Anda di halaman 1dari 9

SOALAN KUIZ TINGKATAN 4

No Soalan Jawapan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan wawasan diri?
A. Angan-angan yang dijadikan kenyataan
B. Semangat yang ada pada diri
C. Impian yang telah terlaksana
D. Pandangan jauh tentang perkembangan masa depan diri
sendiri

2. Apakah yang perlu dilakukan agar aku janji wawasan diri yang
ditulis lebih efektif dan bersemangat untuk dilaksanakan?
A. Dibaca pada setiap hari
B. Ditampalkan di dinding bilik
C. Diberitahukan kepada adik
D. Disimpan dalam diari peribadi

3. Yang berikut adalah kemahiran yang diperlukan untuk


mencapai wawasan diri kecuali...
A. Kemahiran psikomotor
B. Kemahiran merancang
C. Kemahiran membuat andaian
D. Kemahiran menyelesaikan masalah

4.
Ramli mengikuti pembelajaran
dandanan dan persolekan di
peringkat SPM sebagai persediaan
untuk menjadi pengusaha salun
kecantikan kelak
Berdasarkan pernyataan di atas, langkah yang diambil oleh
Ratna ini dapat diklasifikasikan sebagai...
A. Melaksanakan usaha
B. Mengatur hala tuju diri
C. Menetapkan wawasan diri
D. Mempamerkan sikap yang positif

5.
Amran gagal dalam peperiksaan
pada tahun lepas.
Apakah yang perlu dilakukan oleh Afiq untuk menebus
kekecewaannya?
A. Mempunyai pelbagai buku rujukan yang baik
B. Berusaha keras untuk mengatasi kelemahan diri
No Soalan Jawapan
C. Mencipta wawasan diri yang baru
D. Berserah kepada tuhan agar diberi kekuatan

6. Remaja yang tiada kekuatan rohani pada umumnya…


A. Mudah letih
B. Bersemangat waja
C. Mematuhi suruhan ibu bapa
D. Mudah terpengaruh oleh gejala negatif

7. Berikut merupakan ciri-ciri orang yang mempunyai rohani


yang teguh kecuali...
A. Menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta
B. Mempunyai akhlak yang mulia
C. Jiwa sentiasa tidak tenang
D. Memupuk dan membina disiplin diri

8. Shikin murid cemerlang. Selain cemerlang dalam akademik, dia


aktif dalam aktiviti kokurikulum juga. Dia disenangi oleh rakan
dan guru kerana sikapnya yang rajin, tidak sombong,
bertoleransi dan selalu membuat kebaikan. Shikin telah
menunjukkan keseimbangan diri dari aspek..
A. Intelek dan rohani
B. Intelek dan jasmani
C. Intelek, jasmani dan rohani
D. Intelek, jasmani, rohani dan emosi

9. Yang berikut adalah kepentingan mengawal emosi, kecuali..


A. Mengelakkan orang lain tersinggung
B. Menjaga perhubungan dengan orang lain
C. Dapat bekerjasama erat dengan rakan-rakan
D. Menggalakkan berlakunya tindakan yang tergese-gesa

10. Manakah anatar berikut bukan elemen kecerdasan emosi (EQ)


A. Kefahaman jiwa
B. Kawalan diri
C. Empati
D. Kemahiran interpersonal

11. Apakah maksud empati?


A. Kebolehan memahami emosi diri
B. Kebolehan mengawal emosi
C. Kemahiran yang dimiliki dalam mengurus perhubungan
D. Kebolehan memahami emosi orang lain.

12. Namakan institusi yang paling asas untuk membentuk


No Soalan Jawapan
masyarakat yang berkualiti.
A. Institusi awam
B. Institusi keluarga
C. Institusi pendidikan
D. Institusi pengajian tinggi

13. Manakah antara yang berikut bukan ciri terbaik untuk memilih
pasangan hidup?
A. Memiliki akhlak yang baik
B. Memiliki pegangan agama yang teguh
C. Mengutamakan keturunan dan kecantikan
D. Menerima kekurangan dan kelebihan pasangan

14. Selain mengembangkan zuriat, nyatakan satu lagi keperluan


berkeluarga kepada negara
A. Menyediakan keperluan tenaga pekerja untuk
pembanguanan negara
B. Menjadikan sesebuah negara bertambah kuat dan maju
C. Menggalakkan pengimportan sumber makanan dari luar
negara
D. Mempelbagaikan rakyat berbilang kaum di negara ini

