Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PIMK2013R
PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
ii
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA
PERGURUAN MALAYSIA.
iii
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii
Kandungan iv
Panduan Pelajar v
Pengenalan vii
Bibliografi 43
Panel 44
Simbol 45
iv
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Pendidikan Lepas (PDPLI) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SR/SM yang dilaksanakan
dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukan 60% daripada Jumlah
Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka, manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran
Pelajar pembelajaran kendiri.
Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
v
IKON
Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.
Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam RMK yang pelajar pelajari secara
interaksi bersemuka dan modul.
vi
PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pentaksiran dalam
Pendidikan Islam untuk diaplikasikan daalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah rendah.
Hasil Pembelajaran
4. Menjelaskan secara kritis isu-isu semasa dalam kurikulum Pendidikan Islam melalui
pembentangan berkumpulan
vii
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna
Modul ini dibina berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK). Sejumlah 60% dari
tajuk tertentu dalam RMK diajar kepada pelajar melalui interaksi bersemuka dan 40%
lagi diajar melalui modul.Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk interaksi
bersemuka dan pembelajaran melalui modul.
JUMLAH JAM
TAJUK/ TOPIK MODUL BERSEMUKA
PEMBELAJARAN
1. Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam.
• Konsep
• Definisi UNIT 1
• Falsafah 3 1
• Matlamat 2
• Objektif .
• Kandungan
• Dasar
• Kepentingan
viii
JUMLAH JAM
TAJUK/ TOPIK MODUL BERSEMUKA
PEMBELAJARAN
4. Kandungan Dalam Bidang Pendidikan
Islam.
Menganalisis Tajuk Tahun 1-3
• Modul al-Quran
- al-Quran Bacaan
- al-Quran Ayat Hafazan
- al-Quran Ayat Kefahaman 9 - 9
- al-Quran Tajwid
• Akidah
• Ibadat
• Sirah Nabawiyah
• Adab
• Jawi
• al-Quran
- Bacaan dan Hafazan
- Kefahaman 9
- Tajwid - 9
• Hadis
- Bacaan
- AnalisisKefahaman
• Akidah
• Ibadah
• Sirah
• Adab
• Jawi
ix
JUMLAH JAM
TAJUK/ TOPIK MODUL BERSEMUKA
PEMBELAJARAN
7. Isu-isu Semasa Kurikulum Pendidikan
Islam
• Sosio budaya
• Globalisasi
• Liberalisme
• Sekularisme dan dualisme
• Islamisasi ilmu UNIT 7
9 4
• Penguasaan dan penghayatan 5
Kurikulum Pendidikan Islam
• Penerapan Kurikulum Pendidikan Islam
melalui teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK)
• Kurikulum Pendidikan Islam bertaraf
dunia
x
TAJUK 1 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah.
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep, definisi,
falsafah, matlamat, objektif, kandungan, dasar dan kepentingan kurikulum Pendidikan
Islam. Di sampaing asas-asas agama dalam bidang Pendidikan Islam yang menjadi
sandaran perbincangan, pendapat-pendapat sarjana Islam turut diambil kira dalam
memahami matlamat dan falsafah Pendidikan Islam.
Hasil pembelajaran
KERANGKA TAJUK
Pendidikan dalam bahasa Arab disebut tarbiah, yang pada asalnya membawa makna;
pertambahan, perkembangan dan ketinggian. Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja
rabba yang antara maknanya ialah; memperbaiki (islah), memimpin dan
mentadbir.Menurut ahli bahasa, tarbiah bererti membangun sesuatu secara tahap demi
tahap menuju kepada kesempurnaan. Salah satu dari nama Allah ialah ar-Rab kerana
yang mengawal, mengislah, mentadbir dan mengarahkan makhluk kepada
kesempurnaan. Semuanya ini merupakan inti daripada pendidikan.Oleh sebab itu
Rabbul ‘Alamin ditafsirkan sebagai Murabbil ‘Alamin (pendidik seluruh Alam) dan Allah
s.w.t. ialah Pendidik Yang Teragung.Jadi perkataan tarbiah mengandungi dua unsur
terpenting; iaitu pertambahan dan perbaikan (Islah) hingga ke tahap kesempurnaan.
Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali.Ia menjadi bahagian
yang tidak dapat dipisahkan daripada Islam dan merupakan satu ibadat yang besar. Kedudukan
dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila kita meneliti ayat al-Quran yang pertama
diturunkan .Ia tidak dimulai dengan perintah yang berhubung perkara lain seperti ibadat, tetapi
dimulakan degan perintah yang berhubung dengan pendidikan.
Islam tidak melihat pendidikan daripada skop yang sempit.Ia tidak terbatas pada
pendidikan duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat.
Dalam hubungan ini, Islam telah membahagikan ilmu kepada dua kumpulan yang besar.
Pertama ialah fardu ain yang dituntut ke atas setiap orang supaya mengetahui dan
mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan agama. Kedua, ilmu fardu kifayah iaitu
ilmu yang mesti dipelajari dan diketahui oleh individu tertentu seperti ilmu pertukangan,
2
kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekoonomi, kimia, fizik, pembuatan senjata dan
sebagainya. Walaubagaimanapun, ilmu yang kedua ini menjadi fardu ain apabila tiada
seorang pun muslim dalam masyarakat itu yang mempelajarinya.
”satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yang
berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insan
yang baik dan warganegara yang berguna.
Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan,
kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada
falsafahnya.Pendidikan diertikan oleh cendikiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari
generasi ke generasi samada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini adalah
ditentukan oleh falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan.
Sarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang
menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan
terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan. Al-
Syaibani (1979) menjelaskan, falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang
dirancangkan dengan hikmah untuk menjadikan proses dan usaha pendidikan bagi
3
suatu bangsa. Pendidikan juga menyiapkan generasi muda dan warganegara sesebuah
negara supaya beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepaada syariat Islam.
II. Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem pendidikan negara dalam ertikata
yang menyeluruh
IV. Membina suatu identiti sendiri bagi sistem pendidikan negara dengan wujudnya
nilai Islam dalam perkembangan kebudayaan dan masyarakat.
Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan Islam secara tersurat mula disedari
oleh Jawatankuasa Pengubal Sukatan/kurikulum Pendidikan Islam KBSR. Beberapa siri
perbincangan cendekiawan Islam telah diadakan. Hasilnya pernyataan Falsafah
Pendidikan Islam KBSR dirumuskan seperti berikut:
4
alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan
abadi di akhirat."
( Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia )
Matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan
warganegara yang baik dan melahirkan insan soleh yang tidak mengenal batas masa,
negeri, bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat.
Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam seperti berikut:
“Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup
dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna
akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam
kerjanya, bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan
lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.’.
Berdasarkan ungkapan di atas, matlamat pendidikan Islam dapat disimpulkan seperti
berikut:
i. Mempersiapkan warganegara yang baik.
ii. Membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul
iii. Membekalkan anak didik dengan ilmu pengetahuan
5
iv. Mendidik manusia ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani
v. Membentuk akhlak yang sempurna sebagai manusia yang ideal
vi. Kebolehan dan kecekapan dalam kerja supaya dapat hidup bahagia
Beliau menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk
membuang segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenali Pencipta
dan matlamat ilmu yang sebenar membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada
Allah.Jadi, tujuan pendidikan yang selain daripada taqarrub ilallah adalah tidak tergolong
ke dalam objektif pendidikan Islam.
Ibn Khaldun pula menekankan tujuan keilmuan Islam sebagai tujuan pendidikan Islam
itu sendiri. Katanya ada dua tujuan iaitu:
i. Tujuan Keagamaan.
Pendidikan mestilah membawa individu tersebut kepada mengenal Tuhannya,
dapat beramal untuk akhirat dan dapat menunaikan hak-hak Allah yang
menjadi kewajipan kepadanya.
ii. Tujuan Keilmuan.
Iaitu membawa seseorang kepada kemahiran yang membolehkan individu
tersebut untuk menghadapi kehidupan dunianya.
Apabila kita lihat keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun
menjelaskan matlamat pendidikan adalah untuk menjaga kepentingan hidup di dunia
dan di akhirat, dapat mengimbangkan kedua-duanya sebagai satu panduan hidup
manusia.
6
ii. Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang sempurna, berakhlak
mulia dan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan
agama kerana Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith
yang bermaksud:
iii. Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan
dan meninggalkan segala laranganNya. Gemar kepada amal ibadat khusus yang
berpusat di masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. Menghormati
ulamak, ibu bapa, orang yang lebih dewasa dan menjamin kebebasan beragama
dikalangan orang yang bukan Islam.
iv. Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan demokrasi kepada kadar
yang paling maksimum. Ini semua berdasarkan bimbingan wahyu untuk
mencetuskan manusia dan menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran
dan kesejahteraan manusia sejagat.
Objektif pendidikan dinyatakan sebagai objektif khusus pendidikan Islam itu sendiri,
objektif tersebut adalah seperti berikut:
7
ii. Mendidikan jiwa murid-murid sehingga mencetuskan kesedaran beragama yang
mendalam dalam jiwa mereka.
iii. Mendidik jiwa murid-murid supaya beramal dengan akhlak yang terpuji sejak
kecil di samping memandu mereka supaya menghargai kemuliaan tingkah laku
dan beramal dengan tuntutannya.
iv. Menunjukkan murid-murid bahawa semua ajaran agama, baik dari suruhan atau
larangan, adalah bertujuan untuk kebaikan diri seseorang dan faedahnya
terpulang kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menghindarkan
kejahatan dan perkara yang mudarat bagi diri individu dan masyarakat.
viii. Mengamalkan teladan yang baik daripada biografi Rasulullah s.a.w., para
sahabat dan pahlawan-pahlawan Islam yang berjasa.
