Anda di halaman 1dari 17

MODUL AKTIVITI

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN


PERTANDINGAN

PERTANDINGAN
INOVASI TENAGA BIOJISIM
*NEGERI KEDAH 2018*

PERHATIAN – Bahagian berlabel kuning


perlu dibawa oleh peserta.
Pihak PENGELOLA & PENGANJUR PERTANDINGAN
di peringkat Negeri Kedah tidak
akan menyediakan alatan & bahan tersebut.
1.0 PENGENALAN
Tenaga biojisim merupakan tenaga yang terhasil daripada bahan-bahan yang
berasal dari tumbuhan. Biojisim merangkumi segala hasil tumbuh-tumbuhan khusus
untuk sumber tenaga atau hasil buangan yang berpunca daripada pelbagai kayu-
kayan, tanaman dan juga bahan buangan perbandaran. Hasil tenaga yang
diperolehi daripada biojisim di kategorikan sebagai Tenaga Boleh Baharu.

Bagi Pertandingan Inovasi Tenaga Biojisim peserta perlu membina sebuah sel
kering dan menghasilkan tenaga daripada tenaga biojisim sebagai sumber
Tenaga Boleh Baharu. Pertandingan ini adalah untuk memperluaskan ilmu
pengetahuan serta mendidik peserta agar mempraktikkan penggunaan sumber
alternatif daripada bahan sumber Tenaga Boleh Baharu. Oleh yang sedemikian,
peserta dapat mengetahui bahawa suatu masa akan datang rakyat Malaysia
tidak hanya bergantung kepada sumber bahan api fosil, gas asli dan arang batu
yang pasti akan berkurang dan habis suatu masa nanti. Sebaliknya menjadikan
biojisim sebagai salah satu sumber Tenaga Boleh Baharu yang akan dipraktikkan
secara meluas di Malaysia dan seluruh negara.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menghasilkan sel kering yang menggunakan bahan sumber Biojisim.
2.2 Menghasilkan sel kering yang mempunyai bacaan Voltan (V) yang tinggi.
2.3 Menghasilkan sel kering yang mempunyai durasi ketahanan dan kefungsian
yang maksimum.
2.4 Menganalisis penghasilan peratus (%) CO² (Karbon Dioksida) yang
dibebaskan dari pembakaran dari bahan yang dipilih.
2.5 Membolehkan sel kering dikitar semula untuk menghasilkan tenaga dari
sumber Tenaga Boleh Baharu.
2.6 Menghasilkan kepelbagaian sel kering yang berunsurkan Teknologi Hijau
dari sumber karbon Biojisim.
2.7 Membolehkan peserta melakukan inovasi berasaskan penyelidikan ke atas
bahan-bahan Biojisim yang sesuai untuk penjanaan tenaga sel kering yang
maksimum.
2.8 Membolehkan penghasilan sel kering berasaskan sumber karbon Biojisim
untuk menggerakkan peralatan elektronik yang berkuasa rendah.

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 1


3.0 SYARAT – SYARAT PENYERTAAN
3.1 Terbuka kepada peserta sekolah menengah bantuan kerajaan daripada
Tingkatan 4 dan 5 sahaja.
3.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada
3 orang peserta dengan seorang guru pembimbing.
3.3 Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta
pasukan hendaklah terdiri daripada peserta dari sekolah yang sama.
3.4 Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan
Pengetua sekolah masing-masing.
3.5 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak
penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan.

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN


4.1 Setiap pasukan diberi masa 4 jam untuk membina sel kering,
persembahan power point dan demontrasi pengujian. (Pembahagian
masa adalah mengikut kreativiti pasukan masing-masing)
4.2 Peserta juga dikehendaki membawa sumber karbon daripada tumbuhan
semulajadi sahaja seperti daun, kayu, dahan atau sebarang sumber
tumbuhan semulajadi yang telah dipilih dan akan diproses menjadi karbon
semasa pertandingan dijalankan.
4.3 Sumber karbon yang dipilih hendaklah yang terbaik dan berdasarkan hasil
ujikaji perbandingan yang telah dibuat ke atas sekurang-kurangnya 3
sumber karbon yang dipilih (dilaksanakan di sekolah).
4.4 Peserta dikehendaki menghasilkan 3 unit sel kering dengan menggunakan
peralatan yang disediakan pihak penganjur di tempat pertandingan.
4.5 Peserta perlu menyertakan jadual analisis perbandingan dan keputusan
ujikaji sel kering bagi ketiga-tiga sumber karbon tersebut dari segi
komposisi kandungan dan lain-lain yang difikirkan perlu mengikut kreativiti
peserta dalam menyokong pemilihan bahan semulajadi yang terbaik
(analisis dilakukan di sekolah).
4.6 Sel kering yang dihasilkan akan diuji voltan (V) menggunakan meter
pelbagai (multimeter).

