Anda di halaman 1dari 1

Ciri-ciri bandar pintar

Dalam meniti arus kemodenan ini, negara kita sudah mula membangun secara pesat. Impaknya,
semakin ramai penduduk di Malaysia mula menetap di bandar dan jumlahnya semakin meningkat dari
semasa ke semasa. Lantaran itu, pihak kerajaaan dan perancang bandar kini lebih cenderung ke arah
konsep Bandar Pintar supaya dapat banyak mendatangkan kemaslahatan kepada rakyat Malaysia bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagai bukinya, negara kita sedang mengorak langkah untuk
membangun Iskandar di Johor sebagai bandar pintar. Bandar Pintar yang dirangka dengan ditunjangi
tiga tonggak, iaitu pembangunan ekonomi, alam sekitar dan sosial. Bandar Pintar bergantung
kepada penggunaan meluas dan inovatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk
merancang dan berkongsi sumber bagi pembangunan ekonomi, alam sekitar dan sosial ke arah
kehidupan yang lebih berkualiti dan mapan. Oleh hal yang demikian, persoalan yang sering timbul
dalam gawang minda kita ialah apakah ciri-ciri bandar pintar yang akan didambakan pada masa hadapan
di seluruh negara?

Sebagai mukadimah bicara, kelebihan alam semula jadi ini juga menjadi tarikan utama
pelancong ke bandar pintar seperti Putrajaya di negara kita selain seni bina pembangunannya yang unik.
Kawasan hijau yang diekalkan dalam bandar pintar seperti Putrajaya dapat membantu mengekalkan
persekitaran menjadi lebih sesuai untuk membentuk suasana yang tenang, damai dan selesa. Dengan ini,
kawasan tersebut boleh menjadi tempat riadah dan rekreasi pengunjung. Contoh pembinaan taman seperti
Taman Putra Perdana, Taman Wetland dan Taman Botani yang menjadi aset untuk menarik pelancong ke
sana. Putrajaya menempatkan Pejabat Kementrian, Janatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan bagi
memastikan pengurusan dan agensi berjalan dengan lebih lancar. Selain itu, bandar pintar turut
menempatkan kawasan perumahan berlandskap dan pusat bagi aktiviti komersil, kebudayaan, sukan,
rekreasi serta teknologi maklumat. Bangunan batu yang mengganbungkan seni bina tempatan dan moden
mula memenuhi Putrajaya namun pembangunannya tidak sekali-kali mengorbankan alam semula jadinya.
Putrajaya meruapkan bandar yang memulihara ekosistem melalui perancangan landskapnya sambil
mempromosi kehidupan yang aktif.

Dari sudut pandangan yang lain, ciri-ciri bandar pintar ialah bandar yang memiliki pusat
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) supaya dapat membangun pelbagai aspek dalam ekonomi
negara kita dan mempercepat urusan pentadbiran negara. Bandar pintar akan diperlengkapi dengan
kemudahan sambungan Internet menerusi Super Jaring, kemudahan teknologi tinggi dan kemudahan
penyelidikan dan pembangunan (R&D). Dalam konteks ini, hal ini akan menarik perhatian pelabur-
pelabur luar untuk datang melabur ke dalam bandar itu jika bandar pintar itu dibangun dengan
komprehensif apabila negara kita memperlengkap alat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Selain itu, kemasukan pelabur asing ini juga akan membawa kepada pemodenan alat-alat teknologi yang
canggih ke dalam sesebuah bandar seperti mesin-mesin, jentera, alat-alat komputer dan sebagainya dan
secara tidak langsung meningkatkan ekonomi negara kita. Izharnya, bandar pintar hendaklah memiliki
alat-alat teknologi dan kemudahan yang dapat mempercepat urusan dengan lebih efektif dan efisien.

Sudah terang lagi bersuluh, bandar pintar akan banyak mengundang manfaat kepada negara kita
dalam pelbagai aspek. Oleh itu, segenap strata sosial haruslah bersendel bahu untuk smenyokong kerajaan
kita dalam pembangunan bandar pintar dengan menyumbang komen kita supaya bandar pintar itu akan
dibangun dengan lebih holistik, bak kata mutiara, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Rentetan itu,
bandar pintar yang mampu mengimbangi ketiga-tiga elemen iaitu pembangunan sosial,perlindungan alam
sekitar serta pertumbuhan ekonomi dapat dicanai. Dengan bandar pintar ini, negara kita dapat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju dan menjadikan negara kita cemerlang, terbilang
dan gemilang.

Disediakan oleh: Cikgu Wong M.T. 将来的你 一定会感激那么拼命的自己=D 祝你们成功! Page 1