Kurikulum pendidikan sentiasa menjadi tumpuan pelbagai pihak dan dianggap sebagai
wasilah penting untuk mendidik generasi muda dan mengembangkan potensi, bakat,
mereka menjalankan hak dan kewajiban dalam pelbagai aspek kehidupan serta
perubahan yang dihasratkan, membetulkan sikap dan kepercayaan yang salah dan
8
membentuk nilai dan gaya hidup yang baru. Kurikulum dirancang untuk menyediakan
keperluan-keperluan pihak tertentu. Umat Islam melihat bahawa kurikulum sebagai alat
terbaik untuk membina peribadi pelajar sama ada dari segi individu atau sosial. Di
samping itu, ia juga dilihat wasilah yang berupaya untuk membina masyarakat dan
umat. Kurikulum turut dianggap sebagai teras dalam proses pendidikan. Negara
Menurut Hassan Langgulung ( 1988 ) disiplin ilmu pendidikan terbahagi kepada lima
TUGASAN
9
Sejarah perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam di
TAJUK 2
Malaysia.
Sinopsis
Unit ini menghuraikan tentang sejarah Pendidikan Islam sebelum dan selepas
kemerdekaan. Unit ini turut membincangkan bagaimana transformasi kurikulum
bertindak sebagai pemangkin ke arah memartabatkan Pendidikan Islam melalui
kurikulum standard sekolah rendah berdasarkan konsep, bentuk dan fokus kurikulum
tersebut.
Hasil pembelajaran
KERANGKA TAJUK
2.1 Sejaran Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka
2.2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah
2.3 Transformasi KSSR
2.4 Bentuk KSSR
2.5 Fokus KSSR
10
2.1 Sejarah Pendidikan Islam Di Malaysia
Kedatangan Islam ke Alam Melayu dibawa oleh saudagar-saudagar Arab dengan alasan
bahawa hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Nusantara
telah pun berlaku sebelum daripada itu. Dengan semangat dakwah Islamiah yang
membara dan memikul tanggungjawab sebagai umat Islam, saudagar-saudagar
tersebut tidak ketinggalan memperkenalkan Islam di rantau ini. Jika ditinjau sejarah
kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan ke Tanah Melayu khususnya ahli sejarah
berselisih pendapat tentang tarikh yang tepat kedatangannya. Begitu juga dengan
daerah di Tanah Melayu yang mula-mula didatangi atau menerima Agama Islam
Dalam konteks Pendidikan Islam di Tanah Melayu ia telah bermula sejak terdirinya
Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 Masehi, iaitu dari Zaman Kesultanan Melaka
di mana tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama dari golongan pedagang,
pengembara, pendakwah, utusan raja dan para tentera keturunan sayid dan sheikh.
Mereka datang dari serata pelusuk seperti Mesir, Cina, India Jawa dan Parsi.
Kedatangan mereka ke Tanah Melayu untuk singgah atau berdagang. Kehadiran
mereka ini telah membantu golongan istana dan penduduk tempatan dengan hal-hal
yang berkaitan dengan Agama Islam khasnya dalam Hukum Fiqh dan Pengajaran al
Quran
Pendidikan Islam di negara ini bermula dari rumah imam atau guru kemudian
berkembang ke pondok-pondok selepas itu menjadi madrasah dan akhirnya menjadi
sekolah-sekolah agama.
Golongan Istana
Rakyat (masyarakat)
11
karangan Maulana Abu Ishak yang telah diterbitkan di Mekah,
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Sejak itu Pendidikan Islam
semakin berkembang bukan hanya di istana tetapi dalam kalangan rakyat
jelata. Institusi seperti surau dan masjid menjadi pusat pendidikan selain
daripada rumah-rumah para guru yang mengajar mengaji Al Quran dan rumah para
ulamak. Tulisan jawi pun mula diperkenalkan dengan berlandaskan kepada
huruf-huruf hijaiyyah Bahasa Arab dengan tambahan beberapa huruf yang melibatkan
bunyi-bunyi tempatan tetapi tidak terdapat dalam set huruf hijaiyyah Arab.
Sistem Pendidikan Islam di zaman ini telah mantap dari segi sifatnya, sukatan
pelajarannya dan institusinya termasuklah para guru dan pelajar. Tulisan Jawi menjadi
dasar dan bahasa pengantar. Selain Al Quran, bidang Pendidikan Islam yang lain turut
diberikan perhatian seperti ilmu Fiqh, Tauhid, Tafsir, Sejarah, Tasawwuf dan Falsafah
Islam. Kemahiran asas seperti membaca dan menulis turut diberikan
perhatian. Selain di Melaka, Pendidikan Islam turut berkembang di negerinegeri lain
seperti Johor, Pahang, Jambi, Bentan dan Gugusan Kepulauan Melayu yang
mempunyai hubungan langsung dengan Melaka.
b. Zaman Penjajahan
Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu di buat secara
halus melalui pengenalan Pendidikan Sekular bermula sejak tahun 1816 dengan
penubuhan Penang Free School. Kewujudan Sekolah Inggeris kurang dirasakan oleh
orang-orang Islam kerana Pendidikan Madrasah atau Sekolah Arab masih kuat
pengaruhnya.
Sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Melayu diproduk
oleh British berpandukan kepada Sistem Grama yang telah diubahsuai. Sekolah Melayu
yang ditaja oleh missionary bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan nelayan
yang boleh mengenal angka dan huruf. Pada masa yang sama juga wujud sekolah
pondok yang bertujuan untuk melahirkan imam-imam dan ulama-ulama .