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 2


4.7 Sel kering tersebut juga dikehendaki untuk menyalakan beberapa LED
(Penunjuk kefungsian sel kering) dan juga akan menjalani pengujian durasi
ketahanan sel kering.
4.8 Peserta turut akan dinilai dari aspek langkah pengamalan keselamatan
dan juga kekemasan produk yang dihasilkan.
4.9 Pembentangan multimedia format power point (2010 dan ke bawah)
mesti disediakan ditempat pertandingan.

CARTA ALIRAN PERTANDINGAN

DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

1. Cuba jaya (beta testing) untuk analisis penghasilan karbon daripada sumber
tumbuhan semulajadi (Dimasukkan dalam power point untuk persembahan)
2. Peserta mesti memilih bahan semulajadi terbaik untuk pertandingan. Pastikan
kuantiti bahan yang dibawa mencukupi bagi 3 sel kering untuk diproses
menjadikan karbon

DILAKSANAKAN DI TEMPAT
PERTANDINGAN

1. Persediaan dan pembinaan sel kering


2. Penyediaan karbon daripada bahan semulajadi yang telah dipilih (Bahan
semulajadi dibawa oleh peserta secukupnya untuk membina 3 sel kering)
3. Penyediaan Power Point dan pembentangan
4. Pengujian sel kering dihasilkan

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 3


5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:
i. Peringkat 1 – Pembinaan dan Pengujian Model serta Persediaan
Persembahan Multimedia Format Power Point (2010 dan ke bawah) – 4
jam
ii. Peringkat 2 - Persembahan Multimedia Power Point – 7 minit
5.2 Setiap pasukan wajib membawa bahan pembolehubah (karbon)
berasaskan tumbuhan semulajadi yang dihasilkan daripada sumber
biojisim (sebagai contoh ; daun, akar, kayu, dahan dan apa jua sumber
semulajadi yang boleh diperbaharui) yang masih belum dijadikan karbon
untuk digunakan dalam pertandingan.
5.3 Peserta wajib membuat analisis cuba jaya bagi tujuan pemilihan
pembolehubah (karbon) yang terbaik.
5.4 Bahan-bahan seperti zink, rod karbon, natrium hidroksida, air suling,
mangan oksida dan bekas plastik sel kering bersaiz D (sebagai punca
negatif) akan disediakan oleh pihak penganjur.

Rajah 1: Contoh Bekas Sel Kering Bersaiz D (Rujuk kepada pihak CETREE)

5.5 Peserta diwajibkan mempamerkan model masing-masing ditempat yang


disediakan.

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 4


6.0 KAEDAH PENGHAKIMAN
6.1 Penilaian akan diambil kira berdasarkan :-
i. Kemahiran manipulatif dengan melihat cara penggunaan alatan,
kekemasan (tempat kerja) dan pengamalan peraturan keselamatan
semasa pembinaan dan pengujian model.
ii. Persembahan multimedia power point yang akan dinilai berdasarkan
cara peserta dapat menjelaskan keseluruhan eksperimen dengan
berkesan.
iii. 3 unit Sel kering yang dibina akan diuji mengikut piawaian yang
ditetapkan oleh hakim pertandingan serta pihak penganjur.
iv. Keputusan hakim adalah muktamad.

