjurus kearah kebaikan seluruh umat
islam khasnya. Islam sangat menggalakkan pembinaan masjid dan mengimarahkannya,
Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda yang bermaksud:
“Tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasarnya
manakala tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-
masjidnya”.
Antara kelebihan masjid, Rasulullah (s.a.w) memberi jaminan kepada orang yang
sentiasa sembahyang berjemaah di dalamnya. Sabda baginda yang bermaksud:
“Seorang Muslim yang sentiasa pergi ke masjid untuk sembahyang dan mengingati
Allah, Allah amat bergembira dengan kedatangannya sebagaimana ahli keluarga
amat gembira dengan kedatangan keluarga yang lain”.

3
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
1.1 AZAN

Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan
masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya berkumpul
untuk mengerjakannya.

Azan dari segi bahasa ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan).
Ini dapat dilihat di dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t.



 



 



 

 



 
  

 






 
“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian
manusia.”
(Surah at-Taubah: 3)

Dari segi syara` pula, azan ialah suatu gabungan perkataan tertentu untuk
mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan
tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.

Azan disunatkan ketika hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang


tunai atau qadha’. Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu
kumpulan. Ini bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh
semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan
kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.

Al-Qur’an, as-Sunnah dan al-Ijma` menyatakan bahawa azan adalah suatu syariat
di dalam Islam. Ini adalah kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar.
Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t

4
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)

 

 
 




 

 
 




 


 
“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...”
(Surah al-Ma’idah: 58)
“Tukang azan adalah orang yang paling panjang leher di Hari Akhirat.”
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

Menurut pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi`i dan Hanbali, azan beserta iqamah
adalah lebih baik daripada menjadi Imam. Ini disebabkan Allah s.w.t :


 
  
 
 

    

 
 
  

“Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdoa kepada Allah
dan beramal salih.”
(Surah Fussilat: 33)

`A’isyah berkata: “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah tukang azan”. Di dalam
hadith lain ada juga menyebut:

Azan biasanya dialunkan pada awal waktu setiap masuknya waktu solat. Hukumnya
sunat muakkad. Lafaz-lafaz azan adalah seperti berikut:

‫الله أكبر الله أكبر‬ Allah Maha Besar - Allah Maha Besar
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain
‫ أشهد أن ل اله الله‬yang berhak disembah melainkan Allah
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu
pesuruh
‫ أشهد أن محمدا رسول الله‬Allah
‫حي علي الصلة‬ Marilah bersembahyang

5
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
Marilah Menuju
kejayaan
‫حي علي الفلح‬
‫الله أكبر‬Allah Maha Besar Allah Maha Besar
‫الله أكبر‬

‫ل اله الله‬ Tiada Tuhan Yang lain Melainkan Allah

Bagi solat subuh lafaz azan ditambah dengan lafaz berikut:


‫الصلة خير من النوم‬
Iaitu sebelum lafaz Allahu Akbar yang terakhir.

Azan Sunat dilakukan di tempat yang tinggi. Dalam solat sunat tidak perlu
dilakukan azan. Azan juga sunat dilaungkan setiap kali nak mendirikan sembahyang.
Azan tidak disunatkan di kalangan para jamaah perempuan kerana khuatir dengan sebab
menyaringkan suara akan menjadi fitnah kepada lelaki yang mendengarnya, mengikut
pendapat yang masyhur.

Orang yang mula-mula sekali melaungkan lafaz azan ialah Bilal bin Rabah di
Masjid Madinah. Orang yang melaungkan azan dipanggil Muazzin atau Bilal, diambil
sempena nama Bilal bin Rabah. Azan mula-mula disunatkan pada ketika itu iaitu pada
tahun pertama hijrah.

Tugas-tugas Muazin

1. Tugas-tugas Bilal

Seseorang Bilal hendaklah menjalankan tugas yang berikut:

o Menjalankan pekerjaan Imam yang ditentukan ketika imamnya tidak ada


atau uzur.
o Menentukan bila masuk waktu sembahyang di dalam kariahnya.

6
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
o Menyempurnakan azan (bang) dan ikamah di masjid kariahnya.

(Lampiran keterangan azan yang telah dipilih sebagai tugasan )

Laungan azan yang berkumandang di masjid-masjid di seluruh dunia mempunyai nada


dan rentak dan nada taranum yang berlainanan,Sebagai memenuhi syarat tugasan ini.saya
telah menemui belkas bilal di Masjid Tengku Tengah Intan Zaharah yang serik
berkumandang setiap kali masuknya waktu sola

Di antara bentuk taranum yang biasa diamalkan adalah berbagai jenis lagu yang
terdiri daripada empat yang asas iaitu Bayati, Hijaz, Rast, Nahwand, Sikkah dan
Jaharkah. Berdasarkan rakaman azan yang dilaungkan oleh Ustaz Che ku Salleh Bin
Che Ku Long iaitu bekas bilal masjid tersebut, bentuk taranum yang telah digunakan
ketika azan ialah taranum yang dipopularkan oleh para qari dari negara Iraq yang dikenali
sebagai taranum “Iraqi”. Perkataan ‘Iraqi’ adalah nama satu bangsa dari rumpun bangsa
Arab yang terletak di Asia tengah iaitu bersempadanan antara negara Arab Saudi, Kuwait
dan Iran.

