Anda di halaman 1dari 1

MALAYSIA akan terus menjadi destinasi pilihan pelancong bagi 10 negara di seluruh Asia Pasifik dengan

sehingga kini mencatatkan seramai 8.1 juta pelancong berkunjung ke Kuala Lumpur tahun ini.
Penasihat Ekonomi Global, MasterCard Worldwide, Yuwa Hedrick Wong, Kuala Lumpur turut berada pada
kedudukan ke-10 di kalangan 20 bandar raya destinasi utama negara di seluruh dunia bagi 2012.

“Kuala Lumpur juga kini semakin menarik minat pelancong asing dari negara Timur Tengah dan China berikutan
bukan saja mempunyai lokasi cantik, tetapi juga terdapat pelbagai program menarik dijalankan sepanjang tahun,”
katanya kepada Bisnes Metro di Singapura.

Menurutnya, antara 10 bandar raya terkemuka di Asia Pasifik yang menjadi pilihan pelancong berkunjung adalah
Bangkok (12.2 juta), Singapura (11.8 juta), Hong Kong (11.1 juta), Kuala Lumpur, Seoul (8.0 juta), Shanghai (7.5
juta), Beijing (6.2 juta), Taipei (5.4 juta), Tokyo (4.3 juta) dan Jakarta (2.8 juta).

Yuwa berkata, indeks bagi jumlah perbelanjaan pelancong menggunakan Mastercard di Kuala Lumpur juga
menunjukkan peningkatan sebanyak 13.7 peratus tahun ini berbanding 2011.

“Bagi pasaran Malaysia, Kuala Lumpur mencatatkan perbelanjaan AS$6.4 bilion (RM20.35 bilion) bagi 2012 iaitu
meningkat berbanding AS$5.6 bilion (RM17.8 bilion) pada 2011. Jumlah ini dikira berdasarkan kedatangan 8.1
juta pelancong ke Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, Bangkok masih berada di kedudukan pertama di kalangan 10 bandar raya terkemuka apabila
sebanyak AS$$9.3 bilion (RM61.37 bilion) jumlah perbelanjaan dicatatkan pelancong pada 2012 berbanding
AS$16.6 bilion (RM52.78 bilion) sebelumnya,” katanya.

Katanya, keputusan indeks diterima MasterCard adalah pendekatan baru dalam memahami ekonomi global dan
aliran perniagaan merentasi seluruh dunia serta menunjukkan kemunculan pasaran baru di bandar utama setiap
negara termasuk perbelanjaan yang dilihat kadar pertumbuhan mencapai dua angka.

Selain itu, London sekali lagi menjadi senarai pilihan utama di dunia dengan kedatangan pelancong sebanyak
16.9 juta dijangkakan sehingga akhir tahun ini diikuti dengan Paris sebagai destinasi kedua pilihan pengunjung.

“Malah, melalui pemerhatian yang diperoleh, rata-rata pelancong lebih banyak memilih untuk melakukan
transaksi tanpa menggunakan wang tunai ini kemungkinan disebabkan ia lebih selamat, mudah dan pembayaran
yang secara bijak selain sesuai untuk tujuan perniagaan dan bercuti,” katanya

Anda mungkin juga menyukai