7.0 KRITERIA PENILAIAN


7.1 Kemahiran Manipulatif
i. Setiap kemahiran akan dinilai berdasarkan penggunaan alatan yang
betul dan pengurusan yang baik.
ii. Aspek keselamatan dan kekemasan (tempat kerja) turut akan dinilai
sepanjang pertandingan berlangsung.
7.2 Pembinaan dan Pengujian Sel Kering ( Semasa Lawatan Hakim )
i. Pihak hakim akan membuat lawatan semasa proses pembinaan dan
pengujian model berlangsung. Proses penilaian akan dibuat terhadap
peserta – peserta mengikut pasukan yang bertanding.
ii. Bagi mengelakkan kehilangan kuasa dan kekuatan sel kering yang dibina,
peserta digalakkan menyediakan bahan dahulu dan dimaklumkan
kepada hakim sebelum dicampurkan untuk proses pengujian.
iii. Setiap sel kering yang dibina peserta akan diuji dan dinilai
keberkesanannya mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak
hakim. Piawaiaan adalah meliputi kriteria berikut :-
a) Pengujian Voltan
b) Pengujian kefungsian menghidupkan LED (tertakluk kepada pihak
hakim)
c) Pengujian durasi ketahanan sel kering.
d) Pengujian 3 sel kering dijalankan secara susunan selari.
7.3 Persembahan dan Pembentangan Multimedia (Power Point) :

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 5


Setiap pembentangan persembahan multimedia MESTILAH menggunakan
format Power Point (2010 dan ke bawah) perlu disediakan dalam Bahasa
Malaysia ATAU Bahasa Inggeris. Kriteria pemarkahan adalah meliputi
aspek-aspek berikut:
i. Abstrak
ii. Kajian Literatur
iii. Teori Saintifik
a) Penjelasan saintifik penggunaan karbon berasaskan tumbuhan
semulajadi.
i. Inovasi Pembuatan (ditempat pertandingan)
a) Penjelasan bergambar penghasilan karbon
b) Penerangan spesifikasi sel kering
c) Komposisi bahan
i. Analisis Ujikaji
a) Hasil ujikaji : Dapatan analisis di sekolah (Tarikh, jenis karbon, bacaan
Voltan ( V ), Arus (I), komposisi bahan dan % pembebasan CO² yang
dihasilkan)
b) Perbincangan dan kesimpulan
7.4 Masa 7 minit diperuntukkan untuk pembentangan, disusuli dengan sesi
soal jawab.
7.5 Hakim berhak memberhentikan pembentangan peserta sekiranya
melebihi masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun peserta
boleh meneruskan pembentangan jika dibenarkan oleh HAKIM tanpa
mengambil kira markah selepas masa yang telah ditetapkan

8.0 PANDUAN PENGELOLA


8.1 Persiapan Tempat
PEMBINAAN PEMBAKARAN PEMBENTANGAN
MULTIMEDIA
Ruang terbuka dan
berdekatan dengan Ruang terbuka Bilik
sumber air

Ini merupakan cadangan tetapi tertakluk kepada kesesuaian lokasi


pertandingan.
8.2 Alatan Siaraya

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 6


1 unit PA Sistem Mudah Alih atau hailer hendaklah disediakan di bilik
pembinaan dan pembuatan model.
8.3 Panel Hakim dan Teknikal
Bilangan panel hakim adalah 3 orang
i. Terdiri daripada kalangan individu yang mempunyai pengetahuan
berkaitan dengan pertandingan.
ii. Terdiri daripada kalangan mereka yang tidak mempunyai
kepentingan dengan mana-mana pasukan.

i. Terdiri daripada kalangan individu yang mempunyai pengetahuan


berkaitan dengan pertandingan.
ii. Berpengetahuan dalam aspek teknikal dan pengurusan
pertandingan
8.4 Alat pengujian yang dibekalkan oleh pihak CETREE.
8.5 Borang Pemarkahan
i. Borang pemarkahan hendaklah disediakan secukupnya untuk
kegunaan panel hakim.
ii. Alat tulis dan mesin kira hendaklah disediakan secukupnya.
8.6 Keperluan lain
i. Sebarang keperluan tambahan akan dimaklumkan oleh panel
hakim.
ii. Alat pengujian yang dibekalkan oleh pengelola rujuk kepada
pihak CETREE (Alat pengukur Voltan (multimeter digital) / LED dan
jam randik)
iii. Label kumpulan, bateri peserta dan nombor undian hendaklah
disediakan oleh penganjur mengikut bilangan yang
secukupnnya (Rujuk Jadual Persiapan Tempat)
8.7 Keselamatan
i. Peti pertolongan cemas dan alat pemadam api perlu disediakan
oleh pihak pengelola.

