Anda di halaman 1dari 7

Amali 1 – Kadar Denyutan Nadi

Pengenalan
Jantung berperanan untuk mengepam darah ke seluruh badan melalui aorta dan merupakan
sistem tertutup. Sistem yang berlaku ini adalah cukup kompleks. Proses pengepaman ini
menghasilkan tekanan ke atas salur darah, seterusnya menampakkan pengembangan dan
pengecutan padanya. Salur darah yang mengembang dan mengecut secara beritma ini
membolehkan kita mengira kadar denyutan nadi. Denyutan nadi atau ‘Heart Rate’ ditakrifkan
sebagai kadar degupan jantung (pengepaman darah oleh jantung) dalam seminit. ‘Heart Rate’
(HR) boleh diukur dengan meletakkan jari pada arteri, iaitu salur-salur darah yang membawa
darah keluar dari jantung ke tisu badan. Antaranya ialah pada pergelangan tangan (radial
artery), leher, belakang lutut dan sebelah anak telinga. Kira berapa kali ia berdenyut selama 10
saat, kemudian darabkan dengan 6 atau kira berapa kali ia berdenyut selama 15 saat dan
darabkan dengan 4. Purata HR ialah 75 denyut/minit. Nilai antara 60-100 denyut/minit adalah
dikira sebagai normal. HR melebihi 100 denyut/minit disebut sebagai ‘tachycardia’, dan kurang
60 denyut/minit pula disebut sebagai ‘bradychardia’. Ketika melakukan aktiviti lasak, HR blh
meningkat sehingga mencecah melebihi 200 denyut/minit bergantung kepada kadar nadi
maksimum individu tersebut berdasarkan kiraan umur. Selain itu, tekanan darah juga boleh
diketahui dengan menggunakan mesin. Sphygmomanometer. Mesin ini akan mengesan dua
jenis bacaan iaitu bacaan sistolik serta diastolik. Bacaan sistolik yang mana lebih tinggi akan
menunjukkan tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup atau disebut juga tekanan semasa
darah keluar dari jantung. Diastolik pula merupakan bacaan nombor bahagian bawah yang lebih
rendah akan menunjukkan tekanan dalam arteri di antara degupan jantung (apabila otot jantung
berehat diantara degupan dan mengisi semula darah).

Tujuan:
Tujuan aktiviti makmal ini adalah untuk mengenal pasti kesan latihan pada kadar denyutan nadi.

Alatan Yang Diperlukan:


1. Sphygmomanometer
2. Tikar Senaman
3. Bangku Gimnastik
4. Jam Randik

Prosedur:
A) AKTIVITI 1 (Kadar Denyutan Nadi Semasa Berbaring)
1. Subjek dalam keadaan berbaring di atas meja makmal selama 5 minit.
2. Rakam denyutan nadi dengan mengukur nadi radial atau karotid (Rajah 1 &
Rajah 2) selama 30 saat dan mendarabkan nilai itu dengan dua. Catat nilai ini.
3. Ukur tekanan darah subjek dengan sphygmomanometer dan merekodkan nilai
ini.
4. Rekodkan Skor mata untuk individu berdasarkan Jadual 1.

JADUAL
1:Denyutan Nadi
bpm (Berbaring)
Kadar Mata
Denyutan
50-60 3
61-70 3
71-80 2
81-90 1
91-100 0
101-110 -1
SKOR

B) AKTIVITI 2 (Kadar Denyutan Nadi Semasa Berdiri)

1. Subjek harus berdiri dan nadi mereka harus segera diukur selama 30 saat
kemudian didarab dengan 2.
2. Dua minit selepas berdiri, ukur dan catat tekanan darah subjek.
3. Skor mata untuk individu berdasarkan kepada a) berapa banyak tekanan darah
sistolik berubah apabila berdiri b) kadar nadi berdiri, dan c) berapa banyak kadar
nadi meningkat apabila berdiri.

