Anda di halaman 1dari 6

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN &

KAUNSELING

1. Mengadakan rundingcara dengan pelajar yang mengalami masalah peribadi dan


merekodkan butir-butir rundingan itu dengan penuh rahsia.
2. Mendapatkan butir-butir pelajar yang cacat, yang terlalu mundur dan yang kurang
bernasib baik.

3. Mengadakan penyiasatan latarbelakang pelajar dengan menemui penjaga


sekiranya terdapat pelajar yang bermasalah. Hasil penyiasatan hendaklah
direkodkan dan dirahsiakan. Tindakan sewajarnya diambil selepas penyiasatan
rapi

4. dijalankan.Membimbing pelajar dalam proses pembelajaran.

5. Membimbing pelajar-pelajar memilih mata pelajaran dalam peperiksaan,sekiranya


perlu

6. Membimbing pelajar mengembangkan bakatnya dalam bidang tertentu mengikut


minat dan kebolehan.

7. Mengumpulkan dan menyampaikan maklumat-mnaklumat kepada pelajar-pelajar


berhubung dengan bimbingan dan kerjaya.

8. Membimbing pelajar memilih kerja,cara memohon,cara mendapatkan dan


mengisi borang dan memberi panduan cara-cara menghadapi temuduga.

9. Menyelia rombongan dan mengurus ceramah-ceramah motivasi/UPSR dll.

10. Menghadiri kursus-kursus,bengkel atau seminar apabila dikehendaki dan


melaksanakan apa yang dipelajari.

11. Mengendalikan motivasi dan menentukan ia bergerak dengan aktif termasuk


mengadakan pertandingan-pertandingan poster dan pameran-pameran.
12. Menguruskan kad-kad pelajar :

a) Menyusun Kad 001 (M), tenaga asas dan penyata Kemajuan mengikut
tingkatan dan menyimpannya di Bimbingan dan Kaunseling.

b) Mengeluarkan dan mendapatkan kad-kad tersebut bagi pelajar-pelajar


yang berpindah dan masuk sekolah itu

c) Memastikan butir-butir kad tersebut dikemaskinikan.

13. Bekerjasama dengan guru disiplin dan guru tingkatan untuk keperluan mengisi
borang-borang di atas untuk menyelesaikan masalah pelajar.

14. Menyediakan laporan kegiatan Kelab Kerjaya, laporan salah guna dadah dan
laporan kajian-kajian kes.

15. PRO dengan agensi-agensi kerajaan.

16. Guru Penasihat Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

17. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pengetua.

FIZIKAL DAN PRASARANA SEKOLAH


(BILIK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

a) Koleksi Gambar Sekolah (Lampiran)


b) Fungsi Bilik-Bilik Khas
i) Bilik Rawatan
Bilik rawatan ialah bilik di mana murid yang didapati sakit sewaktu
berada di sekolah ditempatkan sementara menunggu ibu bapa datang
untuk membawa ke hospital
untuk rawatan.
ii) Bilik Pengurusan Sukan
Tempat menyimpan peralatan untuk kegunaan Pendidikan Jasmani.
Peralatan di dalam bilik ini adalah hak sekolah dan hanya boleh
digunakan semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
iii) Bilik Skim Pinjaman Buku Teks
Bilik ini diwujudkan sebagai tempat untuk menguruskan Skim Pinjaman
Buku Teks.
iv) Bilik Makmal Sains
Makmal sains berfungsi untuk membuat eksperimens atau ujikaji.
v) Makmal Komputer
Bilik ini digunakan sebagai kemudahan bagi pelajar dalam proses
pembelajaran khasnya untuk mendapatkan maklumat berkaitan subjek
yang dipelajari.
vi) Bilik Darjah
Bilik darjah merupakan tempat di mana proses pembelajaran berlaku dan
kawalan disiplin turut dipantau. Murid-murid dapat menimba ilmu di
dalam bilik darjah.
vii) Bilik Unit Bimbingan dan kaunseling
Bilik ini merupakan tempat menjalankan sesi bimbingan individu,
bimbingan kelompok, bimbingan akademik, bimbingan kerjaya,
pendidikan pencegahan dadah dan saluran maklumat berkenaan dengan
motivasi dan perkembangan diri.