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 7


SENARAI KEPERLUAN
PERTANDINGAN INOVASI TENAGA BIOJISIM

I. PESERTA (keperluan yang perlu dibawa oleh peserta)


BIL PERKARA KUANTITI KETERANGAN
Secukupnya
untuk
1 Sumber karbon (tumbuhan Untuk tujuan penyediaan karbon dan
menghasilkan
semulajadi) demonstrasi pameran
3 unit sel
kering
2 Magic Colour 1 Set Untuk tujuan dekorasi
(pelbagai warna)
3 Alat tulis - Sekiranya perlu
4 Kamera Digital / Smartphone 1 unit Digunakan untuk dokumentasi
Komputer Riba
5 1 unit Digunakan untuk penyediaan
format Power Point
dokumentasi
(2010 dan ke bawah)
6 Card Reader / USB Cable 1 unit
7 Pendrive 1 unit

8 Apron Setiap Untuk mengelakkan kemalangan dan


peserta kekotoran pada baju
9 Sudu Plastik 2 unit Untuk tujuan memasukkan bancuhan
bahan untuk membuat sel kering
10 Playar muncung tirus 1unit

11 Plate Cutter (Gunting Besi) 1 unit Memotong Zink/bahan tumbuhan


semulajadi
12 Lesung dan alu 1 set Menghancurkan karbon yang telah
dibakar
13 Googel 3 unit Penggunaan ketika pembakaran
dijalankan
14 Multimeter 1 unit Alat pengujian oleh peserta
15 Mangkuk Pijar Bertutup 1 unit
16 Penyepit Mangkuk Pijar 1 unit
17 Bikar 1 unit
18 Silinder Penyukat 1 unit

19 Bekas Kuarantin Tahan Haba 1 unit Untuk simpanan karbon yang telah
dihasilkan
20 Rod Kaca 1 unit
21 HDMI Adapter 1 unit

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 8


II. PENGELOLA PERTANDINGAN (yang perlu disediakan oleh pengelola)
BIL PERKARA KUANTITI KETERANGAN

Penunu Bunsen (Besi) 18 unit 1 unit untuk setiap pasukan/2unit untuk


1
Gas 32 unit persediaan jika perlu

2 Mangkuk Bancuhan 16 unit Saiz 50ml (sederhana besar)


3 Tungku Kaki Tiga 16 unit Sertakan bahan penghadang
4 Topeng muka 48 unit

Set Klip Buaya( Positif & 20 pasang


5
negatif) (Merah/Hitam)

6 Sarung Tangan Getah 48 pasang


7 Sarung Tangan Wool 48 pasang
8 Pemetik api 20 unit
9 Soldering Iron 3 unit Menebuk lubang
Cordless Drill
10 6.5mm 3 unit Menebuk lubang
2.5mm
11 Blender Kering 3 unit Mengisar tumbuhan
12 Bekas 2 unit Simpanan model untuk di Kuarantin
13 Spatula Besi 16 unit
14 Asbestos 16 unit
Berbentuk silinder dan berukuran
15 Bekas Plastik 40 unit bateri bersaiz D (pilih satu yang terbaik
untuk pengujian)
* Rujuk kepada pihak CETREE
(Panjang : 9cm Lebar : 11cm)
16 Kepingan Zink 40 unit
* Rujuk kepada pihak CETREE
(Diameter : 6mm Panjang : 6.5cm)
17 Rod Karbon 40 unit
* Rujuk kepada pihak CETREE

18 Len Cleaning Tissue (Panjang : 15cm Lebar : 10cm )


100 unit
* Rujuk kepada pihak CETREE
19 Natrium Hidroksida 2 botol 500g setiap botol / ikut yang sesuai
20 Air Suling 2 botol 500ml setiap botol / ikut yang sesuai
21 Mangan Oksida 2 botol 500g setiap botol / ikut yang sesuai

