Anda di halaman 1dari 12

Irfan, Tom, Alan dan Yaya merupakan

sahabat baik. Pada suatu petang, mereka berjanji


untuk berjumpa di taman permainan. Alan
memberi cadangan untuk bermain permainan

‘Kucing dan Tikus ’.


Mereka pun membuat undian untuk

menentukan siapa yang akan menjadi kucing

dan tikus .
Tom telah terpilih untuk menjadi kucing

. Manakala Irfan, Alan dan Yaya menjadi tikus

.
Mereka pun berlari berkejaran dengan penuh
rasa girang. Tom mengejar rakan yang lain dengan
sekuat hati.
Tom dapat mencuit bahu Yaya. Mereka
bertukar peranan. Yaya pula cuba mengejar Tom

untuk menjadikan Tom sebagai kucing sekali


lagi.
Tom berlari sekuat hati. Tanpa dia sedari ada
batu di hadapannya.

Jaga kau, Tom !!!


Tolongggg!!!!

Tiba- tiba Tom tersadung batu itu. Tom

terbang seperti Superman dan terjatuh


di atas pokok pagar.
Tom tersangkut di atas pokok pagar. Dia
mengerang kesakitan. Alan dan Irfan cuba
membantu Tom turun dari pokok pagar itu.
Tom menangis teresak – esak seperti seorang

bayi kerana kakinya luka terkena ranting


pokok .

Uwaaa…uwaaaa…
uwaaaaa
Alan, Irfan dan Yaya segera menghantar Tom
ke klinik berhampiran. Mereka mengusung Tom
dengan alat pengusung.

“Kamu ni berat seperti gajah , Tom,”


kata Irfan.

Mak aii… Beratnya


kau,Tom.
Akhirnya, kaki Tom telah dirawat dan lukanya
dibalut. Tom tidak menangis lagi. Alan, Irfan dan
Yaya sangat gembira melihat Tom boleh tersenyum
semula.
Terima kasih
kawan- kawan
kerana menolong
saya.

Tom sangat terharu atas bantuan rakan-


rakannya itu. Dia mengucapkan terima kasih kepada
Alan, Irfan dan Yaya.
“Sama- sama Tom. Kitakan bersahabat baik.
Bak kata pepatah ‘Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing,” kata Irfan.

Anda mungkin juga menyukai