Sekolah-sekolah Inggeris samada oleh kerajaan atau mubaligh telah membuka pintu
seluas-luasnya kepada anak-anak Melayu khususnya anak-anak orang berada di
bandar-bandar. Proses pensekularisasi pendidikan anak-anak Melayu terus berlaku
dengan pesat dan radikal. Sekolah-sekolah agama ini diberi bantuan penuh dengan
12
syarat turut melibatkan pengajaran mata pelajaran menulis, membaca dan mengira di
samping mata pelajaran agama. Pengajian Agama Islam dan al-Quran di Sekolah
Melayu telah diketepikan dari jadual rasmi sekolah dan diarah supaya diajar pada waktu
petang. Maka wujudlah jurang pemisah antara golongan moden dengan golongan
tradisional. Golongan moden berpengaruh dan berkuasa sementara golongan
tradisional sebaliknya.
Dalam situasi kemajuan sekolah sekular, sekolah-sekolah agama terbiar. Pihak penjajah
dengan taktik ‘ hal-hal agama adalah hak Raja-raja Negeri’ telah melupakan samasekali
kewujudan sekolah-sekolah agama atau Arab. Sekolah-sekolah ini bergantung kepada
pembiayaan Majlis atau Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.
Akibatnya kemudahan belajar terhad, biasiswa tidak diberikan dan kurikulum berbeza.
Peperiksaan dikendalikan secara persendirian. Pengiktirafan sijil juga berbeza.
Institusi pengajian pondok asalnya dimulai oleh sistem pengajian di rumah tok guru yang
kebanyakannya tamat pengajian agama di Mekah. Apabila bilangan pelajar meningkat
maka tempat pengajiannya dipindahkan ke masjid atau pun surau.
Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya
dijadikan model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pelajar-pelajar yang
tamat pengajiannya melalui sistem pondok telah melanjutkan pelajarannya ke negara-
negara Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya
menjadi sebagai sekolah Agama Arab atau Madrasah. Terdapat juga yang masih
meneruskan sistem pondok dan enggan menukar namanya sebagai Sekolah Agama
Arab . Contohnya Pengajian Pondok di Masjid al-Muhammadi, di Kota Baharu telah
berkembang menjadi Ma’ahad al-Muhamadi (1915), Maahad Mahmud di Kedah asalnya
Madrasah Al-Hamidiah (1936), Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Bakap, yang
dahulunya Sekolah Pondok.Para pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Arab,
pondok dan madrasah boleh menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi
dalam dan luar negeri.
Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali
corak pendidikan Negara yang telah diruntuhkan oleh penjajah. Maka Resolusi
Pendidikan telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan,
yang kemudian lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta dan
Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Implikasi dari itu lahirlah
Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara.
Pendidikan Islam telah berjalan di zaman penjajahan selama lebih 400 tahun
sehinggalah wujudnya Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Dalam
kedua-dua penyata tersebut, Pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan
bersama di dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran (1961) dan telah
memasukkan matapelajaran Agama Islam di dalam jadual waktu. Jawatankuasa khas
telah dibentuk bagi menyusun dan melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada
13
bulan Ogos 1955. Dasar ini bertujuan menyatupadukan kaum-kaum di Tanah Melayu
di samping menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta mengkaji
semula sistem pelajaran, termasuk Undang-undang Pelajaran Tahun 1952 .
Jawatankuasa Khas ini di pengerusikan oleh Datuk Abd.Razak Hussin yang terkenal
dengan Laporan / Penyata Razak pada tahun 1957 .
Dengan penguatkuasaan penyata tersebut lahirlah satu institusi baru yang beraliran
kebangsaan terkenal sebagai ‘ Sekolah Menengah Kebangsaan’. Institusi ini juga tidak
ketinggalan memberi peruntukan bagi mendaulatkan pelajaran Agama Islam. Dalam
konteks ini Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah membuat cadangan seperti berikut ;
“ Kami cadangkan di dalam barang mana sekolah jika muridnya tidak kurang daripada
15 orang yang berugama Islam, pelajaran agama yang diberikan kepada mereka itu
hendaklah dengan belanja kerajaan. Pelajaran dalam agama lain kepada murid-murid
lain bolehlah juga diberi asalkan belanjanya tiada terbeban kepada kerajaan dan lagi
tiada boleh barang siapa murid dikehendakki menghadiri pelajaran agama dengan tiada
kebenaran ibubapanya.”
Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga dinyatakan secara terperinci
kedudukan agama Islam di sekolah-sekolah :
“ Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”
14
49 itu menghadapi kesulitan. Oleh itu perlaksanaannya tidak dapat berjalan dengan
licin. Walaupun secara tidak teratur pengajaran Agama Islam diperingkat sekolah
rendah dan menengah menurut syor penyata Razak, terdapat sedikit perubahan dan
diberikan perhatian oleh kerajaan.
Menurut Akta 1961 Seksyen 36 yang dikekal dan diguna pakai dalam Akta 1996 :
Guru Agama yang telah mendapat kebenaran layak dan bertanggungjawab mengajar
Agama Islam. Namun bilangan yang beragama Islam harus berjumlah 15 orang murid
atau lebih. Tempoh masa minimum yang diperuntukkan untuk mengajar matapelajaran
tersebut ialah dua jam seminggu. Mata pelajaran tersebut biasanya diajar pada waktu
persekolahan. Pengajaran pada waktu yang lain hanya akan dibenarkan dengan
mendapatkan kelulusan daripada Menteri Pelajaran.