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 9


III. PERSIAPAN TEMPAT
BIL PERKARA KUANTITI KETERANGAN
LCD projector dan portable screen,
1 Alat siaraya Komputer riba,set mikrofon mudah alih atau
hailer.
2 Fail 3 unit Kegunaan hakim
3 Jam randik 3 unit Kegunaan hakim
4 Penimbang Berat (gram) 2 unit Jenis Digital
5 Meter Pelbagai (Multimeter) 3 unit
Peti Pertolongan Cemas (First Aid
6 2 unit
Kit)
Tag ahli kumpulan
7 64 unit Untuk setiap kumpulan terdiri daripada 3
peserta dan 1 guru: BIO1,BIO2,BIO3….BIO16
8 Sticker Label Model Meja Pameran 16 unit Berlabel BIO1, BIO2, BIO3,...BIO16
9 Sticker Label Meja 16 unit Berlabel BIO1, BIO2, BIO3,...BIO16
Alat pengujian (Alat pengukur
10 Voltan (multimeterdigital) / LED 2 set *Rujuk kepada pihak CETREE
dan jam randik)
11 Pita Keselamatan 2 gulung
12 Alat Pemadam Api 2 unit
Untuk pembinaan
Untuk pembakaran
13 Meja dan Kerusi Untuk pembentangan
Untuk hakim
Untuk teknikal

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 10


BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN INOVASI TENAGA BIOJISIM

KOD KUMPULAN : .............................................................


MARKAH MARKAH
KRITERIA
PENUH DITERIMA
1. Kemahiran Manipulatif (sepanjang pembinaan dan pengujian model dijalankan) (10 Markah)

1.1 Pemilihan dan penggunaan alatan yang betul dan bersesuaian 3


1.2 Membersihkan dan menyimpan alatan 2
1.3 Memastikan kekemasan dan kebersihan tempat persediaan
2
selepas pembinaan
1.4 Mengamalkan keselamatan semasa persediaan dan pembinaan 3
2. Pembinaan, Pengujian Model dan Nilai Bacaan (40 Markah)

Bacaan maksimum Voltan ( V ) pada model ujikaji


10
( Selepas Siap Penghasilan Model ) (V)
Pengujian kefungsian sel kering (LED yang menyala)
10
( Selepas Siap Penghasilan Model ) Unit
Pengujian durasi ketahanan sel kering
10
( Selepas Siap Penghasilan Model ) (Saat)
Nilai komersial (marketable) 10
3. Persembahan Multimedia Power Point (50 Markah)

Abstrak Objektif 3
Inovasi 4

Kajian Literatur Latarbelakang projek 4


% CO² yang dibebaskan hasil pembakaran 5
Penghasilan, kuantiti dan kandungan karbon
Teori Saintifik 5
(Sumber Tenaga Boleh Baharu)
Penjelasan bergambar pembolehubah dimanipulasi :-
-Bahan Sumber Tenaga Boleh Baharu 4

-Proses Penghasilan karbon 4


Inovasi
Pembuatan -Penjelasan ujikaji 3
-Penjelasan bergambar pembolehubah
4
dimalarkan
-Penerangan tindakbalas yang berlaku daripada
4
eksperimen
Analisis Jadual percubaan
Eksperimen (tarikh, jenis karbon, bacaan Voltan (V) dan Arus 5
Cuba Jaya (I) dan Komposisi bahan)
(telah dilakukan
Perbincangan dan kesimpulan 5
disekolah)
JUMLAH MARKAH 100
*Mengikut jadual pemberatan markah yang dicadangkan untuk rujukan hakim

Tandatangan hakim : …………………………………… Disahkan oleh,


Nama hakim : …………………………………...... ……………………..........
Tarikh : …………………………………..... . ( )

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 11


RUBRIK PEMARKAHAN
PERTANDINGAN INOVASI TENAGA BIOJISIM

NILAI KOMERSIAL
KRITERIA SKALA MARKAH
Berfungsi dan mempunyai Teknologi Hijau 3 markah
Berfungsi dan mempunyai Teknologi Hijau
6 markah
serta mudah diperolehi
Berfungsi dengan lebih baik (Voltan/
Ketahanan/Durasi), mempunyai Teknologi
10 markah
Hijau, mudah diperolehi serta berpotensi
untuk dipasarkan

PERATUS GAS CO² YANG DIBEBASKAN HASIL PEMBAKARAN


KRITERIA SKALA MARKAH
Menghasilkan kadar tenaga yang tinggi
5 markah
dan pembebasan gas CO² yang rendah
Menghasilkan kadar tenaga yang
sederhana dan pembebasan gas CO² yang 3 markah
sederhana
Menghasilkan kadar tenaga yang rendah
1 markah
dan pembebasan gas CO² yang tinggi

PENGUJIAN VOLTAN (V)


SKALA (V) MARKAH
0V 0
0.1v -0.5V 2
0.6v – 1.0V 5
1.1v – 1.4V 7
1.5V 10

PENGUJIAN KEFUNGSIAN SEL KERING


Satu atau lebih LED akan cuba dinyalakan untuk menguji kekuatan tenaga sel
kering yang dihasilkan (Sekiranya menyala markah penuh akan diberikan).