Manakala dari sudut istilah ilmu taranum pula, ‘Iraqi’ bermaksud nama khusus bagi suatu
jenis alunan taranum atau maqamat yang dipopularkan oleh para qari dari Negara Iraq
mengikut suasana kebudayaan bangsa tersebut yang mempunyai persamaan dengan
budaya para qari dari hijaz. Kemudian , alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan
oleh para qari dari Mesir dan diterima pakai oleh masyarakat sekarang. Walau
bagaimanapun, identiti asalnya ( rentak alunan ‘Iraqi’) masih lagi dikekalkan.

Di antara sifat-sifat alunan taranum al-‘Iraqi’ adalah seperti berikut:

∞ Mempunyai gerakan lambat yang berkesan.

∞ Mempunyai kelembutan yang meresap ke jiwa .

7
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
∞ Mempunyai kesederhanaan dan ketenangan.

∞ Mempunyai keseseuaian dengan tabaqah sederhana.

∞ Menunjukkan permohonan, penceritaan dan dialog.

Manakala antara peranan dan tugasan taranum ‘Iraqi’ adalah seperti berikut:

1. Melahirkan ketenangan jiwa.

2. Menenangkan ketegangan persembahan.

3. Menyempurnakan mesej ayat al-Quran .

4. Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran

5. Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan.

8
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
BAHAGIAN B

Tarannum Sikah dan Jiharkah adalah dua jenis lagu yang popular dalam tilawah al-
Quran. Kedua-dua tarannum ini mempunyai keistimewaan dan sifat-sifat
tersendiri.Bincangkan perbezaan Tarannum Sikah dan Jiharkah dan sifat -sifat yang
terkandung di dalamnya berserta penerangan tentang tingkatan suara yang sesuai bagi
setiap jenis tarannum ini.

1. PENGENALAN

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut
proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi
suara.Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.Irama adalah alunan
atau bentuk bunyi.
Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang
dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada
kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya
bacaan al-Quran.Di Malaysia kaedah ini dikenali dengan nama Tarannum bi al-Quran
keranabersempena sepotong hadis Rasulullah iaitu:

‫مششا أذن اللششه لشششىء مششا أذن لنششبى حسششن الششترنم‬


)‫ (رواه البخارى‬.‫بالقرأن‬
Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada
nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

9
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
SEJARAH TARANUM

Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda


memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan
lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur
sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, dan Abu Musa Asy’ari.
Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah
(Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah
pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka
Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan
berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang
ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring
dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang
popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan
Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima
di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan
mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu
dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan
Al-Quran.

HUKUM TARANUM

10
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami
bahawa hokum bertarannum adalah seperti berikut;
1. Fardhu (kifayah) :
Jika hanya dengan berlagu dapat mengajak masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
2. Sunat :
Jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus :
Untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh :
Jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram :
Jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar atau riyak atau ujub. Atau
jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru
lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

‫ وإياكم ولحون أهششل الكتششابين‬،‫اقرؤوا القرأن بلحون العرب وأصواتها‬


‫ فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون بالقرأن ترجيع الغنششاء‬،‫وأهل الفسق‬
‫ ل يجششاوز حنششاجزهم مفتونششة قلششوبهم وقلششوب مششن‬.‫والرهبانية والنوح‬

‫رواه الطشششبرني‬ (‫يعجبهشششم ششششأنهم‬


)‫والشششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششششبيهق‬
Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan
jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau ke
Nasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka
sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca
al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan
.perintih yang tiada melampaui khalkum mereka

11
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak
hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur),
kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah
SWT.

PERBEZAAN DI ANTARA TARANUM SIKAH DENGAN JIHARKAH

TARANUM SIKAH

PENGENALAN

Tarannum Sikah berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari
Hijazi (Mesir pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah
telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Lagu ini dikatakan berasal dari negara Parsi yang bermakna gemercing gitar (mohd ali, seni
tarannum al-quran di malays) . Lagu ini berada dalam kelompok lagu-lagu hijazi/ makkawi

lagu ini berada dalam kelompok lagu-lagu hijazi/ makkawi (( ‫بحمرجسد‬


Lepas itu di ambil oleh qari-qari dari Mesir,diubahsuai semula dan di
lembutkan menjadi sikah misri.Dipopolurkan sekitar tahun 7-19 masihi.Kini lagu sikah

berada dalam kelompok lagulagu mesir (( ‫بحصر جسد‬


Lagu sikah boleh dikatakan satu lagu yang cemerlang kerana mempunyai banyak
cabang dan variasi. sikah adalah Grave iaitu mempunyai gerak lambat dan khidmat (M.
Misbachul, Pedoman lagu-lagu Tilawatil Quran). Menurut johan Tilawah al-Quran
peringkat Antarabangsa, Ust Radzi Kamarul Hilan, lagu ini agak sukar dibawa kerana
mempunyai burdah yang tersendiri. seseorang qari perlulah fokus pada kelembutan
lenggok suara yang sedih dan merintih mengikut konteks ayat.