Menurut seksyen 50 (1), pengajaran Agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak
berkuasa negeri akan dijalankan apabila terdapat 5 orang murid atau lebih yang
menganut Agama Islam.
Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam dasar pendidikan
negara telah mewujudkan satu golongan pelajar yang kemudiannya mendesak supaya
matapelajaran agama ditambah dan diajar di maktab-maktab perguruan. Pelajaran
Agama Islam / Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat-pusat pengajian tinggi.
Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil
dalam peperiksaan awam
Jika Akhir tahun 1980 an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali
Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara
dengan berani telah menjadikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai
teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malah tidak keterlaluan dikatakan
Falasah Pendidikan Negara telah mendukung cita-cita dan hasrat falsafah
Pendidikann Islam. Bertolak dari Falsafah Pendidikan Negara, keseluruhan struktur
kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubah suai agar setiap mata pelajaran sama-
sama mendokong cita-cita FPN dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang
mana keseluruhan nilai-nilai tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malah dari segi
pendekatan pengajarannya, terdapat beberapa matapelajaran (Sains dan Geografi
(umpamanya) telah diterapkan dengan Akidah dan Syariat Islamiah )
15
Jawatankuasa Kabinet telah membuat laporan menyeluruh yang
menyentuh aspek pendidikan negara dan kurikulum pada tahun 1974. Sebelum itu,
pelajar sekolah menengah tidak diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran Pendidikan
Islam dalam peperiksaan awam SRP dan SPM. Beberapa tahun selepas Laporan
Jawatankuasa Kabinet, Kurikulum Baharu Sekolah Rendah telah dibentuk. Pada tahun
1988, Kurikulum Baharu Sekolah Menengah (KBSM) pula telah dilaksanakan. Mata
pelajaran Pendidikan Islam telah dijadikan mata pelajaran teras pada peringkat sekolah
menengah dan diwajibkan ke atas pelajar Islam untuk mengambilnya dalam
peperiksaan. Tambahan pada kurikulum telah dibuat di peringkat menengah atas
melibatkan mata pelajaran Tasawwur Islam, Pendidikan Al Quran dan al Sunnah serta
Pendidikan Syariah Islam.
Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang
holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat
menangani cabaran semasa dan masa depan. Berikut rentetan sejarah perkembangan
kurikulum sekolah rendah seperti berikut;
16
1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibina bagi memenuhi keperluan
pendidikan Islam secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam sekolah rendah. Pendidikan
Islam sekolah rendah memberikan penekanan kepada ilmu, nilai dan kemahiran asas
syariah yang perlu dikuasai oleh setiap murid Islam. Untuk melaksanakan kurikulum ini,
guru disarankan untuk mengolah dan menyampaikan pengajaran secara berkesan
dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
menarik serta sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan dalam
kehidupan sebenar murid. Penekanan juga perlu diberikan kepada penerapan elemen
merentas kurikulum agar guru dapat melahirkan generasi yang mampu menghadapi
cabaran abad-21. Penilaian dan pentaksiran holistik dan autentik perlu dilaksanakan
secara berterusan untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan
sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah.
17
BENTUK
BAHAN ORGANISASI
I
PENGURUSAN
KURIKULUM KSSR KANDUNGAN
PENTAKSIRAN PERUNTUKAN
MASA
PEDAGOGI
i. Hasrat Pendidikan
Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk
kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:
• Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
• Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
• Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
• Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
• Jati diri dan semangat patriotisme
• Memahami dan menghayati budaya nasional
Namun begitu, dalam konteks kurikulum Pendidikan Islam mempunyai matlamat dan
kandungan yang digubal khusus bagi merelisasikan hasrat tersebut. Perbincangan
selanjutnya akan memfokuskan dalam konteks Pendidikan Islam.
iv. Matlamat
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang
berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan
al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah
yang berjaya didunia dan di akhirat.
v. Objektif
19
iii. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;
iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;
v. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan
benteng keagamaan;
vi. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah
sebagai kewajipan umat Islam;
vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam
rasa kecintaan kepada baginda;
viii. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam
kehidupan seharian; dan
ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa;
vi. Fokus
Modul al Quran
Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan
bertajwid, menghafaz dan memahami surah al- Fatihah dan surah tertentu daripada
juzu’ Amma serta menghayati pengajarannya.
Modul Hadis
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum serta
menghayati pengajarannya.
20
Modul Akidah
Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab
terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih dan mengaplikasikan tuntutan
akidah dalam kehidupan harian .
Modul Ibadah
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami dan menghayati cara beribadah
yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.
Modul Sirah
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah Rasulullah s.a.w dan
mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian.
Modul Adab
Modul ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara perhubungan manusia
dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.
Modul Jawi
Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis jawi serta
mempelajari asas seni khat.
TUGASAN
21
Analisis Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
TAJUK 3
(DSKP) Pendidikan Islam Sekolah Rendah.
Sinopsis
Unit ini menghuraikan tentang dokumen standard kurikulum dan bentuk pentaksiran
dalam kurikulum standard tersebut. Unit ini turut menganalisis standard kandungan,
pembelajaran, prestasi dan tahap penguasaan pelajar.