PENGUJIAN KETAHANAN SEL KERING


Pengujian ini serentak dijalankan dengan nyalaan LED tetapi masa diambil
sehingga lampu LED padam atau jangkamasa yang ditetapkan oleh hakim.

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 12


KAEDAH PENGUJIAN
PERTANDINGAN INOVASI TENAGA BIOJISIM

Rajah 2 : Contoh Alat Pengujian kefungsian bacaan Voltan sel kering

Rajah 3 : Alat Pengujian


(Kefungsian LED yang dinyalakan) dan pengujian durasi ketahanan sel kering (Jangka masa)

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 13


SPESIFIKASI TUGAS DAN PERANAN
PERTANDINGAN REKABENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

TUGAS SPESIKASI TUGAS DAN PERANAN

1. Mengenal pasti tempat pertandingan.


2. Mengurus dan melantik pengelola pertandingan.
3. Memberi taklimat pertandingan dan langkah – langkah
keselamatan kepada peserta dan hakim
4. Menyediakan pelan lantai tempat pertandingan.
5. Menyediakan keputusan penuh pertandingan untuk
diserahkan kepada urusetia pertandingan.
Pegawai Teknikal
6. Mencalonkan hakim untuk pertandingan berdasarkan
kriteria yang telah ditetapkan.
7. Memastikan dan menyediakan semua peralatan siap
sedia untuk digunakan.
8. Memastikan pelan pengurusan risiko diaktifkan jika
berlaku sebarang masalah sebelum/ semasa/ selepas
pertandingan.

1. Mendengar taklimat daripada ketua teknikal


2. Membuat pembahagian tugas berdasarkan kriteria
penilaian yang telah ditetapkan
3. Membuat penilaian semasa pembinaan projek
(Peringkat 1)
Hakim
4. Mendengar dan menilai pembentangan setiap
kumpulan serta mengadakan sesi soal jawab dengan
peserta (Peringkat 2)
5. Mengisi borang penghakiman dan menyerahkannya
kepada pegawai teknikal

1. Menyediakan tempat pendaftaran dan label


2. Menguruskan pendaftaran peserta sebelum
pertandingan bermula.
3. Membuat semakan bahan dan peralatan
pertandingan sebelum pertandingan
4. Menguruskan borang- borang penilaian/ pemarkahan.
5. Menyediakan borang catatan pengundian giliran
pertandingan.
6. Menguruskan proses pengundian berjalan dengan
Pembantu Teknikal
teratur.
7. Mengumpulkan slaid pembentangan dari peserta
pertandingan sebelum sesi pembentangan bermula.
8. Mengambil masa semasa sesi pembentangan.
9. Memastikan dan menyusun semua peralatan dan
bahan dalam keadaan teratur dan siap sedia untuk
digunakan.
10. Memastikan peti pertolongan cemas dan alat
pemadam api berada ditempat pertandingan.

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 14


BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN INOVASI TENAGA BIOJISIM

NEGERI:

BUTIRAN SEKOLAH
NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MAIL

GURU PEMBIMBING
SAIZ
NAMA JANTINA BANGSA MYKAD NO. HP
TSHIRT

PESERTA
JANTIN BANGSA SAIZ
BIL NAMA MYKAD
A M C I L NO. HP TSHIRT

BILANGAN VEGETARIAN
GURU MURID

Dengan ini pihak kami mengesahkan peserta tersenarai adalah murid sekolah ini dan segala
maklumat yang dinyatakan adalah benar dan tepat.

Pengesahan Pengetua: Cop Rasmi :


.....................................................
( ) Tarikh :

Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur

TARIKH TERIMA PENERIMA TANDATANGAN

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 15


BORANG MAKLUM BALAS
PERTANDINGAN INOVASI TENAGA BIOJISIM

NAMA PERTANDINGAN :
NEGERI PASUKAN :
NAMA PEGAWAI/GURU :
NO. TELEFON :

KELEMAHAN / ISU :

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

_____________________________
NAMA :
NO. TEL :

INOVASI TENAGA BIOJISIM | 16

Anda mungkin juga menyukai