Anda di halaman 1dari 2

SAJAK KASIH IBU OLEH ABDULLAH IDRIS

Maksud

Rangkap 1

Penyajak menyedari bahawa dia perlu berbakti dan membalas budi kepada ibunya sejak dari
dulu lagi tetapi tidak kesampaian kerana penyajak sentiasa sibuk dengan kerja dan
tanggungjawab apabila sudah berumah tangga. Kini penyajak sudah tua tetapi dia tetap
menyendiri tanpa anak menantu serta cucu disisinya

Rangkap 2

Penyajak mengetahui bahawa sejak dari kecil lagi dia sudah dididik dan diajar mengenai
pendidikan agama yang sempurna oleh ibunya seperti sembahyang lima waktu supaya dia
akan menjadi seorang anak yang bukan sahaja berjaya di dunia malahan di akhirat. Malah dia
juga diperingatkan bahawa setiap perbuatan yang baik akan mendapat balasan syurga begitu
juga sebaliknya

Rangkap 3

Apabila penyajak sudah dewasa dan mempunyai banyak tanggungjawab terhadap tugas dan
keluarga sendiri, dia mulai mengabaikan tanggungjawab terhadap ibunya yang sedang uzur
dan melupakan segala jasa ibunya sebelum ini.

Rangkap 4

Kini penyajak menyesali atas perbuatannya yang telah mengabaikan tanggungjawabnya


sebagai seorang anak terhadap ibunya. Penyajak juga menyesal kerana tidak mengikut ajaran
dan nasihat ibunya untuk menjadi anak yang berbakti sehinggalah ibunya sudah tidak ada
lagi.

BENTUK:

Sajak Kasih ibu ini mempunyai empat rangkap kesemuanya. Rangkap pertama dan
kedua mempunyai 5 baris yang dinamakan sebagai ‘quint’. Manakala pada rangkap ketiga
pula mempunyai 4 baris yng dinamakan sebagai ‘quatrain’ dan rangkap ke empat baris yang
dinamakan sebagai ‘quint’.

Rima akhir bagi rangkap pertama ialah a/b/b/b/b dan rima akhir bagi rangkap kedua
ialah a/b/c/c/c. Bagi rangkap ketiga, rima akhirnya ialah a/a/a/a dan rima akhir bagi rangkap
terakhir ialah a/a/a/a.

Secara keseluruhannya, sajak ini adalah berbentuk bebas dan tidak terikat dengan
bentuk pantun atau syair.
CORAK

Corak sajak kasih ibu ialah elegy iaitu penyesalan seorang anak kerana tidak dapat berbakti
kepada ibunya . Ini terbukti melalui sajak di atas iaitu rangkap 4 baris 1 ‘lalu sekarang
semuanya bagai membebani’. Ini kerana penyajak telah melupakan ibunya disebabkan sibuk
dengan urusan dunia ( pekerjaan dan keluarga)

NADA

Nada sajak ini ialah kecewa dan sedih. Ini terbukti apabila penyajak merasa kecewanya
kerana tidak dapat berbakti kepada ibunya iaitu melalui rangkap 4 baris 2 dan 3 ‘jauh-jauh
dinihari air mata membasahi dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri penyajak jua berasa sedih
kerana ibunya telah meninggal dunia tampa dia sempat untuk berbakti dan menjaga ibu
semasa hidup.

ALIRAN

Aliran sajak ini ialah realism dan didaktisisme. Ini terbukti bahawa sajak ini memang ada
terjadi di dalam dunia reality yang mana anak-anak sekarang sering mengabaikan, melawan
dan menengking ibunya sendiri. Malah ada yang sanggup menghantar ibunya ke rumah orang
tua kerana tidak mahu menjaga mereka.