15. Bagaimanakah sesebuah keluarga dapat menyumbang kepada


ekonomi negara secara tidak langsung?
A. Bekerja secara tetap dan sambilan utuk menambah
pendapatan negara
B. Menyumbankan cukai perkhidmatan dan hiburan
C. Membuat pinjaman kewangan daripada bank
D. Menjalankan aktiviti perniagaan untuk menyara hidup

16.
 Menyediakan pemimpin pelapis yang akan
mewarisi pentadbiran negara
 Menyediakan anggota tentera untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan negara

 Kenyataan di atas adalah antara keperluan berkeluarga bagi


aspek
A. Sosial
B. Ekonomi
C. Politik
D. Rohani

17. Berikut merupakan peranan utama LPPKN?


A. Meningkatkan kesejahteraan keluarga
No Soalan Jawapan
B. Menangani masalah sosial
C. Menggubal dasar dan undang-undang
D. Mengkaji isu-isu tentang cabaran dalam masyarakat dan
institusi keluarga

18. Apakah peranan ibu bapa dalam memilih jodoh yang baik?
I. Membantah pilihan anak
II. Memberikan panduan tentang cara memilih pasangan
hidup
III. Menasihati anak agar membuat pilihan yang terbaik
IV. Memilih pasangan anak berdasarkan faktor kebendaan

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

19. Pilih sikap-sikap generasi yang berwawasan.


I. Berdaya saing
II. Positif akan sesuatu perubahan
III. Berani menghadapi cabaran
IV. Bergantung kepada takdir

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

20. Agensi-agensi yang berikut berperanan dan bertanggungjawab


terhadap hal ehwal keluarga, kecuali...
I. Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya
II. Yayasan Pembanguan Keluarga Darul Ta’zim
III. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
IV. Kementerian Sumber Manusia.

A. I sahaja
B. IV sahaja
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

SOALAN KUIZ TINGKATAN 5


No Soalan Jawapan
1. Mengapakah pendidikan sepanjang hayat adalah penting?
A. Membimbing kita ke jalan yang benar
B. Membantu kita menjadi orang yang pandai
C. Menjadikan kita disegani dan disanjungi orang ramai
D. Meningkatkan taraf pemikiran kita demi mencapai
pengetahuan baru

2. 2. Apakah kelebihan orang yang pandai mengurus masa?


A. Sentiasa memperolehi kejayaan dalam hidupnya
B. Dapat melakukan banyak perkara daripada orang lain
C. Dapat menjalankan aktiviti kehidupannya dengan
tenang dan terkawal
D. Tidak memerlukan bantuan orang lain dalam
melakukan sesuatu perkara

3. 3. Kita perlu berfikir dan bertindak secara rasional terhadap


sesuatu perkara. Sekiranya seorang pelajar menghadapi
masalah, tindakan rasional yang manakah perlu
dilakukan?
A. Pendam dalam hati
B. Cari jalan penyelesaian sendiri
C. Berbincang dengan guru dan ibubapa
D. Cuba sedaya upaya melupakan masalah tersebut

4. Antara berikut, perkara yang manakah harus dihindarkan


dalam melengkapkan diri kita dengan ilmu
pengetahuan?
A. Berusaha dengan lebih gigih
B. Sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran
C. Bertenang dan berdoa untuk kejayaan dalam
kehidupan
D. Berputus asa apabila tidak dapat melaksanakan
sesuatu perkara

5.
“USAHA TANGGA KEJAYAAN”

Prinsip di atas sesuai di labelkan kepada golongan yang


A. Berfikiran matang dan terbuka
B. Sentiasa berjaya dalam kehidupannya
No Soalan Jawapan
C. Suka berlajar bersungguh-sungguh
D. Golongan yang tidak berputus asa untuk mencapai
kejayaan dalam kehidupan

6. Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran kendiri?


