Anda di halaman 1dari 6

Bahasa Melayu STPM Penggal 1

PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS

ANTARA KEMAHIRAN YANG DIUJI


Petikan dan Soalan Contoh Pembacaan Kritis dan Analitis

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjangkakan kira-kira
255 jenis barangan terutamanya keperluan harian akan meningkat ekoran daripada
kenaikan harga petrol baru-baru ini. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA) mengesahkan bahawa sudah berlaku peningkatan ketara harga barang-barang
bukan kawalan di pasaran pada masa ini. Kenaikan tersebut sudah pasti akan membebankan
pengguna yang berpendapatan sederhana dan rendah. Jadi, sudah sampai masanya para
pengguna menggunakan kebijaksanaan dan kuasa beli mereka untuk menangani kenaikan
harga barangan ini.

Hak sebagai pengguna perlulah digunakan sepenuhnya semasa hendak membeli


barang. Mereka tidak boleh lagi menerima sebarang kenaikan harga barangan begitu sahaja
tanpa melakukan sesuatu tindakan. Langkah berjimat-cermat dan membeli barang jika perlu
sahaja patut menjadi amalan seharian. Pengguna harus berbelanja berdasarkan keperluan
dan bukannya mengikut perasaan. Pengguna perlu melakukan pemantauan sendiri harga
barangan dan hanya memilih premis yang menjual barangan dengan harga yang berpatutan
Para peniaga yang suka menangguk di air keruh ini memang tidak bertanggungjawab dan
hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Mereka terlupa akan tanggungjawab
mereka untuk menyediakan barang dan perkhidmatan yang berkualiti dan setimpal dengan
harga barang atau perkhidmatan tersebut. Sebenarnya keuntungan yang diperoleh secara
menipu memang tidak baik dan tidak diberkati oleh Tuhan. Namun demikian, para peniaga
tersebut kebanyakannya tidak menghiraukan kesusahan yang dialami oleh pengguna. Jadi
para pengguna perlu menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk bersatu dan
mengambil tindakan yang berkesan terhadap peniaga yang tidak jujur.
Agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ini iaitu Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu melakukan pemantauan ke serata tempat di
negara ini. Hal ini membolehkan harga barang-barang dipantau dan dikawal daripada terus
meningkat. Jika harga barang tidak dikawal oleh pihak berkuasa, sudah tentu perkara ini
akan menyebabkan masalah inflasi yang tidak terkawal berlaku di negara kita. Setakat ini,
kadar inflasi di negara kita masih dapat dikawal dan berada pada paras kurang daripada tiga
peratus. Oleh sebab peniaga bergantung pada pengguna untuk membeli barangan mereka,
maka penggunalah sebenarnya mempunyai ‘kuasa’ untuk menentukan harga di pasaran.
(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005)
SOALAN

1. Jelaskan maksud frasa


(a) ... mengesahkan sudah berlaku peningkatan ketara (baris 4 dan 5) [2]
(b) ... suka menangguk di air keruh (baris 18) [2]
2. Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas? [6]
3. “Hak sebagai pengguna perlulah digunakan sepenuhnya semasa hendak membeli
barang.” (baris 8)
Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai.
Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan. [20]

JAWAPAN

1. Maksud frasa

a) ... mengakui bahawa telah meningkat dengan banyak


b) ... gemar mengambil kesempatan
2. Mesej yang hendak disampaikan oleh penulis ialah pengguna hendaklah menggunakan
kebijaksanaan dan kuasa beli mereka untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang. Para
pengguna haruslah bertindak dengan membeli barangan yang perlu sahaja. Para peniaga
pula tidak boleh mengambil kesempatan dan hendak mengaut keuntungan yang banyak
semata-mata.

3. Hak pengguna yang pertama menjamin pengguna untuk memilih dan mendapatkan
barangan yang kualitinya setara dengan harga barangan tersebut. Hak ini perlu
dipertahankan dan sekiranya pengguna tidak mendapat barang yang tidak setara dengan
harganya, perkara ini menunjukkan bahawa hak pengguna sudah dilanggar.

Hak seterusnya ialah pengguna berhak mendapat ganti rugi terhadap barangan yang
rosak. Sekiranya pengguna mendapati barang yang dibelinya itu rosak, maka dia berhak
untuk mendapatkan barang gantinya.

Pengguna juga mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak yang berkuasa. Oleh
itu, sekiranya pengguna berasa tertipu atau diperdayakan selepas membeli sesuatu barang,
pengguna berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Anda mungkin juga menyukai