JADUAL 3:Denyutan Nadi


JADUAL 2:Perubahan Sistolik Pr dari bpm (Berdiri)
Berbaring kpd Berdiri Kadar Mata
Perubahan Pr Mata 61-70 3
Meningkat 8+ mmHg 3 71-80 3
Meningkat 2-7 mmHg 2 81-90 2
Tiada Perubahan (±1 mmHg) 1 91-100 1
Menurun 2-5 mmHg 0 101-110 1
Menurun 6+ mmHg -1 111-120 0
SKOR 121-130 0
131-140 -1
SKOR
JADUAL 4:Perbezaan Nadi Antara Berbaring dan Berdiri
Peningkatan Kadar Nadi
Nadi
0-10 11-18 19-26 27-34 35-43
Berbarin
bpm bpm bpm bpm bpm
g (bpm)
50-60 3 3 2 1 0
61-70 3 2 1 0 -1
71-80 3 2 0 -1 -2
81-90 2 1 -1 -2 -3
91-100 1 0 -2 -3 -3
101-110 0 -1 -3 -3 -3
SKOR

C) AKTIVITI 3 (Perubahan kadar nadi akibat latihan)

1. Subjek melakukan naik turun bangku gimnastik. Naik bangku dengan kaki kanan,
kemudian angkat kaki kiri ke atas bangku dan letakkan di sebelah kaki kanan.
Turun bangku dengan kaki kiri dan kemudian bawa kaki kanan ke lantai di
sebelahnya. Ulangi latihan ini sebanyak lima kali (tiga saat jumlah masa untuk
setiap ulangan).
2. Segera setelah selesai ulangan kelima, ukur denyutan nadi subjek selama 15
saat dan darabkan bilangan denyutan nadi dengan empat. Catat nilai ini.
3. Ulangi pengukuran nadi 15 saat pada 30, 60, 90, dan 120 saat selepas latihan.
Catat masa yang diperlukan nadi untuk kembali ke kadar biasa.
4. Skor mata pelajaran berdasarkan a) perbezaan antara kadar denyutan nadi
segera selepasJADUAL latihan
5: dan kadar denyutan nadi biasa dan b) Masa yang
PERBEZAAN ANTARA KADAR DENYUTAN NADI NORMAL
DENGAN diperlukan untukNADI
KADAR DENYUTAN kadar
SEGERAdenyutan nadi untuk
PASCA LATIHAN kembali ke kadar tetap biasa
Peningkatan dalam kadar nadi berbanding
selepas pemberhentian latihan.
kadar biasa
Kadar Nadi
0-10 11-20 21-30 31-40 >40
Berdiri JADUAL 6:MASA
bpm bpm bpm bpm bpm
(bpm) UNTUK KADAR
61-70 3 3 2 1 0 DENYUTAN NADI
71-80 3 2 1 0 -1 KEMBALI KE NORMAL
81-90 3 2 1 -1 -2 Masa Mata
91-100 2 1 0 -2 -3 0-30 3
101-110 1 0 -1 -3 -3 31-60 2
111-120 1 -1 -2 -3 -3 61-90 1
121-130 0 -2 -3 -3 -3 91-120 0
131-140 0 -3 -3 -3 -3 > 120 -1
SKOR SKOR
JADUAL 6: PENILAIAN KECERGASAN KARDIOVASKULAR
JUMLAH
SKOR
PENILAIAN
KESELURUHA
N
17-18 CEMERLANG
14-16 BAIK
8-13 SEDERHANA
0-7 LEMAH
Sila rujuk pemeriksaan kesihatan di hospital
Nilai negatif.
selepas kelas

Jadual Keputusan :

Aktiviti Denyutan Kadar Nadi Tekanan Tekanan Skor


Nadi (Denyutan Darah Darah
(30 saat) Nadi x 2) Sistolik Diastolik
1 - berbaring 33 66 91 45 3
2 - berdiri 38 76 102 63 9
Jadual Aktiviti 1 & 2

Kadar Nadi Selepas Latihan Skor


Aktiviti Kadar Nadi Saat Saat Saat Saat Masa yang
Sebelum ke ke ke ke diperlukan untuk
Latihan 30 60 90 120 nadi kembali
normal
3-
perubahan 76 110 95 83 79 120 -1
kadar nadi
akibat
latihan
Jadual Aktiviti 3

Skor keseluruhan : = 3 + 9 – 1
= 11 (sederhana)

Laporan :

