Anda di halaman 1dari 5

SECE 1073: KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

TOPIK 5: KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN


5.1 CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin
dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar
kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

Ciri-ciri fizikal

Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak
normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang
disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan
kanak-kanak biasa.

Ciri-ciri intelek

Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu
yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai
rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan
berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak
bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya
dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6
tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

Ciri-ciri sosial dan peribadi

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah
kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan
masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai
mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras
dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
5.2 JENIS-JENIS MASALAH PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
Terencat Akal (kategori ringan)

Disleksia, Diskalkulia, Disgraphia

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca,
menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang
sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk
mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat
dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi
seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia
menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus
berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Autisme

 Bermasalah komunikasi
 Sukakan rutin
 Berada di dunia sendiri
 Ekolalia
 Cederakan diri sendiri
 Kompulsif tanpa tahu kesan
 Tidak suka bergaul
 Tidak ada tentangan mata
 Kerencatan bahasa
 Masalah kefahaman
 Tidak suka disentuh
 Bermasalah interaksi sosial
 Pergerakan berulang-ulang

Palsi Serebrum

 Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan


 Masalah pergerakan
 Masalah postur
 Kekejangan
 Pergerakan tidak terkawal
 Masalah imbangan badan
 Masalah komunikasi
 Masalah motor halus/kasar
 Masalah tulisan
 Masalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa

 Kecelaruan pertuturan
 Kecelaruan bahasa
 Kecelaruan suara
 Masalah artikulasi
 Masalah kelancaran

Gangguan Penumpuan

 Lambat menyiapkan tugasan


 Mudah terganggu
 Masalah kosentrasi
 Masalah mengurus tugasan
 Cepat lupa
 Impulsif
 Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
 Memerlukan pengawasan yang lebih
 Masalah menunggu giliran

Hiper Aktif

 Tidak boleh duduk diam


 Impulsif
 Tumpuan perhatian singkat
 Suka ganggu orang lain
 Bermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan Berbakat

 Keupayaan umum yang istimewa


 Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
 Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
 Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
 Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan
5.3 Cadangan Untuk Membantu Kanak-kanak Masalah Pembelajaran
a) Mengubah yang abstrak kepada konkrit

Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak
nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar
boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam
hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad
berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak
lembam dapat melihat perkara yang diajar.

Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi
hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan
mereka. Contohnya, ketika mengajar subjek sains guru hendaklah menunjukkan contoh yang
konkrit kepada murid bermasalah pembelajaran.

b) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power Point’ dalam
komputer dan ‘electronic dictionary’ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang
kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang
diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional
yang ‘stereotype’. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar
istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara
elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian
menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987:
Torgesen, 1986).

c) Terapi Hidro

Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai
untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental
kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan
bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada
permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air.
Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah
ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan
diri kanak-kanak “water confidence”. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan
perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi
dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.

d) Cara Kerja

Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau
terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang
betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan
cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat
menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak
hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu
untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk
memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan
bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.