Anda di halaman 1dari 5

SISTEM PENJAJARAN RODA

1.0 Maksud Penjajaran Roda

Menentukan semua roda-roda kenderaan tersebut dapat bergerak dalam keadaan


lurus, bebas dan sama rata di atas permukaan jalan. Penjajaran yang betul dan
kemas, penggunaan bahanapi yang ekonomi serta jangka hayat tayar yang lebih
panjang.

2.0 Prinsip Penjajaran Roda

Tujuan penjajaran roda untuk mengelakkan tayar scuffing, slipping atau mengheret
didalam semua pergerakkan kenderaan. Terdapat enam sudut semuanya yang
diperlukan untuk menghasilkan jajaran roda yang betul dan tepat.

a. Sudut Kaster (positif atau negative)


b. Sudut Kamber (positif atau negative)
c. Sudut toe (toe in atau toe out)
d. Steering axis inclination
e. Toe out dalam belokkan
f. Tracking

a) Sudut Kaster

Sudut kaster adalah sudut kecondongan ke hadapan atau belakang steering knuckle
dipandang dari tepi kenderaan. Sudut kaster bukanlah sudut yang boleh
manghauskan tayar. Tujuan sudut kaster termasuk:

- Menolong mengawal pergerakkan kenderaan tersebut

- Menolong mengembalikan tayar hadapan ke kedudukan lurus ke hadapan setelah


membelok

- Untuk off set road crown pul

Terdapat dua jenis sudut kaster yang dikenakan pada kenderaan bergantung pada
jenis sistem steering kenderaan tersebut sama ada jenis biasa atau jenis steering
kuasa. Jenis steering kuasa menggunakan sudut kaster positif dan jenis steering
biasa menggunakan sudut kaster negative belakang kenderaan tersebut.

Sudut kaster positif menolong menentukan tayar bergerak dalam keadaan lurus.
Sudut kaster negatif ditentukan oleh kecondongan bahagian atas steering knuckle
ke bahagian hadapan kenderaan tersebut. Sudut kaster negatif menolong
menyenangkan pergerakkan roda untuk membelok.
b) Sudut Kamber

Sudut kamber ialan sudut kecondongan bahagian atas tayar hadapan sama ada ke
luar atau ke dalam kenderaan dipandang dari hadapan tayar tersebut. Sudut kamber
menolong mengawal sama ada semua bahagian bunga tayar menyentuh
permukaan jalan dengan rata atau tidak. Sudut kamber adalah sudut yang boleh
menghauskan tayar. Tujuan sudut kamber adalah:

- Untuk mengawal kehausan tayar di bahagian luar dan bahagian dalam

- Untuk meletakkan banyak beban pada galas roda yang lebih besar

- Untuk menolong pengawalan roda steering dengan meletakkan banyak beban


kenderaan tersebut pada penumpang atau barang.

Sudut kamber positif ditentukan oleh kecondongan bahagian hadapan atas tayar
keluar dipandang dari hadapan. Sudut kamber negatif ditentukan oleh kecondongan
bahagian atas tayar ke dalam dipandang dari hadapan. Kebanyakkan kenderaan
mempunyai sudut kamber lebih kurang ¼ hingga ½ darjah. Sudut kamber ini akan
menjadi 0˚ bila kenderaan tersebut mula bergerak.
c) Sudut Toe

Sudut toe ditentukan oleh jarak kedua-dua tayar hadapan, diantara bahagian
hadapan kedua-dua tayar tersebut dengan bahagian belakang kedua-dua tayar
tersebut dipandang dari atas. Jarak ini diukur dalam inci atau dalam milimeter. Sudut
toe ialah sudut yang boleh menghauskan tayar. Sudut toe boleh menentukan kedua-
dua tayar hadapan bergerak dalam satu arah yang sama, tanpa mengheret atau
skid.

Sudut toe ini menerangkan jarak bahagian hadapan kedua-dua tayar hadapan lebih
kecil dari jarak bahagian belakang kedua-dua tayar hadapan dipandang dari atas.
Bahagian hadapan tayar termasuk ke dalam dipandang dari hadapan.

Sudut toe out menerangkan jarak bahagian hadapan kedua-dua tayar hadapan lebih
besar daripada jarak bahagian kedua-dua tayar hadapan dipandang dari atas.
Bahagian hadapan tayar hadapan terkeluar dipandang dari hadapan.

Toe in bagi tayar hadapan banyak dikenakan pada pacuan roda belakang. Ini kerana
semasa kenderaan tersebut bergerak, tayar hadapannya akan bergerak keadaan
toe out. Ukuran toe innya lebih kurang 1/16 hingga ¼ inci (1.6mm hingga 6mm). Bila
kenderaan ini bergerak toe innya akan hilang sudut toenya menjadi 0.

Toe out tayar hadapan banyak dikenakan pada kenderaan pacuan roda hadapan. Ini
kerana semasa kenderaan tersebut bergerak, tayar hadapannya akan bergerak ke
keadaan toe in. Ukuran toe outnya lebih kurang 1/16 inci (1.5mm)
d) Steering Axis Inclination

Sudut kecondongan steering axis ialah sudut kecondongan ke dalam sendi bebola
steering knuckle, king pin atau Mac Pherson Strut tiub di pandang dari hadapan.
Sudut ini bukanlah sudut kehausan tayar seperti sudur kaster. Ia menolong
mengembalikan tayar hadapan ke keadaan yang lurus ke hadapan selepas
membelok. Sudut ini tidak boleh dilaras jika sudut ini tidak betul, cara
pembetulannya ialah dengan menukar unit-unitnya atau shimnya.

e) Tracking

Tracking dapat menerangkan kedudukan atau laluan arah kedua-dua tayar hadapan
dengan kedudukan atau laluan kedua-dua tayar belakang. Jika trackingnya betul
kedua-dua tayar belakang akan mengikut laluan arah kedua-dua tayar hadapan.
Tracking yang tidak betul menyebabkan kedua-dua tayar belakang tidak dapat
mengikut laluan arah kedua-dua tayar hadapan. Keadaan ini boleh menyebabkan
badan dan rangka kenderaan tersebut terseret keluar mengikut tayar belakang. Ini
menyebabkan penggunaan bahanapi yang berlebihan dan menggangu
pengendalian steering.
3.0 CARA MELARAS JAJARAN RODA.

Dalam penjajaran roda hanya sudut kaster, kamber dan toe sahaja yang boleh
dilaras. Sudut-sudut lain jika tidak betul untuk membetulkan hanya dengan menukar
unit-unitnya yang telah rosak atau haus. Untuk melaras jajaran roda pertama sekali:

 Pastikan tayar sama jenis dan keadaan tayar sama dari semua segi.
 Keadaan sistem steering baik
 Keadaan gandar dan penyerap hentak dalam keadaan baik.
 Kenderaan mesti diletakkan dalam keadaan tempat yang rata
 Beban kenderaan hanya berat kenderaan sahaja
 Laras sudut kaster dahulu
 Laras sudut kamber dan sudut kaster diuji balik
 Laras sudut toe
 Uji toe out dalam belokan, jika perlu
 Uji sudut kaster, kamber dan toe pada tayar belakang jika perlu.
 Uji tracking jika perlu

Beri Nilai