Berdasarkan data yang telah diperoleh, subjek mendapat markah keseluruhan


sebanyak 11 markah yang mana jika dirujuk pada jadual 6 iaitu jadual kecergasan
kardiovaskular, subjek berada pada tahap kecergasan sederhana iaitu diantara 8 hingga 13
markah. Kecergasan kardiovaskular atau kecergasan jantung ini bermaksud kecekapan sistem
peredaran dan sistem pernafasan subjek untuk membekalkan oksigen kepada otot secara
berterusan pada jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti seperti naik turun
bangku yang telah dilaksanakan oleh subjek. Ia merupakan komponen yang terpenting dalam
profil fisiologi manusia. Senaman yang tetap dan kerap akan meningkatkan kecekapan sistem
peredaran dengan membesarkan otot jantung, membolehkan lebih banyak darah dipam pada
setiap degupan, dan meningkatkan jumlah arteri kecil dalam otot rangka terlatih, yang
membekalkan lebih darah ke otot yang bekerja. Senaman juga memperbaiki sistem pernafasan
dengan meningkatkan jumlah oksigen yang disedut dan diedarkan ke tisu badan.
Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap
purata kapasiti aerobik, iaitu kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh badan semasa
melakukan aktiviti fizikal. Dalam hal ini, subjek terbukti jarang melakukan senaman kerana
berdasarkan skor yang diperoleh, subjek mendapat skor 11 dimana berada dalam kelas
sederhana. Subjek juga mungkin menjalankan gaya hidup sedentari yang membawa kepada
kelemahan otot jantung kerana tidak terbiasa atau tidak dilatih untuk melakukan aktiviti-aktiviti
yang meransang kecekapan sistem peredaran. Oleh yang demikian, kesimpulan yang kita
peroleh daripada aktiviti makmal ini ialah semakin kerap subjek melakukan aktiviti senaman,
semakin tinggi skor kecergasan kardiovaskular yang akan diperoleh.
Selain itu, dapat kita lihat dalam jadual aktiviti 1,2 & 3 juga, peningkatan kadar nadi
subjek semasa rehat dan senaman meningkat sebanyak 67% yang mana merupakan
peningkatan yang normal bagi seorang manusia. Namun begitu, peningkatan kadar nadi ini
bergantung pada intensiti latihan yang diberikan. Contohnya dalam aktiviti makmal ini, aktiviti
yang dijalankan ialah naik turun bangku yang mempunyai intensiti sederhana sahaja. Oleh itu,
peningkatan kadar nadi subjek tidak begitu tinggi berbanding jika subjek melaksanakan aktiviti
yang mempunyai intensiti tinggi seperti berlari jarak jauh dan sebagainya.

Berdasarkan jadual juga, dapat kita lihat masa yang telah diambil oleh subjek untuk nadi
kembali normal ialah 2 minit. Ianya disebut sebagai kadar baik pulih nadi (HR Recovery) yang
merujuk kepada kadar penurunan nadi selepas aktiviti senaman hingga ia kembali kepada julat
normal untuk tempoh masa tertentu. Lebih pantas kadar denyutan nadi menurun (baik pulih)
ke julat normal (julat normal = 60% dari max heart rate dan ke bawah), maka lebih cergas
seseorang itu. Sebaliknya jika HR Recovery lambat menurun atau tiada penurunan dalam
tempoh 5 minit, itu bererti jantung masih bersusah payah untuk mengepam darah yang
mengandungi oksigen ke seluruh badan, indikasi yang menunjukkan seseorang itu kurang
cergas . Masa yang diambil oleh subjek adalah selama 120 saat iaitu 2 minit yang mana
menunjukkan tahap kecergasan fizikal subjek masih berada pada paras yang normal.

Gambar Aktiviti :

Subjek berbaring Penguji mengambil Kadar nadi Bacaan Sphygmomanometer


Mengambil kadar nadi Melakukan aktiviti naik turun Mengambil kadar nadi
semasa berdiri bangku selepas aktiviti

Rujukan

Merri M, Farden DC, Mottley JG, Titlebaum EL. Sampling frequency of the electrocardiogram
for the spectral analysis of heart rate variability, IEEE Trans Biomed Eng 1990.

Kamath MV, Fallen EL. Correction of the heart rate variability signal for ectopics and missing
beats. In: Malik M, Camm AJ, eds. Heart rate variability. Armonk: Futura, 1995

Kautzner J. Reproducibility of heart rate variability measurement. In: Malik M, Camm AJ, eds.
Heart rate variability. Armonk: Futura, 1995.

Levy MN. Sympathetic-parasympathetic interactions in the heart. Circ Res 1971;

Fei L, Malik M. Short- and long-term assessment of heart rate variability for postinfarction risk
stratification. In: Malik M, Camm AJ, eds. Heart rate variability. Armonk: Futura, 1995

Anda mungkin juga menyukai