Hasil pembelajaran
KERANGKA TAJUK
3.1 Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP) KSSR.
3.2. Analisis DSKP
22
3.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam
Sekolah Rendah
i. Standard Kandungan
Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
1.1.1 membaca, menghafaz dan mengamal Surah al-Baiyyinah dengan betul dan
bertajwid
23
ii. Standard Pembelajaran
Manakala Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Penekanan adalah eleman yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan,
teknologi maklumat dan komunikasi.Bagi Standard Pembelajaran ianya lebih menjurus
kepada murid dimana proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas perlu
diukur diakhirnya. Selain itu, standard ini adalah bersifat jangka masa pendek dimana
pada akhir pembelajaran,murid-murid mampu menguasai objektif yang terkandung
didalam standard pembelajaran tersebut.
1.1.1.1 membaca dan menghafaz Surah al-Baiyyinah dengan betul dan bertajwid
1.1.1.2 mengamal bacaan dan hafazan Surah al-Baiyyinah dalam solat serta
kenidupan seharian
Sebagai contoh :
24
iv. Tahap Penguasaan
1. Guru memahami dengan lebih jelas objektif yang ingin dicapai dalam sesuatu
topik.
Dengan adanya Dokumen Standard yang terdiri daripada Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran serta modul pengajaran yang turut disediakan sebagai panduan
untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Modul Pembelajaran adalah
untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikan buku teks. Modul ini akan
menjadi rujukan guru sejauh mana tahap yang perlu dikuasai oleh setiap murid dan guru
tidak akan tersasar dari objektif yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
25
2. Meningkatkan kredibiliti guru
Dokumen Standard Kurikulum yang ada di dalam KSSR adalah usaha menyusun
semula pelan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.
KSSR ini juga dapat menangani isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan
matapelajaran yang banyak serta keterlaluan. Justeru, pendekatan sebegini memberi
penegasan kepada pelaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi
menjadikan proses P&P di dalam kelas menjadi lebih menyeronokkan dan tidak terlalu
berorientasikan peperiksaan. Murid juga digalakkan meningkatkan pembabitan dalam
aktiviti kurikulum di bilik darjah serta kokurikulum di luar bilik darjah. Selain itu,
penambahan elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan
proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu diterapkan dalam pendidikan negara
bagi menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Guru juga boleh menerapkan
kemahiran asas ICT di dalam proses pengajaran kerana kemahiran ini termasuk dalam
modul KSSR.
26
5. Mengatasi masalah keciciran murid
Melalui pendekatan modul pembelajaran untuk murid menggantikan buku teks, setiap
sesi pengajaran akan berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu kemahiran utama
dengan mengintegrasikan kemahiran lain secara menyeluruh. Selain itu juga,dengan
menggunakan Dokumen Standard Prestasi yang ada akan menyebabkan guru
memainkan peranan yang bersepadu untuk semua muridnya. Setiap murid perlu ditaksir
oleh guru secara individu dan ini menyebabkan tidak akan timbul masalah murid tercicir.
Tidak seperti kurikulum yang digunakan sebelum ini yang mana tiada pentaksiran yang
berterusan dilakukan oleh guru, hanya bergantung kepada peperiksaan yang disediakan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
TUGASAN
1. Huraikan perbezaan antara DSKP dengan sukatan dan huraian sukatan pelajaran
dalam kurikulum Pendidikan Islam .
27
TAJUK 4 Rancangan Pelajaran (RP) Tahunan Pendidikan Islam Sekolah
Rendah
Sinopsis
Unit ini menghuraikan tentang Rancangan Pelajaran (RP) Tahunan Pendidikan Islam
Sekolah Rendah . Unit ini turut menjelaskan pelaksanaan dan perancangan jadual
agihan RP, tarikh pengajaran dan pembelajaran serta merancang topik-topik dan
standard kandungan mengikut tarikh.
Hasil pembelajaran
KERANGKA TAJUK
4.1 Merancang Jadual agihan RP tahunan.
4.2 Merancang tarikh pengajaran dan pembelajaran mengikut takwim
28
4.1 Merancang Jadual Agihan RP Tahunan Pendidikan Islam Sekolah Rendah
i. guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran
dan topik – topik yang penting. Pertimbangan keutamaan juga boleh dibuat oleh guru
sekiranya topik-topik tersebut terlibat dengan peperiksaan.
ii. Perancangan yang kemas juga akan memberi kesan yang bermakna kepada
guru dan pelajar, guru dapat memperuntukkan masa yang ada dengan lebih teratur.
Selain itu, susun atur masa yang tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran
dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan.
iii. Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan – bahan
pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan kebolehan
pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan
menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
iv. Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan
pengajaran secara tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif
pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap
subjek yang ingin diajar.
Kepentingan
Rancangan Mengajar
29
Rajah 1, Kepentingan Rancangan Mengajar.