12
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
Maqam-maqam lagu ini seperti berikut :
1) Sikah Asli
2) Sikah Turki
3) Sikah Raml
4) Sikah Iraqy

SIFAT-SIFAT TARANUM SIKAH

Taranum Sikah adalah sebuah taranum yang unik.Gerakanya yang tampak ringan
dan bersahaja membuat ia berbeza daripada taranum-taranum yang lain dari sudut bentuk
lagunya,Ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang
kerohanian,kisah-kisah nabi atau sesuatu kaum di dalam al-Quran,hari kiamat dan
sebagainya.

1. Mempunyai gerak lambat yang menyakinkan


2. Mempunyai kelembutan yang menusuk kalbu
3. Mempunyai ciri-ciri kesedihan dan merintih
4. Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tabaqat
5. Sesuai dengan ayat-ayat merayu,merintih,memohon dan sebagainya.
Taranum sikah menpunyai cabang-cabang lagu iaitu, sikah asli,sikah misri,sikah
turki,sikah iraqi dan sikah roml.Pecahan atau cabang lagu tersebut adalah identiti
tersendiri lagu sikah mengikut tempat asal lagu itu dialunkan.

Jika dikatakan lagu sikah, yang paling diingati adalah berzanji. ya, sudah menjadi
identiti alunan berzanji yang diguna pakai oleh orang tua-tua dengan tarannum sikah.
lagu sikah yang dibawa lebih ke arah aliran hijazi yang agak keras , berbanding dengan
sikah yang digunakan dalam bacaan al-quran.. Berbeza dengan zaman sekarang berzanji
sudah dipelbagaikan alunannya dengan lagu-lagu yang lain, namun lagu sikah tetap
diminati sebagai trademark untuk berzanji.

13
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
Maqam Taranum Sikah iaitu :

‫جششى فششى‬ ّ َ‫ث ل‬


َ ‫أم ُتر‬ * ُ ‫حيش‬
َ ِ ‫م شة‬
َ ‫جششى فِششي الِقَيا‬َ ‫مششن ُير‬ َ ‫ي َششا‬
‫ب‬ َ
ُ ‫جاةِ ول أ‬ َ ّ ‫الن‬
‫ن‬
ِ ‫مَنشش‬
ِ ‫ب ال‬
َ ‫هشش‬
ِ ‫وََوا‬ * ِ ‫ظيششم‬
ِ َ‫ب الع‬ ُ ‫ح ال‬
ِ ‫كششَر‬ ُ ِ‫َيششا َفششار‬
‫م‬
ُ ‫سا‬
َ ‫ج‬
ِ ‫ال‬

No Lagu Nada Tausyikh Ayat 28-36 ( Al-Rahman


‫جى ِفي‬
َ ‫من ُير‬ َ ‫ا‬ َ
* َ‫ث ل‬ ُ ‫حي‬َ ِ ‫مة‬َ ‫الِقَيا‬ 





1 ‫سيكا‬ ّ
‫نوى‬ ‫جاةِ ول‬
َ ّ ‫جى فى الن‬
َ ‫أم ُتر‬  

‫أصلي‬ َ 


‫ب‬
ُ ‫أ‬














 

ِ ‫ح الك َُر‬
‫ب‬ ُ ِ‫َيا َفار‬
 


‫سيكا‬ * ‫ظيم‬ ِ َ‫الع‬ 
2 ‫جواب‬
‫تركي‬ ‫م‬ 
ُ ‫سا‬
َ ‫ج‬
ِ ‫ن ال‬
ِ َ ‫من‬
ِ ‫ب ال‬
َ ِ‫وََواه‬





14
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
PERANAN TARANNUM SIKAH

• Menberi ketenangan dengan bacaan yang lembut dalam persembahan.


• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANUM JIHARKAH

PENGENALAN

Berasal dari parsi (iran) kemudian diguna pakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-
kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh
qari-qari Mesir mengikut kesesuaian zouq budaya mereka.

