Anda di halaman 1dari 1

Teks Pengacara Pelancaran Hari Kemerdekaan Yang Ke-61

1) Yang berusaha, Encik Rosli bin Suid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Naka, Yang dihormati Encik
Zubir bin Budin Pen Kanan Pentadbiran, Pen Kanan Kurikulum, Yang dihormati En Fairus b Chutan,
Pen Kanan HEM, En Yusof b Yaakob, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid
yang dikasihi sekalian.

2) Assalammualaikum dan salam 1Malaysia….

Ceria wajah dalam majlis,

Hati berkobar semangat dibawa,

Sambutan merdeka penyeri majlis,

Sematkan gagah di dalam jiwa.

4) Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Naka. Sama-sama kita
panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di
sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan
keamanan yang berpanjangan.

5) Anak-anak SK Naka,

6) Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik
di sekolah ini bersama melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik.

7) Dengan tema "Sehati Sejiwa" , secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan ulangtahun
yang ke-59 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap,
berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan
kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

8) Bagi Memulakan serta memberkati majlis, dengan ini dijemput Ustaz Fatvizan b ___________
untuk membacakan doa.

9) Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fatvizan di atas bacaan doa itu tadi.

Anda mungkin juga menyukai