A. Kemampuan untuk menguasai bidang yang diceburi
B. Kebolehan membuat kesimpulan sendiri terhadap
sesuatu isu dan permasalahan
C. Kebolehan untuk meneruskan pembelajaran
walaupun terdapat pelbagai halangan
D. Keinginan minda untuk mengembangkan minda
ingin tahu dan dahaga akan ilmu

7. Kita perlu berfikir dan bertindak secara rasional terhadap


sesuatu perkara. Sekiranya seorang pelajar menghadapi
masalah, tindakan rasional yang manakah perlu
dilakukan?
A. Pendam dalam hati
B. Cari jalan penyelesaian sendiri
C. Berbincang dengan guru dan ibubapa
D. Cuba sedaya upaya melupakan masalah tersebut

8. Antara berikut, yang manakah merupakan golongan ahli


masyarakat yang harus sentiasa kita bantu?
A. Berpendapatan rendah
B. Mempunyai penyakit yang agak serius
C. Kurang berupaya dan tidak bernasib baik
D. Ramai bilangan ahli keluarganya

9.
“REMPIT & LUMBA HARAM”

Aktiviti yang dilakukan kumpulan remaja di atas


menunjukkan mereka….
A. Tidak menyayangi nyawa
B. Melakukan kegiatan yang positif
C. Cekap mengendalikan motosikal
D. Adalah kumpulan remaja yang membuat keputusan
bijak

10. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan individu


No Soalan Jawapan
yang menghargai nyawa?
A. Eddy sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain
B. Anson selalu membiarkan orang lain menindasnya
tanpa melalukan apa-apa
C. Jamaludin cepat marah dan tegas jika berlaku
perbezaan pendapat dengan rakannya
D. Ismail selalu menunjukkan perasaan untuk
mendapatkan keadilan

11. Bagaimana cara cara untuk menjaga maruah Negara?


A. Meninggikan diri agardihormati dan disegani oleh orang
lain.
B. Sentiasa cuba untuk menyumbang sesuatu untuk
pembangunan Negara
C. Membangkang pembaharuan yang dilakukan untuk
Negara
D. Menjaga diri dan tidak bergaul dengan kaum lain

12. Sebagai seorang remaja, apakah yang dapat dilakukan untuk


memelihara maruah dan nama Negara?
A. Elakkan diri daripada terlibat dengan gejala social
seperti penggunaan dadah
B. Bekerja sambilan selepas waktu persekolahan untuk
menambahkan pendapatan
C. Menyebarkan maklumat penting Negara melalui
internet kepada rakan di luar Negara
D. Berlajar bersungguh-sungguh untuk menyambung
pengajian di luar Negara dan menyertai gerakan anti
kerajaan

13. Antara berikut, yang manakah boleh mengancam nyawa?


A. Keruntuhan akhlak dan moral ahli masyarakat
B. Kemerosotan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang
C. Pertambahan kemasukan warga asing ke dalam Negara
D. Penyakit-penyakit kritikal seperti AIDS dan selesema
Burung

14.
Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Labuan
diajar menggunakan computer dan mengakses
internet
No Soalan Jawapan
serta didedahkan dengan pelbagai bahan teknologi
terkini.

Apakah tujuannya kemudahan tersebut disediakan?


A. Persediaan untuk alam kerjaya kepada pelajar-pelajar
pada masa hadapan
B. Memudahkan pelajar-pelajar menggunakan computer
di kedai siber dan di rumah
C. Tidak berasa bosan dan dapat mengakses ke internet
pada bila-bila masa
D. Pelajar-pelajar mempunyai kesedaran tentang
kepentingan ICT dan teknologi maklumat yang dapat
menyediakan pelbagai bahan rujukan untuk
pembelajaran sepanjang hayat

15.
Encik Raudin yang berumur 45 tahun adalah seorang
Jurutera. Pada masa lapang, Encik Raudin gemar
mencipta alatan yang berguna dalam pembangunan
Negara. Untuk merealisasikan cita-cita tersebut, Encik
Raudin banyak membaca, membuat rujukan dan
berbincang dengan rakan-rakannya.

Berdasarkan pernyataan di atas, Encik Raudin dikatakan


mempunyai cirri-ciri

i. Pembelajaran kendiri ii. Kemahiran


berfikir
ii. Kemahiran penggunaan ICT iv.
Mementingkan diri sendiri
A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv
B. i, ii dan iv D. i, iii dan iv

16. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri


wawasan diri?
I. Jelas dan mudah difahami
II. Ada semangat dan keazaman
III. Mempunyai dorongan yang kuat
IV. Asli dan lahir daripada keinsafan diri
No Soalan Jawapan
A. I dan II
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

Anda mungkin juga menyukai