Anda di halaman 1dari 11

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

TRANSKRIAN

FOLIO SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKYAT


( MARA )
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2018

NAMA : ANIS NAJWA BT ABD GHANI


NUR ATIQAH BT ROSLAN
KELAS : 5 AL-JAZARI
GURU M/P : PN MARZIANA
ISI KANDUNGAN

•PENGENALAN

•SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

•ORGANISASI

•OPERASI PENGURUSAN

•MISI KORPORAT

•VISI KORPORAT

•OBJEKTIF

•STRATEGI PERLAKSANAAN

•LOGO MARA

•BANGUNAN MARA

•RUJUKAN
PENGENALAN

Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) merupakan sebuah agensi Kementerian


Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah . Ia ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di
bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada
resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya .
Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan , menggalakkan ,
memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan
kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-
kawasan luar bandar .
SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKYAT
(MARA)

Sebuah nama keramat lahir dari percikan amarah suatu


bangsa Yangmundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi
peminta Ditanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula
di zamanpenjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung
DanPerusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik
tajamrakyat terhadap dasar penjajahan. RIDA yang berdetik pada tahun
1953 Ketika bara nasionalisma marakmenyala Tidak mampu menampung
ghairah rakyat merdeka SuaraBumiputera yang semakin keras bergema
Kemunduran dan kemiskinanyang ketara. Tahun seribu sembilan ratus
enam puluh lima Kongres .
Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka
nestapabangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang
talinyaSedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah
dileburkanMenjadi sumpah amanah suatu wawasanPada detik 1966 yang
menentukan RIDA pun dikerandakan dalam
sejarahUntuk sebuah nama baru yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini
25tahun telah berdetik .

MARA mencapai kedewasaan usia Mungkinkahbakal tiba Kongres


Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan bagi menilai
kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Kerakyatan yang telah
dipahatkan .
ORGANISASI

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab


kepada MenteriKemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri
daripadaPengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain,
tigadaripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik
olehMenteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.Ketua Eksekutif ialah
Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua
Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui olehPengarah dan Unit-unit di
bawah kawalan Ketua Unit melaksanakanfungsi-fungsi MARA pada
peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14Pejabat MARA Negeri, termasuk
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat
MARA Daerah. MARA juga beroperasi diLondon, Washington D.C., Jakarta,
Dublin, Frankfurt dan New South Wales.
OPERASI PENGURUSAN

Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan


luarnegara. Pusat-pusat operasi ini merangkumi:

•Ibu Pejabat

•Pejabat MARA Negeri

•Pejabat MARA Daerah

•MRSM

•Kolej MARA

•GIATMARA

•IKM

•Institut Kemahiran Tertinggi MARA

•Kolej Poly-Tech MARA

•Kenderaan Bas MARA

•Pejabat MARA Luar Negara

•Kolej Profesional MARA


MISI KORPORAT

Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk


mengangkatmartabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti
ekonomi , pendidikan dan kemasyarakatan.

VISI KORPORAT
Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berauton
omidan berwibawa:

•Penggerak dan pemangkin yang aktif

•Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan dan perdagangan

•Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan

•Sebagai organisasi pemikir


OBJEKTIF

Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera


khususnyadi luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan
perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan
Bumiputera yang berdaya tahan , profesional dan kukuh .

STRATEGI PERLAKSANAAN

•Mewujudkan serta menambah bilangan usahawan dalam kalangan


Bumiputera dan meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan
dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya
dan kukuh .

•Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdangangan dan


perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan syarikat –
syarikat sebagai langkah perlindungan untuk meningkatkan penyertaan
bumiputera dalam dunia perniagaan

•Menambah bilangan guna tenaga bumiputera yang terlatih dalam pelbagai


bidang di semua peringkat , khususnya untuk keperluan sector perdangan
dan perindustrian .
LOGO MARA
RASIONAL AM LOGO MARA

Roda Bergigi (14)


Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimanaMARA memberi
perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan
yang diterokaioleh Bumiputera.

Buku Terbuka
Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang menjadi
wawasan MARA untuk mencapat kecemerlangan dan kemajuan Usahawan
serta Pendidikan

Jangka Lukis Terbuka


Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk menggalak ,
membimbing , melatih dan membantu Bumiputera dalam bidang menuju
kea rah Masyrakat Perdangan & Perindustrian

Spana Dan Skrew


Melambangkan sumbangan MARA dalam memberi latihan dan
pendidikan berteraskan teknologi serta pembangunan sumber tenaga
mahir negara . Teknologi merangkumi peringkat asas hingga ke peringkat
setinggi-tingginya
BANGUNAN MARA

Bangunan MARA tersergam di tengah-tengah Bandar raya Kuala Lumpur ,


bersempadankan dua jalan raya yang amat sibuk iaitu Jalan Raja Laut di
hadapan dan jalan Tuanku Abdul Rahham di sebelah belakangnya . Ia telah
dibuka secara rasmi oleh YAM Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad ,
Perdana Menteri Malaysia pada 12 April 1987 .

RUJUKAN

http://www.mara.gov.my/home

Anda mungkin juga menyukai