Anda di halaman 1dari 12

SJKC KIOW MIN

UJIAN BULAN MAC TAHUN 2018


BAHASA MELAYU
( PENULISAN )
TAHUN 5
Nama : ________________________ ( ) Markah : __________%
Kelas : 5 T/tangan Ibu bapa : __________

Arahan :

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian:Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
4. Bagi Bahagian B, jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang

Bahagian A

(20 markah)

Soalan 1 – 13

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Layan rakyat ____________________ dengan baik,” titah Sultan Mansur Shah.

A. beta
B. patik
C. tuanku
D. hamba

2. “Segala perintah tuanku akan _______________ laksanakan,” kata Tun Perak

kepada sultan.

A. beta
B. patik
C. tuanku
D. baginda

1
3. Soon Keat akan melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan di
____________________.
A. Komtar
B. Pagoda Ayer Itam
C. Hospital Pakar Puteri
D. Universiti Sains Malaysia

Gambar soalan 4

4. Wei Wei meletakkan _______________ bunga di sisi katil nenek.

A. senyuman
B. bayangan
C. hembusan
D. jambangan

Gambar soalan 5

5. Para pengunjung duduk sambil menikmati ____________________ kawasan air

terjun itu.

A. kesejukan
B. keriangan
C. keindahan
D. kemewahan

6. Setiap pagi, murid-murid akan ____________________ di dewan sebelum


masuk ke dalam kelas.

A. berucap
B. berbaring
C. berhimpun
D. bekerjasama

2
Gambar soalan 7

7. Jalur Gemilang ____________________ apabila ditiup angin.

A. berduyun
B. berkibaran
C. bersorakan
D. bertaburan

Gambar soalan 8

8. Hasil kerja Ben Li kurang memuaskan kerana dibuat dengan _______________.

A. tergesa-gesa
B. masing-masing
C. tengah-tengah
D. berwarna-warni

9. Puan Siti menggunakan _______________untuk menyedapkan masakannya.


A. lauk-pauk
B. kusut-masai
C. rempah-ratus
D. lintang-pukang

10. ____________________ dapat digunakan untuk mengenali identiti manusia.

A. Cap Jari
B. Jari manis
C. Jari tengah
D. Jari kelengkeng

11. Jun Kiat menampalkan notis pada ____________________ di belakang bilik


darjah.
A. papan tulis
B. papan iklan
C. papan tanda
D. papan kenyataan

3
12. Perniagaan Pak Cik Lim terpaksa __________________ kerana perniagaannya
mengalami kerugian.

A. cari jalan
B. gulung tikar
C. berputus asa
D. pasang telinga

13. Encik Lim kehilangan ____________________ semenjak restorannya terbakar.

A. ada hajat
B. putih hati
C. buah hati
D. mata pencarian

Soalan 14 – 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Kalang memapah adik keluar dari parit besar itu.

A. Adik dipapah oleh parit besar itu dari Kalang.


B. Parit besar itu dipapah oleh Kalang keluar dari adik.
C. Adik dipapah oleh Kalang keluar dari parit besar itu.
D. Kalang dipapah oleh adik keluar dari parit besar itu.

15. Datuk dan nenek diziarahi oleh Kim Seng sekeluarga di kampung.

A. Kim Seng sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung.


B. Kim Seng sekeluarga menziarahi kampung datuk dan nenek.
C. Datuk dan nenek menziarahi Kim Seng sekeluarga di kampung.
D. Datuk dan nenek menziarahi kampung Kim Seng sekeluarga.
Soalan 16

Pilih ayat yang betul.

I Oh, malangnya nasib Mak Cik Salina!


II Bilakah kamu melancong ke London?
III Usahlah kamu risau tentang perkara ini.
IV Beego seorang yang rajin dan bertanggungjawab.
A. I dan II C. I, III dan IV
B. II dan III D. II, III dan IV

4
Soalan 17 – 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selamat sejahtera, murid-murid.


Program Kenang Budi akan diadakan pada cuti nanti. Banyak bekas murid
sekolah ini telah berjaya dalam pelbagai bidang seperti doktor, arkitek,
usahawan, peguam dan pegawai polis. Mereka bersedia untuk berkongsi
pengetahuan dan pengalaman kerjaya masing-masing. Murid-murid boleh
mendapatkan maklumat lanjut tentang kerjaya yang kalian minati.
Murid-murid, dengar pesanan Cikgu Teo. Pada hari Program Kenang Budi,
kamu diminta berkumpul di dalam dewan pada pukul 8.00 pagi. Bekas murid
sekolah ini akan memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian, kamu akan
dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang kerjaya tertentu.
Bekas murid sekolah ini pula akan menerangkan cabaran dan kelebihan
kerjaya mereka.
Akhir sekali, saya berharap agar kamu akan menyampaikan pesanan ini
kepada rakan-rakan yang tidak hadir. Semua murid tahun lima akan terlibat
dalam program ini.

17. Siapakah yang akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam


Program Kenang Budi?

A. Cikgu Teo
B. Guru Besar
C. Bekas murid-murid
D. Semua murid tahun lima

18. Apakah tujuan Program Kenang Budi?

A. Murid-murid berpeluang untuk memilih kerjaya yang minati dalam Program


Kenang Budi.
B. Murid-murid dapat memperkenalkan diri masing-masing dalam Program
Kenang Budi.
C. Murid-murid dapat menerangkan cabaran dan kelebihan kerjaya mereka
dalam Program Kenang Budi.
D. Murid-murid boleh memperoleh maklumat terperinci tentang kerjaya
yang minati dalam Program Kenang Budi.

5
19. Pilih pernyataan yang salah tentang petikan.

A. Program Kenang Budi akan diadakan pada cuti sekolah.


B. Semua murid yang belajar di sekolah ini wajib mengikuti program ini.
C. Murid-murid diminta menyampaikan pesanan Cikgu Teo kepada rakan-
rakan yang tidak hadir.
D. Murid-murid diminta berkumpul di dalam dewan pada pukul 8.00 pagi pada
hari Program Kenang Budi.

20. Kim Ho seorang murid yang berminat dalam bidang perubatan. Apakah
kumpulan yang paling sesuai untuknya ketika Program Kenang Budi?

A. Kumpulan arkitek
B. Kumpulan doktor
C. Kumpulan peguam
D. Kumpulan pegawai polis

6
Bahagian B
(30 markah)
Soalan 21
Isi tempat kosong dengan perkataan yang berimbuhan pinjaman.

budiman jururawat jelitawan

tatabahasa maharaja pancaindera

a. Pendengaran ialah satu daripada ____________________kita.


b. Seorang ____________________ sedang mengambil suhu badan seorang
pesakit.
c. Perdana Menteri yang ____________________ itu amat disenangi dan
dihormati oleh rakyat.
d. Cikgu Tan sedang mengajar ____________________ di dalam kelas Tahun
Lima Cerdik.
(4 markah)

Soalan 22

a. Tuliskan kata tanya yang sesuai berdasarkan jawapan yang diberi.

______________________________________________________________________________
__________________________________________________________________ ( 2 markah)

Jawapan : Makanan kegemaran saya ialah mi goreng dan nasi lemak.

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Justin, tolong ibu


letakkan makanan
ini di atas meja.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(2 markah)
7
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________________________

(2 markah)

8
Soalan 23
Bacakan petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selepas menikmati hidangan pagi, Sarah dan keluarganya membersihkan


halaman rumah mereka. Ayah Sarah memesin rumput dengan mesin
pemotong rumput manakala ibu Sarah menyabit semak-samun. Sarah pula
bertugas untuk menyapu dedaun kering yang gugur.

Sarah enggan melakukan kerja kerana dia berpendapat bahawa kerja itu
memenatkan. Dia hanya termenung di bawah sebatang pokok rambutan.

Tiba-tiba, Sarah ternampak sekumpulan semut sedang mengusung


serpihan biskut yang agak besar secara bergilir-gilir. Sarah memerhatikan semut-
semut itu mengusung serpihan biskut ke sarang mereka tanpa henti.

Sarah berasa kagum dengan sikap semut-semut itu kerana boleh bekerja
secara beramai-ramai dan harmoni tanpa pergaduhan. Akhirnya, serpihan
biskut yang besar itu berjaya diusung ke sarang mereka dengan selamat.

Sikap dan semangat semut-semut itu telah memberi pengajaran kepada


Sarah. Tanpa berlengah, Sarah segera menjalankan tugas dengan bersungguh-
sungguh.

a. Apakah yang dilihat oleh Sarah apabila termenung di bawah pokok


rambutan?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2 markah)

b. Sila lengkapkan carta di bawah.

Watak Sarah Ayah Sarah Ibu Sarah

Tugas _______________ memesin _______________


_______________ rumput _______________

(2 markah)

c. Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang dapat dipelajari


berdasarkan petikan di atas?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(3 markah)
9
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Dalam perjalanan pulang ke kampung, Soon Keat berasa resah. Dia bimbang
akan kesihatan neneknya. Dia berharap agar neneknya tidak menghadapi
masalahkesihatan yang serius.
Soon Keat teringat akan perbualan dengan neneknya menerusi telefon
pagi tadi. Neneknya terbatuk-batuk. Percakapannya terputus-putus. Apabila
sampai di rumah nenek, Soon Keat sekeluarga terus berjumpa dengan nenek di
dalam biliknya.
“Apa khabar, nenek?” tanya Soon Keat sambil memeluk neneknya dengan
erat.
“Nenek sihat. Hanya batuk itu tidak hilang-hilang sejak beberapa hari yang
lalu,” jawab nenek sambil terbatuk-batuk.
Bapa dan ibu Soon Keat menghampiri nenek. Mereka memimpin tangan
nenek untuk membawanya pergi ke klinik. Mereka turut berasa bimbang akan
kesihatan nenek.
Apabila tiba di klinik, Doktor Song merawat nenek Soon Keat dengan teliti.
Menurut Doktor Song, nenek mengalami batuk disebabkan oleh keadaan
persekitaran dan kurang minum air. Mujurlah, penyakit nenek tidak serius.
“Usahlah kalian bimbang. Yang penting, pastikan Puan Lim makan ubat
pada waktu yang tetap dan mendapat rehat yang mencukupi,” kata Doktor
Song.
Setelah mengambil ubat, Soon Keat sekeluarga membawa nenek pulang
ke rumah.

a. Perkataan bimbang dalam petikan boleh juga digantikan atau sama


maksud dengan perkataan ____________________.
(1 markah)
b. Mengapakah Soon Keat berasa resah dalam perjalanan pulang ke
kampung?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2 markah)
c. Apakah pesanan yang diberi oleh Doktor Song terhadap Puan Lim?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2 markah)

10
d. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Soon Keat berharap agar neneknya


tidak
menghadapi masalah kesihatan yang
serius.
Soon Keat dan ayahnya memimpin Betul
tangan
nenek untuk membawanya pergi ke
klinik
Punca penyakit batuk nenek ialah udara Salah
yang nyaman dan kurang minum air.

Soon Keat sekeluarga membawa nenek


pulang ke rumah setelah mengambil
ubat.

(2 markah)
Soalan 25
Baca syair di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syair Kasih Sejati


Hujung minggu rumah didatangi, Kunjungan mereka semasa cuti,
Ibu saudara dari Sungai Petani, Memangnya sudah lama dinanti,
Satu keluarga dibawa ke sini, Dapat mengeratkan kasih sejati,
Riuhnya rumah tidak terperi. Kukuh ikatan bak tersimpul mati.

Mak Cik Salimah yang baik budi, Dua keluarga dapat bertemu,
Parasnya cantik dan baik hati, Bersembang mesra tanpa jemu,
Suaminya seorang yang dihormati, Sambil bercanda sambil berjamu,
Anak-anak pula merendah diri. Semakin ceria berkongsi ilmu.

a. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan


yang salah berdasarkan syair tersebut.

Saling berkunjung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Saling berkunjung dapat merenggangkan hubungan


kekeluargaan.

(1 markah)
11
Dua keluarga dapat bertemu,
Bersembang mesra tanpa jemu.

b. Terangkan maksud baris-baris syair di atas.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

(2 markah)

c. Hubungan kekeluargaan yang erat amat penting dalam melahirkan


keluarga bahagia. Nyatakan tiga cara yang dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

i. ____________________________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________________________

iii.____________________________________________________________________________

(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________ __________________
(Puan Ashikin) (Puan Gan Geok Kee)
Guru BM Thn 5 Ketua Panitia BM
12

Anda mungkin juga menyukai