Taranum Jiharkah adalah satu seni alunan bacaan al-Quran bagi menunjukkan
kehebatan bacaan al-Quran yang halus.Walaupun ia mengalami fasa perubahan,namun
pada hakikatnya keaslian seni taranum ini maasih kekal.Malaysia tidak ketinggalan
dalam menerima pengaruh lagu ini sehinggakan ia turut diaplikasikan di dalam laugan
takbir Hari Raya.

15
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
SIFAT TARANNUM JAHARKAH

Taranum Jiharkah amat dikenali dengan sifat yang mendayu-dayu dan merintih
serta sedih..Oleh itu ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang
kiamat,rintihan dan doa.Ia juga sesuai pada ayat-ayat bersifat dalaman dan rohaniah dan
aqidah.

• Menpunyai gerak ringan yang berkesan.


• Menpunyai kelembutan menusuk kalbu.
• Menpunyai unsure-unsur ketenagan dan keharmonani.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Menpunyai kesesuaian dengan tobaqot sederhana.

Jiharkah adalah lagu yang paling sedikit mempunyai alunan dan cabang,malahan lagu ini
bergantung kepada orang yang membawanya.Lagu ini tidak popular kerana iramamanya
agak susah hendak dibawa.
Maqam Jaharkah ini mempunyai satu jenis lagu sahaja,tetapi dapat digunakan
dengan dua nada yakni dalam nada nawa dan nada jawab. Lagu ini juga mempunyai
unsur- unsur sama dengan lagu sikah,yakni sama-sama mempunyai nada tahanzun atau
sedih.Sebab itu kita dapati lagu ini sering dibawakan selepas lagu sikah atau lagu Rast.

PERANAN TARANNUM JIHARKAH

• Menenangkan ketegangan persembahan.


• Melembutkan persembahan.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

16
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
No Lagu Nada Tausyikh Ayat 25-27
ّ ‫فبأ‬
‫الله زاد محمد تعظيما‬ ‫ء‬
ِ ‫ءالآ‬ َ ‫ي‬ِ ِ َ
‫نوي‬ *
1 ‫جهاركاة‬ ِ ‫ما ت ُك َذَّبا‬
‫ن‬ َ ُ ‫َرب ّك‬
‫وهبباه فضل من لدنه‬
‫عميما‬
‫واحتصه فى‬ ‫فان‬َ ‫ها‬ َ ‫عَلي‬
َ ‫من‬َ ‫ل‬ّ ُ‫ك‬
‫* المرسلين كليما‬ َ ّ ‫ه َرب‬
ُ ‫ك‬
‫ذو‬ ُ ‫وج‬َ ‫قى‬َ ‫وَيب‬
َ
2 ‫جهاركاة‬ ‫جواب‬
‫ذارأفة بالمؤمنين‬ ‫ءكَرام‬
ِ ‫وال‬ ِ َ ‫جل‬
َ ‫ل‬ َ ‫ال‬
‫رحيما‬

Penutup

Fungsi dan peranan masjid besar seperti yang disebutkan pada masa keemasan
Islam itu tentunya sulit diwujudkan pada masa kini. Namun, ini tidak bererti bahwa
masjid tidak dapat berperanan di dalam hal-hal tersebut.Masjid harus mampu melakukan
kesemua sepuluh peranan di atas yang disesuaikan dengan keadaan dan keperluan
semasa. Paling tidak melalui huraian para pembinanya guna mengarahkan umat pada
kehidupan duniawi dan ukhrawi yang lebih berkualiti.Apabila masjid dituntut berfungsi
membina umat, tentu saranan yang dimilikinya harus tepat, menyenangkan dan menarik
semua umat, baik dewasa, kanak-kanak, tua, muda, lelaki, wanita, yang terpelajar
maupun tidak, sihat atau sakit serta kaya dan miskin.

17
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
Rujukan

1. Haji Norakyairee Mohamad Raus 2009, HBQE 3103 Taranum al-Quran .Open
University Malaysia

2. Dr. Syaban Muhammad Ismail,1993,Mengenal Qiraat al-quran,Dina Utama


Semarang( DIMAS)

3. Hassan Mahmud al-Hafiz . 1995 . Mengenai Qiraat al Hafiz . Darul Nu’man, Kuala
Lumpur . Pencapaian Kelas Kemahiran Al Quran di Sesebuah Sekolah Menengah.
Internet . Kuala Lumpur

18
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)
4. Mohd Ali Abu Bakar,1997 ,Seni Lagu al-Quran di Malaysia,Darul Fikir Kuala
Lumpur.

5. http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-al-quran-pada- satu-petang-saya.html

6. http://www.al-azim.com/masjid/azan.doc.

7. http://michailhuda.multiply.com/journal/item/162 QIRA’AT AL QUR’AN

8 .http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2009/09/tara nnum-sikah.html

9. http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic18_2002.htm

19
HBEQ3103 TARANUM
syirah28@yahoo.com ROSLINA BT MOHAMAD (720923-11-5136)