Anda di halaman 1dari 3

Asap Rokok

Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah


nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.

Asap Rokok
Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah
nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.

Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak
Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu
Karsinogen - agen penyebab kanser
Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang
hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh
Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan

*Info lanjut : Dapat ini jika anda merokok? Cemburunya...

Karbon Monoksida
Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna
dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal
mengangkut oksigen ke seluruh badan
Sulfur Dioksida
Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun.
Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur
dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas,
bronkitis dan kanser peparu.
*Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid

Jerebu
Jerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga
kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus, seperti
habuk dan asap.

Toksin
Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga
pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum
dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan
yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit
peparu seperti emfisema.

Oleh kerana kandungan bahan tersebut yang sangat kecil, maka langkah sewajarnya
perlu kita ambil bagi memastikan udara yang kita sedut adalah bersih dan tidak
tercemar. Langkah berjaga-jaga ini juga boleh mencegah kita daripada mendapat
penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

Selamat beramal!

Anda mungkin juga menyukai