Di antara aspek merancang pengajaran dan pembelajaran yang perlu dilakukan oleh
guru ialah;
Dari sudut jumlah bidang bagi mata pelajaran Pendidikan Islam berpandukan Sukatan
Pelajaran pula ialah empat, iaitu bidang;
1. Tilawah Al-Quran
2. Bidang Ulum Syari’ah
3. Adab dan Akhlaq Islamiah
4. Pelajaran Jawi.
Dari segi kekerapan dalam seminggu untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah
Rendah pula ialah sebanyak enam waktu iaitu;
1. Satu waktu bidang Tilawah.
2. Dua waktu bidang Ulum Syar’iyah
3. Satu waktu Bidang Adab dan Akhlak Islamiah
4. Satu waktu bagi bidang Pelajaran Jawi.
Jadual 1, Contoh Kekerapan Waktu Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Tahap 1
1 / / / / / / 6
2 / / / / / / 6
3 / / / / / / 6
4 / / / / / / 6
5 / / / / / / 6
6 / / / / / / 6
7 / / / / / / 6
8 / / / / / / 6
9 / / / / / / 6
10 / / / / / / 6
30
11 / / / / / / 6
12 / / / / / / 6
13 / / / / / / 6
14 / / / / / / 6
15 / / / / / / 6
16 / / / / / / 6
17 / / / / / / 6
18 / / / / / / 6
19 / / / / / / 6
20 / / / / / / 6
Jumlah 20 10 10 13 14 13 20 2 120
0
C
S M T K A
E I A I KE A B T
M N BIDANG J S MA E B A
G U I HI D M T
G k RAN A A
U H N
Dapat:
Huruf Huruf Mengecam Talaqqi Kad
Tilawah Tunggal Hijaiyah Mengenal Musafahah Huruf
Alif - Wau Menyebut Latih tubi Carta
Huruf Hijaiyah Gambar
T T
Akidah Rukun Taarif. Mendengar Latih tubi Kaset
A A Iman Rukun Membaca Kumpulan Nasyid
Iman 6 Soaljawab Individu Carta
M M Perkara Menulis Perbincngan Kad
Imbasan
A A
Kad
Ibadah Istinja’ Taarif Mengebut Penerangan Air
Dalil Taarif Simulasi Tisu
Alat Menyebut dalil menulis dalil Kulit
Menyenarai kayu
alat
31
Adab Cara Menyebut Sumbang Gambar
Akhlaq makan/ makan/ Membaca doa saran Makana
minum minum Menyenarai Simulasi n
Perbincangan Air
Gelas
Jadual 3, Contoh Agihan Kekerapan Waktu Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah
Rendah mengikut Tarikh.
Tarikh /
Hari Masa Tahun Pelajaran/ Tajuk Catatan
Bidang
1 Huruf Tunggal
7.45- 8.20 Bestari Tilawah 35 minit
5.1.2017
(Ahad)
1 Surah 35 Minit
9.45-10.20 Bestari Hafazan Al-Fatihah
6.1.2017 11.00-11.35 1
(Isnin) Bestari Akidah Rukun Iman 35 minit
7.1.2017 1
(selasa) 7.45-8.20 Bestari Ibadah Istinja’ 35 Minit
32
4.2 Merancang Tarikh pengajaran dan pembelajaran mengikut takwim.
33
34
35
36
37
Refleksi
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
___________________________
Ulasan Guru Pembimbing
Ulasan Penyelia
TUGASAN
1. Bina satu rancangan tahunan, mingguan dan harian berdasarkan tahun yang akan
anda mengajar di sekolah.
38
TAJUK 5 Isu-isu Semasa Kurikulum Pendidikan Islam
Sinopsis
Hasil pembelajaran
KERANGKA TAJUK
39
5.1 Isu-isu Semasa
Dalam kurikulum Pendidikan Islam, terdapat isu-isu dan cabaran-cabaran yang perlu
diharungi sama ada bentuk luaran ataupun dalaman, bersifat lokal atau global, yang
kesemuanya memberi impak yang mendalam kepada sistem dan pendidikan Islam.
Cabaran-cabaran tersebut saling berkait satu sama lain.
i. Sosio Budaya
a. Dimensi politik
Sistem pendidikan pada hari ini banyak dibayangi oleh kepentingan agenda politik.
setiap berlaku perubahan tampuik kepimpinan , setiap kali agenda pendidikan turut
berubah. Semua perkara yang dianggap penting mahu ‘dikurikulumkan’ sehingga
menjadikannya tempat lambakan penyelesaian masalah semasa. sebagai contoh,
terdapat cadangan supaya diwujudkan kurikulkum pendidikan seks, pendidikan
jalanraya dan pelbagai lagi. Pemberhentian bantuan perkapita terhadap SAR dan
pelaksanaan PPSMI tanpa kajian yang menyeluruh mungkin boleh dijadikan contoh
yang baik campur tangan orang politik dalam hal ehwal pendidikan.Kawalan yang
berlebihan terhadap sistem pendidikan dan kurikulumnya menyebabkan hilangnya
keberanian intelektual dalam kalangan pelajar dan cendiakawan khususnya dalam
menyatakan pendirian dalam isu-isu kontroversial yang memerlukan input
keintelektualan. Akibatnya, institusi pendidikan semakin hilang wibawanya sebagai
pusat kecendiakawanan yang bebas, kritis dan artikulatif.
b. Dimensi ekonomi
Institusi pendidikan kini mula bertukar menjadi kilang yang mengeluarkan produk
mengikut plah diberi pasaran yang ditentukan oleh pihak korporat. Ini jelas apabila
sektor pendidikan telah diberi label ‘industri’ yang membawa implikasi penekanan
kepada motif perekonomian. Ringkasnya, pendidikan telah menjadi sejenis business
yang didominasi oleh golongan kapitalis. Pendidikan juga sudah dipersepsikan sebagai
sejenis pelaburan yang juga berkonotasi perekonomian. Kini kalangan peniaga mula
melihat medan pendidikan sebagai peluang pelaburan yang menjanjikan keuntungan
lumayan. Dengan anjakan tersebut, institusi pendidikan telah mengenepikan fungsi
khidmat sosialnya dannmengabaikan peranan tradisooanlnya sebagi penjana
kecemerlangan akademik dan wahana pemberdayaan bangsa.
c. Dimensi Sosial
40
dengan mudah menjadi keliru dan gagal melihat perkaitan antara pendidikan di sekolah
dan realiti kehidupan.Keadaan sosiobudaya yang tidak sihat ini memberi impak kepada
pembangunan pendidikan dan pembinaan kurikulumnya.
ii. Gobalisasi
Globalisasi adalah satu proses pensejagatan berasaskan hegemoni Barat dan kuasa
besar terhadap dunia. Ia memberi kesan baik dan buruk secara serentak dalam
pelbagai aspek kehidupan manusia. Antara n maklumat kesan positif ialah para pelajar
mempunyai banyak pilihan dalam mengakses maklumat dengan menggunakan
pelbagai perisian, jaringan internet dan website. Walaubagaimanapun, globalisasi juga
membawa banyak keburukan khususnya dalam bidang pendidikan. Kesan langsung
kepada sistem pendidikan umat Islam ialah kebanjiran maklumat yang tidak benar dan
tidak berguna. Globalisasi telah menghakis nilai-nilai kemanusiaan yang membawa
wabak yang dikatakan “keracunan teknologi” dalam kalangan manusia. Ia juga telah
melahirkan umat yang mengamalkan budaya kebendaan (materialisme) dan
keseronokan (heonisme). Manusia moden hilang aspek kawalan moral dan
mengenepikan peranan agama. Umat kini telah bertukar daripada insan pengabdi
Tuhan menjadi penymbah matri duniawi dan makhluk konsumeris yang pelahap.
iii. Liberalisme
Di antara krisis yang melanda sistem pendidikan Islam kini ialah kemunculan kelompok
baru yang menggelarkan diri sebagai Islam Liberal. Mereka adalah suatuatu kelompok
yang menghendaki ciri keterbukaan dan kebebasan melebihi dari apa yang diputuskan
oleh syariat Islam. Antara kriteria golongan ini ialah membela kebebasan berfikir tanpa
had dan lain-lain lagi. Golongan ini sedang berkembang pesat di Indonesia. Antara
usaha mereka ialah merombak semula isstem dan kurikulum pengajian agama dengan
memperkenalkan metodologi-metodologi barat untuk mengkaji agama Islam . Pihak
orientalis barat menggunakan kelompok ini untuk memperkenalkan pelbagai
pendekatan dan metodologi baru bagi mengkaji agama Islam seperti mengemukakan
pendekatan subjektid-objektif ilmu perbandingan agama dam pelbagai kaedah lain.
Kesemua pendekatan ini sangat asing untuk mengkaji bidang pengkhususan pengajian
Islam. Menolak metodologi Barat tidak bermakna menolak sesuatu yang baik dari luar
tradisi islam.
Sekularisme dan dualisme adalah dua perkara yang berbeza tetapi saling berkait antara
satu sama lain. Dua aliran ini telah menyerap masuk dalam bidang kebidupan manusia
khususnya dalam bidang pendidikan. Kesan yang paling dahsyat daripada faham
sekularisme dan dualisme pendidikan ialah kekeliruan tentang konsep ilmu dan
pendidikan. Kekeliruan tersebut mengakibatkan hilangnya tatasusun ilmu yang sangat
asas dan rosaknya kesepaduan dan keseimbangan antara ilmu fardu ain dan ilmu fardu
kifayah walaupun di sekolah agama sendiri. Dalam konteks kurikulum, cabaran terbesar
dalam dunia pendidikan kini ialah ketidakimampuan umat Islam untuk membina
kurikulum yang sejiwa dengan falsafah Islam bagi menggantikan pendidikan sekular
dan dualis.
41
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit
ini dengan jayanya!
.
TUGASAN
1. Bincangkan beberapa cabaran yang dihadapi oleh para pendidik dalam menangani
ideologi pelajar dan disiplin di kalangan mereka
42
BIBLIOGRAFI
Abdullah Ishak. (2000). Perkembangan pendidikan Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdullah Ishak. (2000). Perkembangan pendidikan Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ahmad Mohd. Salleh. (2011). Kurikulum metodologi dan pedagogi pengajian Islam: KPLI
Pengajian islam & j-QAF (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Islam Tingkatan 1-5. Kuala Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
43
PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNI
PIM2013 PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
44
LAMPIRAN A
Buatkan ujikaji.
Senarai semak.
45
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Aktiviti Tutorial
46