Anda di halaman 1dari 1

Pencemaran alam seperti pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi yang

membawa pelbagai akibat buruk semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Hal ini bertambah
parah dari tahun ke tahun.

Terdapat pelbagai punca berlakunya pencemaran alam. Sikap manusia yang gemar
membuang sampah-sarap dan sisa toksik ke dalam sungai dan sumber air menjadi punca
kepada pencemaran air. Rumah-rumah kediaman dan kilang-kilang yang terletak
berhampiran sungai kebanyakannya mengambil langkah mudah menyalurkan bahan
buangan ke sungai-sungai. Hal ini menyebabkan berlakunya pencemaran air yang
memusnahkan hidupan akuatik.

Pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan dan asap kilang-kilang perusahaan pula
menjadi punca kepada pencemaran udara. Asap yang mengandungi karbon monoksida ini
amat berbahaya kepada hidupan. Sebagai contoh, Saban tahun negara kita dilanda jerebu
yang teruk berpunca daripada sikap masyarakat yang gemar melakukan pembakaran
terbuka.

Penebangan hutan yang tidak terkawal untuk pembalakan dan penerokaan kawasan
pertanian juga menjadi punca berlakunya pencemaran alam. Apabila pokok-pokok ditebang,
maka banyak kawasan tadahan musnah. Hal ini menyebabkan berlakunya pencemaran
sungai apabila hujan turun dengan lebat. Lumpur-lumpur daripada kawasan hutan yang telah
ditebang akan mengalir ke sungai dan seterusnya dibawa arus ke hilir sungai. Hal ini
menyebabkan sungai menjadi cetek dan tercemar oleh lumpur. Banjir lumpur yang
mengancam nyawa juga mudah berlaku.

Selain itu, bunyi enjin kenderaan dan jentera kilang juga menyumbang kepada pencemaran
bunyi. Pertambahan bilangan kenderaan dan kilang-kilang perusahaan menyebabkan
masalah pencemaran bunyi semakin parah saban tahun. Keadaan ini boleh menyebabkan
kita menghadapi masalah pendengaran.

Kesimpulannya, sikap manusialah yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam yang


membawa kesan yang buruk kepada hidupan. Semua anggota masyarakat perlu peka
sekiranya ingin mengatasi masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai