Anda di halaman 1dari 3

2.

0 Tema
Keghairahan Siam menyerang Melaka tanpa menilai kelemahan diri sendiri dan
menyiasat kekuatan pihak lawan terlebih dahulu sebelum mengatur serangan.

3.0 Persoalan
1. Kebijaksanaan Tun Perak dalam mengatur strategi menghalang serangan dari
Siam
a) Tun Perak membawa rakyat dari Kelang bersama-sama anak isteri untuk
menaikkan semangat berperang
b) Tun Perak mengikat puntung api pada pokok bakau, pokok nyirih dan pokok
api-api di sepanjang pantai bagi menakutkan pihak musuh.

2. Semangat tidak mudah berputus asa.


Siam mengatur serangan ke atas Melaka sebanyak tiga kali walaupun kesemua
percubaan tersebut menemui kegagalan.

3. Kepentingan permuafakatan antara pemimpin memperkukuh ketahanan


negara.
Konflik antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja telah menyebabkan masyarakat
berpecah yang boleh melemahkan kekuatan negara.

4. Perkahwinan dapat mengeratkan perhubungan persaudaraan.


Contohnya, Sultan telah menjodohkan Tun Kudu anak saudara Tun Perak dengan Sri
Nara Diraja.

5. Tanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing tanpa mencampuri


urusan orang lain
Tun Perak meminta Seri Amarta tidak mencampuri urusannya dan mempersoalkan
sesuatu tindakan yang diambil.

6. Merahsiakan sesuatu perkara bagi mengelakkan konflik dalam keluarga.


Seri Nara Diraja merahsiakan anak hasil hubungannya dengan gundik bagi
mengelakkan berkonflik dengan isteri

7. Unsur kesaktian dalam peperangan


Sidi Arab mempunyai kesaktian dalam ilmu memanah. Beliau telah memanah dari
Melaka sehingga dapat membunuh Cau Pandan yang berada di benua Siam.
KEFAHAMAN PROSA TRADISIONAL
Aktiviti:
i. Bincangkan jawapan bersama ahli kumpulan anda.
ii. Bentangkan jawapan kumpulan anda di hadapan kelas.

Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu
berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara
Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan
sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang
banyak itu, maka dilanggarnya sekali dua tiga buah perahu Siam alah,
lalu ia terus ke sebelah, maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain,
itupun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah.
Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari
malam maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja,
segala pohon kayu bakau dan nyarih dan tumpu api-api itu sekaliannya
disuruhnya tambah puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam itu api
tiada terbilang lagi banyaknya. Maka kata hulubalang Siam, "Terlalu
banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia
datang, apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan
oleh kita."
Maka kata Awi Dicu, "Benarlah seperti kata kamu itu, marilah kita
kembali sebelum hari siang ini." Maka segala orang Siam pun kembalilah.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan "kelakuannya gila-gila bahasa"?


[2 markah]

2. Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja


dalam petikan di atas untuk menakutkan askar Siam itu? [3 markah]

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah peperangan di antara dua buah


negara boleh dielakkan? [ 4 markah ]

4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh rakyat di


negara kita supaya negara kita tidak dijajah oleh kuasa asing? [ 4 markah
]
5. Huraikah satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
nilai yang terdapat dalam cerita tersebut. [ 4 markah ]