SETIAUSAHA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

i) Menyedia perancangan pelaksanaan pengurusan Kursus Dalam


Perkhidmatan (KDP) sepanjang tahun.
ii) Membuat kertas cadangan, penilaian dan dokumentasi terhadap prestasi
pelaksanaan dan pencapaian untuk dilaporkan dari semasa ke semasa
dalam mesyuarat MPPP atau JK Akademik.
TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT PERSATUAN

1. Bertanggungjawab menasihati,membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan


persatuan-persatuan yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan bergerak.

2. Bertanggungjawab sebagai penggerak kepada peraturan-peraturan yang berkenaan bagi


melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli-ahli seperti :

a) Menganjurkan projek-projek tertentu.

b) Mengadakan kursus-kursus bimbingan dan bidang-bidang yang sesuai.

c) Menganjurkan ceramah-ceramah, seminar, forum.

d) Mengadakan lawatan sambil belajar.

e) Berbagai-bagai kegiatan lain.

3. Dari kegiatan yang tersebut di atas tiap-tiap persatuan dikehendaki melaksanakan


sekurang-kurangnya :

a) Suatu projek tertentu

b) satu lawatan sambil belajar.

4. Membimbing ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam memahami


peraturan-peraturan berpesatuan,misalnya peraturan-peraturan mesyuarat dan sebagainya.

5. Menggiatkan lagi kecenderungan pelajar dalam bidang pelajaran.

6. Menentukan bahawa Rancangan Kegiatan satahun dibuat dan disampaikan kepada


PKKK pada awal semester persekolahan yang pertama setiap tahun.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PERMAINAN

1. Memajukan kemahiran dan minat pelajar dalam permainan yang dijagai.

2. Membentuk,membuat pemilihan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang


dirangka.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan itu.

4. Menentukan undang-undang permainan dan perlawanan untuk perlawanan antara


rumah. Menganjurkan perlawanan antara sekolah sebarapa kerap yang mungkin.

5. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar termasuk


surat izin ibu bapa dan memastikan pelajar itu dilindungi insurans.

6. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh


pasukan sekolah dan pertandingan-pertandingan peringkat sekolah.

7. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi permaiann


itu.

8. Memastikan pelajar pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi di


samping menjunjung undang-undang dan disiplin sekolah.

9. Menentukan peralatan/gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan


selamat untuk digunakan.

10. Merancang dengan guru-guru rumah mengenai aktiviti-aktiviti tahunan di awal


penggal.

11. Menilai prestasi pasukannya dalam permainannya.

12. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GURU BESAR/ PKKK dari masa ke semasa.

AJK KURIKULUM SEKOLAH

1. PERANAN

Bertanggungjawab meninggikan taraf pengajaran dan pembelajaran murid-murid di


sekolah mereka supaya mereka dapat menunjukkan prestasi yang baik di dalam semua
bidang yang ada di sekolah

2. TUGAS :

 Mengkaji sukatan pelajaran baru (jika ada) dan membuat syor-syor/teguran-


teguran terhadap kesesuaian untuk dimajukan kepada PPG.
 Mengkaji dan menilai buku-buku teks/buku-buku tambahan yang digunakan oleh
murid- murid untuk menentukan kesesuaiannya. jika didapati tidak sesuai, akan
dimajukan kepada J/K Kurikulum PPG.

 Menilai rancangan kerja.

 Menentukan perjalanan Panitia mata Pelajaran.

 Membincang/menilai prestasi murid-murid dan langkah-langkah untuk


memperbaikinya :

 Mengadakan kelas tambahan

 Mengadakan kelas-kelas bimbingan.

 Merancang dan mengelola kursus-kursus dalaman untuk semua guru di sekolah


masing- masing.

 Sentiasa mengikuti perkembangan baru kursus-kursus pengajian Kementerian


Pelajaran.

 Berusaha untuk memperbanyakan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.

 Menyedari/mengetahui mengenai program-program radio dan TV.

 Mengetahui mengenai bahan-bahan rujukan yang ada di perpustakaan sekolah.

 Penyelaras penilaian bulanan/penggal/tahunan

 Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai